teks ucapan yb dato’ sri rohani abdul karim … … · 1 teks ucapan yb dato’ sri rohani abdul...

6
1 TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT SEMPENA PROGRAM KASIH RAMADHAN PARLIMEN PADANG TERAP #Negaraku_KasihKITA_KPWKM #apahabaqkedah 16 JUN 2017 (JUMAAT)

Upload: nguyenquynh

Post on 06-Feb-2018

245 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM … … · 1 teks ucapan yb dato’ sri rohani abdul karim menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sempena program kasih

1

TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

SEMPENA

PROGRAM KASIH RAMADHAN PARLIMEN PADANG TERAP

#Negaraku_KasihKITA_KPWKM

#apahabaqkedah

16 JUN 2017 (JUMAAT)

Page 2: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM … … · 1 teks ucapan yb dato’ sri rohani abdul karim menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sempena program kasih

2

SALUTASI

[AKAN DISEDIAKAN KEMUDIAN]

Bimillahhirahmanirrahim

Assalamualaikum W.B.T, Salam sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia

1. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang

Berhormat Dato’ Seri Mahdzir Khalid atas kesudian menerima kehadiran

saya serta rombongan pengurusan tertinggi Kementerian saya iaitu

Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, dalam

siri jelajah turun padang #Negaraku_KasihKITA_KPWKM, dengan

tema khas yang dipilih untuk Negeri Kedah iaitu #apahabaqkedah.

Selain dari hashtag tersebut, saya dimaklumkan, Kedah juga terkenal

dengan tagline “habaq hang”, walau bagaimanapun #apahabaqkedah

telah dipilih kerana bersesuaian dengan objektif siri jelajah yang

bertujuan memperkenalkan peranan dan fungsi KPWKM berserta

Agensi-agensi dibawahnya kepada masyarakat dan rakyat khususnya di

negeri Kedah.

Tuan-tuan dan puan-puan

2. Untuk makluman tuan/puan, program #Negaraku_KasihKITA_KPWKM

berkonsepkan turun padang dengan objektif memperkenalkan serta

meningkatkan penyampaian perkhidmatan agensi-agensi di bawah

kementerian seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga

Page 3: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM … … · 1 teks ucapan yb dato’ sri rohani abdul karim menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sempena program kasih

3

Penduduk dan Pembangnan Keluarga Negara (LPPKN) dan Jabatan

Pembangunan Wanita (JPW). Agensi-agensi yang saya sebutkan

merupakan agensi utama yang berada di setiap negeri dan sentiasa

bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

3. Mungkin ramai kalangan masyarakat amat mengenali JKM sebagai

agensi bantuan kabajikan semata-mata. Namun, JKM juga berperanan

besar dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin, melalui

penguatkuasaan Akta Kanak-Kanak (Pindaan 2016). Kemungkinan

ramai tidak menyedari peranan besar yang dimainkan oleh JKM dalam

melesatarikan kehidupan rakyat di Malaysia.

4. Pada hari ini, kita turut meraikan seramai 200 penerima bantuan JKM

sekitar Daerah Padang Terap. Daripada jumlah tersebut, seramai

• 59 orang merupakan penerima bantuan pelbagai skim

• 49 orang penerima bantuan warga emas

• 53 anak-anak yatim; dan

• 40 orang penerima bantuan OKU (PDK)

5. Sebagai makluman, JKM Daerah Padang Terap turut menyantuni para

penerima melalui aktiviti ziarah ke rumah seperti yang dilakukan hari ini

melalui Program Cari dan Bantu serta program Home Help.

Page 4: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM … … · 1 teks ucapan yb dato’ sri rohani abdul karim menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sempena program kasih

4

Tuan-tuan dan puan-puan

6. Selain JKM, Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara

(LPPKN), juga tidak ketinggalan dalam memberi dan menawarkan

khidmat kepada rakyat negeri Kedah. Contohnya, Suntikan Vaksinasi

HPV Percuma kepada remaja atau wanita yang lahir pada tahun 1990

hingga 1996 dilaksanakan di Negeri Kedah dan semua negeri lain

dalam Negara. Vaksinasi ini boleh di dapati di semua Klinik Nur

Sejahtera LPPKN yang terdapat di Negeri Kedah iaitu di Anak Bukit,

Kulim, Sg. Petani dan Baling.

