teks ucapan yb dato’ sri rohani abdul karim … … · dan sokongan kepada mereka yang...

8
-1- TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT SEMPENA MAJLIS PELANCARAN ASTRO KASIH KNOWLEDGE ZONE PADA 10 OKTOBER 2015 LEMBAGA KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM KUCHING SARAWAK

Upload: doandang

Post on 01-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

-1-

TEKS UCAPAN

YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,

KELUARGA DAN MASYARAKAT

SEMPENA

MAJLIS PELANCARAN ASTRO KASIH KNOWLEDGE ZONE

PADA

10 OKTOBER 2015

LEMBAGA KEBAJIKAN ANAK-ANAK YATIM

KUCHING SARAWAK

-2-

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan

Salam 1Malaysia.

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-

Nya dapat kita berkumpul hari ini bagi bersama memeriahkan Majlis

Pelancaran Astro Kasih Knowledge Zone (AKKZ) Fasa Kedua di

Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak. Sekalung penghargaan

dan ucapan terima kasih saya ucapkan di atas kesudian tuan-tuan dan

puan-puan untuk hadir di majlis kita pada pagi ini.

Hadirin sekalian,

PENDAHULUAN

1. Tanggungjawab Sosial Korporat bukanlah satu perkara baharu di

Malaysia. Sejak Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK-9),

Kerajaan telah menekankan kerjasama erat di antara sektor korporat

dan Kerajaan dalam usaha mencapai keseimbangan sosio-ekonomi

Negara. Sektor korporat diminta untuk turut berada di barisan

hadapan dan seiring dengan pihak Kerajaan bagi memastikan

kesejahteraan masyarakat terbela dan tidak sahaja tergalas di bahu

sebelah pihak semata-mata.

2. Pada masa kini, kerjasama begini dimantapkan lagi dengan konsep

National Blue Ocean Strategy (NBOS) yang telah dilihamkan oleh

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul

Razak.

-3-

3. Gabungan kedua-dua entiti penting ini dilihat menjadi prasyarat untuk

merealisasikan misi nasional dan meningkatkan kesejahteraan

masyarakat Malaysia melalui konsep “Kebajikan Tanggungjawab

Bersama”. Ini adalah kerana badan-badan korporat adalah

sebahagian daripada masyarakat yang menggunakan sumber-

sumber masyarakat termasuk modal, sumber manusia dan bahan

mentah untuk mencapai matlamat keuntungannya. Gabungan

korporat dengan masyarakat ini mengujudkan satu hubungan

simbiotik yang saling memerlukan. Tanpa satu pihak, mana-mana

entiti tidak dapat berfungsi dengan baik. Tapi gabungan kedua-dua

entiti dapat melahirkan satu sinergi yang membawa suasana ‘win-win’

yang mampu menjamin kesejahteraan hidup masyarakat.

BANTUAN KEWANGAN KEPADA PERTUBUHAN SUKARELA KEBAJIKAN

Hadirin sekalian,

4. Kerajaan masih lagi menyediakan Bantuan Kewangan kepada

Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) yang layak sebagai galakkan

dan sokongan kepada mereka yang bergandingan bahu dengan

Kerajaan dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan dan

kemudahan untuk golongan masyarakat yang memerlukan.

5. Walau bagaimanapun, Bantuan Kewangan Kerajaan kepada PSK

adalah terhad dan perlu mengikut kadar serta syarat-syarat tertentu.

Antara elemen yang dibenarkan ialah bantuan makan dan minum

penghuni atau rangsum, bantuan pentadbiran dan bantuan

penyelenggaraan. Pada tahun 2014, Kerajaan telah meluluskan

bantuan kepada 241 buah PSK dengan peruntukan sebanyak

-4-

RM27.6 juta. Bagi tahun 2015 pula, Kerajaan memperuntukkan

sebanyak RM27.2 juta kepada 243 buah PSK.

6. Bagi membolehkan PSK beroperasi dengan lancar, ianya

memerlukan sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak

terutamanya syarikat-syarikat korporat. Pada tahun 2014, JKM telah

merekodkan sebanyak 1,149 syarikat atau pihak korporat yang telah

memberi sumbangan bernilai RM5.4 juta kepada PSK dan kumpulan

sasar Kementerian yang memerlukan.

7. Dalam pada itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan

Masyarakat terus aktif dalam menganjurkan program-program

kemasyarakatan bersama komuniti setempat di seluruh Malaysia.

Justeru, penglibatan badan-badan korporat dalam program-program

kemasyarakatan sentiasa dialu-alukan. Program hari ini contohnya,

Kementerian menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah

berkolaborasi bersama Astro Kasih dalam menjayakan projek

tanggungjawab korporat sosialnya, Astro Kasih Knowledge Zone

(AKKZ).

