teks ucapan tsag-perhimpunan bulanan 14 · pdf filepeguam negara malaysia sempena ... negara...

13
1 TEKS UCAPAN YBHG. TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN HAJI ALI PEGUAM NEGARA MALAYSIA SEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN JABATAN PEGUAM NEGARA DEWAN TAN SRI ABDUL KADIR YUSUF ARAS 3, JABATAN PEGUAM NEGARA, PUTRAJAYA 14 DISEMBER 2015 (ISNIN)

Upload: lethu

Post on 13-Feb-2018

219 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN TSAG-PERHIMPUNAN BULANAN 14 · PDF filePEGUAM NEGARA MALAYSIA SEMPENA ... negara atau di peringkat antarabangsa. ... yang telah berusaha dan memainkan peranan masing-masing

1

TEKS UCAPAN

YBHG. TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN HAJI ALI

PEGUAM NEGARA MALAYSIA

SEMPENA

PERHIMPUNAN BULANAN

JABATAN PEGUAM NEGARA

DEWAN TAN SRI ABDUL KADIR YUSUF

ARAS 3,

JABATAN PEGUAM NEGARA,

PUTRAJAYA

14 DISEMBER 2015 (ISNIN)

Page 2: TEKS UCAPAN TSAG-PERHIMPUNAN BULANAN 14 · PDF filePEGUAM NEGARA MALAYSIA SEMPENA ... negara atau di peringkat antarabangsa. ... yang telah berusaha dan memainkan peranan masing-masing

2

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillahi Rabbil A’lamin, wa biHi nasta’in

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad (S.A.W)

Assalamualaikum W.B.T

Salam sejahtera dan salam perpaduan

YBhg. Datuk-Datuk Timbalan Peguam Cara Negara,

Ketua-Ketua Bahagian Jabatan Peguam Negara,

Ahli-Ahli Majlis Pakar Pelbagai Disiplin,

Pegawai-pegawai dan semua warga kerja Jabatan Peguam Negara

yang dihormati dan dikasihi sekalian.

1. Alhamdulillah, saya memanjatkan rasa kesyukuran kerana dengan

hidayah dan izinNya, Perhimpunan Jabatan Peguam Negara dapat

diadakan bagi kali keempat dan yang terakhir untuk tahun 2015.

Page 3: TEKS UCAPAN TSAG-PERHIMPUNAN BULANAN 14 · PDF filePEGUAM NEGARA MALAYSIA SEMPENA ... negara atau di peringkat antarabangsa. ... yang telah berusaha dan memainkan peranan masing-masing

3

2. Perhimpunan ini merupakan perhimpunan Jabatan yang kedua

bagi saya sejak saya dilantik sebagai Peguam Negara. Pada hari ini

juga, Jabatan kita turut menyambut Hari Integriti dan Hari Inovasi tahun

2015.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

3. Sambutan Hari Integriti merupakan suatu usaha berterusan

Jabatan ini untuk membentuk dan membudayakan warga kerja Jabatan

Peguam Negara dengan nilai integriti dan keperibadian yang tinggi. Ia

bertujuan untuk meningkatkan kesedaran, kefahaman dan

membudayakan nilai murni seperti jujur, adil dan berintegriti dalam

melaksanakan tugas demi menjamin keberkesanan sistem

penyampaian perkhidmatan. Saya amat berharap agar warga Jabatan

dapat memberi sokongan padu kepada program-program Hari Integriti

Jabatan Peguam Negara yang akan diadakan pada hari ini juga.

Page 4: TEKS UCAPAN TSAG-PERHIMPUNAN BULANAN 14 · PDF filePEGUAM NEGARA MALAYSIA SEMPENA ... negara atau di peringkat antarabangsa. ... yang telah berusaha dan memainkan peranan masing-masing

4

Para hadirin yang saya hormati,

4. Sambutan Hari Inovasi pula, bertujuan untuk menggalakkan

penambah baikan ke arah kecemerlangan Jabatan melalui idea dan

cadangan yang kreatif dan inovatif. Inovasi merupakan faktor penentu

kejayaan Program Transformasi Negara. Sehubungan dengan itu, saya

menyarankan agar kita semua bergerak selari dalam memainkan

peranan masing-masing bagi menjayakan Program Transformasi

Jabatan. Saya juga berharap agar aktivit-aktiviti yang dirangka sempena

sambutan Hari Inovasi akan menerima sokongan dan penyertaan dari

warga Jabatan sekalian.

