teks ucapan perasmian

Upload: malek609

Post on 06-Mar-2016

116 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Perasmian Sukan

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN PERASMIAN DAN PENUTUPANYANG BERHORMAT EN CHARLES O PANG SU PINADUN N44 KARAMUNTINGSEMPENA MAJLIS PERASMIAN DAN PENUTUPANKEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK ST. GABRIELKALI KE-33 TAHUN 2015

Yang Dihormati, Puan Salbiah Bt. Haron, YDP Persatuan Ibu Bapa dan Yang Dihormati, Tuan Haji Ashmar Bin Haji Labadu, Guru Besar SK St. Gabriel;Yang Berusaha, Penolong-penolong Kanan, Ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru, tuan-tuan, puan-puan dan semua murid yang dikasihi sekalian.Salam sejahtera, Salam perpaduan dan Salam Satu MalaysiaSaya amat berbesar hati pada hari ini kerana dapat meluangkan masa bersama-sama warga sekolah ini pada Majlis Perasmian dan Penutupan Kejohanan Sukan Tahunan SK St. Gabriel kali Ke-33, 2015.Sidang hadirin yang berbahagia.Bidang sukan merupakan antara platform terbaik untuk melahirkan murid-murid yang cergas fizikal dan mental. Menerusi latihan yang konsisten dan seimbang daripada pelbagai aspek yang merangkumi minda, fizikal, otot, saraf dan emosi, sukan juga mampu membentuk seorang murid yang cergas, patuh dengan aturan dan secara tidak langsungmembentuk seorang atlet yang berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyaijati diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan.Hadirin yang dihormati,Dasar 1 Murid 1 Sukan merupakan satu langkah yang tepat untuk mencapai matlamat tersebut. Dasar yang mewajibkan setiap murid yang sihat mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah bukan sahaja mampu mengembalikan kemeriahan sukan di sekolah dan merapatkan silaturrahim warga sekolah dan masyarakat setempat,malahan, pendekatan ini akan menjadi pemangkin ke arah kejayaan yang lebih cemerlang.Tuan-tuan dan puan-puan,Kejohanan ini tidak semata-mata menentukan juara dan pemenang bagi sesuatu acara, perkara yang lebih penting ialah kejohanan ini memberikan pendidikan secara tidak langsung kepada murid-murid dan atlet bahawa kejayaan hanya dapat dicapai melalui usaha, ketekunan, perancangan yang rapi dan pengorbanan. Tidak ada kejayaan yang mudah dicapai melainkan melalui perjuangan yang berterusan. Kejohanan ini juga adalah landasan ke arah perpaduan, menjalin sifat hormat-menghormati dan semangat kerjasama yang tinggi. Matlamat akhirnya nanti adalah untuk membentuk sebuah masyarakat dan warganegara yang berjiwa kental, patriotik dan saling berkasih sayang.Kegiatan sukan yang berterusan akan menjadi satu daripada benteng yang menjadi penghalang kepada murid-murid daripada terlibat dalam pelbagai aktiviti yang tidak sihat. Melalui latihan persiapan mental dan spiritual, seseorang atlet itu dilatih agar mempunyai daya saing dan semangat yang tinggi. Kita harus sedar bahawa melalui kegiatan sukan, kita mampu membangun modal insan yang berkualiti dan insan yang memiliki minda kelas pertama yang menjadi peneraju negara pada masa hadapan. Melalui kegiatan sukan bukan sahaja akan melahirkan pelajar yang sihat fizikalnya tetapi pelajar yang memiliki cergas mindanya.Hadirin yang dikasihiAktiviti sukan juga berupaya memupuk perpaduan antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa. Rakyat tidak harus alpa dengan kepentingan perpaduan untuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator terbaik ke arah itu ialah melalui sukan. Semangat kerjasama dan bertoleransi amatlah penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama.Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK Pengelola kerana telah dapat menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan SK St. Gabriel Kali Ke-33 dengan jayanya. Kepada para atlet yang mengambil bahagian dan meraih pingat kejohanan sepanjang hari ini, saya ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya janganlah berputus asa, kerana penyertaan anda sudah pun menunjukkan bahawa anda telah mencipta kerjaya.SAYA DENGAN INI MERASMIKAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK ST. GABRIEL KALI KE -33 .Sekian, terima kasih.