teks ucapan alu-aluan pengerusi puspanita · pdf fileteks ucapan alu-aluan ... melapangkan...

5
TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN KPWKM SEMPENA MESYUARAT AGUNG PUSPANITA CAWANGAN KPWKM KE-12 OLEH PUAN CHE AZIZAH BINTI CHE RASHID 23 JANUARI 2015 (JUMAAT) DEWAN NUR, KPWKM

Upload: tranthien

Post on 06-Feb-2018

294 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PUSPANITA · PDF fileTEKS UCAPAN ALU-ALUAN ... melapangkan masa untuk merasmikan Majlis Penutup Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan KPWKM Kali

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN KPWKM

SEMPENA MESYUARAT AGUNG PUSPANITA CAWANGAN KPWKM KE-12

OLEH PUAN CHE AZIZAH BINTI CHE RASHID 23 JANUARI 2015 (JUMAAT)

DEWAN NUR, KPWKM

Page 2: TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PUSPANITA · PDF fileTEKS UCAPAN ALU-ALUAN ... melapangkan masa untuk merasmikan Majlis Penutup Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan KPWKM Kali

2 | P a g e

[SALUTASI]

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

1. Terlebih dahulu saya memanjat kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan

limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama hadir di Majlis Perasmian

Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan KPWKM kali ke-12 Tahun 2015.

2. Saya mewakili seluruh ahli PUSPANITA Cawangan KPWKM merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Norsham

binti Rahin, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) atas kesudian beliau

meluangkan masa untuk hadir dan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan

PUSPANITA Cawangan KPWKM ke-12 Tahun 2015, walaupun beliau begitu

sibuk dengan tugasan harian.

3. Saya juga difahamkan YBhg, Dato’ sanggup menangguhkan lawatan untuk

melihat mangsa banjir di Negeri Sarawak semata-mata untuk bersama-sama

ahli PUSPANITA hari ini. Terima kasih YBhg. Dato’.

4. Saya juga ingin merakam setinggi tahniah dan terima kasih kepada semua

Ahli Jawatankuasa yang telah berjaya menganjurkan Majlis ini. Walaupun

masing-masing sibuk dan mempunyai komitmen terhadap tugas seharian,

namun mereka masih mampu membahagikan masa untuk merancang,

mengatur pelbagai program dan aktiviti untuk kita semua sertai.

5. Terima kasih juga atas kehadiran ahli-ahli PUSPANITA yang telah memberi

komitmen dan meluangkan masa bagi sama-sama kita menjayakan majlis kita

pada hari ini. Semoga komitmen dan kesungguhan yang dipamerkan oleh

puan-puan hari ini, menjadi pembakar semangat kepada barisan Ahli

Jawatankuasa untuk bergiat aktif dan memacu PUSPANITA Cawangan

KPWKM dengan lebih laju.

6. Untuk makluman semua ahli yang hadir, Mesyuarat kita pada tahun ini, tidak

ada pemilihan akan dibuat. Ini bermakna, Ahli Jawatankuasa Sesi 2014/2016

Page 3: TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PUSPANITA · PDF fileTEKS UCAPAN ALU-ALUAN ... melapangkan masa untuk merasmikan Majlis Penutup Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan KPWKM Kali

3 | P a g e

akan terus menjalankan tugas untuk memastikan semua ahli dapat

memanfaatkan program/aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan ini.

Pencapaian Program/Aktiviti Tahun 2014

Puan-puan, Ahli PUSPANITA yang saya hormati,

7. Berdasarkan rekod, sepanjang sesi tahun 2014, pelbagai aktiviti telah

dijalankan. Antara program tersebut adalah Majlis Solat Hajat MH370 dan

MH17, perkongsian panduan hiasan dapur bersama Anjung Seri dan

Luminarc, Nur Senyuman Aidilfitri, lawatan Rumah Anak Yatim Al-Nasuha

dan lawatan ke Krabi, Thailand. Tahniah diucapkan kepada Jawatankuasa

dan juga ahli-ahli yang begitu bersemangat menjayakan aktiviti dan program

ini.