5. Sebagai salah sebuah Jabatan teras negara iaitu sebagai

penasihat undang-undang kepada Kerajaan Malaysia, transformasi

adalah penting ke arah peningkatan kualiti kerja, produktiviti, outcome

serta output dan juga sistem penyampaian secara menyeluruh.

6. Jabatan ini sering dilihat sebagai pelopor transformasi dan contoh

kepada perkhidmatan awam yang lain kerana rekod cemerlang yang

diperlihatkan menerusi pelbagai pencapaian yang telah diraih seperti

program “Rumah Sebagai Pejabat” dan program “Bekerja Dari Rumah”.

Page 5: TEKS UCAPAN TSAG-PERHIMPUNAN BULANAN 14 · PDF filePEGUAM NEGARA MALAYSIA SEMPENA ... negara atau di peringkat antarabangsa. ... yang telah berusaha dan memainkan peranan masing-masing

5

7. Saya menyedari akan kepentingan anjakan paradigma dalam

kesediaan menyahut transformasi. Namun, perlu ditekankan bahawa

transformasi yang dijalankan perlulah seiring dengan keperluan Jabatan

tanpa menjejaskan aspek kebajikan warga Jabatan dan pada masa

yang sama, suasana serta persekitaran bekerja yang kondusif dan

harmoni perlulah dipelihara.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

8. Hasrat saya selaku Peguam Negara bukan sahaja untuk

menegakkan keadilan dan undang-undang selaras dengan

Perlembagaan Persekutuan tetapi juga untuk memastikan pegawai-

pegawai yang menjalankan tugas bagi pihak saya terutamanya

pegawai-pegawai generasi muda diberi tunjuk ajar agar dapat membuat

keputusan yang bijak selaras dengan undang-undang. Ini adalah

penting kerana pegawai-pegawai ini akan menggalas tanggungjawab

yang besar dan menangani isu undang-undang yang lebih rumit di masa

hadapan.

Page 6: TEKS UCAPAN TSAG-PERHIMPUNAN BULANAN 14 · PDF filePEGUAM NEGARA MALAYSIA SEMPENA ... negara atau di peringkat antarabangsa. ... yang telah berusaha dan memainkan peranan masing-masing

6

9. Malah, dunia perundangan masa kini jauh berkembang dan

berbeza dari masa dahulu. Isu-isu perundangan telah menjadi semakin

kompleks dan mencabar. Faktor ini telah menambah tekanan kerja yang

dipikul oleh pegawai-pegawai.

10. Kebajikan pegawai-pegawai adalah salah satu keutamaan saya

kerana saya yakin ia mampu meningkatkan prestasi, semangat dan

kualiti kerja. Dalam keadaan tugas dan tekanan kerja yang semakin

berat dan mencabar, saya percaya adalah penting untuk pegawai-

pegawai saya bekerja dalam suasana dan budaya kerja yang harmoni di

pejabat yang secara tidak langsung boleh membantu mereka

menangani tekanan kerja.

11. Di sini, saya ingin menyarankan supaya warga Jabatan

menghayati konsep “humanization of AGC” iaitu penerapan nilai-nilai

kemanusiaan serta semangat kekeluargaan dalam melaksanakan tugas

dan tanggungjawab seperti mengamalkan pengucapan terima kasih,

pengucapan salam dan bertegur sapa antara satu sama lain bagi

mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga Jabatan.

Page 7: TEKS UCAPAN TSAG-PERHIMPUNAN BULANAN 14 · PDF filePEGUAM NEGARA MALAYSIA SEMPENA ... negara atau di peringkat antarabangsa. ... yang telah berusaha dan memainkan peranan masing-masing

7

Warga Jabatan yang saya hormati sekalian,

12. Ke arah transformasi Jabatan Peguam Negara, saya ingin

mengumumkan beberapa inisiatif yang telah dan akan diambil sebagai

penambah baikan pentadbiran Jabatan ini.

13. Pertamanya, satu Jawatankuasa Penasihat Tertinggi akan

ditubuhkan tidak lama lagi, bagi menasihati Peguam Negara mengenai

pengurusan strategik Jabatan. Keahlian Jawatankuasa ini akan

ditentukan oleh saya sendiri.

