teks ucapan ketua pengarah jabatan kimia … 2011.pdf · sa/tu/2011 1 terima kasih saudara ... hari...

Download TEKS UCAPAN KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA … 2011.pdf · SA/TU/2011 1 Terima kasih Saudara ... Hari Terbuka Kimia 2011 ... kertas-kertas kerja tersebut. SA/TU/2011 8 d) Pelancaran

If you can't read please download the document

Upload: leduong

Post on 06-Feb-2018

220 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • SA/TU/2011

    TEKS UCAPAN

    KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA

    MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN

    BIL. 4/2011

    _______________________________________

    26 APRIL 2011 (SELASA)

    IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA

  • SA/TU/2011

    1

    Terima kasih Saudara/ Saudari Pengacara

    Majlis,

    Yg Berusaha En. Chang Hon Fong,

    Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),

    Yg Berusaha Tn. Hj. Ismail bin Talib

    Timbalan Ketua Pengarah (Dasar)

    Pengarah-Pengarah Bahagian dan Cawangan,

    Pegawai-pegawai kanan Jabatan,

    Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi

    sekalian.

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

    salam 1 Malaysia.

  • SA/TU/2011

    2

    Alhamdulillah, marilah kita bersama-sama

    merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran ke

    hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan

    limpah kurniaNya, kita dapat berhimpun dalam

    Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia

    Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan April 2011

    pada pagi ini.

    Pertamanya, ingin diutarakan

    penghargaan dan ucapan terima kasih kepada

    semua pegawai dan kakitangan Bahagian

    IKTD kerana mengatur majlis ini untuk saya

    berinteraksi dengan seluruh warga Jabatan

    seterusnya menyampaikan pandangan juga

    pesanan, sebagai pedoman dalam menggalas

  • SA/TU/2011

    3

    tanggungjawab kita sebagai penjawat awam.

    Terima kasih juga kepada semua Pengarah

    Cawangan yang hadir pada hari ini.

    1. Perturakan Pegawai

    Mengawali ucapan, saya mengucapkan

    tahniah kepada En. Chang hon Fong yang

    telah dilantik sebagai Timbalan ketua

    Pengarah (Operasi) dan tahniah juga kepada

    Tn. Hj. Ismail bin Talib yang dilantik sebagai

    Timbalan Ketua Pengarah (Dasar). Kedua-dua

    lantikan ini berkuatkuasa mulai 23 Februari

    yang lalu. Saya harap dengan pelantikan baru

    ini, sistem pengurusan Jabatan akan lebih

  • SA/TU/2011

    4

    mantap dan berkesan dalam penyampaian

    perkhidmatan.

    Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

    2. Seperti yang kita maklum, pada minggu

    ini, palbagai acara dan program akan diadakan

    oleh Jabatan bermula dengan;

    a) Hari Terbuka Kimia 2011

    Hari Terbuka Kimia 2011 ini akan diadakan

    selama 2 hari di Ibu Pejabat JKM bermula hari

    ini 26 April hingga 27 April 2011 bertemakan

    Inovasi Gaya Kimia. Objektif hari terbuka ini

    diadakan adalah untuk:

    i. Memberi kesedaran kepada orang ramai

    mengenai fungsi dan perkhidmatan Kimia

  • SA/TU/2011

    5

    Malaysia termasuk memperkenalkan

    bidang kerja baru dan teknologi terkini

    seperti peralatan saintifik makmal yang

    digunakan dan hasil inovasi Jabatan;

    ii. Mengeratkan hubungan mesra di antara

    Kimia Malaysia dwengan pelanggan dan

    orang ramai; dan

    iii. Memberi peluang kepada pelanggan

    atau orang ramai membuat pertanyaan

    dan juga mendapat penjelasan atau

    maklumat mengenai perkara-perkara

    yang berkaitan.

