teks perasmian oleh yang berbahagia tan sri...

33
TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL SEMPENA PEMBUKAAN PROGRAM HRMIS USER GROUP SUMMIT (HUGS) 2014 29 SEPTEMBER 2014, 1.30 PETANG HOTEL EQUATORIAL, MELAKA

Upload: vonhan

Post on 29-May-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

TEKS PERASMIAN OLEH

YANG BERBAHAGIA TAN SRI

MOHAMAD ZABIDI ZAINAL

SEMPENA

PEMBUKAAN PROGRAM HRMIS USER

GROUP SUMMIT (HUGS) 2014

29 SEPTEMBER 2014, 1.30 PETANG

HOTEL EQUATORIAL, MELAKA

Page 2: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

2

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Transformasi dan

Salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan”.

Terima kasih Saudara/ Saudari

Pengacara Majlis

Yang Berbahagia Datuk Dr. Sharifah

Zarah Syed Ahmad

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan

Awam (Pembangunan)

Page 3: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

3

Yang Berbahagia Dato' Seri Zainal

Rahim Seman

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan

Awam (Operasi)

Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Ghani

Botok

Pengarah Bahagian Pengurusan

Maklumat

YBhg. Dato’-Dato’ Ketua Setiausaha dan

Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha

Kementerian Merangkap Ketua Pegawai

Maklumat atau Chief Information Officer

(CIO)

Page 4: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

4

Pengarah-Pengarah, Kementerian,

Jabatan, Pentadbiran Setiausaha

Kerajaan Negeri dan Agensi

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dikasihi

sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat

ALLAH SWT kerana dengan limpahan

rahmat dan kurniaNya dapat kita

berhimpun pada hari ini di Negeri

Melaka, Bandaraya Bersejarah sempena

program HRMIS User Group Summit

(HUGS) 2014. Saya ingin mengambil

kesempatan di sini untuk merakamkan

ucapan tahniah kepada urus setia dan

Page 5: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

5

semua pihak yang terlibat atas

kerjasama dan komitmen tinggi yang

diberikan dalam menjayakan

penganjuran program ini.

THE GLOBAL INFORMATION

TECHNOLOGY REPORT 2014

Hadirin yang dihormati sekalian,

2. ICT telah memperkasakan dan

mengubah kehidupan masyarakat

melalui penawaran pelbagai bentuk

penyelesaian kepada keperluan

masyarakat yang akhirnya membawa

kepada peningkatan kualiti hidup

rakyat. Di Malaysia, ICT bertindak

Page 6: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

6

sebagai pemboleh upaya pembangunan

dan pertumbuhan ekonomi semenjak

sedekad yang lalu. ICT memberikan

penggandaan besar kepada ekonomi

negara kerana berpotensi menjadikan

rantaian bekalan lebih efisien,

mewujudkan lebih banyak rangkaian

kolaborasi, transaksi kewangan yang

lebih pantas, dan proses yang lebih

telus.

3. ICT juga telah memudahkan urusan

mengakses maklumat dengan tepat dan

cekap, menembus pasaran merentas

sempadan kedudukan geografi dan zon

masa selain daripada mengurangkan

Page 7: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

7

jurang maklumat dan menjimatkan

masa dan kos. Dari sudut sosio-

ekonomi pula, ICT berupaya untuk

menggalakkan kerjasama dalam

kalangan jaringan sosial.

Perkembangan ICT ini juga telah

mengubah keboleh capaian maklumat

Kerajaan oleh rakyat, bermula dengan

hanya berinteraksi melalui saluran

biasa seperti e-mel hinggalah kepada

pelbagai saluran media baharu seperti

Facebook, Flickr, Twitter.

4. Dalam konteks majlis kita pada

hari ini, untuk kita mengetahui

kedudukan kita dalam perkara

Page 8: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

8

berkaitan dengan ICT, kita boleh

merujuk kepada beberapa laporan yang

dikeluarkan oleh badan antarabangsa

seperti The Global Information

Technology Report yang dikeluarkan

Forum Ekonomi Dunia (WEF).

5. Laporan ini menyediakan penilaian

yang komprehensif berhubung

kesediaan rangkaian atau networked

readiness dan melihat sejauh mana

sesebuah negara menggunapakai ICT

bagi meningkatkan ekonomi negara dan

kesejahteraan rakyat.

Page 9: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

9

Hadirin yang dikasihi sekalian,

6. The Global Information Technology

Report 2014 telah menempatkan

Malaysia pada kedudukan yang ke-30

daripada 148 buah negara bagi

Networked Readiness Index 2014. Ini

merupakan satu lagi prestasi terbaik

yang dicatatkan oleh Malaysia bagi

tahun 2014.

