teks ucapan - pengetua sempena majlis graduasi t5 2004

12
TEKS UCAPAN Encik Saleh bin Osman Pengetua, Maktab Rendah Sains MARA Transkrian, Nibong Tebal, Pulau Pinang Sempena Majlis Graduasi MRSM Transkrian Kali ke-2 Pada 10 Oktober 2004 (Ahad) Di Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal,Pulau Pinang,

Upload: sszma

Post on 06-Jun-2015

9.459 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN  - PENGETUA SEMPENA MAJLIS GRADUASI T5 2004

TEKS UCAPAN Encik Saleh bin OsmanPengetua,Maktab Rendah Sains MARA Transkrian,Nibong Tebal, Pulau Pinang

SempenaMajlis Graduasi MRSM Transkrian Kali ke-2

Pada10 Oktober 2004 (Ahad)

Di Kampus Kejuruteraan USM, Nibong Tebal,Pulau Pinang,

GRADUAN CEMERLANG PEMANGKIN KEGEMILANGAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Page 2: TEKS UCAPAN  - PENGETUA SEMPENA MAJLIS GRADUASI T5 2004

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,Terima Kasih Pengerusi Majlis,

Kata-kata menghadap majlis

1. Yang Berhormat (Tetamu khas yang kita raikan),Dato’ Haji Abdul Rashid bin Abdullah,Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang,

2. Yang Berbahagia,Encik Abdul Rahman bin Abu,Pengarah MARA,Negeri Pulau Pinang

3. Yang Berbahagia, Encik Farizan bin DarusPegawai Daerah,Seberang Perai Selatan,

4. Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Abdul Rahman bin Mohamed Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia

Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Kampus Kejuruteraan USM

5. Yang Berbahagia,Encik Sobri bin Hamid,Pengerusi Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA (Muafakat),MRSM Transkrian

6. Yang Berusaha,Penolong-penolong Pengetua,MRSM Transkrian

7. Ketua-ketua dan pegawai-pegawai jabatan kerajaan dan badan berkanun Daerah Seberang Perai Selatan, Pengetua-pengetua MRSM dan Kolej MARA Zon Utara serta Sekolah Menengah Kelompok M7 dan para jemputan khas

8. Guru-guru dan kakitangan MRSM Transkrian

Page 3: TEKS UCAPAN  - PENGETUA SEMPENA MAJLIS GRADUASI T5 2004

9. Ahli-ahli jawatankuasa Majlis Graduasi kali ke-2

10. Ibu bapa para graduan dan pastinya anak-anak tersayang , para graduan yang kita raikan sekalian..

Ucapan

1. Alhamdullilah, dengan izin dan keredhaan Allah swt. Majlis Graduasi

Maktab Rendah Sains MARA Transkrian kali ke-2 bagi pelajar-

pelajar tingkatan lima dapat kita adakan pada hari ini dalam suasana

yang penuh gemilang dan bermakna buat kita semua.

2. Saya mewakili seluruh warga kerja MRSM Transkrian mengalu-

alukan dan merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran tuan-

tuan dan puan-puan ke majlis ini untuk meraikan kejayaan anak

tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Kita berasa begitu bertuah dan

berbangga kerana majlis kita pada hari ini dimeriahserikan dan akan

disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Haji Abdul Rashid bin Abdullah,

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Y.B. Dato’ akan

menyampaikan sijil kepada para graduan. Kehadiran beliau

merupakan satu penghormatan kepada kami di MRSM Transkrian

yang telah beroperasi kira-kira 2 tahun 6 bulan iaitu sejak 1 April

2002. Sebagai tokoh dan orang yang bertanggunggjawab berusaha

gigih sehingga terdirinya MRSM di kawasan Transkrian ini,

kehadiran dan keprihatinan Y.B. Dato’ pastinya akan menyuntik

semangat kepada kami , warga pendidik dan warga pelajar untuk

terus mencemerlangkan dunia pendidikan khususnya dan martabat

negara secara menyeluruh.

Page 4: TEKS UCAPAN  - PENGETUA SEMPENA MAJLIS GRADUASI T5 2004

3. Saya juga mengalu-alukan kehadiran para jemputan khas MRSM

Transkrian ke majlis ini dan sesungguhnya kehadiran ini akan terus

mengeratkan silaturrahim yang sedia terjalin antara kita.

