teks ucapan pengerusi penganjur

2
Teks Ucapan Pengerusi Penganjur Selamat pagi, salam sejahtera, dan salam pandu puteri saya ucapakan kepada Pegawai Belia & Sukan (Persekutuan) Bhgn. Kudat – En. Himran Entoh Pegawai Pelajaran Daerah Kudat – Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Kudat – Cik. Theresa Tsen Chui Jin Pen. Pesuruhjaya Daerah (Bhgn Pandu Puteri Renjer) – Teresa Zaratung Pen. Pesuruhjaya Daerah (Bhgn Pandu Puteri Remaja) – Catharine Chee Chai Lan Pen. Pesuruhjaya Daerah (Bhgn Pandu Puteri Tunas) – Jamainah binti Sahjinan Para Pengetua / Guru Besar Para Pemimpin Pasukan Pandu Puteri Tunas, Remaja & Renjer Serta semua ahli pandu puteri yang dikasihi, Selamat datang ke Majlis Hari Peringatan Persatuan Pandu Puteri Peringkat Daerah Kudat 2014 Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana memberikan kesempatan kepada kita untuk berkumpul dalam majlis yang penuh bermakna ini. Dalam majlis ini, saya bagi pihak PPPM Cawangan Kudat mengalu-alukan kedatangan En. Himran Entoh, selaku Pegawai Belia & Sukan (p) Bhgn Kudat dan mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi bersama-sama dengan kita bagi merasmikan majlis kita pada pagi ini. Pihak kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan PPD kerana sudi meluangkan masa bersama dengan kita dan sentiasa memberi sokongan dalam program atau aktiviti sekolah. Tuan-tuan dan puan-puan, Hari Peringatan merupakan hari yang begitu bermakna kerana hari ini memperingatkan kita kepada asas permulaan pergerakan pandu puteri dan pengakap puteri sedunia dan kepentingan untuk menghargai apa yang kita nikmati untuk membina generasi dan masa depan yang lebih berguna. Hari Peringatan Sedunia pada tahun ini diraikan dengan tema “Pendidikan untuk Semua”. Daripada tema ini, dapat difahami bahawa pendidikan begitu penting kepada semua tanpa mengambil kira jantina. Sesungguhnya pendidikan boleh membawa seseorang mencapai kejayaan bukan sahaja dari segi pencapaian akademik malah pembentukan sahsiah

Upload: anna-michael-asri

Post on 08-Apr-2016

2.088 views

Category:

Documents


36 download

DESCRIPTION

contoh teks ucapan

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Pengerusi Penganjur

Teks Ucapan Pengerusi Penganjur

Selamat pagi, salam sejahtera, dan salam pandu puteri saya ucapakan kepada Pegawai Belia & Sukan (Persekutuan) Bhgn. Kudat – En. Himran EntohPegawai Pelajaran Daerah Kudat – Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Kudat – Cik. Theresa Tsen Chui JinPen. Pesuruhjaya Daerah (Bhgn Pandu Puteri Renjer) – Teresa ZaratungPen. Pesuruhjaya Daerah (Bhgn Pandu Puteri Remaja) – Catharine Chee Chai LanPen. Pesuruhjaya Daerah (Bhgn Pandu Puteri Tunas) – Jamainah binti SahjinanPara Pengetua / Guru Besar Para Pemimpin Pasukan Pandu Puteri Tunas, Remaja & RenjerSerta semua ahli pandu puteri yang dikasihi,

Selamat datang ke Majlis Hari Peringatan Persatuan Pandu Puteri Peringkat Daerah Kudat 2014Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana memberikan kesempatan kepada kita untuk berkumpul dalam majlis yang penuh bermakna ini.

Dalam majlis ini, saya bagi pihak PPPM Cawangan Kudat mengalu-alukan kedatangan En. Himran Entoh, selaku Pegawai Belia & Sukan (p) Bhgn Kudat dan mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi bersama-sama dengan kita bagi merasmikan majlis kita pada pagi ini. Pihak kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan PPD kerana sudi meluangkan masa bersama dengan kita dan sentiasa memberi sokongan dalam program atau aktiviti sekolah.

Tuan-tuan dan puan-puan, Hari Peringatan merupakan hari yang begitu bermakna kerana hari ini memperingatkan kita kepada asas permulaan pergerakan pandu puteri dan pengakap puteri sedunia dan kepentingan untuk menghargai apa yang kita nikmati untuk membina generasi dan masa depan yang lebih berguna. Hari Peringatan Sedunia pada tahun ini diraikan dengan tema “Pendidikan untuk Semua”. Daripada tema ini, dapat difahami bahawa pendidikan begitu penting kepada semua tanpa mengambil kira jantina. Sesungguhnya pendidikan boleh membawa seseorang mencapai kejayaan bukan sahaja dari segi pencapaian akademik malah pembentukan sahsiah peribadi yang terpuji. Kriteria-kriteria beginilah yang dititikberatkan oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia dalam melahirkan ahli pandu puteri yang sentiasa membantu dan menghulurkan bantuan.

Dalam majlis ini saya ingin juga mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang berusaha keras untuk menjayakan hari yang penuh bermakna ini, dan tidak lupa juga ucapan terima kasih buat Pejabat Belia & Sukan Kudat, Pejabat Pergigian Kawasan Kudat dan Pejabat Kesihatan Kudat atas pameran yang dibuat. Begitu juga dengan Creamos (Malaysia) Sdn. Bhd. atas sumbangan bun dan semua penaja cabutan tiket bertuah.

Akhir kata, marilah kita sama-sama meraikan dan menjayakan majlis pada pagi ini dan kepada semua hadirin saya ucapkan selamat menyambut hari peringatan 2014

Sekian terima kasih