7. Untuk makluman, sepuluh aspek

telah menjadi teras atau indikator

utama penilaian WEF bagi indeks ini dan

salah satu aspek tersebut ialah

Government Usage dalam aspek ICT. Di

Page 10: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

10

bawah aspek Government Usage ini,

Malaysia dilaporkan berada di

kedudukan ke 9 daripada 148 buah

negara bagi penilaian ke atas kedua-

dua sub-indikator “The Importance of

ICTs to Government vision of the future”

dan “Government success in ICT

Promotion”. Ini membuktikan bahawa

rancangan Kerajaan meningkatkan

penyampaian perkhidmatan awam

melalui penggunaan ICT dan usaha

mempromosi program-program ICT

Kerajaan tidak sia-sia malah telah

mendapat pengiktirafan dunia.

Page 11: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

11

HUGS: HRMIS CEKAP, TRANSFORMASI

MANTAP

Hadirin yang dikasihi sekalian,

8. Program HRMIS User Group

Summit atau HUGS yang diadakan pada

kali ini telah memasuki tahun kedua

penganjurannya setelah diperkenalkan

buat julung-julung kalinya tahun lalu.

Dengan tema “HRMIS CEKAP,

TRANSFORMASI MANTAP”, penganjuran

program HUGS pada tahun ini telah

dibawa pula ke Negeri Melaka, Melaka

Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar

Teknologi Hijau.

Page 12: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

12

9. Program HUGS merupakan salah

satu inisiatif yang digariskan di bawah

Teras Strategik Kedua iaitu Merekayasa

Organisasi di bawah Kerangka

Transformasi Perkhidmatan Awam.

Adalah menjadi hasrat utama penganjur

agar kupasan mendalam tema program

HUGS pada tahun ini akan membawa

kita kepada penemuan yang

mengukuhkan lagi kenyataan kita

bahawa HRMIS mampu bertindak

sebagai sumber maklumat utama

Pengurusan Sumber Manusia di Sektor

Awam.

Page 13: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

13

10. Konsep program HUGS ini

bertepatan dengan takrifan perkataan

HUGS itu sendiri yang bertujuan untuk

“merapatkan atau mendekatkan lagi

yang jauh”. Untuk makluman, program

ini dianjurkan bagi memenuhi 5 objektif

yang telah digariskan iaitu:

(i) Pertama: Meningkatkan

kefahaman dan kepentingan

pengurusan sumber manusia

berteraskan ICT dalam

sesebuah organisasi;

(ii) Kedua: Berkongsi pengalaman

pengurusan sumber manusia

Page 14: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

14

antara sektor swasta dan

agensi Kerajaan;

(iii) Ketiga: Meningkatkan

kefahaman dan kepentingan

keselamatan data;

(iv) Keempat: Memberi penerangan

status terkini pembangunan

dan hala tuju sistem HRMIS

yang baharu; dan

(v) Kelima: Mempromosikan

HRMIS serta memupuk

persepsi positif pengguna

terhadap HRMIS.

Page 15: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

15

MEMADANKAN TEORI DAN REALITI

Tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi

sekalian,

11. Jabatan Perkhidmatan Awam atau

JPA juga seperti agensi atau jabatan

Kerajaan yang lain. Kita sama-sama

terlibat menggariskan dasar-dasar

Kerajaan dan kita juga perlu

memastikan pelaksanaannya. Sebagai

agensi pusat, JPA boleh memilih untuk

sekadar mengeluarkan surat arahan

atau apa sahaja garis panduan

berkaitan HRMIS ini. Namun, bagi

memastikan keberkesanan pelaksanaan

Page 16: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

16

dan demi menyahut seruan Yang

Berbahagia Tan Sri Ketua Setiausaha

Negara yang sering menekankan

kepentingan turun padang, maka

program ini dirancang dilaksanakan di

negeri-negeri seluruh Malaysia setiap

tahun.

12. Apa yang paling penting ialah sesi

ini boleh memadankan teori-teori yang

dicoretkan di atas kertas dengan realiti

pelaksanaannya di peringkat jabatan

dan agensi Kerajaan. Lebih-lebih lagi

program ini melibatkan penyertaan

daripada peringkat pengurusan tertinggi

Kementerian/Jabatan/Agensi.

Page 17: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

17

13. Program ini juga disesuaikan untuk

pengurusan tertinggi Kementerian/

Jabatan/ Agensi khususnya yang

dikenakan KPI untuk menghayati dan

membincangkan isu-isu dan tren

semasa berkaitan pengurusan sumber

manusia dan sumbangan ICT dalam

membantu proses operasi pengurusan

sumber manusia sektor awam.