14. Keduanya ialah penubuhan Majlis Pakar Pebagai Disiplin yang

dianggotai oleh Pegawai Gred Utama yang mempunyai kepakaran tinggi

dalam bidang tertentu. Kepakaran ini akan digemblengkan untuk

menyelesaikan isu undang-undang yang kompleks sama ada dalam

negara atau di peringkat antarabangsa.

15. Ketiganya ialah penstrukturan semula Bahagian Pengurusan.

Bahagian Pengurusan kini diletakkan secara terus di bawah Peguam

Negara supaya ianya dapat berfungsi dengan lebih efisyen dan mantap.

Pasukan 6 (ICT) yang sebelum ini diletakkan di bawah Bahagian

Page 8: TEKS UCAPAN TSAG-PERHIMPUNAN BULANAN 14 · PDF filePEGUAM NEGARA MALAYSIA SEMPENA ... negara atau di peringkat antarabangsa. ... yang telah berusaha dan memainkan peranan masing-masing

8

Penyelidikan kini diletakkan di bawah Bahagian Pengurusan dan

dinamakan sebagai seksyen ICT.

16. Seterusnya, bagi memastikan pembangunan kerjaya pegawai

undang-undang secara berterusan dan dalam usaha menjaga kebajikan

pegawai-pegawai undang-undang, Seksyen Pengurusan dan

Pembangunan Sumber Manusia Pegawai Undang-Undang telah

ditubuhkan dan diletakkan di bawah Bahagian Pengurusan. Seksyen ini

akan bertanggungjawab dalam menguruskan pengambilan,

penempatan, pertukaran, pemangkuan, kenaikan pangkat, pinjaman /

tukar sementara, latihan, tatatertib, perancangan penggantian dan

perkara-perkara lain yang melibatkan perkhidmatan pegawai undang-

undang.

Warga Jabatan yang saya hormati sekalian,

17. Kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi turut

mempengaruhi budaya kerja kita masa kini. Walau bagaimanapun

dalam menerapkan budaya kerja bersandarkan teknologi, penggunaan

aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi tidak seharusnya

membebankan pegawai-pegawai sehingga menjejaskan penumpuan

Page 9: TEKS UCAPAN TSAG-PERHIMPUNAN BULANAN 14 · PDF filePEGUAM NEGARA MALAYSIA SEMPENA ... negara atau di peringkat antarabangsa. ... yang telah berusaha dan memainkan peranan masing-masing

9

dan kualiti core work mereka. Oleh itu, inisiatif transformasi yang

seterusnya ialah penambah baikan dan kajian semula sistem ICT

Jabatan. Antara lainnya, saya telah mengarahkan untuk sistem

pelaporan melalui aplikasi dalaman atas talian seperti Intergrated Legal

Management System (ILMS), Chamber’s News Channel (CNC),

Chambers Virtual Office (CVO), Sistem Laporan Harian dan Laporan

Rang Undang-Undang untuk dikaji semula dan diselaraskan ke arah

mewujudkan satu sistem pelaporan sahaja.

18. Saya juga telah mengarahkan untuk pelaporan status kes melalui

Twitter dimansuhkan serta merta. Selain itu, sistem COMPASS dan

ILMS CREST juga akan disemak semula.

19. Berhubung media sosial, saya tidak menghalang penggunaan

media sosial. Walau bagaimanapun, saya ingin menasihatkan warga

Jabatan agar bertanggungjawab semasa berbuat demikian. Maklumat-

maklumat yang dimuat naik hendaklah tidak mengandungi maklumat

sensitif yang boleh menyebabkan kebocoran maklumat sulit atau rahsia

kerajaan.

20. Seterusnya, saya ingin menegaskan bahawa warga Jabatan

adalah dilarang daripada menyalahgunakan media sosial untuk

Page 10: TEKS UCAPAN TSAG-PERHIMPUNAN BULANAN 14 · PDF filePEGUAM NEGARA MALAYSIA SEMPENA ... negara atau di peringkat antarabangsa. ... yang telah berusaha dan memainkan peranan masing-masing

10

membuat dan menyebarkan kenyataan-kenyataan berunsur negatif

tentang Jabatan secara khususnya dan Kerajaan secara amnya.