Y.B. Dato’ dan hadirin yang dihormati sekalian,

4. Kumpulan graduan yang ada di dalam Dewan Kuliah 4, Kampus

Kejuruteraan USM hari ini adalah merupakan kumpulan yang kedua

maktab ini yang akan meneruskan kecemerlangan yang telah

dilakarkan oleh kumpulan perintis pada tahun 2003. Pencapaian

SPM 2003 dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 2.42 merupakan titik

permulaan kejayaan yang cuba dibina oleh maktab. Kita menaruh

harapan dan kepercayaan yang tinggi agar kumpulan graduan pada

hari ini akan mencipta kecemerlangan dan memastikan wujudnya

rantaian kesinambungan yang seterusnya meletakkan nama maktab

di puncak kegemilangan. Saya yakin para graduan yang ada di

dalam dewan ini telah menjadikan segala rintangan, kekurangan

dan masalah yang telah ditempuh oleh generasi pertama dahulu

sebagai cabaran, inspirasi dan rangsangan untuk terus maju dalam

bidang akademik dan pembinaan jati diri serta pemupukan sahsiah

yang terpuji.

5. Berkat kesungguhan, kesabaran dengan semangat juang yang

tinggi, maka pada hari ini mereka layak untuk dianugerahkan Sijil

Pendidikan MRSM. Sewajarnyalah kita meraikan kejayaan mereka

dengan penuh rasa syukur dan takzim berkat kerja keras para

pendidik, dedikasi para kakitangan dan sokongan padu ibu bapa.

Atas rasa bangga dengan kejayaan mereka, pihak maktab ingin

menzahirkannya dalam suasana yang lebih selesa dan nyaman.

Kampus Kejuruteraan USM ini dipilih sebagai tempat yang paling

Page 5: TEKS UCAPAN  - PENGETUA SEMPENA MAJLIS GRADUASI T5 2004

sesuai untuk mencetuskan semarak kejayaan buat para graduan.

Semoga tempat ini menjadi pendorong untuk anda menanam tekad

menjejakkan kaki ke menara gading; bukan sebagai pelawat tetapi

sebagai penghuni yang memanfaatkannya untuk menimba ilmu

mengharung hidup yang semakin mencabar. Dan untuk itu, kita

amat berterima kasih kepada pihak USM dan khusus sekali kepada

Yang Berbahagia, Prof. Madya Dr. Abdul Rahman bin Mohamed,

yang juga merupakan bekas pelajar MRSM Kulim (Ansara MRSM

Kulim) atas keprihatinan, komitmen dan kerjasama yang

diberikan oleh beliau kepada pihak kami. Terima kasih Prof. Madya.

Y.B. Dato’,hadirin yang dihormati dan para graduan yang diraikan sekalian

6. Sijil Pendidikan MRSM atau biasa disebut Sijil Graduasi merupakan

lambang kejayaan dan kecemerlangan produk MRSM. Pemberian

gred dalam sistem MRSM adalah berdasarkan pencapaian mereka

dalam subjek-subjek akademik, subjek-subjek kemahiran dan aktiviti

kokurikulum. Ternyata dasar ini telah menjadi satu realiti dan aset

berharga yang memenuhi impian serta hasrat MARA untuk

melahirkan golongan profesional melalui sistem pendidikan. Sejak

1972, apabila MRSM mula beroperasi di Seremban hinggalah pada

tahun 2003 dengan beroperasinya MRSM yang ke-37 di Pasir Salak

( MRSM Transkrian merupakan MRSM yang ke-36 beroperasi) ,

seramai 25,000 orang produk MRSM telah dihasilkan dan berjaya

dalam bidang profesional. Anda, para graduan MRSM Transkrian

akan menjadi sebahagian daripada mereka ! Persediaan untuk

menempuh dan merentasi cabaran dunia harus bermula dari

sekarang dengan persediaan padu menghadapi peperiksaan SPM

2004 yang akan bermula pada 1 November ini. Berusahalah dengan

iltizam yang tinggi dan penuh ketakwaan berbekalkan ilmu yang

Page 6: TEKS UCAPAN  - PENGETUA SEMPENA MAJLIS GRADUASI T5 2004

dicurahkan oleh guru-guru anda untuk memperoleh kejayaan dan

seterusnya memartabatkan MRSM Transkrian sebagai antara

MRSM yang cemerlang, insya-Allah.

7. Saya dan warga kerja maktab amat bersyukur kerana kumpulan

kedua ini mewarisi sifat-sifat peribadi yang luhur seperti kumpulan

perintis dahulu. Fenomena dan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat yang

semakin menular hingga melibatkan sekolah-sekolah premier dan

sekolah-sekolah berasrama penuh tidak terdapat di MRSM

Transkrian. Saya bersyukur dan berbangga kerana para pelajar

mampu menampan budaya yang bukan sahaja membinasakan

ukhwah dan keintiman pelajar, malahan mungkin menggelapkan

masa depan jika dibiarkan berleluasa. Harapan saya agar para

pelajar akan meneruskan budaya positif, sikap saling berkerjasama,

saling memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain ke arah

mencapai matlamat kecemerlangan bersama.

