teks ucapan yang berhormat bengkel gigi

Upload: nursyazwani-abdullah

Post on 14-Apr-2018

316 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Teks Ucapan Yang Berhormat Bengkel Gigi

    1/3

    Teks ucapan Ketua Jabatan dalam Perasmian Program Kesihatan Pergigian

    2013 dengan kerjasama Klinik Kesihatan Bandar Tun Razak

    Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur

    Terima kasih Saudari/saudara Pengacara Majlis.

    Indah berbalam si awan petang,

    Berarak di celah pepohon ara;

    Pemanis kalam selamat datang,

    Awal bismillah pembuka bicara.

    Yang Berbahagia, Puan Hajah Rohana Binti Kamaruddin, Timbalan Pengarah

    IPG Kampus Ilmu Khas. Yang di Hormati, Dr. Syirah Haniza, wakil Klinik

    Kesihatan Pergigian Bandar Tun Razak. Ketua-ketua jabatan. Para Pensyarah,

    guru-guru pelatih dan hadirin yang saya hormati sekalian.

    Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran saya ke hadrat Allah

    s.w.t kerana dengan rahmat dan izinnya dapat kita bersama-sama berkumpul

    dalam Program Kesihatan Pergigian Tahun 2013.

    Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah

    kepada barisan jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan program ini

    terutama guru pelatih PISMP semester 8, IPG Kampus Ilmu Khas selaku

    urusetia program serta semua agensi-agensi yang terlibat dengan Program

    Kesihatan Pergigian Tahun 2013 yang diadakan pada pagi ini.

    Para Hadirin yang dihormati,

    Peranan guru masa kini amat penting dalam membimbing dan juga mendidik

    murid-murid di sekolah khususnya. Dunia kini yang dihambat kemajuan teknologi

    dan akses maklumat tanpa sempadan, menuntut guruguru menjadi pendidik

  • 7/27/2019 Teks Ucapan Yang Berhormat Bengkel Gigi

    2/3

    yang berkaliber dan serba boleh. Guruguru yang berpengetahuan tinggi,

    berkemahiran dan komited mampu memberi sumbangan yang berkesan dalam

    peningkatan tahap kesihatan pergigian muridmurid sekolah. Program Kesihatan

    Pergigian untuk guru pelatih di semua Maktab dan Institusi Perguruan telah

    diadakan semenjak tahun 1991. Kerjasama hampir dua dekad antara

    Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan ini telah berjaya melatih

    puluhan ribu guruguru pelatih yang kini telah dan sedang bertugas disekolah

    sekolah rendah seluruh negara.

    Berikutan perubahan semasa dan naik taraf status Maktab Perguruan kepada

    Institut Pendidikan Guru (IPG) yang kini mengendalikan kursus peringkat ijazah

    dan kursuskursus lain, garis panduan program ini telah dikaji semula.

    Penambahbaikan meliputi pemantapan aspek perancangan dan pelaksanaan

    program, kandungan sukatan maklumat kesihatan pergigian dan kajiselidik

    semasa dan selepas program. Ianya selari dengan objektif program untuk

    memperkasakan guruguru dalam memberi sumbangan yang berkesan terhadap

    peningkatan taraf kesihatan pergigian muridmurid sekolah.

    Di samping itu, diharapkan juga aktiviti yang dijalankan dalam program ini dapat

    memberikan input dan manfaat yang berguna kepada semua. Pelbagai aktivitianjuran Jabatan Pengajian Sosial dengan kerjasama Klinik Kesihatan Pergigian

    Bandar Tun Razak antaranya adalah seperti pemeriksaan gigi, pertandingan

    mencipta poster dan logo, persembahan PdP dan juga persembahan kesenian

    yang bertemakan kesihatan pergigian.

    Seminar seperti ini wajar diteruskan kerana ianya dapat memberi dan

    membekalkan pengalaman kepada guru pelatih dalam mengaplikasikan segala

    yang diperolehi semasa mereka berada di sekolah kelak.

    Di sini, para guru boleh memainkan peranan dengan menggalakkan amalan

    penjagaan kebersihan mulut yang berkesan di kalangan muridmurid.

    Sesungguhnya amalan baik yang diterapkan dari kecil akan memberikan kesan

    positif yang berkekalan di dalam diri seseorang individu. Kesihatan dan

  • 7/27/2019 Teks Ucapan Yang Berhormat Bengkel Gigi

    3/3

    pendidikan adalah dua elemen yang amat berkait rapat. Keduaduanya amat

    diambil berat oleh masyarakat hari ini. Oleh itu kerjasama dengan semua pihak

    berkaitan termasuk pihak guru, sekolah dan ibu bapa akan diteruskan. Semoga

    usaha murni ini akan mempertingkatkan lagi tahap kesihatan pergigian murid

    murid dan seterusnya meninggikan kualiti hidup secara keseluruhannya.

    Akhir kata, dengan lafaz bismillahhi rahmani rahim, saya dengan sukacitanya

    merasmikan Program Kesihatan Pergigian 2013.

    Sekian,

    wabillahi taufik wal hidayah,

    wassalamu alaikum,

    warah matullahhi wabaratuh.