7. Di samping itu, tidak dilupakan kepada para wanita yang berumur 40

tahun ke atas, mereka layak mendapat Subsidi Mammogram secara

percuma jika berpendapatan isi rumah RM10,000.00 ke bawah. Bagi

yang berpendapatan isi rumah melebihi RM 10,0000, subsidi RM 50.00

diberikan Kerajaan. Maklumat ini penting untuk kita sampaikan kepada

rakyat agar mengambil manfaat dari perkhidmatan yang disediakan

kepada mereka. Rebutlah peluang ini untuk mendapat saringan

kesihatan bagi mengesan dan mencegah kanser dari peringkat awal.

8. Vaksinasi HPV dan Subsidi Mammogram amat penting dimanfaatkan

oleh wanita di Negeri Kedah dan wanita di seluruh Negara kerana

berdasarkan Rekod Daftar Kanser Kebangsaan 2007, kanser serviks

merangkumi 8.4% daripada 10 kanser paling kerap di kalangan wanita.

Malah, kanser payudara pula merupakan kanser yang turut kerap

dihadapi oleh wanita selepas kanser serviks.

Page 5: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM … … · 1 teks ucapan yb dato’ sri rohani abdul karim menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sempena program kasih

5

9. Oleh yang demikian, saya berharap tuan-tuan dan puan-puan dapat

bersama-sama memanjangkan maklumat ini kepada saudara mara dan

sahabat handai yang tidak bersempatan datang ke mari. Konsep inilah

yang cuba kami bawakan pada setiap siri jelajah turun padang iaitu

menyebar luaskan perkhidmatan yang ditawarkan oleh agensi di bawah

KPWKM.

Tuan-tuan dan puan-puan,

10. Sempena bulan Jun ini, kita turut meraikan Hari Bapa. Peranan bapa

amat penting dalam membina intitusi kekeluargaan yang harmoni.

Pembentukan sahsiah anak, disiplin dan lain-lain amat dipengaruhi oleh

role model di rumah iaitu bapa. Kecemerlangan anak-anak merupakan

hadiah paling berharga bagi seorang bapa dan tidak dilupakan peranan

ibu jua.

11. Dalam satu tinjauan yang dibuat oleh LPPKN pada tahun 2013,

mendapati sebanyak 36.3 % bapa meluangkan masa sekitar 9 – 10 jam

seminggu untuk bersama anak-anak. Walaupun bilangan jam nampak

memadai, tetapi apabila dinilai mengikut hari, jumlah tersebut tidak

mencukupi. Apa yang lebih kita titikberatkan lagi ialah kualiti masa

bersama dengan anak-anak. Bapa mestilah ambil peluang masa yang

terluang untuk menyediakan aktiviti bermanfaat kepada anak-anak

seperti program-program ilmu yang bersesuaian.

Page 6: TEKS UCAPAN YB DATO’ SRI ROHANI ABDUL KARIM … … · 1 teks ucapan yb dato’ sri rohani abdul karim menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat sempena program kasih

6

12. Saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Bapa

kepada semua bapa di sini. Tema yang kita pilih ialah “Saya Sayang Bapa Saya”. Tema ini dikekalkan untuk menyemarakkan rasa

penghargaan anak-anak terhadap pengorbanan seorang bapa. Marilah

kita ucapkan ucapan ini dan doa kesejahteraan kepada bapa kita walau

di mana mereka berada. Kita juga boleh gunakan aplikasi canggih

telekomunikasi hari ini untuk menzahirkan kasih sayang kita kepada

mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan,

13. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yang

Berhormat Dato’ Seri Diraja Mahdzir Khalid atas kesudian hadir pada

majlis petang ini. Saya juga turut ingin mengucapkan setinggi

penghargaan kepada AJK Masjid Kampung Tanjung Kiri, JKKK

Kampung Tanjung Kiri, Anak-anak Qariah Kampung Tanjung Kiri dalam

menjayakan majlis ini.

14. Tidak terlalu awal rasanya untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya

Aidilfitri kepada semua yang hadir, moga-moga Aidilfitri pada kali ini

akan terus menambah keberkatan dalam keluarga kita. Semoga kita

akan terus meningkatkan amalan sempena Ramadan ini.

Sekian, terima kasih.