teks pidato bahasa melayu tonggak perpaduan bangsa malaysia

6
Teks Pidato Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia. Bismilahhiramannirahim… Kalau tidak kerana bintang, Tak akan bulan kelihatan tinggi , Kalau tidak kerana pidato, Tak akan saya berada disini. Datang bahtera dari Medan , Singgah sebentar di laluan Kerai, Salam satu Malaysia saya hulurkan , Kepada warga dewan pembuka tirai. Assalamualikum W.B.H Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi bijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa yang sentiasa peka dengan detak jamnya, para perserta yang saya kagumi serta hadirin dan hadirat yang saya hormati. Jauh berlayar si pedagang Cina , Singgah di Melaka menjual sutera . Bahasa melayu bahasa perantara , Tonggak utama perpaduan negara

Upload: di-en

Post on 10-Aug-2015

355 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pidato Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia

Teks Pidato Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia.

Bismilahhiramannirahim…

         Kalau tidak kerana bintang,

         Tak akan bulan kelihatan tinggi ,

         Kalau tidak kerana pidato,

         Tak akan saya berada disini.

        Datang bahtera dari Medan ,

        Singgah sebentar di laluan Kerai,

        Salam satu Malaysia saya hulurkan ,

        Kepada warga dewan pembuka tirai.

Assalamualikum  W.B.H      

       Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif

lagi bijaksana yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga

masa yang sentiasa peka dengan detak jamnya, para perserta yang saya

kagumi serta hadirin dan hadirat yang saya hormati.

  

        Jauh berlayar si pedagang Cina ,

            Singgah di Melaka menjual sutera .

        Bahasa melayu bahasa perantara ,

            Tonggak utama perpaduan negara

Page 2: Teks Pidato Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia

Hadirin dan hadirat yang dihormati

            Cogan kata ‘Hidup Muafakat Membawa Berkat’ merupakan antara

cogan kata yang dicipta untuk menyedarkan orang ramai akan peri

pentingnya muafakat dalam kehidupan masyarakat yang berbilang kaum

seperti di negara kita. Kata orang, permuafakatan bererti perpaduan.

Situasi ini dapat dihuraikan oleh bidalan bersatu teguh bercerai roboh.

Keadaan ini membawa kebaikan dan kejayaan kepada seluruh anggota

masyarakat berkenaan. Sesungguhnya, negara yang memiliki masyarakat

majmuk seperti Malaysia berpaksikan pada perpaduan untuk meneruskan

kelangsungan keharmonian di dalam negara. Saya yakin bahawa

perpaduan penting dalam sesebuah negara. Dalam usaha melonjak status

negara berpendapatan tinggi dan bagi merealisasikan dasar transformasi

kerajaan, soal perpaduan tidak boleh dipandang enteng kerana bukan

mudah untuk membina identiti bangsa dan mendaulatkan maruah

bangsa. Usaha membina negara bangsa yang bersatu padu ini

sebenarnya boleh dilakukan jika setiap rakyat mengerti akan kepentingan

bahasa kebangsaan sebagai tonggak perpaduan setiap rakyat di Malaysia.

Oleh itu, izinkan saya untuk menjelaskan dengan lebih terperinci tentang

wacana ilimiah kita pada hari ini yang bertajuk Bahasa Melayu Tonggak

Perpaduan Bangsa Malaysia.

Hadirin yang dirahmati,

          Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama, adalah baik

jika kita menelusuri akar-akar cerucuk sejarah sebelum terbentangnya

hamparan indah negara Malaysia. Apabila memorabilia ini membawa kita

ke ratusan tahun yang lampau, nyatalah bahawa Bahasa Melayu sudah

berfungsi sebagai lingua franca yang didefinisikan sebagai bahasa

perantaraan antara masyarakat pada zaman itu.Hal ini dapat dibuktikan

dengan jelas apabila kita meneliti catatan ilmuwan Inggeris seperti R.O.

Winsted yang menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan

sebagai bahasa perdagangan yang mengeratkan hubungan masyarakat

yang berkunjung ke Melaka ketika itu. Daripada golongan pendeta

sehinggalah ke golongan biasa, setiap insan di Melaka ketika itu

berkomunikasi dengan bahasa tercinta kita yang tidak lapuk dek hujan tak

lekang dek panas. Tidak lain dan tidak bukan,sudah tentulah Bahasa

Melayu. Nah, apa lagi yang kita pertikaikan tentang kemampuan bahasa

kebangsaan kita sebagai wadah perpaduan? Berdasarkan perkara ini,

jelaslah bahawa hamparan sejarah jelas membuktikan bahawa bahasa

Melayu mampu menjadi bahasa perpaduan yang cemerlang di dunia.

