teks ucapan aluan - townplan.gov.my ucapan/teks_ucapan_dat… · teks ucapan aluan . ybhg. datuk...

12
TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. MOHD KHIR KETUA PENGARAH JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA, SEMENANJUNG MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA TEMA TOWARDS SUSTAINABLE FUTURE CITIES 2013 TARIKH : 12 NOVEMBER 2013 (SELASA) TEMPAT : HOTEL MANDARIN ORIENTAL, KUALA LUMPUR 0

Upload: lydien

Post on 18-Jul-2018

235 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN ALUAN - townplan.gov.my ucapan/TEKS_UCAPAN_DAT… · teks ucapan aluan . ybhg. datuk mohd fadzil bin hj. mohd khir ketua pengarah jabatan perancangan bandar dan desa,

TEKS UCAPAN ALUAN

YBHG. DATUK MOHD FADZIL BIN HJ. MOHD KHIR KETUA PENGARAH

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA, SEMENANJUNG MALAYSIA

SEMPENA SAMBUTAN HARI PERANCANGAN BANDAR SEDUNIA

TEMA TOWARDS SUSTAINABLE FUTURE CITIES 2013

TARIKH :

12 NOVEMBER 2013 (SELASA)

TEMPAT :

HOTEL MANDARIN ORIENTAL, KUALA LUMPUR

0

Page 2: TEKS UCAPAN ALUAN - townplan.gov.my ucapan/TEKS_UCAPAN_DAT… · teks ucapan aluan . ybhg. datuk mohd fadzil bin hj. mohd khir ketua pengarah jabatan perancangan bandar dan desa,

Bismillahirahmanirahim..... Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia. Terima kasih, Saudari Pengacara Majlis;

YB. Dato' Abdul Rahman Dahlan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

YB. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Menteri Wilayah Persekutuan

YB. Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

YB. Datuk Seri G.Palanivel

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

YBhg. Dato’ Seri Arpah binti Abdul Razak

Ketua Setiausaha, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan

Kerajaan Tempatan

Y.Berusaha En. Kamalruddin bin Samsudin Timbalan Ketua Pengarah Perancangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

1

Page 3: TEKS UCAPAN ALUAN - townplan.gov.my ucapan/TEKS_UCAPAN_DAT… · teks ucapan aluan . ybhg. datuk mohd fadzil bin hj. mohd khir ketua pengarah jabatan perancangan bandar dan desa,

Y.Berusaha Dr. Dahlia binti Rosly

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari

Perancangan Bandar Sedunia 2013

Y.Berusaha Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan

Tempatan

Ketua-Ketua Jabatan,

Wakil-wakil Jabatan dan Agensi

Para Pembentang Kertas Kerja,

YBhg. Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-tuan dan Puan-Puan para hadirin

yang dihormati sekalian.

PENDAHULUAN

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala

kerana dengan limpah kurniaNya, dapat kita berkumpul pada hari

yang bersejarah ini untuk sama-sama meraikan Sambutan Hari

Perancangan Bandar Sedunia, Peringkat Kebangsaan bagi tahun

2013.

2

Page 4: TEKS UCAPAN ALUAN - townplan.gov.my ucapan/TEKS_UCAPAN_DAT… · teks ucapan aluan . ybhg. datuk mohd fadzil bin hj. mohd khir ketua pengarah jabatan perancangan bandar dan desa,

2. Terlebih dahulu, saya bagi pihak Jabatan Perancangan Bandar

dan Desa, Semenanjung Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada YB. Dato' Abdul Rahman

Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan

Tempatan yang sudi menerima undangan untuk merasmikan

Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia, Tahun 2013

dan seterusnya, menyampaikan 2 anugerah bersempena

Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2013 iaitu

Anugerah Pencapaian Pembangunan Mampan (MURNInets)

dan Penghargaan Pelaksanaan Inisiatif Kejiranan Hijau.

Kehadiran dan sokongan YB. Dato’ amat dihargai dan memberi

semangat kepada semua pihak terutamanya kepada penerima-

penerima anugerah untuk terus berusaha bagi mencapai

kecemerlangan.