    b) Minggu Inovasi Kimia

  • SA/TU/2011

    6

    Minggu Inovasi pula akan berlangsung selama

    1 minggu bermula dengan majlis

    pelancarannya pada hari ini 26 April hinggalah

    majlis penutupnya pada 29 April ini. Untuk

    makluman tuan/puan, program inovasi Jabatan

    ini sebenarnya telah bermula pada awal tahun

    dimana saya telah mencadangkan supaya

    dibuka penyertaannya kepada seluruh warga

    Kimia Ibu Pejabat dan cawangan untuk

    mengemukakan cadangan dan produk inovasi

    masing-masing. Jadi minggu inovasi ini adalah

    sebagai kemuncak kepada program inovasi

    Jabatan untuk mempersiapkan diri kita

    sebelum menyertai pertandingan inovasi di

    peringkat yang lebih tinggi, jika boleh, kita

  • SA/TU/2011

    7

    sasar Anugerah Inovasi Perdana Menteri dan

    menang RM 1juta.

    c) Konvensyen Kimia (Pegawai Sains)

    Konvensyen Kimia dijadual bermula pada hari

    ini 26 April hingga esok 27 April 2011. Saya

    telah dimaklumkan bahawa seramai 150 orang

    Pegawai Sains dari cawangan seluruh negara

    akan bersama-sama para pegawai Ibu Pejabat

    akan hadir dan sebanyak 30 kertas kerja

    berkaitan perkhidmatan saintifik kimia akan

    dibentang dalam konvensyen ini. Insya-Allah,

    jika berkesempatan, saya akan turut serta

    dalam semua pembentangan untuk meneliti

    kertas-kertas kerja tersebut.

  • SA/TU/2011

    8

    d) Pelancaran pelan Korporat Jabatan

    (2011-2015)

    Pelan Korporat Jabatan bagi rancangan 5

    tahun 2011-2015 telah siap didokumenkan

    sebagai panduan kita bersama dalam

    menentukan hala tuju Jabatan bagi tempoh 5

    tahun akan datang. Beberapa program

    pembangunan dan dasar baru telah dirancang

    untuk dilaksana di bawah tiga (3) teras utama

    iaitu:

    i. First: Developing and retaining scientific

    talent and expertise;

    ii. Second: Transforming to a highly efficient

    and effective organisation; and

  • SA/TU/2011

    9

    iii. Third: Building a wider customer base

    and focus on specialised scientific

    services.

    Saya percaya bahawa hanya dengan

    perancangan yang rapi dan teliti barulah

    sesuatu matlamat atau objektif program dapat

    dicapai dengan impak yang lebih besar dan

    berkesan. Kita patut berbangga dengan

    penyediaan pelan korporat ini kerana ia

    menunjukkan bahawa kita berada

    terkehadapan berbanding agensi-agensi lain

    yang tiada perancangan seperti ini.

    e) Pelancaran mySMS Kimia

  • SA/TU/2011

    10

    Program mySMS gerbang sms Kerajaan

    merupakan satu inisiatif untuk

    mempelbagaikan saluran penyampaian

    perkhidmatan bagi membolehkan orang ramai

    mendapatkan perkhidmatan Kerajaan melalui

    sms; dengan mudah dan ringkas.

    Sejajar dengan perkembangan teknologi

    masa kini, Kerajaan telah memperkenalkan

    satu (1) nombor sms iaitu 15888 untuk orang

    ramai mendapatkan perkhidmatan sms yang

    disediakan oleh mana-mana agensi Kerajaan.

    Satu nombor (15888) ini akan memudahkan

    orang ramai mengingat nombor dan dapat

    mengelakkan kekeliruan.

  • SA/TU/2011

    11

    Menyedari kepentingan ini dan untuk

    menyahut seruan Kerajaan, maka Jabatan

    Kimia Malaysia akan turut serta dalam program

    mySMS ini untuk memudahkan penyampaian

    perkhidmatan dan seterusnya dapat

    menaikkan imej Jabatan. Saya dimaklumkan

    bahawa pelancaran mySMS ini akan dibuat

    pada hari ini juga.

    3. Melihat kepada semua program yang

    saya sebutkan tadi, wujud rasa bangga, syukur

    dan berterima kasih kepada seluruh warga

    kerja Kimia yang bersungguh-sungguh dan

    bertungkus-lumus demi melaksanakan tugas

    untuk Jabatan dan juga demi kepentingan

  • SA/TU/2011

    12

    perkhidmatan awam. Kepada semua Ahli

    Jawatankuasa-Jawatankuasa Penganjur,

    sekalung tahniah saya ucapkan. Saya fikir,

    pegawai-pegawai dan kakitangan yang

    menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa

    seperti ini patut diberi penghargaan. Insya-

    Allah, saya akan fikirkan nanti apakah bentuk

    penghargaan yang sesuai untuk diberi.

