teks ucapan gejala sosial

5
Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh, Terima kasih kepada pengacara majlis, Yang Berbahagia Tuan Haji Fauzan bin Sukimi, Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya, Yang Amat Berusaha, Ustaz Indra Shahril bin Haji Ali, Pegawai Khidmat Nasihat, Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya, Yang Berusaha Ustaz Mohd Noh bin Mustafa, Pegawai Penguasa, Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya, Yang Dihormati Pegawai-pegawai dari Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya, Guru-guru kanan, guru-guru dan yang dikasihi semua murid sekalian. Saya terlebih dahulu mengucapkan selamat datang kepada Yang Berbahagia Tuan PPD Kulaijaya ke SMK Kulai Besar bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Program Remaja Firdaus 2011. Selamat datang juga diucapkan kepada pegawai-pegawai daripada Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya ke sekolah kami. Saya mewakili pengetua melafazkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya, yang telah memilih sekolah kami untuk melancarkan program ini. Pemilihan sekolah ini pada hemat saya sangat bertepatan jika diambil kira dari aspek kepadatan murid Islam dan cabaran-cabaran gejala sosial yang sentiasa menggamit setiap langkahan murid-murid sekolah ini semasa ke sekolah. Sidang hadiran sekalian, program ini umpama “Orang Mengantuk Disorongkan Bantal” kerana pihak sekolah sebenarnya sedang merancang beberapa aktiviti yang difikirkan dapat memberi kesedaran kepada remaja sekolah ini mengenai ancaman gejala sosial yang boleh

Upload: ieka-adila

Post on 12-Apr-2016

446 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

UCAPAN

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Ucapan Gejala Sosial

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh,

Terima kasih kepada pengacara majlis,

Yang Berbahagia Tuan Haji Fauzan bin Sukimi, Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya,

Yang Amat Berusaha, Ustaz Indra Shahril bin Haji Ali, Pegawai Khidmat Nasihat, Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya,

Yang Berusaha Ustaz Mohd Noh bin Mustafa, Pegawai Penguasa, Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya,

Yang Dihormati Pegawai-pegawai dari Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya, Guru-guru kanan, guru-guru dan yang dikasihi semua murid sekalian.

Saya terlebih dahulu mengucapkan selamat datang kepada Yang Berbahagia Tuan PPD Kulaijaya ke SMK Kulai Besar bagi menyempurnakan Majlis Perasmian Program Remaja Firdaus 2011. Selamat datang juga diucapkan kepada pegawai-pegawai daripada Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya ke sekolah kami.

Saya mewakili pengetua melafazkan penghargaan yang tidak terhingga kepada Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya, yang telah memilih sekolah kami untuk melancarkan program ini. Pemilihan sekolah ini pada hemat saya sangat bertepatan jika diambil kira dari aspek kepadatan murid Islam dan cabaran-cabaran gejala sosial yang sentiasa menggamit setiap langkahan murid-murid sekolah ini semasa ke sekolah.

Sidang hadiran sekalian, program ini umpama “Orang Mengantuk Disorongkan Bantal” kerana pihak sekolah sebenarnya sedang merancang beberapa aktiviti yang difikirkan dapat memberi kesedaran kepada remaja sekolah ini mengenai ancaman gejala sosial yang boleh menjebak mereka.

Untuk makluman Tuan PPD, program ini dibiayai oleh Pejabat Kadi Daerah. Program ini melibatkan sejumlah 200 orang murid Islam iaitu gabungan murid dari tingkatan 3 dan tingkatan 5. Untuk makluman Tuan PPD dan tuan-tuan dari Pejabat Kadi Daerah bilangan murid sekolah ini ialah seramai 1986 orang dan 1104 (55.56%) daripadanya adalah kaum Melayu.

Saya berharap program ini dapat memberi kesedaran kepada semua murid tentang bagaimanakah sebenarnya remaja harus mengatur kehidupan yang singkat ini mengikut landasan yang diredai Allah S.W.T.

Page 2: Teks Ucapan Gejala Sosial

Semoga ucapan Tuan PPD, sesi ceramah dan pameran yang di adakan ini dapat dihayati dan diikuti dengan keazaman yang kuat untuk anda berubah dan menjadi remaja yang berakhlak yang seterusnya bakal mewarisi kepimpinan pada masa hadapan.

“Remaja Hari Ini Adalah Pemimpin Hari Esok”, “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”, “Remaja Tunggak Negara”, itulah antara beberapa ungkapan yang kerap kita dengar apabila bercakap mengenai peranan remaja. Hakikat ini adalah satu kenyataan yang tidak boleh dinafikan oleh para remaja, baik yang lelaki mahupun yang perempuan.