Page 3: Teks Pidato Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia

Hadirin yang dihormati,

          Melalui bahasa Melayu, sebarang konfrantasi, buruk sangka dan

salah faham antara kaum dapat dikikis dengan mudah. Saya suka untuk

meminjam kata-kata pujangga pendeta Zaa’ba yang berbunyi ‘bahasa

menunjukkan bangsa’. Apabila kita melihat masyarakat bertutur dalam

bahasa Melayu, sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka ialah bangsa

Malaysia. Daripada kata-kata hikmat tersebut, saya sangat percaya

bahawa bahasa Melayu sedikit sebanyak akan mengurangkan semangat

‘kecinaan’, kemelayuan’ ataupun ‘keindiaan’.

          “Haiya, ini balang mana ada halga, dia punya bau saya macam mau

pengsan ah”

          “Tambi, itu worang mau roti satu, kari ikan kapla satu”

          Pelatlah dengan pengaruh bahasa

natif,asalkan setiap kaum di Malaysia dapat bermesra dan bertukar-tukar

maklumat dan fikiran hanya dengan menggunakan bahasa Melayu.

Langkah Dewan Bahasa memasukkan entri perkataan baharu setiap kali

edisi baharu terbit merupakan langkah yang patut dipuji kerana perkataan

pinjaman daripada bahasa Cina dan India yang mengalami proses

‘kemalaysiaan’ sememangnya dapat mewujudkan perpaduan. Apa yang

penting, setiap kaum di Malaysia tidak akan kekok untuk berbicara dalam

bahasa kebangsaan. Apabila tidak kekok berbicara, sudah tentulah juga

tidak kekok untuk bermesra. Apabila sudah bergaul mesra, nyatalah

bahawa perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk itu akan terbina

kukuh di bawah payung Satu Malaysia. Berdasarkan hujah ini, nyatalah

Page 4: Teks Pidato Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia

bahawa bahasa Melayu itu merupakan medium untuk mewujudkan

perpaduan dalam kalangan masyrakat di Malaysia.

Hadirin yang dikasihi,

          Dalam lautan ilmu yang memenuhi pustaka di Malaysia, sudah

tentulah bahasa Melayu turut menjadi bahasa penyebaran ilmu

pengetahuan. Berdasarkan data yang saya peroleh daripada Arkib

Negara, saya amat kagum dengan pencapaian bahasa Melayu kerana

hampir 800 buah buku ilmiah ditulis dalam bahasa Melayu oleh rakyat

Malaysia sendiri. Untuk pengetahuan hadirin, ilmu pengetahuan

merupakan perkara yang sangat penting untuk memupuk perpaduan.

Masarakat yang tidak berilmu ibarat masyarakat yang tidak bertamadun.

Apabila tidak bertamadun, sudah tentulah masyarakat bertindak

membuta-tuli mengikut hati dan naluri. Oleh itu, sudah tentulah kucar-

kacir akan menodai keamanan sesebuah negara. Saya juga ingin

mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih

dan segunung pernghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia

kerana mengembalikan mandat kepada bahasa Melayu dalam pengajaran

Sains dan Matematik. Sesungguhnya, langkah ini dapat merapatkan

jurang pendidikan antara murid-murid di luar bandar dan di kawasan

bandar. Dalam soal keharmonian, sudah tentulah kita tidak mahukan

sebarang jurang bertatah di dalam kehidupan masyarakat. Pada pendapat

saya, jurang itu boleh memecahbelahkan perpaduan. Apabila bahasa

Melayu kembali dalam pengajaran subjek kritikal ini, sudah tentulah

jurang itu dapat dirapatkan. Ketika jurang pendidikan itu dirapatkan,

sudah tentulah perpaduan dapat dipupuk dari alam persekolahan lagi.

Selain dasar baharu itu, usaha Kementerian Pelajaran Malaysia

melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Melayu, memperkukuh

Bahasa Inggeris (MBMBMI) dilihat sebagai wahana yang sangat utama

untuk menjadi tonggak perpaduan. Pengisiannya jelas menunjukkan

bahawa betapa prihatinnya pihak kerajaan terhadap kedaulatan bahasa

Melayu dan betapa arifnya kerajaan tentang peranan bahasa Melayu

sebagai tonggak perpaduan.

Hadirin yang dirahmati,

          Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini, saya suka

ingin mengingatkan kepada khalayak hari ini bahawa rakyat yang

memperlekehkan bahasa kebangsaan akan merosakkan perpaduan yang

kita kecapi selama ini. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa insan inilah

Page 5: Teks Pidato Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia

anasir yang menodai kebahagiaan kita di bawah berkat Satu Malaysia.

Oleh itu, sayangilah bahasa Melayu kita, hormatilah bahasa kebangsaan

kita kerana bahasa Melayu tonggak perpaduan bangsa.

Sekian, terima kasih.