teks pidato minggu integriti

4
NAMA :NURSHAIDATUL AFINA BINTI YUSOF PENGAJIAN :PISMP BM GSTT TAJUK PIDATO :PERPADUAN TERAS DALAM USAHA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan bahawa manusia yang lemah sekalipun, jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia. Demikianlah kesannya perpaduan. Terima Kasih peneraju acara, panel juri yang teguh saksama dan seluruh warga dewan yang berkarisma. Salam muhibbah, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia. Dalam hidup saya, perkataan perpaduan merupakan perkataan yang amat dekat dalam hati ini. Saya pasti perasaan ini dikongsi bersama-sama dengan sidang dewan keilmuan yana saya kasihi sekalian. Perpaduan Teras dalam Usaha Menjayakan gagasan 1 Malaysia. Begitulah indahnya gabungan alunan morfem-morfem sehingga membentuk tajuk pidato yang akan saya kupaskan satu per satu pada petang yang barakah ini. Sebelum bibir mengungkapkan madah, sebelum tangan menggerakkan daya, izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya pada hari ini. Menurut Kamus Dewan edisi Keempat, perkataan ‘perpaduan’ membawa makna bergabung menjadi satu atau sepakat, ‘teras’ didefinisikan sebagai sesuatu yang penting. Perkataan ‘usaha’ pula mendukung makna ikhtiar atau daya upaya manakala perkataan ‘menjayakan’ ditakrifkan sebagai ‘yang

Upload: gekchieng-yeo

Post on 13-Apr-2017

441 views

Category:

Presentations & Public Speaking


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks pidato minggu integriti

NAMA :NURSHAIDATUL AFINA BINTI YUSOF

PENGAJIAN :PISMP BM GSTT

TAJUK PIDATO :PERPADUAN TERAS DALAM USAHA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan

bahawa manusia yang lemah sekalipun, jika bersatu padu akan dapat menggoncang

dunia. Demikianlah kesannya perpaduan.

Terima Kasih peneraju acara, panel juri yang teguh saksama dan seluruh warga

dewan yang berkarisma. Salam muhibbah, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.

Dalam hidup saya, perkataan perpaduan merupakan perkataan yang amat dekat dalam

hati ini. Saya pasti perasaan ini dikongsi bersama-sama dengan sidang dewan

keilmuan yana saya kasihi sekalian.

Perpaduan Teras dalam Usaha Menjayakan gagasan 1 Malaysia. Begitulah

indahnya gabungan alunan morfem-morfem sehingga membentuk tajuk pidato yang

akan saya kupaskan satu per satu pada petang yang barakah ini. Sebelum bibir

mengungkapkan madah, sebelum tangan menggerakkan daya, izinkan saya

mendefinisikan tajuk pidato saya pada hari ini. Menurut Kamus Dewan edisi Keempat,

perkataan ‘perpaduan’ membawa makna bergabung menjadi satu atau sepakat, ‘teras’

didefinisikan sebagai sesuatu yang penting. Perkataan ‘usaha’ pula mendukung makna

ikhtiar atau daya upaya manakala perkataan ‘menjayakan’ ditakrifkan sebagai ‘yang

menjadikan’. Gagasan 1 Malaysia pula merupakan satu konsep yang diperkenalkan

oleh Bapa Transformasi iaitu YAB Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abd. Razak dimana

ianya merupakan satu gagasan yang memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat

Malaysia. Maka, apabila dirangkumkan sekali dapatlah ditakrifkan bahawa perpaduan

adalah satu mekanisme penting yang menjadi batu loncatan dalam pemangkin gagasan

1 Malaysia.

Sidang Dewan Yang Saya Muliakan,

Page 2: Teks pidato minggu integriti

Saya akan cerakinkan tajuk pidato saya ini kepada tiga perspektif. Perspektif pertama

ialah penerimaan kaum asas perpaduan, perspektif yang kedua keadilan sosian

penggerak keharmonian dan perspektif yang terakhir ialah asas kenegaraan wadah

perpaduan.

Hujah pertama, penerimaan kaum asas perpaduan. Melayu dengan songketnya,

Cina dengan Ceongsamnya dan India pula dengan sarinya. Begitulah lambing keunikan

kaum di Malaysia. Sikap penerimaan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum di

mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar rakyat

Malaysia mampu hidup bersama sebagai rakyat yang mendiami satu bumbung

pemerintahan. Ini terbukti melaui gagasan I Malaysia yang diilhamkan oleh bapa

transformasi semakin terserlah menerusi penganjuran rumah terbuka pelbagai

perayaan di negara ini.

Sidang Pendengar Yang Budiman,

Kehidupan tanpa perpaduan ibarat pokok ditiup angin kencang, ibarat pantai dipukul

gelombang dan ibarat rumah tidak bertiang.

1 lagi ramuan penting dalam usaha menjayakan Gagasan 1 Malaysia iaitu

keadilan sosial penggerak keharmonian. Keadilan sosial bukanlah beerti membasmi

kemiskinan ke akar umbinya. Yang kaya bukan semuanya ada, yang miskin pula bukan

semuanya tiada. Masing –masing ada tugas dan tanggungjawab terhadap negara.

Yang kaya membantu yang miskin dan yang miskin berterima kasih kepada yang kaya

tanpa menimbulkan sebarang huru-hara dalam masyarakat. Justeru itu suasana

harmoni dan perhubungan yang baik dapat diwujudkan dalam masyarakat. Sudah

terang lagi bersuluh. Termeterainya Perlembagaan Madinah pada tahun 622 Masihi

memberi kebebasan beragama kepada semua dalam melindungi kaum minority yang

mengamalkan budaya dan pegangan sehingga terbentuknya keadilan sosial yang adil

lagi saksama.

Page 3: Teks pidato minggu integriti

Sidang Dewan Yang Saya Muliakan

Hujah saya yang terakhir ialah asas kenegaraan wadah perpaduan. Konsep

perpaduan, semangat nasionalisme dan cinta akan negara menjadi asas dalam

pembentukan gagasan murni ini. Usahlah rakyat kita mengungkit isu perkauman jika

perpaduan menjadi igauan. Biarlah peristiwa hitam 13 Mei 1969 terlipat kemas dalam

lipatan sejarah. Biarlah tanggal tersebut menjadi satu pengajaran kepada rakyat

Malaysia hari ini bahawa pentingnya keharmonian dan keamanan dalam usaha

membentuk gagasan 1 Malaysia.

Tuntasnya, ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa penerimaam kaum asas

perpaduan, keadilan sosial penggerak keharmonian dan asas kenegaraan wadah

perpaduan menjadi mekanisme penggerak dalam usaha menjayakan gagasan 1

Malaysia yang dilaungkan oleh perdana menteri kita. Marilah kita bersama-sama

menjadikan Malaysia sebuah tempat yang harmoni untuk hidup, belajar dan bermain.

Sebelum kaki melangkah pergi, izinkan saya untuk mengungkapkan serangkap pantun,

Bersatu kita di bumi merdeka,

Berteduh kita di payung Malaysia,

Bersama kita menjulang negara tercinta,

Dengan perpaduan teras dalam menjayakan gagasan 1 Malaysia.

Wabillahitaufiqwalhidayah, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.