teks ucapan guru besar sempena majlis dengan pibg

6
Yang berusaha pengerusi majlis Yang Berhormat, Haji Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar, Ahli Dewan Undangan Negeri Dun Air Putih. Yang berusaha En. Toon Suan See, Pengerusi Lembaga Pengurus SJKC Jabor serta ahli lembaga. Yang dihormati Encik Tan Sea San selaku YDP PIBG SJKC Jabor serta ahli jawatankuasa, Guru – guru dan seterusnya ibu bapa serta murid – murid yang dikasihi sekalian. Pertamanya, izinkan saya menzahirkan ungkapan terima kasih kepada yang berhormat kerana sudi melapangkan masa untuk menghadiri satu lagi agenda pendidikan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Terima kasih tidak terhingga juga kepada YDP dan ahli jawatankuasa yang sentiasa gigih dan komited dalam menjayakan apa-apa jua majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Kita perlu sedar, majlis seumpama ini amat penting untuk diadakan bagi merapatkan lagi hubungan kemesraan antara kami sebagai warga sekolah dengan komuniti luar amnya dan secara khususnya dengan ibu bapa.

Upload: ibnrahim

Post on 13-Apr-2017

3.070 views

Category:

Education


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Guru Besar Sempena Majlis dengan PIBG

Yang berusaha pengerusi majlis

Yang Berhormat, Haji Wan Abdul Hakim bin Wan Mokhtar, Ahli Dewan

Undangan Negeri Dun Air Putih.

Yang berusaha En. Toon Suan See, Pengerusi Lembaga Pengurus SJKC

Jabor serta ahli lembaga.

Yang dihormati Encik Tan Sea San selaku YDP PIBG SJKC Jabor serta

ahli jawatankuasa,

Guru – guru dan seterusnya ibu bapa serta murid – murid yang dikasihi

sekalian.

Pertamanya, izinkan saya menzahirkan ungkapan terima kasih kepada

yang berhormat kerana sudi melapangkan masa untuk menghadiri satu lagi

agenda pendidikan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Terima kasih tidak terhingga juga kepada YDP dan ahli jawatankuasa yang

sentiasa gigih dan komited dalam menjayakan apa-apa jua majlis yang

dianjurkan oleh pihak sekolah.

Kita perlu sedar, majlis seumpama ini amat penting untuk diadakan bagi

merapatkan lagi hubungan kemesraan antara kami sebagai warga sekolah

dengan komuniti luar amnya dan secara khususnya dengan ibu bapa.

Tuan – tuan dan puan – puan,

Asas hubungan yang kukuh antara pihak kami dengan pihak tuan-tuan dan

puan-puan amat membantu dalam melonjakkan lagi prestasi anak-anak

kita seterusnya melahirkan individu – individu yang cemerlang, gemilang

dan terbilang. Sikap cakna ibu bapa terhadap pembelajaran anak – anak

mereka sangat saya sanjungi. Saya fikir tiada ibu bapa di sekolah lain yang

Page 2: Teks Ucapan Guru Besar Sempena Majlis dengan PIBG

sanggup menghantar bekalan makanan setiap hari ke sekolah untuk anak

– anak mereka, pada waktu rehat dan tengahari. Ini menunjukkan anda

semua sebagai ibu bapa amat prihatin dengan anak – anak anda. Tahniah

dan syabas saya ucapkan.

Ibu – ibu dan bapa – bapa sekalian,

Kejayaan seseorang murid tidak hanya terletak pada bahu guru semata –

mata. Kami sebagai guru hanya memberi ilmu pengetahuan dan murid –

murid bersedia menerima apa yang disampaikan. Apa yang diterima oleh

murid akan hilang jika tidak diulangkaji dan diasah. Di sini letaknya

peranan anda sebagai ibu bapa. Anda perlu bertindak sebagai pendorong,

menggalakkan anak – anak belajar, mengulangkaji pelajaran atau

menyiapkan kerja rumah. Jangan kita terlalu ikut kehendak anak - anak,

terlalu memanjakan mereka kerana sikap sebegini akan merugikan kita

sebagai ibu bapa pada masa akan datang. Kehadiran ke sekolah juga

amat penting. Janganlah kerana demam yang biasa – biasa mereka sudah

tidak hadir ke sekolah berhari – hari. Latih anak – anak kita jadi kuat dan

berani. Sekadar demam yang ringan – ringan, paksalah mereka datang ke

sekolah. Apabila mereka di sekolah, mereka akan menerima ilmu

pengetahuan, walaupun sedikit namun ia lebih baik daripada langsung

tidak menerima apa – apa.