3. Selamat datang dan ucapan terima kasih turut ditujukan juga

kepada semua Ketua-Ketua Jabatan, wakil-wakil Jabatan, agensi

dan badan berkanun serta dif-dif kehormat yang sudi hadir ke

majlis ini.

Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan para hadirin sekalian.

4. Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) diraikan di

seluruh dunia, setiap 8 haribulan November pada setiap tahun.

Sambutan ini diadakan bertujuan untuk memartabatkan dunia

3

Page 5: TEKS UCAPAN ALUAN - townplan.gov.my ucapan/TEKS_UCAPAN_DAT… · teks ucapan aluan . ybhg. datuk mohd fadzil bin hj. mohd khir ketua pengarah jabatan perancangan bandar dan desa,

perancangan dan meningkatkan kesedaran jururancang dan

pengurus-pengurus bandar (urban managers) serta pihak-pihak

berkepentingan agar lebih peka terhadap keperluan mewujudkan

persekitaran alam bina bandar yang kondusif dan berkualiti.

5. Bersempena dengan sambutan HPBS tahun ini, JPBD,

Semenanjung Malaysia telah menganjurkan beberapa program

seperti Kayuhan Sejahtera, Persidangan Antarabangsa

bertemakan ‘Towards Sustainable Future Cities’ yang berlangsung

pagi tadi dan Citytalk yang akan berlangsung pada petang ini.

Selain itu, di peringkat negeri, JPBD Pulau Pinang, JPBD Perak

dan JPBD Negeri Sembilan turut menganjur pelbagai bentuk

program bagi memeriahkan sambutan HPBS tahun ini.

TEMA SAMBUTAN Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan para hadirin sekalian.

6. Setiap tahun, sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia

disambut dengan tema khusus. Tahun ini, tema yang dipilih adalah

Towards Sustainable Future Cities (Ke Arah Bandar Sejahtera

Masa Depan). Tema ini sangat relevan dan signifikan dengan 4

Page 6: TEKS UCAPAN ALUAN - townplan.gov.my ucapan/TEKS_UCAPAN_DAT… · teks ucapan aluan . ybhg. datuk mohd fadzil bin hj. mohd khir ketua pengarah jabatan perancangan bandar dan desa,

usaha dan aspirasi kerajaan Malaysia yang ingin menjadikan

Malaysia negara maju menjelang tahun 2020. Kerancakan dan

kepesatan pembangunan pada masa hadapan, akan

menyebabkan negara berhadapan dengan cabaran yang

melibatkan pertambahan penduduk bandar, perubahan demografi,

kekangan fizikal pembangunan, perubahan iklim dunia dan isu-isu

alam sekitar setempat.

7. Menyedari hal ini, perancangan bandar masa hadapan perlu

menangani serta mengurus cabaran tersebut tanpa menghalang

mahu pun menyekat kepesatan pembangunan yang berlaku,

sebaliknya pembangunan perlu dikawal dan diurus dengan baik.

Bandar pada masa depan yang dimaksudkan, perlu memberi

penekanan kepada integrasi perancangan secara menyeluruh

antara aspek-aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar. Adalah

menjadi harapan setiap dari kita, agar bandar masa hadapan

dapat mewujudkan masyarakat yang sejahtera, bersatu dan saling

berinteraksi, menjana ekonomi bandar yang produktif dan berdaya

tahan serta pembudayaan penggunaan tenaga boleh diperbaharui

(renewable energy) dan pengurusan sisa pepejal bandar

dilaksanakan secara cekap dan berkesan.

5

Page 7: TEKS UCAPAN ALUAN - townplan.gov.my ucapan/TEKS_UCAPAN_DAT… · teks ucapan aluan . ybhg. datuk mohd fadzil bin hj. mohd khir ketua pengarah jabatan perancangan bandar dan desa,

8. Bagi merealisasi perancangan ke arah bandar masa depan yang

sejahtera dan mampan, para perancang, pengurus-pengurus

bandar, pemaju, ahli professional dan masyarakat setempat perlu

bersama-sama merumus dan mempertejemahkan konsep,

kerangka dan model yang sesuai untuk bandar sejahtera masa

depan (sustainable future cities) Malaysia.