8. Gunakanlah peluang yang ada untuk memperkasa diri para pelajar

sekalian dengan kemahiran teknologi malumat , kemahiran

berkomunikasi serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris.

Tiada jalan pintas ke arah kejayaan. Nama-nama seperti Dato’

Azhar Mansor, Datuk Abdul Malek Mydin , K.Mohandas dan

Muhammad Muqarrabin seharusnya terjelma dalam kotak minda

anda sebagai insan yang berusaha gigih hingga kadangkala

mempertaruhkan nyawa demi mencapai matlamat meletakkan nama

negara dipersada dunia. Semangat juang inilah yang perlu dicontohi

oleh para graduan. Majlis graduasi ini dan peperiksaan SPM yang

bakal ditempuhi hanyalah titik permulaan jalan kehidupan yang

bakal anda terokai. Di hadapan anda sekalian nanti, terbentang

Page 7: TEKS UCAPAN  - PENGETUA SEMPENA MAJLIS GRADUASI T5 2004

pelbagai ranjau duri dan rintangan ke arah pencapaian kejayaan

sebenar dalam kehidupan. Semangat perjuangan yang murni dan

kekuatan iman perlu diperkukuh bagi membolehkan para graduan

meneruskan perjalanan dengan penuh yakin dan tabah. Kami

semua mendoakan kejayaan dan kesejahteraan anda.

9. Saya juga amat berharap agar anda sekalian memiliki daya saing

yang positif ke arah mewujudkan generasi yang inovatif dalam

bidang sains dan teknologi. Negara kini memerlukan teknokrat yang

proaktif dan matlamat tersebut juga merupakan sebahagian

daripada kewujudan MRSM di seluruh negara. Untuk berjaya

sebagai teknokrat mahupun pemangkin pembangunan negara , para

pelajar semua perlu berubah dan untuk memulakan perubahan itu

pula, anda mestilah meneroka dalam diri anda untuk mencari

kekuatan, kelemahan dan ancaman yang ada. Dengan kata lain,

perlu ada unsur-unsur "SELF-RENEWAL" (pemugara kendiri).

Janganlah hendaknya kita mengajar diri kita menilai sesuatu

keputusan untuk berubah itu menerusi dimensi yang sempit tetapi

semestinya perlu bersikap imiginatif dan praktikal. Jika kita berjaya

melihat daripada perspektif yang lebih global dan positif maka

aspirasi MARA melalui MRSM berupaya diterjemahkan dalam

tindakan yang lebih bermakna. Kita tidak mempunyai banyak masa lagi

untuk mencapai status  negara  maju pada tahun 2020.  Hanya  mereka

yang bergerak dengan kekuatan  ilmu dan berkemampuan untuk

menguasainya  dapat  berdaya  saing  ketika   itu.

Y.B. Dato’ dan hadirin yang dihormati sekalian,

10. Dalam majlis ini, saya mengambil kesempatan untuk merakamkan

ucapan terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru, kakitangan,

MUAFAKAT MRSM Transkrian dan ibu bapa sekalian dalam

Page 8: TEKS UCAPAN  - PENGETUA SEMPENA MAJLIS GRADUASI T5 2004

menjayakan Majlis Mohon restu yang telah diadakan di Pusat Islam,

Kampus Kejuruteraan USM pada malam semalam. Kesediaan dan

kesudian para waris untuk sama-sama berganding bahu dengan

pihak maktab dalam memohon keredhaan Ilahi atas kejayaan para

pelajar amat kami hargai dan kami sanjung. Kepada para graduan,

hargailah harapan tinggi yang telah disandarkan oleh waris anda.

Balaslah jasa mereka dengan ‘juadah’ kejayaan yang hasilnya

begitu indah dan dapat dinikmati selama-lamanya.

11. Sebagai penutup, sekali lagi saya bagi pihak MRSM Transkrian

merakamkan penghargaan atas kehadiran Y.B. Dato’. Semoga

gandingan mantap Y.B. Dato’ Haji Abdul Rashid bin Abdullah di

Pulau Pinang bersama dengan Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Haji

Ahmad Badawi, Perdana Menteri kita akan terus mekar untuk

memartabatkan bangsa, agama dan negara dengan langkah yang

CEMERLANG,GEMILANG dan TERBILANG. Kepada ibu bapa

sekalian, iringilah perjuangan anak tuan-tuan dan puan-puan

menempuh peperiksaan dengan doa agar kecemerlangan yang kita

harap-harapkan tercapai. Kepada para jemputan, terima kasih atas

kehadiran dan sokongan anda semua. Kepada para graduan,

tahniah atas kejayaan anda semua.

Sekian. Wassalam.