teks ucapan aluan - · pdf fileuntuk sesi jun 2015 politeknik banting selangor membuat ......

9
TEKS UCAPAN ALUAN YBRS. LT. KOL. BERSEKUTU (PA) HJ. ZULKIFLI BIN MD. SALLEH PENGARAH POLITEKNIK BANTING SELANGOR JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Untuk KEMASUKAN PELAJAR BARU KE POLITEKNIK BANTING SELANGOR DAN MAJLIS PEMETERAIAN NOTA KERJASAMA DIANTARA TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM), AGENSI NUKLEAR MALAYSIA, D’VIATION SOLUTIONS SDN BHD DAN UNI10 ENERGY SDN BHD. DEWAN KULIAH UTAMA, PBS 15 JUN 2015

Upload: phungdieu

Post on 22-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

TEKS UCAPAN ALUAN

YBRS. LT. KOL. BERSEKUTU (PA) HJ. ZULKIFLI BIN MD. SALLEH

PENGARAH

POLITEKNIK BANTING SELANGOR

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Untuk

KEMASUKAN PELAJAR BARU

KE

POLITEKNIK BANTING SELANGOR

DAN

MAJLIS PEMETERAIAN NOTA KERJASAMA DIANTARA

TENTERA UDARA DIRAJA MALAYSIA (TUDM),

AGENSI NUKLEAR MALAYSIA,

D’VIATION SOLUTIONS SDN BHD

DAN

UNI10 ENERGY SDN BHD.

DEWAN KULIAH UTAMA, PBS

15 JUN 2015

1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana

telah memberikan kita kesihatan dan kelapangan untuk

berada di dalam dewan yang agak selesa ini. Hari ini

merupakan hari pendaftaran pelajar baharu Sesi Jun 2015

bagi PBS. Pada kebiasaannya, saya selaku Pengarah

PBS akan mengadakan pertemuan sebegini bersama-

sama dengan pelajar baharu, ibu bapa sekelian dan

warga kakitangan politeknik. Namun pada hari ini, kita

amat bernasib baik. Kita amat bertuah kerana Ketua

Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik juga ada

bersama-sama kita. Beliau yang saya maksudkan ini ialah

Lt. Kol. Kehormat Datuk Hj. Mohlis bin Jaafar. Bila Bos

Besar turun padang, kita juga dapat berkenalan dengan

pegawai-pegawai atasannya. Bersama-sama kita ialah:

Dr. Zam Zam bin Mohd Walid, Pengarah Bahagian

Pengambilan Pelajar

Encik Tung Chee Kuan, Pengarah Hubungan Industri dan

Kebolehpasaran

Y. Bhg. Dato’, Tuan-tuan dan Puan-Puan,

2. Untuk Sesi Jun 2015 Politeknik Banting Selangor

membuat pengambilan untuk 2 Program Pengajian iaitu

Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan juga Diploma

Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat. Bagi Diploma

Kejuruteraan Mekanikal, kita memperoleh 78 orang

pelajar yang kesemuanya terdiri daripada anggota TUDM.

Manakala bagi Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan

Pesawat, kita memperoleh 25 orang pelajar yang terdiri

daripada anggota TUDM serta 25 orang pelajar lagi

adalah dari calon lepasan SPM. Maka dengan itu lah,

bersama-sama kita pada pagi ini dapat kita lihat begitu

ramai sekali anggota TUDM yang hadir, dengan diketuai

oleh Y. Bhg. Mej. Jen. Dato’ Hj. Ab Razak bin Mohd

Khairan.

Saudara saudari pelajar sekelian,

3. Anda adalah merupakan sebahagian daripada 23,000

calon yang telah berjaya mendapat tawaran belajar di

politeknik untuk sesi Jun 2015 ini. Pada tahun ini,

Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia telah

menerima permohonan kemasukan sebanyak 133,000

orang iaitu hampir 6 kali ganda (5.79) tempat belajar yang

ada di dalam sistem politeknik. Saya ingin mengambil

kesempatan ini untuk mengucapkan syabas di atas

kejayaan saudara saudari ini. Namun ini adalah

merupakan the first step ke arah membina kerjaya anda

semua. Banyak lagi ranjau dan duri yang anda perlu

harungi sebelum anda dapat mengenggam segulung

kertas diploma. But let me assure you all that if you have

the willingness to study and focus on the road to success

then you have made the right choice in choosing PBS. Di

PBS moto kami adalah kebolehpasaran graduan. Year in

and year out, we want to achieve the highest employability

rate possible. Maka itu, untuk tiga tahun kebelakangan ini,

2012 – 92%, 2013 – 93.6% dan 2014 – 97.5%. Itu dilihat

dari satu sumber iaitu melalui Kajian Tracer Study. Kalau

dilihat dari sumber 1L5G pula (iaitu satu kaedah

mencerap 5 orang pelajar oleh seorang pensyarah), 2012,

2013 dan 2014, ketiga-tiganya menunjukkan prestasi

kebolehpasaran 100%. Kami di PBS sedar bahawa we

have a vital role to play to make sure that the human

capital needed by the nation will be met. Walau pun PBS

ini kecil, kecil kecil cili padi, kebolehpasaran anda pasti

menjadi.

