teks ucapan pengerusi majlis sempena mesyuarat agung pibg kali ke

Upload: mohd-faizal-abdul-rani

Post on 05-Apr-2018

629 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

  • 8/2/2019 Teks Ucapan Pengerusi Majlis Sempena Mesyuarat Agung Pibg Kali Ke

    1/5

    TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS SEMPENA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI

    KE-29 SEKOLAH KEBANGSAAN ULU TAWAR SESI 2012

    1. (KETIBAAN TUAN PEGAWAI PEMBANGUNAN KEDA DAERAH BALING )Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik MOHD HAFIZ BIN AHMAD , PegawaiPembangunan KEDA Daerah Baling masuk ke dalam Dewan .

    Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh , Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Yang Berbahagia, Encik Mohd Hafiz Bin Ahmad , Pegawai Pembangunan KEDA

    Daerah Baling

    Yang Dihormati, Puan Zauyah Bt. Zakaria , Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar Yang Berusaha , Encik MARZUKI BIN MUSTAFA. , Tuan Yang Dipertua Persatuan

    Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar

    Barisan Guru-guru Penolong Kanan , ahli-ahli jawatankuasa PIBG , warga pendidik yangdedikasi , staf-staf sekolah, ibu-ibu , bapa-bapa seterusnya hadirin dan hadirat yang

    dihormati sekalian.

    Sirih berlipat bersama pinang,

    Pinang berasal Pulau Mutiara;

    Pemanis kata selamat datang,

    Awal Bismillah pembuka bicara.

    Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT, kerana dengan berkat limpahkurnia-Nya yang amat banyak, dapat kita berkumpul dan berkenal mesra dalam majlis

    yang penuh permuafakatan iaitu Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar

    bagi edisi yang ke-29

    Sebelum tari kata diatur lebih lanjut lagi , pihak Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggipenghargaan kepada Yang Berusaha Encik Mohd Hafiz Bin Ahmad di atas kesudian

    melapangkan masa untuk bersama-sama menjayakan majlis ini. Dengan berkat kehadiran

    Yang Berusaha Encik Mohd Hafiz akan menjadikan majlis ini menjadi lebih bermakna

    lagi.

    Ucapan Terima kasih juga dikalungkan kepada para ibubapa dan waris yang sudimeluangkan masa seketika bertandang ke teratak ilmuan ini bagi mencapai satu katasepakat dan berkongsi pendapat dalam merencana agenda kecemerlangan akademik dan

    sahsiah anak-anak yang berguru di sini . Kehadirin tuan puan sekalian menandakan tuan

    puan begitu positif dan saling memberi kerjasam dalam program anjuran sekolah ini.

    Syabas dan tahniah diucapkan .

  • 8/2/2019 Teks Ucapan Pengerusi Majlis Sempena Mesyuarat Agung Pibg Kali Ke

    2/5

    Tetak buluh panjangnya tujuh,

    Buat menjolok sarang penyengat;

    Menadah tangan jari sepuluh,

    Doa dipohon supaya berkat.

    Bagi memakmurkan lagi majlis kita pada petang yang gemilang ini, majlis dengansukacitanya mempersilakan Ustaz Zulhazmi Bin Kamarudin naik ke atas pentas untuk

    memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya , dipersilakan.

    (BACAAN DOA DAN APABILA SELESAI)

    Alhamdulillah. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Zulhazmi Kamarudin diatas bacaan doa itu tadi.Semoga perhimpunan ini mendapat barakah daripada Allah SWT

    dan berjalan dalam suasana penuh harmonis .

    2. (UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI)

    Dayung sampan dulu-duluan,

    Singgah berlabuh di Tanjung Jati;

    Ucapan sebagai alu-aluan,

    Mari tuan sama-sama amati.

    Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Encik Marzuki Bin Mustafaselaku YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Ulu Tawar untuk menyampaikan ucapan

    alu-aluan. Dengan hormatnya dipersilakan.

    (UCAPAN PENGERUSI DAN APABILA SELESAI)

    Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Marzuki Mustafa di atas ucapan itu tadi.

    3. (UCAPAN TNC)

    Hadirin dan hadirat sekalian,

    Marilah kita bergerak pula ke aturcara yang seterusnya .Sesungguhnya ,Tidak lengkap

    rasanya majlis ini sekiranya kita tidak mendengar ucapan daripada pentadbir Sekolah

    Kebangsaan Ulu Tawar . Oleh yang demikian , bagi menyempurnakan aturcara

    seterusnya , marilah kita bersama-sama mendengar pula ucapan dan kata-kata aluan

    daripada Puan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar , Puan Zauyah Bt. Zakaria .

