teks sehar

2
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Terima kasih kepada pengerusi majlis Encik Jeffrin dan Puan Ilham Husna. Yang Berusaha, Puan Latifah Binti Latif selaku Guru Besar, SK La Salle, Petaling Jaya. Yang Dihormati, Semua guru-guru penolong kanan, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, Ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola,Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi, seterusnya para hadirin yang dihormati sekalian. Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak pengelola kerana telah berbesar hati menjemput saya untuk merasmikan temasya sukan tahunan di SK La Salle pada tahun 2015 ini. Hadirin yang dikasihi sekalian, Saya amat berbesar hati di atas kerjasama yang ditunjukkan di antara pihak sekolah dan PIBG dalam menjayakan temasya sukan pada tahun ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan bagi memacukan sekolah ke arah kecemerlangan akademik dan kokurikulum.. Para Pelajar yang dikasihi, Acara Sukan Tahunan merupakan kemuncak kepada semua aktiviti sukan yang dijalankan di sekolah. Matlamat utama sukan tahunan adalah untuk mengukur kemampuan pelajar bersukan di peringkat sekolah.Kepada pelajar yang bertanding, gunakanlah gelanggang ini untuk menunjukkan kemampuan anda yang terbaik. Buatlah yang terbaik!. Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan

Upload: nur-qashilla-idaman

Post on 15-Jan-2016

224 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

teks sehar

TRANSCRIPT

Page 1: teks sehar

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Terima kasih kepada pengerusi majlis Encik Jeffrin dan Puan Ilham Husna.

Yang Berusaha,Puan Latifah Binti Latif selaku Guru Besar, SK La Salle, Petaling Jaya.

Yang Dihormati,Semua guru-guru penolong kanan, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG, Ahli-ahli Jawatankuasa Pengelola,Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi, seterusnya para hadirin yang dihormati sekalian.

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak pengelola kerana telah berbesar hati menjemput saya untuk merasmikan temasya sukan tahunan di SK La Salle pada tahun 2015 ini.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Saya amat berbesar hati di atas kerjasama yang ditunjukkan di antara pihak sekolah dan PIBG dalam menjayakan temasya sukan pada tahun ini. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan bagi memacukan sekolah ke arah kecemerlangan akademik dan kokurikulum..

Para Pelajar yang dikasihi,

Acara Sukan Tahunan merupakan kemuncak kepada semua aktiviti sukan yang dijalankan di sekolah.   Matlamat utama sukan tahunan adalah untuk mengukur kemampuan pelajar bersukan di peringkat sekolah.Kepada pelajar yang bertanding, gunakanlah gelanggang ini untuk menunjukkan kemampuan anda yang terbaik. Buatlah yang terbaik!.

Sebagai mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada AJK Pengelola, terutamanya guru besar, guru-guru dan AJK PIBG kerana telah dapat menganjurkan Temasya Sukan Tahunan SK La Salle 2015.Kepada para pelajar yang akan mengambil bahagian dan yang akan meraih pingat selepas ini saya ucapkan tahniah dan kepada yang tidak berjaya jangan putus asa, kerana penyertaan kalian sudahpun menunjukkan bahawa anda telah menunjukkan semangat juang yang tinggi.

Dengan ini,saya merasmikan Temasya Sukan Tahunan Kali ke-42 SK La Salle.

Sekian, Salam 1 Murid 1 Sukan dan Salam Satu Malaysia.

Page 2: teks sehar