KONSEP FUTURE CITIES Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan serta hadirin sekalian. 9. Pada masa kini, konsep perancangan bandar-bandar di dunia,

lebih menekankan perancangan pembangunan bandar bagi future

cities (bandar masa depan) yang mana konsep pembangunannya

memberi penekanan kepada penambahbaikan dan penghasilan

nilai-nilai baharu seperti berikut:-

i. Menjadikan kesejahteraan serta kualiti hidup sebagai

keutamaan bagi setiap pembangunan fizikal yang akan

dilaksanakan. Ini termasuklah menyediakan bandar yang

selamat untuk didiami.

6

Page 8: TEKS UCAPAN ALUAN - townplan.gov.my ucapan/TEKS_UCAPAN_DAT… · teks ucapan aluan . ybhg. datuk mohd fadzil bin hj. mohd khir ketua pengarah jabatan perancangan bandar dan desa,

ii. Membangunkan guna tanah yang lebih inovatif dan efisyen

dengan perancangan pembangunan bandar padat yang

berteraskan pembangunan bercampur bagi mengalakkan

penduduk tinggal, bekerja dan melakukan aktiviti riadah dalam

kawasan yang sama.

iii. Meningkatkan pembangunan guna tanah yang disepadukan

dengan sistem pengangkutan awam yang baik dan cekap.

Konsep Transit Oriented Development (TOD) dan Smart

Growth merupakan antara konsep yang boleh dilaksanakan

bagi memaksimumkan penggunaan tanah di kawasan bandar.

iv. Mengalakkan pembangunan di kawasan brownfield dengan

perancangan pembangunan semula (redevelopment) atau

regeneration.

v. Mewujudkan kepelbagaian jenis perumahan yang mampu

dimiliki oleh pelbagai golongan rakyat.

vi. Mengalakkan penggunaan solar power, bio-mass fuel dan

renewable energy secara menyeluruh di kawasan penempatan

penduduk dan kawasan bandar bagi menyokong

pembangunan Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN), dan

vii. Memastikan pengurusan sumber air bandar dan kediaman

secara cekap melalui penggunaan rain water harvesting serta

membudayakan amalan recycle water. 7

Page 9: TEKS UCAPAN ALUAN - townplan.gov.my ucapan/TEKS_UCAPAN_DAT… · teks ucapan aluan . ybhg. datuk mohd fadzil bin hj. mohd khir ketua pengarah jabatan perancangan bandar dan desa,

10. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, Semenanjung Malaysia

telah menyediakan beberapa garis panduan dan piawaian

perancangan untuk dijadikan rujukan dan panduan bagi

menzahirkan pembangunan bandar masa hadapan yang

dimaksudkan. Selain itu, JPBD turut mengambil inisiatif untuk

melaksanakan konsep pembangunan bandar padat dalam

penyediaan Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan dan

Rancangan Kawasan Khas.

MURNInets,/INDEKS KEBAHAGIAAN.

Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan serta hadirin sekalian. 11. Bagi tujuan memastikan kesejahteraan masyarakat dan bandar

secara berterusan, JPBD dengan kerjasama semua Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) telah melaksanakan program penilaian

kemampanan bandar iaitu MURNInets (Malaysian Urban Rural

National Indicators Network on Sustainable Development) dan

pelaksanaan Inisiatif Kejiranan Hijau.

12. Pelaksanaan program MURNInets kini, melibatkan penyertaan

seluruh PBT termasuk Sabah dan Sarawak. Penggunaan

8

Page 10: TEKS UCAPAN ALUAN - townplan.gov.my ucapan/TEKS_UCAPAN_DAT… · teks ucapan aluan . ybhg. datuk mohd fadzil bin hj. mohd khir ketua pengarah jabatan perancangan bandar dan desa,

penunjuk yang seragam oleh semua PBT yang terlibat, dapat

membantu mengukur dan menilai kemampanan sesebuah bandar.

