teks pidato hasan

Upload: leeann-brewer

Post on 14-Apr-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Teks Pidato Hasan

    1/5

    Bismilahhiramannirahim

    Kalau tidak kerana bintang,

    Tak akan bulan kelihatan tinggi ,

    Kalau tidak kerana pidato,

    Tak akan saya berada d isini.

    Datang bahtera dari Medan ,

    Singgah sebentar di laluan Kerai,

    Salam satu Malaysia saya hulurkan ,

    Kepada warga dewan pembuka tirai.

    Assalamualikum W.B.H

    Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati saudara Pengerusi Majlis, yang

    anggun lagi berseri pensyarah pembimbing Puan Norzana,dan seterusnya rakan-rakan

    seperjuangan yang saya kasihi sekalian. Pada pagi yang mulia ini saya akan

    menyampaikan pidato yang bertajuk Guru berkualiti, Transformasi Direalisasi.

    Menurut kamus Dewan Edisi ketiga, Guru Berkualiti dapat didefinisikan sebagai

    pendidik yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kepakaran yang tinggi dalam

    bidang yang diceburi khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Guru

    berkualiti juga dapat diertikan mereka yang sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam

    melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan. Lantaran

    itu, kecemerlangan yang ada pada guru itu akan membawa perubahan kepada sistem

    pendidikan negara.

  • 7/29/2019 Teks Pidato Hasan

    2/5

    Manakala transformasi pula dapat didefinisikan sebagai perubahan penukaran

    sesuatu perkara. Kata direalisasi pula dapat ditafsirkan sebagai suatu perkara yang

    dapat ditunaikan atau dijayakan. Secara kesimpulannya di sini dapat didefinisikan tajuk

    pidato saya pada hari ini Guru berkualiti, Transformasi Direalisasi merujuk kepada

    guru yang memenuhi keperluan pelajar dalam pelbagai aspek sama ada dari segi

    pengajaran dan pembelajaran, sahsiah, kemahiran, kepakaran dan pengurusan yang

    baik. Profesion keguruan ini menjadi agen utama bagi memanifestasikan perubahan-

    perubahan yang positif dalam usaha membangunkan negara Malaysia dan seisinya

    secara holistik. Justeru itu, akan saya buktikan pada hari ini, transformasi-transformasi

    yang mampu dilaksanakan oleh guru yang berkualiti dalam melaksanakan tugas

    dengan tanggunjawab dalam mendidik modal insan yang menjadi asas kepada

    penggerak negara.

    Saudara dan saudari sekalian,

    Peranan guru dan pendidik sebagai agen transformasi amat jelas diperlukan

    untuk menyemarakkan aspirasi negara dalam usaha melaksanakan transformasi

    negara ke arah melahirkan modal insan berprestasi tinggi. Guru berkualiti transformasi

    berkualiti jika dilihat secara halus, maka kita akan nampak dengan jelas bahawa tugas

    guru semakin mencabar kerana zaman dan keadaan telah berubah. Guru sebagai

    penjana transformasi perubahan pendidikan negara perlu memikul semua perancangan

    pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Perlaksanaan KSSR, SPPK dan

    MBMMBI yang mengikut acuan yang telah ditetapkan oleh kerajaan diharap dapat

    merealisasikan transformasi pendidikan yang diingini.

    Guru adalah pemangkin pembangunan negara, pembentuk generasi dan menjadi asas

    kemajuan pendidikan negara di samping memacu kejayaan rakyat. Guru yang

    melengkapi diri dengan kualiti dan Standard Guru Malaysia diakui mampu menjaminkeberhasilan negara, antaranya guru yang inovatif dan kreatif teras kejayaan wawasan,

    guru berkesan pendidikan cemerlang, guru berkualiti pemangkin kegemilangan dan

    guru cemerlang negara terbilang.

  • 7/29/2019 Teks Pidato Hasan

    3/5

    Lantaran itu, guru haruslah bersiap sedia untuk berubah dan mendepani

    gelombang inovasi yang sentiasa melanda lapangan pendidikan selaras dengan

    perkembangan global dan dunia tanpa sempadan.

    Guru perlu peka dan bersedia memperlengkapi diri menjadi guru yang inovatif .

