teks-ucapan-perasmian-sukan-tahunan-sekolah.doc

3
Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih pengerusi majlis, Yang Berusaha, Encik Mohd Suhaimi Bin Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran, SK Demit 2, Tuan Hj Mohd Razi Bin Mohd Jusoh Penolong Kanan Hem, En. Muhamad Bin Yaacob @ Omar Penolong Kanan Ko-kurikulum, En. Mohd Ridwan b. Mohd Noor, Penolong Kanan Pendidikan Khas. Yang Dihormati, Guru-guru,kakitangan sekolah , Seterusnya Murid-murid yang di kasihi , sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberi keizinan untuk berucap di majlis yang penuh bermakna ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengelola kerana telah berbesar hati menjemput Saya merasmikan temasya sukan tahunan di SK Demit 2 Kita pada tahun ini. Hadirin yang dikasihi sekalian, Saya amat berbesar hati dengan kerjasama yang ada di kalang guru-guru Sk Demit 2 yang ditunjukkan dalam menjayakan temasya sukan pada tahun ini. Dengan adanya kerjasama yang seumpama ini akan dapat memacukan sekolah ke arah kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Dan kita pasti kerjasama ini akan diteruskan untuk tahun yang mendatang demi kebaikan anak didik kita. Dan kita berharap dengan penganjuran temasya sukan seperti ini akan dapat melahirkan

Upload: muhamad-yaacob

Post on 15-Sep-2015

54 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Bismillahirrahmanirrahim

Bismillahirrahmanirrahim.Terima kasih pengerusi majlis,

Yang Berusaha,Encik Mohd Suhaimi Bin Abdullah,Penolong Kanan Pentadbiran, SK Demit 2,Tuan Hj Mohd Razi Bin Mohd Jusoh

Penolong Kanan Hem,

En. Muhamad Bin Yaacob @ Omar

Penolong Kanan Ko-kurikulum,

En. Mohd Ridwan b. Mohd Noor,

Penolong Kanan Pendidikan Khas.

Yang Dihormati,

Guru-guru,kakitangan sekolah , Seterusnya Murid-murid yang di kasihi , sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana diberi keizinan untuk berucap di majlis yang penuh bermakna ini. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak pengelola kerana telah berbesar hati menjemput Saya merasmikan temasya sukan tahunan di SK Demit 2 Kita pada tahun ini. Hadirin yang dikasihi sekalian,Saya amat berbesar hati dengan kerjasama yang ada di kalang guru-guru Sk Demit 2 yang ditunjukkan dalam menjayakan temasya sukan pada tahun ini. Dengan adanya kerjasama yang seumpama ini akan dapat memacukan sekolah ke arah kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Dan kita pasti kerjasama ini akan diteruskan untuk tahun yang mendatang demi kebaikan anak didik kita. Dan kita berharap dengan penganjuran temasya sukan seperti ini akan dapat melahirkan atlit-atlit yang dapat bersaing di arena sukan tanahair khasnya dan antarabangsa amnya. Temasya sukan tahunan adalah salah satu mekanisma pelaksanaan 2 teras yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu Teras Ke-2: Membangun Modal Insan dan Teras ke-3 Memperkasa Sekolah Kebangsaan.

Jika kita kaitkan dengan pelaksanaan kegiatan sukan sekolah di mana setiap murid yang mengambil bahagian, nyatalah bahawa membangun modal insan melalui kegiatan sukan dapat direalisasikan kerana melalui kegiatan bersukan murid-murid perlu menjalani pelbagai latihan sukan, mungkin bukan intensif tetapi melibatkan latihan fizikal dan latihan persiapan mental dan spiritual.

Melalui latihan persiapan mental dan spiritual, murid-murid dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi. Mental yang kuat perlu didorong oleh latihan fizikal yang teratur untuk menjadikan perjalanan darah yang teratur. Dengan perjalanan darah yang teratur, otak akan sentiasa cergas. Otak yang cergas akan menjadikan seseorang itu lebih mudah memahami ilmu pengetahuan yang sentiasa berkembang. Pengetahuan yang sentiasa berkembang akan meningkatkan daya fikir yang sentiasa berkembang akan menjadikan pengalaman seseorang murid itu bertambah luas.

Kita memang menyedari bahawa melalui kegiatan sukan, kita mampu membangun modal insan yang berkualiti atau insan yang memiliki minda kelas pertama yang menjadi peneraju negara pada masa hadapan. Dalam konteks memperkasa Sekolah Kebangsaan, murid-murid yang memiliki minda kelas pertama yang didorong antara lain melalui kegiatan sukan, akan menjadi faktor penyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Melalui kegiatan sukan bukan sahaja akan melahirkan murid yang sihat fizikalnya tetapi murid yang memiliki cergas mindanya. Oleh itu konsep Membangun Modal Insan dan memperkasa Sekolah melalui sukan amat bersesuaian dan perlu diteruskan oleh sekolah.

Murid-murid yang dikasihi,

Acara Sukan Tahunan merupakan kemuncak kepada semua aktiviti sukan yang dijalankan di sekolah. Matlamat utama sukan tahunan adalah untuk mengukur kemampuan pelajar bersukan di peringkat sekolah dan seterusnya memilih bakal atlet yang berkemampuan untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Kepada pelajar yang bertanding, gunakanlah gelanggang ini untuk menunjukkan kemampuan anda yang terbaik. Buatlah yang terbaik!.

Diharap acara sukan tahunan ini menjadi landasan kepada semua murid-murid untuk meningkatkan keupayaan diri untuk terus maju dalam hidup mereka di alam persekolahan.

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK Pengelola, terutamanya guru besar, barisan pk , guru-guru, kakitangan serta pekerja sekolah kerana telah dapat menganjurkan Temasya Sukan Tahunan SK Demit 2. Kepada para pelajar yang akan mengambil bahagian dan yang akan meraih pingat selepas ini saya ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya jangan putus asa, kerana penyertaan kalian sudahpun menunjukkan bahawa anda telah menunjukkan kejayaan.

Dengan lafaz Bismillahir Rahmannir Rahim, saya dengan ini merasmikan Temasya Sukan Tahunan Kali ke-8 SK Demit 2 tahun 2015.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.