8. PUSPANITA Cawangan KPWKM tidak bersendirian apabila menjalankan

aktivitinya. PUSPANITA dan Kelab Sukan dan Kebajikan (KESKEB) KPWKM

juga bersahabat baik menerusi program lawatan sosial ke Krabi pada bulan

November yang lalu. Di samping itu, kita juga secara aktif telah mengambil

bahagian dalam pelabagai acara yang dianjurkan oleh PUSPANITA

Kebangsaan.

Program/Aktiviti Selari Sempena Mesyuarat Agung

Puan-puan yang saya hormati sekelian,

9. Saya mendapati keahlian PUSPANITA Cawangan KPWKM adalah masih

rendah iaitu seramai 550 orang berbanding dengan seramai 4,258 orang

jumlah penjawat awam wanita di Kementerian ini termasuk jabatan dan

agensi. Selaras dengan promosi keahlian RM2.00 sahaja untuk Ahli Seumur

Hidup yang telah dikuatkuasakan oleh PUSPANITA Kebangsaan, saya

menyeru kepada pegawai baik dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional

mahupun Kumpulan Pelaksana untuk merebut peluang ini.

Page 4: TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PUSPANITA · PDF fileTEKS UCAPAN ALU-ALUAN ... melapangkan masa untuk merasmikan Majlis Penutup Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan KPWKM Kali

4 | P a g e

10. Sehubungan ini, pihak Urus Setia telah memperkenalkan Kempen Member

Gets Member yang telah dipromosikan sejak dua minggu yang lalu menerusi

edaran emel dan wakil-wakil Agensi yang dilantik. Kempen ini bertujuan

untuk menambahkan bilangan keahlian PUSPANITA dan berkongsi faedah

daripada keahlian ini. Sempena Kempen ini juga, semua Ahli Jawatankuasa

telah bekerja keras untuk mendapatkan ahli baharu seumur hidup

mendaftarkan diri masing-masing. Sejak Kempen dijalankan, seramai 150 ahli

baharu telah didaftarkan. Harapan saya, lebih ramai lagi ahli-ahli baharu akan

didaftarkan pada hari ini.

11. Sempena Mesyuarat Agung ini, pelbagai acara telah diatur sepanjang pagi

ini. Antaranya adalah, pertandingan kreatif hiasan dan gubahan tuala,

telekung, pelbagai gerai jualan dengan harga runtuh, acara menghiasi diri

manicure dan pedicure, pemeriksaan kesihatan LPPKN dan lain-lain.

Penyertaan Program Anjuran PUSPANITA Kebangsaan

12. Selain daripada menyertai program/aktiviti anjuran PUSPANITA KPWKM,

saya ingin menggalakkan semua ahli mengambil peluang untuk mendapat

manfaat yang disediakan oleh PUSPANITA Kebangsaan seperti di Pusat

Pemeriksaan Kesihatan Wanita, PUSPANITAPURI, Presint 10, Putrajaya dan

Tabung PUSPADARA yang menyediakan sumbangan peralatan perubatan.

Maklumat mengenai kemudahan yang disediakan ini akan dimaklumkan

kepada semua ahli melalui emel atau wakil-wakil Jawatankuasa di Agensi

masing-masing.

Penutup 13. Akhir kata, saya bagi pihak warga PUSPANITA KPWKM, mengambil

kesempatan ini untuk mengucap terima kasih dan sekalung penghargaan

kepada YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) kerana sudi

melapangkan masa untuk merasmikan Majlis Penutup Mesyuarat Agung

Tahunan PUSPANITA Cawangan KPWKM Kali Ke-12 Tahun 2015. Terima

kasih juga kepada Ketua-ketua Jabatan atau wakil dan puan-puan ahli

PUSPANITA atas kesudian melapangkan masa untuk menjayakan Majlis ini.

Page 5: TEKS UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI PUSPANITA · PDF fileTEKS UCAPAN ALU-ALUAN ... melapangkan masa untuk merasmikan Majlis Penutup Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Cawangan KPWKM Kali

5 | P a g e

14. Tidak lupa, saya ucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang

telah bertungkus-lumus menyediakan Majlis ini. Syabas dan tahniah kerana

berjaya menganjurkan beberapa acara selari sempena Mesyuarat Agung ini.

Sekian.

Wabillahi Taufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatuulahi Wabaraktuh.

Setiausaha PUSPANITA CAWANGAN KPWKM 23 Januari 2015