teks ucapan yang mulia datin paduka hajah...

7
1 TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH ADINA BINTI OTHMAN PEMANGKU MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Bagi Majlis Penyampaian Sijil Life Skills Training (LESTARI) Anjuran Majlis AIDS Negara Brunei Darussalam Pada Hari Khamis 19 Muharram 1433 Hijrah / 15 Disember 2011 Masihi Dewan Serbaguna, Universiti Brunei Darussalam Negara Brunei Darussalam Jam 2.45 Petang

Upload: phungnguyet

Post on 17-Apr-2018

230 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH …teks-ucapan.2311952.n4.nabble.com/file/n4212681/TEKS_UCAPAN... · TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH ADINA BINTI OTHMAN ... Pada

1

TEKS UCAPAN

YANG MULIA

DATIN PADUKA HAJAH ADINA BINTI OTHMAN

PEMANGKU MENTERI KEBUDAYAAN, BELIA DAN SUKAN

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Bagi

Majlis Penyampaian Sijil Life Skills Training (LESTARI)

Anjuran Majlis AIDS Negara Brunei Darussalam

Pada Hari Khamis

19 Muharram 1433 Hijrah / 15 Disember 2011 Masihi

Dewan Serbaguna, Universiti Brunei Darussalam

Negara Brunei Darussalam

Jam

2.45 Petang

Page 2: TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH …teks-ucapan.2311952.n4.nabble.com/file/n4212681/TEKS_UCAPAN... · TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH ADINA BINTI OTHMAN ... Pada

2

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Segala pujian-pujian dan syukur ke hadrat Allah Subhanahu

Wata’ala, selawat dan salam atas junjungan besar kita Nabi

Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, sekalian sahabat, kaum

keluarga, para pengikut dan umat Baginda yang ta’at lagi setia

hingga ke akhir zaman.

Yang Mulia,

Awang Iswandy Ahmad,

Yang Di-Pertua Majlis AIDS Brunei Darussalam

selaku Pengerusi Majlis;

Yang Mulia,

Ketua-ketua Jabatan,

Pegawai-pegawai kanan kerajaan,

Pegawai-pegawai kanan UBD dan TelBru;

Ahli-ahli Eksekutif Komiti Majlis AIDS

Negara Brunei Darussalam;

Para peserta Life Skills Training (LESTARI) ke-9 yang diraikan,

Para ibubapa dan keluarga,

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Page 3: TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH …teks-ucapan.2311952.n4.nabble.com/file/n4212681/TEKS_UCAPAN... · TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH ADINA BINTI OTHMAN ... Pada

3

Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala

kerana dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya jua, kita dapat

bersama-sama hadir di Majlis Penyampaian Sijil Life Skills Training

(LESTARI) pada petang ini. Terlebih dahulu saya dengan tulus ikhlas

merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

Majlis AIDS Negara Brunei Darussalam di atas ingatan baik dan

seterusnya berkesudian untuk menjemput saya hadir sekali lagi

selaku Tetamu Kehormat bagi Majlis Penyampaian Sijil LESTARI 2011

pada petang ini.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Kualiti hidup sosial merupakan isu yang penting dalam proses

pembangunan sesebuah negara. Dalam proses pembangunan dan

pemodenan negara, beberapa isu sosial perlu diberi perhatian.

Seiring dengan modenisasi dan pembangunan ekonomi yang secara

langsung meningkatkan kehidupan setempat, timbul beberapa

permasalahan baru seperti keruntuhan nilai kemanusiaan dan moral

di kalangan ahli masyarakat termasuk golongan remaja samada

sebagai pelaku mahupun mangsa. Dalam hal ini, tiada jalan singkat

bagi menangani masalah sosial, melainkan memerlukan pembabitan

semua pihak seperti keluarga, ahli masyarakat, pihak sekolah, pihak

berkuasa, dan badan-badan kerajaan serta badan bukan kerajaan

atau NGOs.

Page 4: TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH …teks-ucapan.2311952.n4.nabble.com/file/n4212681/TEKS_UCAPAN... · TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH ADINA BINTI OTHMAN ... Pada

4

Sehubungan dengan itu, melihat kepada matlamat Life Skills

Training (LESTARI) yang diungkayahkan oleh Majlis AIDS Negara

Brunei Darussalam yang memfokus kepada memperkasakan belia,

kepimpinan dan teambuilding adalah sangat dihargai dan disanjung

tinggi. Pendekatan ini terbukti amat efektif ke arah melahirkan

generasi belia untuk mengamalkan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar

sekaligus dapat menghindarkan para belia terjebak dengan gejala-

gejala sosial. Alhamdulillah, program Life Skills Training (LESTARI)

kini diadakan pada kali ke-9. Saya telah difahamkan bahawa sejak

permulaannya program ini seramai 370 orang belia telah mendapat

manfaat melalui penyertaan dalam program ini.