14. Selain daripada menggalakkan

aktiviti turun padang, Yang Berbahagia

Tan Sri Ketua Setiausaha Negara turut

memberi penekanan kepada

kepentingan mengadakan sesi libat urus

atau engagement dalam perkhidmatan

Page 18: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

18

awam negara.

15. Mendasari perkara ini, program

yang diadakan kali ini turut bertindak

sebagai platform kepada JPA untuk

menyalurkan maklumat terkini

mengenai sistem HRMIS dan pada masa

yang sama turut memberi ruang kepada

peserta yang terdiri daripada pentadbir

HRMIS di Kementerian dan Pejabat

Setiausaha Kerajaan Negeri untuk

menyuarakan secara terus pandangan

serta mengutarakan sebarang

permasalahan yang dihadapi semasa

menggunakan HRMIS.

16.

Page 19: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

19

KEPENTINGAN HRMIS DALAM SEKTOR

AWAM

Para hadirin yang dikasihi sekalian,

17. Pengurusan pentadbiran yang

cekap dan berkesan menjadi tunjang

utama dalam memastikan kejayaan

pelaksanaan HRMIS. Kita semua sedia

maklum bahawa proses sumber

manusia yang dibangunkan dalam

modul HRMIS bersifat anjal demi

memastikan sistem ini sentiasa relevan

dan responsif mengikut kehendak

semasa.

Page 20: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

20

18. Sistem HRMIS yang komprehensif

dan holistik, dimudahcarakan oleh

teknologi yang menggabungkan amalan

terbaik pengurusan sumber manusia

merupakan faktor yang sangat

signifikan bagi meningkatkan

kecekapan pengurusan sumber manusia

dan kualiti penyampaian perkhidmatan

awam.

HRMIS DALAM SEKTOR AWAM

Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dikasihi

sekalian.

Page 21: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

21

19. HRMIS yang dirancang dan

dibangunkan semenjak 4 tahun lalu

nyata sekali bukan sekadar omongan

kosong. Hakikatnya, hari ini kita dapat

melihat bagaimana HRMIS berupaya

mengumpul lebih daripada 1.53 juta

rekod perjawatan sektor awam yang

melibatkan 734 buah agensi sektor

awam.

20. Pengurusan maklumat di peringkat

agensi pusat dapat bertindak secara

proaktif di mana semua agensi sektor

awam dapat menjalankan

pengemaskinian data secara

berterusan.

Page 22: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

22

21. Hasilnya, semua urusan sumber

manusia sektor awam, bermula sejak

seseorang penjawat awam dilantik ke

perkhidmatan awam sehinggalah ke

saat penjawat awam itu bersara boleh

dilakukan dengan hanya satu klik

dengan menggunakan ketikan papan

kekunci secara atas talian melalui

aplikasi HRMIS.

22. Ini jelas menunjukkan betapa

mudah dan senangnya penggunaan

aplikasi HRMIS dalam melancarkan

urusan sumber manusia penjawat awam

di Malaysia.

Page 23: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

23

SOAL SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN

KE ATAS HRMIS

Hadirin yang dikasihi sekalian,

23. Saya ingin berkongsi dengan para

hadirin sekalian mengenai dapatan soal

selidik yang telah dijalankan oleh pihak

JPA di kalangan pengurus sumber

manusia, pengurus ICT dan pentadbir

HRMIS pada bulan Mei 2014 yang lalu.

Hasil soal selidik mendapati 84%

responden bersetuju bahawa HRMIS

telah menjadikan proses pengurusan

sumber manusia menjadi lebih mudah

dan lancar.

Page 24: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

24

24. Ini jelas membuktikan lakaran

pemodenan yang dicetuskan oleh JPA

telah membawa sistem pengurusan

sumber manusia dalam perkhidmatan

awam ke tahap yang lebih

membanggakan. Melalui HRMIS,

perkhidmatan awam memiliki medium

pemangkin pengurusan yang membantu

menjayakan transformasi perkhidmatan

awam ke arah yang lebih cemerlang.

25. Bagi memastikan agenda

transformasi Sektor Awam

dilaksanakan dengan lebih giat dan

menyeluruh, kita sebagai penjawat

awam perlu bersikap proaktif, inovatif,

Page 25: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

25

kreatif, sedia berubah dan bernilai

tambah.

26. Sesungguhnya, proses transformasi

pengurusan sumber manusia

menggunakan HRMIS memerlukan

usaha yang bukan sedikit malah harus

dilaksanakan secara berterusan bagi

memperoleh hasil yang kita harapkan.