4. Maka dengan itu, kami telah wujudkan formula kejayaan

seperti yang anda semua boleh perhatikan…

E=f(A+G+C). Satu formula ringkas tapi penuh bermakna

untuk mengingatkan semua pihak (baik pelajar mahupun

warga PBS) akan tujuan utama kita disini. Saya mahu

anda semua menghafal formula ini. Saya juga mahu anda

semua memainkan peranan dalam memperoleh

kecemerlangan bagi A (Academic Achievement) dan juga

G (Generic Skills). Peranan anda dalam menghadiri kuliah

on-time, memastikan tugasan disiapkan on-time,

mendapatkan skor yang tinggi dalam peperiksaan adalah

antara komitmen dalam aspek A. Manakala peranan anda

dalam G, merangkumi antaranya kemahiran

berkomunikasi especially communicating in English,

working with a team spirit, leadership skills and

entrepreneurship skills. Kami yakin bahawa gabungan

kecemerlangan dalam A dan G akan membuatkan anda

seorang graduan that will be sought after by employers.

Sesungguhnya, kesungguhan anda untuk memperoleh

kecemerlangan dalam akademik dan prestasi tinggi dalam

kemahiran generik bakal membuka ruang pekerjaan untuk

anda di kemudian hari.

5. Sesuai dengan status institusi pendidikan tinggi, PBS juga

tidak terkecuali daripada diwartakan sebagai Kawasan

Larangan Merokok. Melalui siaran pihak JPA pada tahun

2009, yang masih lagi berkuat kuasa, “sesiapa yang

didapati bersalah merokok di mana-mana kawasan premis

kerajaan, boleh dikenakan tindakan undang-undang

didenda sehingga RM10,000 atau dipenjara sehingga 2

tahun”. Dengan itu, selaku Pengarah PBS, saya berharap

anda semua para pelajar maklum terhadap peraturan ini

dan apa jua peraturan lain kerana ini adalah sebahagian

dari latihan di PBS.

Y. Bhg. Dato’, Tuan-tuan dan Puan-Puan,

6. Di hujung formula kejayaan ada satu lagi huruf iaitu huruf

C. C is for Collaboration. Kolaborasi bersama dengan

pihak industri dan juga lain-lain pihak yang

berkepentingan. Produk yang bermutu, jika tidak diketahui

oleh orang lain, tentunya akan sia-sia sahaja. Maka

dengan itu, menerusi kolaborasi kita dapat mewar-warkan

tentang graduan kita yang berkualiti ini. Dan… pada hari

ini, kita akan menyaksikan 4 lagi kolaborasi bersama PBS

melalui Pemetraian Nota Kerjasama, iaitu dengan :-

1. TUDM (Mej. Jen. Dato’ Hj Ab Razak bin Mohd Khairan)

2. Agensi Nuklear Malaysia. (Dato’ Dr Muhamad bin Lebai

Juri)

3. D’viation Solution Sdn. Bhd. (Mr T. Ganesh)

4. UNI10 Energy Sdn. Bhd. (Encik Syahrul Azwa bin Idris)

7. Usaha berterusan dalam C perlu dilakukan. The world is

changing. Technology is also changing fast. Our

graduates have to keep abreast with these changes in

order that they are relevant. Letting the government alone

to take care in giving the training will not be sufficient.

Saya yakin, bahawa kerjasama dengan pihak swasta dan

agensi kerajaan lain adalah model terbaik dalam

melahirkan graduan yang bertepatan dengan kehendak

pasaran, better-fit for the work place. Maka dengan ini

juga, PBS telah dan akan terus menghidupkan

Jawatankuasa Penasihat Industri di peringkat Politeknik

Banting. Melalui Jawatankuasa ini, PBS mendapat

tunjukajar dan bantuan bagi menjadikan PBS lebih efisyen

dan relevan. PBS mengucapkan setinggi-tinggi terima

kasih kepada Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Prof Dr James Alfred

kerana komitmen berterusan beliau sebagai pengerusi

Jawatankuasa ini sejak tahun 2013 lagi.

8. Untuk ibu bapa yang hadir pada hari ini, ingin saya

memohon restu untuk kami warga PBS menurunkan ilmu

serba sedikit kepada anak-anak tuan-tuan dan puan-puan.

Insyaallah, mereka akan dididik seolah-olah mereka anak

kami sendiri. Kami percaya bahawa jika kami mendidik

anak-anak tuan-tuan dan puan sebaik mungkin,

insyaallah, anak-anak kami juga akan mendapat didikan

terbaik dari guru mereka, dengan izin Allah jua. Namun

begitu, dalam tempoh 3 tahun mereka dibawah didikan

kami, mungkin ada yang agak sedikit nakal, terlupa

tentang matlamat utama mereka di PBS, maka izinkan

kami “merotan” mereka dan semoga pengajaran yang

mereka lalui di PBS menjadikan mereka dan kita semua

lebih bersyukur ke hadrat Ilahi atas semua nikmat yang

kita perolehi.

9. Diakhir kata, saya berdoa dan berharap agar segala

usaha dan niat suci kita untuk anak-anak kita ini akan

sentiasa mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah

swt.

10. Juga semoga segala harapan dan hala tuju kita bersama

dengan rakan kolaborasi dan strategik iaitu pihak TUDM,

Agensi Nuklear Malaysia, D’viation Solutions Sdn. Bd. dan

Uni10 Energy will give us leverage to the next big thing to

come in future and hope it would not be within Malaysia

but also throughout the world not just for us but especially

for our next generation to come. InsyaALLAH.

Sekian, terima kasih.

Wabillahi-taufik-walhidayah.

Wassallamualaikum Warahmatullahi-wabarakatuh.