Dengan menyertai program ini saya percaya para peserta sekalian

telah memperolehi pelbagai ilmu pengetahuan terutama yang

berkaitan dengan life skills. Ilmu yang berkaitan dengan life skills

atau kemahiran hidup sangat berguna kepada setiap orang kerana

dengan mempelajarinya kita dapat mempelajari pelbagai kemahiran

dan kaedah bagaimana cara-cara untuk membuat keputusan dan

kemahiran berfikir. Begitu juga dengan mempelajari personal skills

dan interpersonal skills, dapat memberikan kemahiran kepada

seseorang bagi menangani pelbagai masalah yang timbul kerana

aspek ini melibatkan pengendalian perasaan, stress, disiplin, rasa

tanggungjawab terhadap diri dan keluarga di samping dapat

menguruskan masa kita secara lebih efektif.

Page 5: TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH …teks-ucapan.2311952.n4.nabble.com/file/n4212681/TEKS_UCAPAN... · TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH ADINA BINTI OTHMAN ... Pada

5

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menyambut baik segala

usaha untuk memperkasakan golongan belia di negara ini, dan bagi

membentuk golongan belia menjadi generasi yang positif dan

dinamik. Kita mahu mengubah perspektif sebahagian masyarakat

yang memandang dan menganggap belia sebagai golongan yang

sukar dikawal, yang kurang bemoral. Kerajaan Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara

Brunei Darussalam telah menyediakan prasarana, perkhidmatan dan

kemudahan awam seperti pendidikan dan kesihatan secara

percuma. Dengan ini, tidak ada sebabnya mengapa para belia kita

tidak dapat maju. Kita mempunyai keyakinan tinggi akan potensi

belia Brunei untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan dan untuk

menjadi pemimpin yang efektif di masa depan. Kita mahu

menunjukkan kepada mereka yang mempunyai keraguan ke atas

keupayaan belia kita bahawa belia Brunei adalah penggerak

masyarakat, ejen perubahan, wira kebajikan dan pengubat atau

perawat sosial di negara ini. Dalam hal ini, perlu kita mengambil

ingatan bahawa segala-galanya ada batasan dan bagi belia di Negara

Brunei Darussalam apa saja yang kita majukan perlulah selaras

dengan falsafah negara kita Melayu Islam Beraja.

Dalam hal ini, kita mengakui bahawa usaha Kerajaan tidak akan

berjaya tanpa pembabitan semua pihak. Dengan ini kita mengalu-

alukan usaha semua pihak untuk sama-sama berganding bahu

Page 6: TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH …teks-ucapan.2311952.n4.nabble.com/file/n4212681/TEKS_UCAPAN... · TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH ADINA BINTI OTHMAN ... Pada

6

dengan pihak Kerajaan untuk membina jati diri para belia kita ke

arah mewujudkan belia Brunei yang cemerlang selaras dengan

matlamat Dasar Belia Negara untuk meningkatkan semangat

patriotik, iltizam dan berdaya tahan golongan belia; dan juga bagi

melahirkan belia yang beriman dan bertakwa. Mudah-mudahan

dengan kerjasama semua pihak, negara ini akan dapat mencapai

matlamat yang dihasratkan seperti yang termaktub di dalam

Wawasan 2035.

Para peserta Program Lestari,

Saya berharap dengan adanya peluang mengikuti program ini,

Awang-Awang dan Dayang-Dayang akan dapat mempraktikkan ilmu

yang diperolehi dalam kehidupan seharian samada dengan keluarga,

kawan-kawan atau masyarakat sekeliling. Awang-Awang dan

Dayang-Dayang boleh menjadi role model kepada rakan-rakan di

luar sana agar mereka dapat mengekalkan dan mengawal minat

mereka ke arah perkara yang bermanfaat dan lebih baik untuk diri

dan keluarga. Jangan sia-siakan ilmu yang diperolehi kerana tidak

semua orang berkesempatan untuk memperolehinya. Kepada Majlis

AIDS Negara Brunei Darussalam, sekali lagi diucapkan tahniah dan

syabas kerana berjaya menganjurkan Program LESTARI kali ke-9 ini.

Saya berharap agar Majlis AIDS Negara Brunei Darussalam akan

terus berusaha untuk mengadakan program sebegini lagi di masa-

masa akan datang demi survival bangsa Brunei yang tercinta.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah,

Wassalamu ‘Allaikum Warrahmatullahi Wabarkatuh.

Page 7: TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH …teks-ucapan.2311952.n4.nabble.com/file/n4212681/TEKS_UCAPAN... · TEKS UCAPAN YANG MULIA DATIN PADUKA HAJAH ADINA BINTI OTHMAN ... Pada

7