teks ucapan ketua pengawas sempena persaraan ustazah hazizah

Upload: spagetti-marinara

Post on 02-Nov-2015

575 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

ucapan

TRANSCRIPT

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum wbt wrt, selamat sejahtera.Terima kasih kepada saudara/i Pengerusi Majlis. Yang diraikan Ustazah Hazizah bt Othman , Yang berusaha Puan NorAini bt Abdul Muin, Pengetua SMK Bandar Sungai Buaya, GPK Pentadbiran , Pn Hjh Noriha bt Nordin , GPK HEM, Pn Hanishah bt Mohd , GPK Kokurikulum, Pn Roseminah bt Mohd Noor , Guru-guru Kanan Mata Pelajaran , guru-guru, rakan-rakan serta hadirin yang dikasihi sekalian.Alhamdulillah setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Allah SWT Yang Maha Berkuasa kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh erti pada hari ini. Hadirin yang Dihormati,

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan , yang pastinya setiap perpisahan pasti akan meninggalkan rasa sedih di dalam hati. Hari ini, kami berasa terharu dan sedih kerana bakal kehilangan seorang ustazah yang telah mencurahkan ilmu kepada kami.Hadirin yang Dikasihi,Ustazah Hazizah pada kami merupakan seorang yang lemah lembut, tenang namun tetap berdedikasi dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai ustazah kita ini. Beliau bukan sahaja penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus, malah mementingkan kebajikan murid . Beliau juga seorang yang berhati murni dan sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa jua keadaan. Sikap beliau yang boleh dibawa berbincang dan tidak lokek untuk memberikan bantuan apabila diperlukan serta sentiasa berusaha mempermudahkan sesuatu urusan adalah kualiti peribadi yang perlu dicontohi dan diteladani oleh kita semua terutama warga SMKBSB.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Pada kesempatan ini, saya sebagai wakil murid SMKBSB merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Ustazah Hazizah yang tidak pernah mengenal erti jemu mendidik kami dan mengorbankan waktu demi kami murid-murid SMKBSB . Kami berdoa semoga Allah SWT akan melimpahkan rahmat-Nya kepada ustazah. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Benar kata pepatah Melayu, yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti, Walau bagaimanapun, yang hilang akan tetap diingati, kekal abadi , tersemat di hati. Saya juga berharap agar hubungan silaturrahim antara ustazah dengan anak-anak didik dan warga SMKBSB akan terus terjalin erat. Sesungguhnya jasa dan budi yang ditabur tidak dapat dibalas dan tentunya akan dikenang sampai bila-bila.Sekian, terima kasih.Wabillahi taufik walhidayah, assalamualaikum wrt