teks perhimpunan hari isnin.doc

5
TEKS PERHIMPUNAN HARI ISNIN ARAHAN : 1) LURUSKAN BARISAN 2)BACAAN SIFIR ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA. Yang Berusaha Puan Ramnah Bt. Darus, Guru Besar SKTTDI 1, Encik Kamarul Arifin Bin Ishak, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum, Pn. Serimashayu Bt. Abdul Majid, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Norzita Bt. Osman, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru – guru dan kawan – kawan sekalian. DOA - Majlis mempersilakan saudara …………………………………. untuk membacakan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan. - Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara ………………………… atas bacaan doa itu tadi. NYANYIAN

Upload: wan-smara-wan-muda

Post on 11-Jul-2016

278 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS PERHIMPUNAN HARI ISNIN.doc

TEKS PERHIMPUNAN HARI ISNINARAHAN :

1) LURUSKAN BARISAN2) BACAAN SIFIR

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA.

Yang Berusaha Puan Ramnah Bt. Darus, Guru Besar SKTTDI 1, Encik Kamarul Arifin Bin Ishak, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum, Pn. Serimashayu Bt. Abdul Majid, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Norzita Bt. Osman, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, guru – guru dan kawan – kawan sekalian.

DOA - Majlis mempersilakan saudara …………………………………. untuk membacakan

doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

- Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara ………………………… atas bacaan doa itu tadi.

NYANYIAN

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Wilayah Persekutuan dan lagu Sekolah. Semua murid dikehendaki bersedia untuk menyanyikan bersama sama.

- Berdiri tegak dan tangan letak disisi

Page 2: TEKS PERHIMPUNAN HARI ISNIN.doc

BACAAN IKRAR

- Majlis mempersilakan Saudara / i ………………………………………………………… untuk melafazkan ikrar Rukun Negara.

- Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara / i ………………………………… di atas lafaz ikrar sebentar tadi.

- Terima kasih juga kepada guru-guru dan murid – murid atas nyanyian dan ikrar yang dilafazkan sebentar tadi. Semua guru dan murid dipersilakan duduk.

LAPORAN GURU BERTUGAS MINGGU LEPAS

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian laporan guru bertugas pada minggu lepas.

- Terima kasih kepada Puan / Encik / Cik ………………………………………… atas laporan yang telah disampaikan.

UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGU INI DAN PENGUMUMAN

- Dijemput guru yang bertugas pada minggu ini iaitu Puan / Encik / Cik ………………………………. untuk menyampaikan sepatah dua kata dan pengumuman kepada semua murid dan guru. Dipersilakan.

- Terima kasih kepada Puan / Encik / Cik ………………………………………… di atas ucapan dan pengumuman yang telah disampaikan.

Page 3: TEKS PERHIMPUNAN HARI ISNIN.doc

* MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH / SIJIL ( JIKA ADA )

Majlis perhimpunan kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah / sijil sempena pertandingan / aktiviti __________________________________ kepada murid – murid yang terlibat.

Majlis juga dengan berbesar hati menjemput Encik / Puan ______________________________ ( GPK 1 / GPK HEM / GPK KOKO ) bagi mengiringi _______________________ ( GURU BESAR / GPK 1/ GPK HEM / GPK KOKO ) untuk menyampaikan hadiah / sijil kepada pemenang / murid yang terlibat. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih di atas penyampaian hadiah / sijil tadi.

UCAPAN DARIPADA PIHAK PENTADBIR ( SALAH SEORANG )

Seterusnya, saya mempersilakan Puan Guru Besar / Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum / Penolong Kanan HEM / Penolong Kanan Kokurikulum _______________________ untuk menyampaikan ucapan.

Saya bagi pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh Puan Guru / Penolong Kanan itu tadi. Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat kita jadikan panduan untuk merealisasikan kecemerlangan di sekolah kita.

BERSURAI ( 8 : 10 pagi )

Sampai di sini sahaja perhimpunan kita, saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Puan Guru Besar, Semua Penolong Kanan, Guru Ketua Panitia Mata Pelajaran dan guru-guru yang hadir dalam perhimpunan ini. Kita akhiri perhimpunan ini dengan membaca Tasbih Kafarah dan Surah Al-Asr.

Page 4: TEKS PERHIMPUNAN HARI ISNIN.doc

�ليك إ وأتوب أستغف�رك أنت �ال إ �له إ ال أن أشهد �حمد�ك وب هم الل سبحانك

8.10 pagi Bersurai