    Dengan segala hormatnya dipersilakan .

  • 8/2/2019 Teks Ucapan Pengerusi Majlis Sempena Mesyuarat Agung Pibg Kali Ke

    3/5

    (UCAPAN GURU BESAR ) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dikasihi Puan Zauyah Zakaria di

    atas ucapan itu

    4. (UCAPAN PERASMIAN OLEH PEGAWAI PEMBANGUNAN KEDA )

    Para hadirin yang dirahmati sekalian,Dari Melaka pergi ke Serdang,

    Singgah sebentar di Bukit Serindit;

    Tuan umpama bintang gemilang,

    Titipkan amanat barang sedikit.

    Kini tibalah kita ke puncak acara yang dinanti-nantikan iaitu mendengar ucapan bervisidan ucapan perasmian daripada tetamu terhormat jemputan kita . Majlis dengan penuh

    rasa rendah hati mempersilakan Yang Berusaha , Encik Mohd Hafiz Bin Ahmad untuk

    menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan seminar ini. Dengan segala

    hormatnya dipersilakan.

    (UCAPAN TETAMU JEMPUTAN KHAS)

    5. (PENYAMPAIAN CENDERAMATA)

    Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang BERUSAHA ENCIKMOHD HAFIZ BIN AHMAD kerana sudi menyampaikan ucapan dan seterusnya

    merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar edisi yang ke-29

    ini.

    Air laut tenang-tenangan,

    Tanam selasih tepi perigi;

    Cenderamata tanda kenangan,

    Terima kasih sekalung budi.

    Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Yang dihormati, Puan Zauyah Zakariauntuk mengiringi Yang Dipertua PIBG Encik Marzuki Mustafa naik ke atas pentas untuk

    menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berusaha Encik Mohd Hafiz

    Bin Ahmad. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

    (Penyampaian cenderamata dan apabila selesai)

  • 8/2/2019 Teks Ucapan Pengerusi Majlis Sempena Mesyuarat Agung Pibg Kali Ke

    4/5

    Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG dan Puan Guru Besarkerana sudi menyampaikan cenderamata kepada tetamu kehormat itu tadi.

    (Penyampaian cenderamata) Dengan berakhirnya penyampian cenderahati dan hadiah itu tadi , maka agenda pertama

    majlis kita pada petang ini berakhir sudah . Bagi pihak seluruh anggota jawatankuasaMesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar, majlis sekali lagi merakamkan

    setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berusaha Encik Mohd Hafiz Bin Ahmad atas

    kesudian untuk bersama-sama kita pada petang ini. Dengan itu , pihak majlis ingin

    menjemput Yang Berusaha Encik Mohd Hafiz Ahmad ke bilik guru untuk menikmati

    sedikit jamuan kecil yang telah disediakan. Dengan segala hormatnya , dipersilakan .

    Hadirin dan hadirat sekalian ,

    Majlis kita akan berhenti untuk seketika dan akan disambung semula pada jam .Untuk kita teruskan pula agenda utama majlis petang ini iaitu Mesyuarat Agung PIBG SK UluTawar kali ke-29. Untuk membasahkan tekak dan mengalas perut , pihak majlis ingin menjemput

    hadirin hadirat sekalian untuk menikmati sedikit jamuan ringan yang disediakan oleh pihak

    jawatankuasa mesyuarat ini .Dengan segala hormatnya dipersilakan .

    Pengumuman tambahan :

    ..

    ..

    6. (PENUTUP)

    Para hadirin sekalian.

    Ibarat berjalan dah sampai di halaman,

    Ibarat berenang dah sampai di tebing,

    Ibarat terbang dah hinggap di dahan,

    Ibarat mendaki dah sampai di puncak.

    Terima kasih kepada hadirin dan hadirat yang sudi melapangkan masa untuk bersama-sama menjayakan majlis ini.

  • 8/2/2019 Teks Ucapan Pengerusi Majlis Sempena Mesyuarat Agung Pibg Kali Ke

    5/5

    Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan padu dalammenjayakan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Ulu Tawar kali ke-29 ini.

    Akhir kata,

    Kalau ada jarum yang patah,

    Jangan disimpan di dalam peti;

    Yang baik itu ketentuan Allah,

    Yang cela itu kelemahan diri.