Sokongan aplikasi teknologi maklumat

dan komunikasi yang terkini merentas

organisasi akan menjadi faktor penentu

utama dalam menilai keupayaan

perkhidmatan awam selaras dengan

tuntutan semasa. HRMIS akan terus

diperkasakan dari aspek pengukuhan

Page 26: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

26

sistem, capaian dan penerimaan bagi

memastikan pelaksanaan urusan

sumber manusia yang lebih pantas dan

berkesan.

MENITI PERJALANAN HUGS

Tuan-Tuan Dan Puan-Puan yang saya

kasihi sekalian,

27. Sektor awam juga perlu

menjayakan pelaksanaan konsep

Kerajaan saling berhubungan dipacu

oleh teknologi ICT sebagai pemboleh

daya strategik. Kerajaan saling

berhubungan adalah bercirikan capaian

Page 27: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

27

mudah, perkhidmatan berinovasi,

interaksi dan koordinasi berkesan,

perkongsian maklumat, kecekapan

operasi dan tadbir urus yang mantap.

28. Agenda ini perlu diterjemahkan

melalui perencanaan pelbagai dasar

dan program seperti perkhidmatan

merentasi agensi Kerajaan berteraskan

ICT. Dalam hal ini, program HUGS yang

sedang berjalan pada hari ini dan esok

merupakan satu refleksi perkembangan

HRMIS serta cabaran yang perlu

dihadapinya sejak semenjak awal

pelaksanaannya pada tahun 1999.

Dalam program kali ini, kita semua akan

Page 28: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

28

didedahkan kepada amalan terbaik

dalam pengurusan sumber manusia

serta inovasi-inovasi pintar yang

terhasil dari pengalaman

mengendalikan HRMIS sepanjang 15

tahun ini.

29. Selain daripada itu, HUGS 2014

juga akan membawakan isu terkini

dalam pengendalian maklumat-

maklumat penjawat awam yang

menyentuh dari aspek Keselamatan

Data Peribadi.

30. Dalam majlis ini juga, Anugerah

HRMIS yang julung-julung kalinya

Page 29: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

29

diperkenalkan akan disampaikan

kepada 10 buah agensi kerajaan yang

telah mendapat purata markah tertinggi

dalam pelaksanaan KPI HRMIS 2013.

Mereka juga merupakan sebahagian

daripada 39 buah agensi yang telah

komited untuk melaksanakan KPI

HRMIS 2013 yang ditetapkan sehingga

berjaya mencapai tahap “Significantly

Exceed Target – ST”. Kejayaan dan

kesungguhan mereka ini seharusnya

dijadikan pembakar semangat kepada

semua agensi yang lain untuk

membuktikan keupayaan masing-

masing mencapai KPI HRMIS 2014 yang

akan datang.

Page 30: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

30

HARAPAN DAN PENUTUP BICARA

31. Harapan saya kepada para peserta

HUGS 2014 agar mengambil

kesempatan dan menggunakan masa

dan peluang yang diberikan ini untuk

merebut sebanyak mungkin informasi

terkini daripada pembentang-

pembentang kertas kerja seperti HR

Systems & Consulting Sdn. Bhd.,

Jabatan Perlindungan Data Peribadi,

Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta

pegawai-pegawai JPA yang telah

dijemput khas untuk berkongsi

maklumat dan pengalaman mereka.

Sesungguhnya, perkongsian budaya

Page 31: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

31

amalan kerja terbaik merupakan salah

satu prinsip dalam meningkatkan

prestasi penjawat awam Malaysia

seperti yang telah disarankan oleh YAB

Perdana Menteri dalam Majlis Sambutan

Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 yang

lalu.

32. Saya ingin mengambil kesempatan

ini untuk merakamkan penghargaan dan

terima kasih di atas komitmen dan

dedikasi para pembentang. Adalah

menjadi harapan saya agar program ini

berlangsung sepertimana yang

dihasratkan. Semoga program HUGS ini

berjaya menjadi medan pertemuan yang

Page 32: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

32

terbaik buat JPA dan semua Pengurus

Sumber Manusia dan Pentadbir HRMIS

di setiap Kementerian dan agensi.

33. Akhir kata, saya merakamkan

setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih atas komitmen semua

pihak dalam menjayakan program HUGS

2014 ini. Syabas dan tahniah kepada

penganjur dan terima kasih juga

diucapkan kepada semua pihak yang

terlibat dalam menjayakan program

HUGS pada kali ini.

Page 33: TEKS PERASMIAN OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI …docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Artikel/Perutusan_KPPA_2014/29SEPT2014... · sedekad yang lalu. ICT memberikan penggandaan besar kepada

33

Dengan lafaz kalimah mulia

Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan

ini merasmikan “PROGRAM HRMIS

USER GROUP SUMMIT – HUGS 2014”.

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatullahi

Warabakatuh. Terima kasih.