Larangan ini juga meliputi serangan peribadi kepada mana-mana warga

Jabatan serta kepimpinan tertinggi pentadbiran Negara.

Sidang hadirin sekalian,

21. Inisiatif seterusnya ialah kajian semula terhadap Arahan-Arahan

Peguam Negara yang sedia ada oleh Pasukan Naziran. Ini bertujuan

untuk memastikan arahan Peguam Negara yang dikeluarkan adalah

relevan dan seiring dengan perkembangan dunia perundangan.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

22. Dalam usaha mewujudkan budaya kerja yang harmoni, saya

menyeru kepada warga Jabatan untuk menerapkan unsur esprit de

corps iaitu semangat setia kawan di kalangan warga Jabatan. Semangat

kerjasama dan sikap saling tolong-menolong dalam melaksanakan

tugas harian adalah penting untuk memantapkan budaya kerja

cemerlang dan berprestasi tinggi di Jabatan ini.

Page 11: TEKS UCAPAN TSAG-PERHIMPUNAN BULANAN 14 · PDF filePEGUAM NEGARA MALAYSIA SEMPENA ... negara atau di peringkat antarabangsa. ... yang telah berusaha dan memainkan peranan masing-masing

11

23. Besar harapan saya agar warga Jabatan sekalian dapat berusaha

bersama-sama saya bagi merealisasikan hasrat melahirkan budaya

kerja harmoni di Jabatan ini.

Warga Jabatan yang saya hormati sekalian,

24. Langkah-langkah transformasi seperti ini tidak akan berhenti di

sini. Kajian dan semakan akan terus dibuat dari semasa ke semasa

untuk meningkatkan prestasi pegawai-pegawai khasnya dan prestasi

jabatan secara amnya agar Jabatan Peguam Negara kekal sebagai

sebuah institusi yang disegani dan dihormati.

25. Justeru itu, saya amat mengalu-alukan cadangan penambah

baikan daripada warga Jabatan sekalian bagi memantapkan lagi institusi

Jabatan Peguam Negara. Cadangan-cadangan ini bolehlah disalurkan

melalui Sekretariat Pejabat Peguam Negara setiap cadangan yang

diterima akan diteliti dan dipertimbangkan sewajarnya.

26. Besar juga harapan saya agar warga Jabatan dapat bersama-

sama saya menjayakan inisiatif transformasi yang telah dan akan

diperkenalkan dalam usaha memantapkan institusi Jabatan Peguam

Negara.

Page 12: TEKS UCAPAN TSAG-PERHIMPUNAN BULANAN 14 · PDF filePEGUAM NEGARA MALAYSIA SEMPENA ... negara atau di peringkat antarabangsa. ... yang telah berusaha dan memainkan peranan masing-masing

12

27. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah

atas kejayaan terbaru Jabatan Peguam Negara dalam meraih anugerah-

anugerah berikut:

i. Anugerah Pencapaian 100% petunjuk prestasi Utama (KPI)

HRMIS Tahun 2014

ii. Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan berdasarkan

Indeks akauntabiliti Tahun 2014, dan

iii. Anugerah First Runner Up bagi Kategori “Large Building” oleh

ASEAN Energy Awards 2015

28. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua warga Jabatan

yang telah berusaha dan memainkan peranan masing-masing dalam

pencapaian yang begitu membanggakan ini.

29. Akhir kata, saya sekali lagi menyeru warga Jabatan untuk terus

berkhidmat dengan penuh dedikasi, integriti, komited dan profesional

dengan semangat berpasukan yang tinggi bagi menghasilkan kualiti

kerja yang cemerlang dan secara tidak langsung, dapat menjaga nama

baik dan prestasi Jabatan Peguam Negara.

Page 13: TEKS UCAPAN TSAG-PERHIMPUNAN BULANAN 14 · PDF filePEGUAM NEGARA MALAYSIA SEMPENA ... negara atau di peringkat antarabangsa. ... yang telah berusaha dan memainkan peranan masing-masing

13

30. Sebelum saya sudahi ucapan saya, dengan lafaz

Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Hari Inovasi Jabatan

Peguam Negara 2015 dan Hari Integriti Jabatan Peguam Negara 2015.

Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.

PEGUAM NEGARA MALAYSIA

14 Disember 2015