teks ucapan

Upload: nurul-fatihah

Post on 05-Mar-2016

241 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Teks ucapan pengerusi

TRANSCRIPT

Bismillah hirrahmanir rahim.Saudari pengerusi majlis.Yang saya hormati Puan Fazilah binti Abd Aziz guru cemerlang bahasa inggeris, para pensyarah, ahli-ahli jawatankuasa, dan rakan-rakan dari IPGKDRI sekalian.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Terlebih dahulu, saya bagi pihak guru-guru pelatih IPGKDRI ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada pihak SK Sentul Patah kerana memberi kami peluang dan kerjasama yang begitu baik untuk mengadakan lawatan penanda aras dan interaksi dengan guru cemerrlang di sini. Kami berasa amat berbangga dan bersyukur kerana mempunyai kesempatan untuk bertemu dan berinteraksi dengan Puan Fazilah serta warga sekolah SK sentul patah.Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, Pelaksanaan program Bina Insan Guru merupakan suatu mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru pelatih ke arah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara serta mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara. Oleh itu, program ini menjadi keperluan bagi kami khususnya guru pelatih yang akan berkhidmat sebagai guru di sekolah pada suatu hari, supaya kami dapat melihat dengan lebih dekat mengenai pengurusan sekolah berbanding dengan hanya mempelajarinya sebagai teori.Seperti yang sedia maklum, tujuan utama program ini alah untuk mendalami ciri-ciri profesionalisme dan komitmen guru cemerlang secara lebih terperinci serta memahami pelaksanaan amalan pengajaran dan pembelajaran guru cemerlang. Selain itu, program seumpama ini juga membolehkan para guru pelatih untuk menimba pengalaman baru melalui perkongsian dan pencurahan idea serta pengalaman berharga daripada guru cemerlang dan mengetahui inovasi pedagogi yang digunakan oleh guru cemerlang dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, Sekolah Kebangsaan Sentul patah dipilih untuk menjalankan program penanda aras bagi guru cemerlang. Sekolah ini dipilih berdasarkan prestasi cemerlang sekolah tersebut pada tahun-tahun yang lepas. Selain itu juga, sekolah ini dipilih kerana terdapat guru cemerlang subjek Bahasa Inggeris iaitu Puan Fazilah binti Abd Aziz. Pencapaian ini telah membuktikan kemampuan pengurusan sekolah yang efektif selain membudayakan elemen sekolah yang cemerlang. Selain itu, pelaksanaan infrastruktur sekolah yang lebih efisyen seperti pusat sumber juga membantu sekolah dalam meningkatkan prestasi dari segi akademik. Dengan ini, kami yakin sekolah ini mampu memberikan satu platform kepada kami mempelajari budaya guru cemerlang serta budaya dan pengurusan sekolah yang baik.Akhir kata, ucapan setinggi-tinggi terima kasih tentunya kepada Puan Fazilah kerana sudi meluangkan masa bersama untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang begitu berguna untuk kami para guru pelatih terutamanya dalam mengemudi dunia pendidikan pada masa akan datang. Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih kepada pihak dan warga SK Sentul Patah kerana memberi kerjasama yang begitu baik sekali kepada kami dan membolehkan prgram ini berjalan dengan begitu lancar. Jika ada apa-apa kekurangan sepanjang program ini saya bagi piha ipgkdri ingin memohon maaf kepada pihak SK sentul patah. Moga-moga hasil daripada program ini, kita dapat melahirkan guru yang memahami dan mendalami pengurusan yang lebih sistematik, mempraktikkan nilai-nilai kepimpinan serta pemahaman terhadap keperluan infrastruktur dan infostruktur sekolah. Justeru, program ini mampu membentuk guru yang efektif dalam bidang tugasnya serta mempunyai nilai tambah dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan modal insan negara.Kami juga berharap kolabo rasi antara pihak IPGKDRI dan SK sentul patah memberi banyak manfaat dan meninggalkan kenangan manis kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.Sekian, terima kasih.