teks ucapan laporan bertugas minggu ke 13

Upload: khairul

Post on 02-Nov-2015

249 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Teks Ucapan Guru Bertugas di Sekolah

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN LAPORAN BERTUGAS MINGGU KE 13

Assalamualaikum w.b.t

Berikut ialah laporan pada minggu ke 13 iaitu dari 23 Mac hingga 2 April 2015. Pada minggu tersebut seramai 14 orang guru bertugas iaitu:1. Mohd Ramli Abdullah2. Mohd Khairul Aizuddin 3. Maziah Jusoh4. Dzaraly bin Muda 5. Zaleha Sidek 6. Zuliana Ab Rahman 7. Siti Asiah A Rahman8. Wan Nor Amani Wan Abas 9. Rosni Othman10. Sabariah Abdul Mutalib 11. Kamariah Hassan12. Nan Faridah Long A Wahab 13. Norian Ibrahim14. Nurhayati Ab Jalil

Berdasarkan laporan kehadiran murid, murid tingkatan 1 mencatatkan kehadiran tertinggi bagi minggu tersebut. Manakala bagi kehadiran mengikut hari, kehadiran tertinggi ialah pada hari selasa.

Berdasarkan analisis dan laporan murid, kelas 3P dan 3KAA mencatatkan kehadiran terbaik pada minggu tersebut. Syabas diucapkan. Manakala bagi kelas tercantik pula jatuh kepada kelas 2KAA. Pihak guru bertugas mendapati beberapa murid mengalami masalah kesihatan seperti demam panas dan sakit kepala semasa musim panas. Murid dinasihatkan berhenti melakukan segala aktiviti sekiranya tidak sihat dan digalakkan meminum air pada setiap masa bagi mengelakkan dehidrasi ketika musim panas.

Bagi masalah disiplin pula, murid dilihat masih lambat ke kelas selepas tamat waktu rehat, dan ada murid yang masih tidak peka dengan jadual waktu yang baru. Kebersihan mestilah dijaga dengan baik kerana gotong-royong baru sahaja dijalankan di sekolah kita. Elakkan gejala vandalisme yang memusnahkan keindahan sekolah kita. Segelintir murid asrama juga didapati mengantuk di dalam kelas. Murid hendaklah mengatur masa dengan baik dan tidur pada waktu yang telah ditetapkan. Sebarang aktiviti yang hendak dilakukan di luar sekolah walaupun hanya keceriaan mestilah mendapat kebenaran dari guru penyelaras aktiviti terbabit.

Laporan kokurikulum. Pada minggu lepas sekolah kita telah terlibat dengan kawad PKBM. Selain itu sekolah kita juga terlibat dengan Raptai perbarisan dan kawalan kehormat bagi sambutan hari kadet polis yang dirasmikan oleh ketua polis daerah marang. Program permata pintar juga sedang dilaksanakan bagi murid tingkatan 1 dan 2. Selain itu, gotong royong juga diadakan di bagi membersih dan menceriakan lagi suasana di sekolah kita. Tahniah diucapkan kepada murid atas segala usaha da bakti dan sama-samalah kita menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah kita selepas ini. Seterusnya sekolah kita juga menerima pelawat dari bank Simpanan nasional d bawah program unit simpanan mandat negeri terengganu melibatkan murid penerima biasiswa BKP dan BYKT. Selain itu, sekolah kita juga telah menyertai pesta pantun peringkat daerah marang. Bagi meraikan guru yang telah bertukar ke sekolah lain, satu majlis jasamu dikenang diadakan oleh kelab guru bagi meraikan guru yang telah lama berkhidmat menabur bakti di sekolah kita. Seterusnya, projek SEM masih dijalankan dengan pelbagai inovasi baru yang dihasilkan oleh murid bagi dipertontonkan di pameran kokurikulum SMKBS yang akan diadakan tidak lama lagi.

Diharap dengan laporan ini murid dengan sedikit sebanyak lebih bersemangat dalam meneruskan aktiviti yang telah kita rancang dan sama-samalah kita menjayakannya.

Saya akhiri dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum w.b.t.

Sekian, terima kasih.