Selain itu, pelaksanaan MURNInets, membantu kita

mengenalpasti Indeks Kebahagiaan (Happiness Index)

masyarakat bandar. Komponen indeks kebahagiaan meliputi

kesejahteraan psikologi, komuniti yang berdaya hidup,

kepelbagaian budaya dan ketahanan, kesihatan, pendidikan,

kepelbagaian ekologi, kualiti kehidupan dan kecekapan urus

tadbir. Hasil dari maklumat ini, secara tidak langsung dapat

dijadikan panduan dalam perancangan pembangunan masa

hadapan, agar pembangunan yang dirancang dapat memberikan

kepuasan dan kegembiran kepada semua lapisan masyarakat.

INISIATIF KEJIRANAN HIJAU

13. Selain daripada anugerah MURNInets, pelaksanaan Inisiatif

Kejiranan Hijau yang telah dilaksanakan semenjak tahun 2011,

dilihat mula mendapat sambutan dari PBT. Ini dibuktikan dengan

jumlah penyertaan PBT yang semakin meningkat. Jika pada tahun

2011 hanya 12 PBT yang menyertai, tetapi pada tahun ini,

sejumlah 30 PBT telah menyertai inisiatif ini.

9

Page 11: TEKS UCAPAN ALUAN - townplan.gov.my ucapan/TEKS_UCAPAN_DAT… · teks ucapan aluan . ybhg. datuk mohd fadzil bin hj. mohd khir ketua pengarah jabatan perancangan bandar dan desa,

14. Bersempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia tahun

ini, KPKT melalui JPBD akan memberikan penghargaan sebagai

tanda mengiktirafkan hasil usaha PBT yang terbaik dalam

melaksanakan setiap kategori yang ditetapkan. Terdapat lima (5)

kategori yang dilaksanakan iaitu:

i. Penyediaan laluan pejalan kaki;

ii. Penyediaan laluan basikal;

iii. Pelaksanaan Sistem Pengumpulan Semula Air Hujan (SPAH);

iv. Program pengkomposan sisa, dan

v. Pelaksanaan Pembangunan Kebun Kejiranan

15. Pada tahun ini, pemenang tempat pertama akan menerima wang

tunai sebanyak RM6,000, tempat kedua akan menerima RM5,000

dan pemenang tempat ketiga akan menerima RM3,000 ringgit.

Sistem Pemarkahan adalah berdasarkan kepada PBT yang

mendapat markah tertinggi dalam sesuatu kategori.

16. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua PBT yang telah

menerima hadiah bagi Anugerah Pencapaian Pembangunan

Mampan (MURNInets) dan Penghargaan Pelaksanaan Inisiatif

Kejiranan Hijau. Bagi PBT yang tidak berjaya, jangan berputus

asa dan diharapkan segala usaha diteruskan dan dipertingkatkan

bagi memastikan kecemerlangan dalam mewujudkan persekitaran

bandar yang mampan.

10

Page 12: TEKS UCAPAN ALUAN - townplan.gov.my ucapan/TEKS_UCAPAN_DAT… · teks ucapan aluan . ybhg. datuk mohd fadzil bin hj. mohd khir ketua pengarah jabatan perancangan bandar dan desa,

PENUTUP

Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan dan Puan-Puan serta hadirin

sekalian.

17. Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada para pembentang kertas

kerja dan para speaker yang telah meluangkan masa dan tenaga

dalam perkongsian ilmu ini. Diharapkan hasil dari pembentangan

kertas kerja dan program Citytalk nanti, dapat membuka minda,

memberikan idea dan perspektif baru mengenai perancangan

bandar masa hadapan.

18. Akhir kata, sekali lagi setinggi penghargaan dan jutaan terima

kasih saya rakamkan khususnya kepada YB. Dato' Abdul Rahman

Dahlan, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan

Tempatan serta pegawai pengurusan tertinggi KPKT, Ketua-Ketua

Jabatan, Ketua-Ketua Bahagian, Pengarah-Pengarah Jabatan,

tuan-tuan dan puan-puan serta semua pihak yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung di atas usaha dan kerjasama yang

diberikan dalam menjayakan majlis hari ini.

Sekian, saya sudahi ucapan saya dengan wabillahi taufiq walhidayah

wassalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh.

11