teks ucapan pengarah jps dan gb.docx

5
Kata-Kata Aluan Tuan Haji Mahmud Bin Karim Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya berpeluang untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam Majalah REBUNG Edisi ke-9 ini. Tahniah kepada pasukan sidang redaksi generasi berilmu kerana berupaya berkolaborasi menghasilkan majalah REBUNG yang mencerminkan wajah sekolah ini buat tatapan semua. Kesempurnaan dalam semua aspek perlu dititiberatkan kerana majalah ini akan menjadi medium rujukan terhadap segala perkembangan yang berlaku serta peristiwa suka duka yang terlakar di bumi SK Kelana Jaya (1) ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas diucapkan kepada guru- guru SK Kelana Jaya (1) kerana terus berdiri teguh dalam usaha memartabatkan profesion keguruan. Sesungguhnya keikhlasan dalam melaksanakaan tugas dan usaha yang berterusan para guru akan menjadi azimat dalam meningkatkan komitmen dan kecemerlangan anda semua bagi melahirkan modal insan kelas pertama. Jika hasrat ini tercapai akan lahirlah warga Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang yang akan merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Program Transformasi Pendidikan (PTK) yang telah bermula sejak tahun 2009. Dalam usaha mencapai hasrat tersebut, kerajaan mengambil langkah menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan. Pelan ini menyediakan kerangka pembangunan yang menyeluruh untuk

Upload: faris-rahimi

Post on 25-Oct-2015

197 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

TEKS UCAPAN PENGARAH JPS DAN GB.docx

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN PENGARAH JPS DAN GB.docx

Kata-Kata AluanTuan Haji Mahmud Bin Karim

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia

 Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya berpeluang untuk

mencoretkan sepatah dua kata dalam Majalah REBUNG Edisi ke-9 ini. Tahniah kepada pasukan

sidang redaksi generasi berilmu kerana berupaya berkolaborasi menghasilkan majalah REBUNG yang

mencerminkan wajah sekolah ini buat tatapan semua. Kesempurnaan dalam semua aspek perlu

dititiberatkan kerana majalah ini akan menjadi medium rujukan terhadap segala perkembangan yang

berlaku serta peristiwa suka duka yang terlakar di bumi SK Kelana Jaya (1) ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas diucapkan kepada guru-guru SK Kelana Jaya (1)

kerana terus berdiri teguh dalam usaha memartabatkan profesion keguruan. Sesungguhnya keikhlasan

dalam melaksanakaan tugas dan  usaha yang  berterusan  para guru akan menjadi azimat dalam

meningkatkan  komitmen dan kecemerlangan anda semua bagi melahirkan modal insan kelas pertama.

Jika hasrat ini tercapai akan lahirlah  warga Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang yang

akan merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Program Transformasi Pendidikan (PTK) yang

telah bermula sejak tahun 2009.

Dalam usaha mencapai hasrat tersebut, kerajaan mengambil langkah menggubal Pelan

Pembangunan Pendidikan. Pelan ini menyediakan kerangka pembangunan yang menyeluruh untuk

menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga tahun 2025.

Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa penerbitan majalah sekolah sebegini akan menjadi

dorongan dan perangsang kepada para pelajar untuk mempamerkan bakat dan ketrampilan diri masing-

masing dalam bidang penulisan. Saya ingin menyeru kepada semua warga SK Kelana Jaya (1) agar

sentiasa bersyukur dan mengutamakan kecemerlangan akademik sebagai persediaan menghadapi

dunia yang semakin mencabar masa ini. Semoga warga SK Kelana Jaya (1) akan terus mara ke

hadapan serta berjiwa kental dalam menghadapi  transformasi pendidikan yang semakin kompleks dan

bersifat global.

Sekian, terima kasih.