    Dengan itu, ia juga secara tidak langsung akan

    menggalakkan penyertaan lebih ramai warga

    Kimia dalam aktiviti-aktiviti seperti ini. Saya

    faham, setiap pegawai mempunyai tugasan

    hakiki masing-masing, tetapi ingatlah, ini juga

    merupakan satu cara untuk membezakan anda

    dengan pegawai-pegawai lain yang average

  • SA/TU/2011

    13

    dan hanya tertumpu kepada sesuatu tugas

    sahaja kerana kemajuan kerjaya pegawai

    sekarang mengikut meritokrasi dan tidak

    bergantung kepada seniority semata-mata.

    YAB Perdana Menteri sendiri telah

    mengumumkan bahawa perkhidmatan

    Kerajaan sekarang bukanlah business as

    usual dan para penjawat awam disaran

    supaya melengkapkan diri dengan multi-

    tasking dan multi-skilling.

    Hadirin sekalian,

    4. Sebelum menutup ucapan saya pada

    hari ini, saya ingin memetik amanat Y. Bhg.

    Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dalam

  • SA/TU/2011

    14

    ucapannya ketika merasmikan Majlis

    Pengiktirafan Penarafan Bintang dan

    Pelancaran buku Bersama Melaksana

    Transformasi;

    a) Menerajui Perubahan

    Agenda transformasi melalui Pelan

    Transformasi Negara, Pelan Transformasi

    Ekonomi, Model Baru Ekonomi serta

    Rancangan Malaysia Ke-10 menuntut supaya

    perkhidmatan awam beralih dari paradigma

    lama, membentuk budaya baru yang

    mengutamakan inovasi dan penciptaan serta

    memperkasakan intelektual dan

    profesionalisme. Budaya lapuk perlu

  • SA/TU/2011

    15

    dipinggirkan dengan meneroka bidang-bidang

    baru melalui kekuatan iltizam dan perubahan

    dalam cara berfikir dan bertindak. Always

    challenge the status quo; think out of the box;

    dare to think dan do differently hendaklah

    menjadi mantera dan pedoman dalam

    mentransformasi perkhidmatan awam masa

    kini.

    b) Mengurus Transformasi

    Pendekatan agensi sektor awam yang sering

    melaksanakan penambahbaikan secara

    bertokok atau incremental, berpaksikan

    amalan pemikiran secara reproduktif, hanya

    akan mencetuskan perubahan yang sedikit dan

  • SA/TU/2011

    16

    terbatas. Untuk lebih cemerlang, budaya

    pemikiran ini perlu diberikan nafas baru,

    dengan mengamalkan budaya pemikiran

    secara produktif pula.

    Pemikiran secara produktif akan

    menghasilkan idea-idea baru yang lebih

    inovatif berbanding hanya menambahbaik

    idea-idea yang lama. Justeru sinergi amalan

    budaya pemikiran produktif akan membuka

    ruang baru serta menzahirkan memontum

    dalam menjayakan agenda transformasi

    perkhidmatan awam. Dalam hal ini, apa yang

    diperlukan adalah kepimpinan rare breed

    yang didorong oleh passion atau semangat

    yang meluap-luap untuk mencapai visi. Kita

  • SA/TU/2011

    17

    perlukan sekumpulan pemimpin yang sentiasa

    bertenaga untuk melaksanakan perkara-

    perkara baru yang positif, sekali gus

    menyemarakkan momentum transformasi.

    5. Penutup:

    Akhir kata, saya berharap agar setiap warga

    Jabatan dapat membuat perubahan mind-set

    atau anjakan paradigma untuk menerima

    perubahan ini dan berusaha untuk

    melengkapkan diri dengan pengetahuan dan

    kemahiran bagi meningkatkan kualiti kerja

    masing-masing serta pada masa yang sama,

    mengamalkan nilai-nilai murni yang

  • SA/TU/2011

    18

    seharusnya ada pada setiap manusia, kerana

    kita merupakan sebaik-baik kejadian.

    Sekian saja ucapan saya, terima kasih dan

    selamat bertugas.