teks pidato hedonisme

Upload: eima-siti-nurimah

Post on 17-Jul-2015

407 views

Category:

Documents


26 download

TRANSCRIPT

NAMA: NO K/P: TAJUK:

MOHD AFIF BIN SAIDON 910131-09-5023 BUDAYA HEDONISME PUNCA KERUNTUHAN TAMADUN BANGSA.

Gangsanya bukan sebarang gangsa, Gangsa asalnya dari Tualang, Untuk membangunkan tamadun bangsa, Elakkan segala budaya songsang.

Serangkap pantun yang sudah pastinya saya tujukan kepada semua bangsa di dunia ini khasnya bangsa kita sendiri iaitu bangsa Malaysia yang sentiasa percaya bahawa jiwa tidak pernah ternoda dengan ancaman budaya songsang. Andai kata laksamana Hang Tuah masih hidup, adakah beliau akan tersenyum?. Fikir-fikirkanlah. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan selamat sejahtera Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Yang arif lagi bijaksana barisan Panel Hakim yang berpaksikan keadilan semestinya, saudara Penjaga Masa yang setia dengan randiknya, tetamu-tetamu kehormat, rakan-rakan pelajar dan seterusnya hadirin sekalian. Bicara perdana saya pada pagi yang indah ini adalah dengan mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang untuk menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk Budaya Hedonisme Punca Keruntuhan Tamadun Bangsa. Sebelum saya berbicara dengan lebih lanjut tentang tajuk ini, rasanya elok benarlah saya merungkai mutiara makna tentang apakah yang didefinisikan dengan perkataan Hedonisme. Sidang pendengar yang setia, Hedonisme merupakan fahaman falsafah bahawa keseronokan merupakan matlamat utama dalam hidup tanpa menghiraukan larangan agama dan tatasusila. Hedonisme telah melanda bangsa kita dan ianya cukup membimbangkan negara terutamanya ketika Malaysia berhasrat untuk menjadi sebuah negara maju. Berdasarkan sejarah,

amalan hedonisme ini berasal dari negara Eropah selepas zaman Ratu Victoria kerana baginda telah melarang segala bentuk perbuatan yang boleh menghina agama Kristian seperti berhibur yang dianggap keterlaluan oleh rakyat ketika itu. Sidang hadirin sekalian, Budaya hedonisme merupakan budaya yang melampau yang membabitkan remaja terutamanya pada hari ini. Gejala ini bolehlah dianggap sebagai virus yang berjangkit, merosakkan akhlak dan seterusnya memusnahkan harapan negara untuk melahirkan bakal pemimpin harapan bangsa yang akan mengambil alih tampuk kepimpinan

negara pada masa akan datang. Terdapat pelbagai punca yang menyumbang kepada menularnya budaya hedonisme .sehingga mampu meruntuhkan sesebuah tamadun bangsa. Kurangnya didikan agama dalam diri seseorang individu adalah antara punca utama mengapa budaya hedonisme boleh menyerap masuk ke dalam jiwa anak bangsa pada hari ini. Lemahnya iman, dan kekuatan jati diri akan menyebabkan seseorang individu mudah terikut dengan godaan dan hawa nafsu seterusnya terpikat dengan budaya hedonisme iaitu berhibur secara berlebih-lebihan. Gejala ini timbul berikutan kegagalan manusia memahami konsep ajaran agama yang menekankan

keseimbangan antara nafsu dan akal fikiran demi kesejahteraan manusia. Keadaan ini mampu menjatuhkan tamadun bangsa malah Islam itu sendiri. Jadi, semua pihak berwajib seperti kerajaan, pemimpin, ibu bapa, guru, malah setiap individu perlu memainkan peranan dengan lebih efisyen dalam menangani permasalahan ini. Pelajaran Islam misalnya perlu dirombak semula bagi memastikan

keberkesannya.Walaupun semua komponen pendidikan agama sudah ada dalam kurikulum yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran namun pendekatannya kurang menarik minat remaja. Sidang hadirin yang budiman, Hujah saya yang kedua pula ialah amalan gaya hidup masyarakat hari ini yang terlalu terdedah kepada budaya hedonisme menjadi punca utama kepada kemusnahan tamadun bangsa sendiri.Masyarakat kita pada hari ini terlalu terdedah kepada