Page 2: TEKS UCAPAN PENGARAH JPS DAN GB.docx

Kata-Kata AluanTn. Hj. Marhom Bin Hj. Marsudi

Guru BesarSekolah Kebangsaan Kelana Jaya (1)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Segala puji-pujian hanya kepada Allah yang Maha Esa. Saya bersyukur yang tidak terhingga kerana

masih diberikan ruang dan peluang untuk melakar coretan dalam majalah REBUNG Edisi ke-9 yang

menjadi kebanggaan semua warga SK Kelana Jaya (1) ini. Kepada para pendidik dan anak-anak yang

saya kasihi, semoga anda semua sentiasa berada di bawah naungan-Nya dan dapat mengharungi arus

pendidikan yang kian menginjak ke hadapan pada satu tahap paradigm.

Warga SK Kelana Jaya (1) yang saya kasihi, bersesuaian dengan tuntutan transformasi

pendidikan masa kini, sekolah kita turut mengalami perubahan dalam satu fasa baru selangkah ke

hadapan. Kerajaan kita juga komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk

tempoh 15 tahun akan datang. Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap murid

di negara kita dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka untuk merebut peluang

dan menangani cabaran abad ke-21.

Kepada para guru, sekalung tahniah dan rantaian penghargaan saya berikan kerana berjaya

memimpin tangan anak-anak kita di sekolah tercinta ini ke arah kejayaan.  Kita bukan sahaja ingin

menjadikan anak-anak ini cemerlang akademik, tetapi juga cemerlang sahsiah, cemerlang peribadi dan

mempunyai jati diri yang utuh  lagi kental untuk berhadapan dengan arus globalisasi masa ini.

Tiada kata secantik bahasa untuk saya menyusun kata-kata, tiada gambar secantik lukisan

untuk saya gambarkan perasaan. Dengan tulus ikhlas dari lubuk hati yang paling dalam, saya berdoa

semoga kita semua sentiasa diberkati dan memperoleh kekuatan untuk melaksanakan tugas serta

tanggungjawab kita dalam merealisasikan kejayaan anak didik semua dengan penuh ikhlas, iltizam dan

komitmen. Semoga kita semua diberkati Allah s.w.t.

Sekian, terima kasih.

Page 3: TEKS UCAPAN PENGARAH JPS DAN GB.docx

Kata Alu-AluanEn. Mohd Haizal Bin Ayop

YDP PIBGSekolah Kebangsaan Kelana Jaya (1)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya berpeluang untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam Majalah REBUNG Edisi ke-9 ini. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih, dan tahniah kepada Sidang Redaksi kerana telah berusaha sekali lagi untuk menerbitkan majalah ini dengan gaya dan penampilan yang lebih inovatif dan kreatif.

Pendidikan pada masa kini amat mencabar lebih-lebih lagi dalam melahirkan murid yang seimbang dari aspek JERIS. Sokongan dan dorongan pihak ibu bapa juga membantu dalam merealisasikan hasrat pendidikan kebangsaan. Sejajar dengan itu, Program Pemantapan Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah di Bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah mula dilaksanakan dalam mencapai hasrat kerajaan.

Terdapat 6 elemen dalam Sarana Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti iaitu iklim Sekolah, komunikasi berkesan, sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama (Shared Responsibility), keputusan bersama (Shared Decision Making) dan kerjasama dengan komuniti. Setiap elemen ini perlu dijadikan sebagai wadah dalam meningkatkan kualiti pendidikan generasi kita. Sokongan dan sumbangan yang tidak ternilai daripada para guru dan ibu bapa dalam apa-apa jua program yang diadakan di sekolah akan  memberi kesan dalam melahirkan generasi baru yang berupaya bersaing dalam era transformasi pendidikan kini.  

Akhir kata, saya yakin dan percaya bahawa penerbitan majalah sekolah sebegini akan menjadi dorongan dan perangsang kepada para pelajar untuk mempamerkan bakat dan ketrampilan diri masing-masing dalam bidang penulisan. Saya ingin menyeru kepada semua warga SK Kelana Jaya (1) agar sentiasa bersyukur dan mengutamakan kecemerlangan akademik dan kokurikulum sebagai persediaan menghadapi dunia yang semakin mencabar masa ini.

Sekian, terima kasih.