    Guru yang berkualiti berupaya menjana idea, konsep atau strategi baru yang boleh

    mempertingkat amalan berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada generasi anak

    didik. Guru yang inovatif juga berkemampuan mencipta kelainan atau modifikasi

    menggunakan unsur dan sumber sedia ada serta menjelmakannya sebagai elemen

    sintesis yang memudah dan melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran.

    Natijah yang akan dihasilkan ialah modal insan yang berpengetahuan dan

    bermaklumat serta berinovatif dalam mempermajukan teknologi, berkebolehan

    mencerna dan mengadaptasikan teknologi dan seterusnya berupaya mengembangkan

    idea-idea.

    Hadirin sekalian,

    Objektif Pelan Pembangunan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan

    Pendidikan secara khususnya bermatlamat melahirkan para pendidik yang berwatak

    profesional, berkompeten dan berkesanggupan memikul amanah yang lebih besar.

    Pelbagai ganjaran disediakan dan inisiatif direncana oleh pihak kerajaan bagi

    memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin. Keprihatinan kerajaan ini

    disalurkan menerusi pelbagai usaha, misalnya melalui pemberian dan penganugerahan

    kepada warga guru seperti dalam aspek perjawatan dan perkhidmatan. Anugerah dan

    beberapa penambahbaikan dalam skim perkhidmatan guru menggambarkan

    keprihatinan kerajaan kita. Sesungguhnya perkara ini diharapkan menjadi sebagai satu

    inspirasi dan dorongan kepada guru untuk terus memberikan perkhidmatan yang

    effisyen dan cemerlang dalam dunia pendidikan yang berkembang pesat di samping

    melengkapkan diri bagi menghadapi cabaran global.

    Keprihatinan berterusan oleh kerajaan ini merupakan suntikan semangat agar

    warga pendidik terus gigih, inovatif, berdedikasi dan berintegriti dalam menggalas

    tanggungjawab melahirkan generasi masa depan yang berjati diri, berdaya saing,

  • 7/29/2019 Teks Pidato Hasan

    4/5

    bertanggungjawab, berpegang teguh kepada ajaran agama serta mengamalkan nilai

    sejagat.

    Guru yang berkualiti selaku agen perubahan perlu memainkan peranan yang

    berkesan dengan cara sentiasa meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing.

    Guru janganlah jemu berusaha untuk menambah baik amalan pengajaran semasa dan

    sentiasa berfikiran proaktif, kreatif serta inovatif. Guru-guru juga disarankan supaya

    mengaplikasi dan mengamalkan kaedah-kaedah baru sejajar dengan perkembangan

    negara.

    Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran: "Penting skali dalam soal ini ialah

    supaya tenaga guru di mana-mana saja mereka berada memahami tentang konsep

    transformasi yang telah pun dilancarkan oleh kerajaan untuk membawa satu perubahan

    yang lebih besar kepada negara kita. Untuk menjadi sebuah negara maju

    berpendapatan tinggi dalam tahun 2020."

    Dengan kata lain, di bahu hampir 408 ribu guru di seluruh negara itu juga

    sebenarnya, selaku ejen perubahan dalam pendidikan negara.

    Datuk Abdul Ghafar Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran: "Tuntutan atau

    jangkaan daripada ibu bapa atau masyarakat ialah tinggi kepada guru. Itu mungkin satu

    cabaran pada kami kaum guru.

    Hadirin yang dirahmati,

    Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini, suka saya ingin

    mengingatkan kepada khalayak hari ini bahawa guru berkualti amat memainkan

    peranan yang penting bagi mencapai transformasi pada negara. Tidak keterlaluan saya

    katakan bahawa guru berkualiti menjadi tunggak kepada negara. Jika guru tiada maka,

    pincanglah pembangunan pendidikan negara kita. Oleh itu, sayangilah guru kita,

    hormatilah guru kita kerana tanpa mereka siapalah kita. Akhir kata, ingin saya titipkan

    mutiara kata Syeikh Muhammad Abduh, seorang tokoh pendidikan di Mesir, Kemuliaan

    ialah membangun umat yang telah binasa, membuka selubung kebodohan mereka,

  • 7/29/2019 Teks Pidato Hasan

    5/5

    memberi peringatan dan petunjuk (hidayah), menuntut hak yang terampas,

    mengingatkan akan kemuliaan yang hilang, membangun umat dari tidur dan kelalaian

    mereka, serta menyatukan suara untuk memperbaharui gerak langkah. Guru berkualiti

    transformasi direalisasi.

    Sekian, terima kasih.