kehidupan yang suka berhibur dan bermewahan secara berlebih-lebihan. Budaya hedonisme jika dipandang enteng boleh mengakibatkan pelbagai gejala negatif malah akan menjerumuskan masyarakat ke dalam kancah jenayah, amalan berhutang dan sebagainya. Sejarah pernah mencatatkan bahawa bangsa yang leka kerana kemewahan hidup, dan hiburan yang berlebihan akan menjadi lemah dan terjajah. Contoh yang paling hampir ialah dengan kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka, di mana pemerintah dan rakyat leka dengan kemakmuran negara hingga terlupa kepada kemaraan musuh negara. Jadi, kita harus sedar bahawa masalah penularan amalan gaya hidup hedonisme sebenarnya bermula dari rumah.Jadi, para ibu bapa harus memainkan peranan yang paling penting dalam memastikan anak-anak tidak terpengaruh dengan budaya hidup yang berhibur dan bermewahan secara berlebihlebihan.Ibu bapa seharusnya jangan mengamalkan sogokan berbentuk wang ringgit atau kemewahan dalam mendidik anak-anak tetapi membantu mereka membentuk jati diri melalui didikan agama yang betul. Sidang hadirin yang dirahmati Allah S.W.T sekalian, Isi saya yang ketiga pula ialah budaya hedonisme sebenarnya menular melalui kewujudan banyak tempat hiburan, kelab-kelab malam, malah pusat beli belah yang kini tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Malah, rancangan-rancangan berbentuk hiburan semakin banyak diterbitkan di televisyen berbanding dengan rancangan

agama. Ini adalah salah satu punca kepada penularan budaya hedonisme secara halus yang mampu memusnahkan tamadun bangsa.Hal ini amat dikhuatiri kerana masyarakat amat gemar untuk mengunjungi tempat-tempat hiburan ini untuk melepak atau

melepaskan stress masing-masing. Keadaan ini akan mengundang kepada wujudnya pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, merokok, dan sebagainya. Fenomena ini berlaku kerana tuntutan kehidupan masyarakat pada hari ini yang lebih mementingkan hiburan yang berlebihan dan kebendaan semata-mata hingga terlupa kepada keperluan sebenar. Pada masa kini, budaya hedonisme yang bersifat sementara terlalu dipentingkan dan diagung-agungkan hingga lupa kepada budaya ilmu dan pembelajaran yang bermanfaat untuk kehidupan di dunia dan akhirat. Dalam menangani gejala hedonism, satu pelan bertindak dan tindakan yang berterusan perlu

diambil dalam usaha untuk menangani masalah ini agar tamadun bangsa kita tidak akan musnah akibat kepentingan diri semata-mata. Oleh sebab itu, antara langkah yang boleh diambil ialah pihak berwajib dan kerajaan haruslah tegas dan berpaksikan undang-undang yang adil dengan mengurangkan tempat-tempat hiburan serta sekatan terhadap laman-laman web lucah agar remaja tidak akan terus terlalai dengan budaya hedonisme. Hadirin yang dikasihi sekalian, Kata bicara saya yang keempat pula ialah budaya hedonisme selalunya berpunca dari persaingan yang tidak sihat antara masyarakat, kesombongan malah egois yang tinggi telah menyebabkan budaya ini terus membinasakan tamadun bangsa sedikit demi sedikit. Hal ini selalunya dipandang ringan oleh kita tanpa memikirkan akan impaknya kepada masa hadapan. Misalnya, persaingan yang tidak sihat berlaku apabila seseorang individu menunjukkan kemewahan dan kejayaan kepada orang lain dengan secara berlebih-lebihan. Mereka yang bersifat hedonisme akan sentiasa bersifat tamak dan memandang rendah kepada orang lain, keadaan ini akan mengundang jurang dalam masyarakat dari segi harta dan kemewahan. Dari segi psikologi, mereka yang terjebak dengan budaya hedonisme adalah mereka yang mempunyai keperibadian yang tidak sempurna. Mereka hanya memikirkan bagaimana untuk berhibur dan membelanjakan hartanya tanpa memikirkan tentang kehidupan di masa hadapan. Langkah yang boleh diambil untuk menangani sifat-sifat hedonisme ialah dengan kembali ke jalan Allah dengan mengamal dan berfikir berlandaskan kepada ajaran Islam. Kita juga harus bijak memilih dan menapis antara hiburan yang positif atau negatif. Sidang hadirin yang saya hormati, Tampaknya masa semakin mencemburui kita. Namun, ingin saya membuat kesimpulan dari apa yang telah diperkatakan tadi. Budaya hedonisme boleh diumpamakan seperti penyakit yang bukan tidak ada penawarnya tetapi haruslah diubati sebelum ianya

semakin parah. Budaya hedonisme jika tidak dibendung pasti mampu memusnahkan

tamadun bangsa kita yang sering kita agung-agungkan. Justeru semua pihak haruslah mengambil langkah yang proaktif agar budaya ini tidak akan terus menular dalam masyarakat dan terus memusnahkan bangsa yang menjadi harapan negara kita. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Sekian sahaja pidato saya pada kali ini dan saya ingin memohon maaf sekiranya tersilap kata dan terkasar bahasa semasa saya menyampaikan pidato sebentar tadi. Sebelum kita berpisah izinkan saya menyampaikan serangkap pantun, Izinkan hamba pergi ke Rasah, Pulang semula sebelah pagi, Kita bertemu akhirnya berpisah, Diizin Tuhan bersua lagi. Sekian terima kasih, Wabillahitaufikwalhidayah wassalamualikum warahmatullahiwabarakatuh, Dan salam 1 Malaysia.