teks ucapan alu-aluan kem membaca 1 malaysia

Upload: nurul-liza-amoi

Post on 04-Jun-2018

278 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Teks Ucapan Alu-Aluan Kem Membaca 1 Malaysia

    1/3

    Bismillahirrahmannirrahim

    Yang berbahagia:

    Yang Berusaha:

    Turut berusaha:

    Seterusnya:

    Tidak dilupakan:

    Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, salam 1 Malaysia , Salam 1 PPD

    Semporna. Kualiti dijunjung Pendidikan disanjung.

    Sebelum saya meneruskan ucapan alu-aluan, terlebih dahulu saya ingin

    merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak BTP Negeri

    Sabah ,khususnya pihak pengurusan PKG Semporna kerana memberikan

    kepercayaan kepada Sekolah Kebangsaan Bugaya bertindak selaku tuan

    rumah dalam mengendalikan majlis yang gemilang ini.

    Jajaran mengkudu berbaris kesuma

    Di celah angsana di Tanah Jawa

    Ucapan aluan pembuka bicara

    Dalam Majlis Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia

    Pergi berhuma di Tanjung Rokan

    Sebelum pulang mengail ikan

    Kehadiran tuan-puan kami alu-alukan

    Kecil telapak tangan nyiru kami tadahkan.

  • 8/14/2019 Teks Ucapan Alu-Aluan Kem Membaca 1 Malaysia

    2/3

    Tuan-tuan dan puan-puan,

    Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: One NationReading Together merupakan program membaca serentak terbesar di

    Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di

    seluruh negara. Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar

    antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia.

    Program ini mula dipekenalkan pada tahun 2008 bertujuan membina

    amalan membaca dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Antara

    pencapaian tertinggi program ini ialah penerimaan Anugerah TheMost

    Number Of Children Reading Storybooks in Schools in a Day di dalam entri

    Malaysian Book Of Record (MBOR) pada tahun 2010. Adalah diharapkan

    pada tahun ini sekali lagi kita akan mencipta satu rekod yang

    membanggakan.

    Pada hari ini Program KM1M dan Kempen Read 2013 dilancarkan secara

    serentak di semua sekolah dalam negara Malaysia.Program ini akan

    berlangsung selama tiga hari iaitu pada 28/10/2013 -30/10/2013. Sepanjang

    Program ini pelbagai aktiviti yang menarik telah dirangka . Saya berharap

    aktiviti-aktiviti ini akan dapat menyumbang terhadap kemenjadian murid-

    murid di sekolah kebangsaan dan juga pelajar-pelajar di sekolah menengah.

    Insyaallah.

    Kepada para peserta yang mengambil bahagian dalam aktiviti yang talah

    disediakan saya menyeru ambillah peluang untuk menimba seberapa

    banyak ilmu dan pengalaman untuk dibawa balik ke sekolah masing-masing

    dan seterusnya kongsikan ilmu dan pengalaman tersebut bersama rakan-

    rakan di sekolah.

  • 8/14/2019 Teks Ucapan Alu-Aluan Kem Membaca 1 Malaysia

    3/3

    Sebelum mengakhiri ucapan saya pada pagi ini, terlebih dahulu saya bagi

    pihak seluruh warga sekolah kebangsaan Bugaya dengan penuh rasa

    rendah hati ingin memohon kemaafan sekiranya terdapat kelemaham di

    mana-mana sepanjang pengendalian majlis ini. Sesungguhnya yang baik

    dan yang sempurna itu hanya daripada Allah dan kelemahan itu daripada

    pihak kami.

    Indah senja berbalam warna,

    Anak dara duduk di tepi wadi;

    Hajat hati inginkan yang sempurna,

    Dengan izin Allah jua semuanya terjadi.

    Sekian wabilahi taufik walhidayahAssalamualaikum.