8. Saya difahamkan kedatangan Astro Kasih ke negeri bumi Kenyalang

ini bukanlah sesuatu yang baru. Selepas bertapak selama hampir 20

tahun dalam industri penyiaran tanahair, Astro terus berkembang

sebagai sebuah organisasi korporat pengamal media yang saban

tahun menyajikan pelbagai program berkualiti, baik tempatan

mahupun antarabangsa kepada rakyat Malaysia. Kita sedia maklum,

perniagaan dan perkhidmatan menjadi teraju utama pihak Astro,

namun begitu organisasi korporat ini tidak pernah berhenti dari

melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berunsur tanggungjawab sosial

-5-

korporat (CSR) bahkan ianya menjadi agenda wajib tahunan yang

dianjurkan Astro Kasih (sebuah yayasan amal yang telah ditubuhkan

oleh Astro).

TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

9. Astro Kasih merupakan organisasi korporat yang begitu aktif

mendekati segenap lapisan komuniti di Malaysia menerusi program-

program kemasyarakatannya. Menerusi Astro Kasih, ramai di antara

kita telahpun mendapat manfaat darinya. Daripada program

pemuliharaan alam sekitar sehinggalah menaik taraf kemudahan

pendidikan, Astro Kasih tidak jemu menghulurkan bantuan kepada

mereka yang memerlukan.

10. Keprihatinan Astro Kasih dalam isu-isu sebegini wajar diberikan

pujian dan usaha konsisten pengeluar utama kandungan media

negara ini seharusnya dijadikan pemangkin terhadap badan korporat

lain untuk lebih mendekati masyarakat menerusi inisiatif

tanggungjawab sosial korporat mereka yang tersendiri.

11. Bertitik tolak daripada usaha tidak jemu pihak Astro Kasih dalam

menjalankan program CSR, saya dengan ini mengalu-alukan

penyertaan organisasi - organisasi korporat di seluruh negara untuk

tampil ke hadapan dan bekerjasama dengan kerajaan untuk

menyokong usaha-usaha murni yang berkaitan dengan

pembangunan masyarakat, agar hasrat kita bersama untuk melihat

Malaysia bergerak satu langkah maju ke hadapan dapat

direalisasikan.

-6-

Hadirin sekalian,

ASTRO KASIH KNOWLEDGE ZONE

12. Pencapaian pendidikan yang cemerlang merupakan kunci kepada

peningkatan daya saing negara yang dapat memacu pertumbuhan

ekonomi negara. Umumnya, tahap pendidikan itu diukur berdasarkan

pemahaman literasi di kalangan murid-murid kita. Justeru, budaya

membaca adalah sangat penting di kalangan generasi muda kita

kerana ia dapat meningkatkan kadar celik huruf penduduk di negara

ini. Kerana itulah, media berperanan penting dalam menjadi wahana

penyampaian mesej ini supaya kita dapat menarik minat rakyat

Malaysia khususnya kanak-kanak untuk menjadikan membaca itu

satu gaya hidup.

13. Astro Kasih Knowledge Zone (AKKZ) ini merupakan satu lagi idea

bernas Astro Kasih khususnya dalam mendekati isu pendidikan.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, fasa pertama AKKZ telah pun

dirasmikan pada tahun 2012 oleh Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak, dengan 24 pusat-

pusat kebajikan kanak-kanak di bawah seliaan JKM telah pun

mendapat manfaat darinya. Pada tahun ini pula, Astro Kasih

meneruskan projek AKKZ untuk fasa kedua yang mana

pelancarannya pada hari ini membuktikan komitmen Astro Kasih

dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporatnya. AKKZ fasa

kedua ini akan diperluas ke 73 buah pusat kebajikan kanak-kanak

badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan JKM di samping

-7-

13 buah pusat kebajikan kanak-kanak yang baru di bawah

pengurusan JKM. Ini menjadikan keseluruhan berjumlah 110 rumah

kebajikan kanak-kanak JKM yang akan menikmati manfaat dari

program ini.

14. Dengan kewujudan AKKZ, generasi muda tanahair khususnya kanak-

kanak mempunyai akses kepada pelbagai bahan ilmiah yang dapat

menyuburkan budaya membaca dan cinta akan ilmu dalam kalangan

mereka. Satu usaha murni pihak Astro yang wajar dicontohi badan-

badan korporat yang lain.

15. Untuk makluman, semenjak tahun 2010, Astro juga telah

bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga

dan Masyarakat dengan menawarkan Perkhidmatan Pakej Komuniti

Njoi secara percuma kepada Pusat Kebajikan yang berdaftar dan

berada di bawah seliaan JKM di seluruh Malaysia. Saya cukup

kagum dengan hasil AKKZ yang kita lihat hari ini. Syabas diucapkan

kepada Astro Kasih dan barisan sukarelawannya!

PENUTUP

16. Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih atas komitmen

semua pihak dalam merealisasikan usaha kita hari ini. Sama ada

terlibat secara langsung atau tidak langsung, usaha murni tuan-tuan

dan puan-puan ini dapat membantu generasi muda kita menjadi

generasi berilmu yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif.

-8-

17. Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, saya dengan ini

merasmikan “Astro Kasih Knowledge Zone Fasa Kedua di Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak pada hari ini.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.