Hadirin sekalian,

Dalam proses mencapai kejayaan, penguasaan membaca, menulis dan

mengira amat penting bagi setiap murid. Penguasaan ketiga – tiga

kemahiran asas ini sebenarnya membantu mereka menguasai

matapelajaran yang lain. Tuan – tuan dan puan – puan perlu sedar, anak –

Page 3: Teks Ucapan Guru Besar Sempena Majlis dengan PIBG

anak tuan – tuan dan puan – puan belajar di sekolah Cina yang mana

bahasa Cina adalah bahasa perantaraan. Jika mereka tidak dapat

menguasai bahasa ini, mereka akan ketinggalan dalam matapelajaran –

matapelajaran yang lain. Oleh itu, saya gesa agar tuan – tuan dan puan –

puan memberi lebih perhatian kepada mereka.

Tuan – tuan dan puan – puan,

Sebagai ibu bapa, anda perlu tahu akan peri pentingnya pendidikan dalam

mengubah nasib anda dan anak – anak pada masa akan datang.

Pendidikan memainkan peranan penting untuk mencapai hidup yang

berkualiti. Pendidikan yang baik adalah modal yang paling mahal dalam

mengubah nasib anda pada masa akan datang. Sekali lagi saya ulangkan,

pendidikan amat penting, kerana ia menjamin kesejahteraan dan

kebahagiaan hidup kita pada masa akan datang. Apa yang kita semai pada

hari ini, hasilnya akan kita tuai pada masa akan datang. Pada hari ini, kita

semai benih ilmu dalam diri anak – anak kita. Pada hari kemudian, kita tuai

hasil itu dengan kebahagiaan dan kesenangan. Biarlah kita berpayah –

payahan dahulu, kelak, di hari tua kita nanti, kita akan bersenang lenang.

Oleh itu, marilah kita bekerjasama dan berganding bahu membentuk anak

– anak kita berjaya dan menjadi orang yang berguna kepada keluarga dan

negara kita.

Yang berhormat dan para hadirin sekalian,

Selain ibu bapa dan guru berperanan dalam melahirkan murid yang

cemerlang, kemudahan logistik yang baik dan selamat juga membantu kita

Page 4: Teks Ucapan Guru Besar Sempena Majlis dengan PIBG

mencapai hasrat itu. Keselesaan dan keceriaan sekolah akan memberi

satu suasana yang menggalakkan kepada murid – murid. Mereka pastinya

akan berasa seronok untuk ke sekolah seterusnya menimba ilmu dalam

keadaan yang seronok dan terhibur.

Walaupun sekolah ini terletak di luar bandar dan berlatarbelakangkan

susuk fizikal yang sederhana, ia tidak mustahil dapat membentuk seorang

pemimpin yang hebat atau pegawai tinggi kerajaan. Namun, ia harus

bermula di sini, di sekolah. Oleh itu, saya berhasrat untuk menyediakan

kemudahan yang terbaik dan sesuai dengan potensi yang dimiliki oleh

mereka.

Sejak beberapa bulan saya di sini, saya sudah dapat membayangkan akan

keceriaan dan kegembiraan murid-murid jika saya dapat mengubah

landskap persekitaran dan struktur fizikal sekolah ini. Bukan mengubah

sepenuhnya, tapi penambahbaikkan serta pengubahsuaian yang perlu bagi

menyediakan khidmat terbaik untuk murid – murid. Keceriaan dalam

pembelajaran dapat memberi kuasa tambahan kepada motvasi murid –

murid untuk belajar.

Oleh itu, saya menyeru ibu bapa, pihak PIBG dan yang berhormat untuk

bersama – sama kami, warga sekolah dalam melahirkan lebih ramai

cendikiawan dan pemimpin tersohor yang boleh kita banggakan suatu hari

nanti.

Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih

kepada yang berhormat, ydp dan ibu bapa sekalian. Kesudian anda semua

menghadirkan diri ke majlis ini memberi satu semangat kepada saya untuk

terus berkhidmat dalam dunia pendidikan ini.

Sekian, terima kasih.

Page 5: Teks Ucapan Guru Besar Sempena Majlis dengan PIBG