Remaja hari ini akan membesar menjadi orang dewasa pada satu masa nanti dan remaja hari ini akan mengambil pucuk pimpinan negara, paling tidak pun bakal menjadi ketua kepada organisasi atau ketua keluarga apabila sudah berumah tangga.

Atas rasional inilah, Program Remaja Firdaus ini dilaksanakan oleh Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya di bawah Unit pembangunan Keluarga bagi membantu dan membimbing para remaja agar mempunyai jati diri yang kukuh, berilmu, beriman dan bertakwa serta mengamalkan nili-nilai murni dalam kehidupan. Remaja perlu dibimbing agar tidak terjebak dalam perkara yang merugikan masa hadapan diri, keluarga dan negara.

Cabaran dan halangan bagi membentuk kekuatan fizikal dan mental perlu diharungi dengan penuh optimis. Segala kelemahan dan kegagalan perlu ditangani berasaskan keimanan agar menjadi benteng serta terpelihara daripada perkara yang  meruntuhkan.

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Tuan PPD yang sudi hadir melapangkan masa bagi merasmikan majlis ini. Terima kasih kepada Unit Pembangunan Keluarga, Pejabat Kadi Daerah Kulaijaya yang memilih sekolah ini untuk melancarkan program yang murni ini. Tidak dilupakan terima kasih kepada seluruh Jawatankuasa Kerja Program Remaja Firdaus 2011.

Sekian Wassalamualakum dan terima kasih

Page 3: Teks Ucapan Gejala Sosial

SEMPENA PELANCARAN MINGGU PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DADAH SMKGS 2012Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahteraTerlebih dahulu saya merakamkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana atas izin-Nya jua kita warga sekolah pada hari ini dapat bersama-sama menyempurnakan Majlis Pelancaran Minggu Pendidikan dan Pencegahan Dadah pada tahun 2012 ini.Sebagaimana yang kita sedia maklum, tanggal 19 Februari setiap tahun diisytiharkan sebagai Hari Anti Dadah Kebangsaan. Ini menunjukkan negara kita amat komited untuk memerangi musuh nombor 1 negara ke arah mencapai sasaran Malaysia Bebas Dadah.Murid-murid yang dikasihi sekalian,Menurut Kamus Dewan,dadah ditakrifkan sebagai ubat-ubatan. Sememangnya ubat itu adalah dadah tetapi digunakan dalam dos yang terkawal.Dadah juga terbahagi kepada beberapa jenis contohnya morfin,heroin,kokain,syabu,ganja dan banyak lagi. Kesan dadah juga berbeza-beza bergantung kepada dos dan cara pengambilan. Ada yang muntah-muntah,badan menggeletar dan boleh membawa kepada kematian.Bagi pelajar pula, antara tanda awal yang boleh dikesan jika terlibat dengan dadah ialah; sering ponteng sekolah, datang sekolah pada hari-hari tertentu sahaja, prestasi akademik merosot dengan mendadak, mata merah, sering mengantuk di dalam kelas dan sering ke tandas.Pelajar-pelajar yang dikasihi, jika anak-anak pelajar tidak mahu terlibat dengan najis dadah, jauhilah dahulu rokok kerana bermula dengan rokoklah pelajar-pelajar akan terlibat dengan dadah pula. Ingatlah,dadah,sekali mencuba,deritanya akan ditanggung seumur hidup pelajar.Banyak masalah sosial lain yang akan timbul akibat terlibat dengan najis dadah. Mula-mula pelajar akan membohongi ibu bapa, mencuri wang untuk mendapatkan bekalan dadah dan jika tidak mendapat apa yang diinginkan, tidak mustahil pelajar sanggup membunuh asalkan hajat dapat dipenuhi.Banyak kisah teladan yang telah dipaparkan sama ada dalam drama-drama ataupun berita-berita dalam akhbar. Tidak lupa juga kisah tentang keldai dadah. Tahukah pelajar-pelajar siapa itu keldai dadah?Sehubungan dengan itu, pihak sekolah telah merangka pelbagai aktiviti untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahaya dadah. Sertailah segala aktiviti yang akan diadakan sama ada ceramah, pameran, kuiz dan pertandingan-pertandingan lain.Akhir kata, pihak sekolah akan terus berusaha untuk membendung masalah dadah ini hingga ke akar umbi dengan melibatkan semua agensi sesuai dengan tema “ 1 Malaysia Membanteras Dadah ”.Dengan ini, saya dengan lafaz Bismillahirrahmanrrahim merasmikan ‘Pelancaran Minggu Pendidikan dan Pencegahan Dadah Peringkat Sekolah 2012’.

Page 4: Teks Ucapan Gejala Sosial

Sekian.Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh