ucapan yang berbahagia tan sri mohamad zabidi zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda,...

35
UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL SEMPENA MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT KPPA BERSAMA-SAMA PESERTA KURSUS KADET PEGAWAI PTD BIL. 1/2014 19 MAC 2015, 8.30 MALAM HOTEL BANGI-PUTRAJAYA

Upload: ngodieu

Post on 02-Aug-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

UCAPAN

YANG BERBAHAGIA TAN SRI

MOHAMAD ZABIDI ZAINAL

SEMPENA

MAJLIS MAKAN MALAM BERADAT

KPPA BERSAMA-SAMA

PESERTA KURSUS KADET PEGAWAI

PTD BIL. 1/2014

19 MAC 2015, 8.30 MALAM

HOTEL BANGI-PUTRAJAYA

Page 2: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

2

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh dan Salam Transformasi.

Salam “1Malaysia: Rakyat

Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan”.

Yang Dihormati Saudara dan Saudari

Pengacara Majlis

Yang Berbahagia Tan Sri Haji Shukry

Hj Mohd Salleh

Ketua Pengarah

Unit Penyelarasan Pelaksanaan,

Jabatan Perdana Menteri

Page 3: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

3

Yang Berbahagia Ketua-Ketua

Setiausaha Kementerian

Yang Berbahagia Ketua-Ketua

Pengarah Jabatan Persekutuan

Yang Berhormat Setiausaha-

Setiausaha Kerajaan Negeri

Yang Berbahagia Dato’ Jalil Marzuki

Timbalan Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam (Pembangunan)

Page 4: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

4

Yang Berbahagia Dr. Ahmad Jailani

Muhamed Yunus

Timbalan Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam (Operasi)

Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mazlan

Yusoff

Pengarah INTAN

Yang Berbahagia Pegawai-Pegawai

Kanan Jabatan Perkhidmatan Awam

dan Institut Tadbiran Awam Negara

(INTAN)

Wakil-Wakil Jabatan yang terlibat

dengan pelaksanaan modul Kursus

Page 5: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

5

Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Bil. 1/2014; Polis DiRaja Malaysia,

Kolej Tentera Darat, Jabatan Bomba

dan Penyelamat Malaysia, Outward

Bound School (OBS) Malaysia,

Genovasi dan juga Universiti Malaya,

Saudari Pengarah Program, Puan Nur

Azimah Mahmood,

Saudara dan Saudari para peserta

Kursus Kadet PTD Bil. 1/2014

sekalian.

Page 6: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

6

PENDAHULUAN

Terlebih dahulu izinkan saya

memanjatkan kesyukuran kehadrat

Allah SWT kerana dengan limpah

kurnia dan izinNya saya dapat

bersama-sama saudara-saudari pada

malam yang berbahagia ini. Pada

kesempatan ini, saya juga ingin

mengucapkan terima kasih kepada

pihak INTAN kerana telah menjemput

saya ke Majlis Makan Malam ini yang

merupakan kemuncak bagi peserta

Kadet PTD Bilangan 1 Tahun 2014.

Saya difahamkan bahawa ini

merupakan minggu terakhir saudara

Page 7: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

7

dan saudari bergelar Kadet Pegawai

Tadbir dan Diplomatik dan Insya

Allah bakal bergelar Pegawai Tadbir

dan Diplomatik tidak lama lagi.

2. Perjalanan saudara dan saudari

baru bermula dan dunia saudara dan

saudari di pelantar latihan ini jauh

bezanya dengan dunia yang bakal

ditempuhi di luar sana. Jerih payah,

suka duka yang dilalui sepanjang

berkursus merupakan sebahagian

daripada rencah kehidupan yang

bakal dilalui kelak. Oleh yang

demikian, latihan seumpama ini

dirangka bagi mempersiapkan

Page 8: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

8

saudara dan saudari sepenuhnya

sebelum menggalas amanah besar

negara.

3. Kursus yang saudara dan

saudari telah lalui sememangnya

dirancang dan dirangka supaya

merangkumi tugasan dan cabaran

yang sangat menguji tahap

ketahanan fizikal, mental dan

intelektual bagi mengembangkan

potensi masing-masing.

Pendedahan sedemikian adalah

sangat kritikal dalam usaha

membangunkan pemimpin masa

hadapan.

Page 9: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

9

PENGUASAAN ILMU JAMINAN

GERBANG KEJAYAAN

Saudara dan Saudari yang saya

kasihi sekalian,

4. Sejarah memperlihatkan bahawa

naik turun dan jatuh bangun tamadun

besar masa lalu seperti empayar

Romawi, Parsi, China dan

Uthmaniyyah, adalah ditunjangi

pentadbiran yang cekap dan

bertanggungjawab. Kecemerlangan

pentadbiran didasari kehebatan ilmu

yang dimiliki pentadbir tamadun

berkenaan. Oleh itu, kesinambungan

Page 10: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

10

kecemerlangan pentadbiran adalah

terletak pada keupayaan mentadbir

yang disulami budaya keilmuan yang

tinggi dalam kalangan penjawat

awam. Yang Amat Berhormat

Perdana Menteri sendiri telah

menggariskan aspek ilmu sebagai

prinsip utama di antara lapan Prinsip

Pekerja Berinovasi Menuju Negara

Maju.

5. Suka saya mengambil

kesempatan pada malam ini untuk

memberi peringatan dan galakkan

saudara dan saudari untuk terus

mencari dan menimba ilmu untuk

Page 11: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

11

berjaya dalam perkhidmatan awam.

Ketinggian ilmu pengetahuan dan

kehebatan kemahiran diri merupakan

adunan terbaik ke arah melahirkan

seorang pegawai PTD muda yang

berprestasi tinggi. Mereka yang

menguasai pelbagai ilmu dan

kemahiran akan mendahului arus

perlumbaan dalam perkhidmatan.

6. Jika Kota Baghdad mempunyai

Bait al-Hikmah yang dikenali dengan

The House of Wisdom sebagai mercu

tanda kesarjanaan tamadun Islam

ketika itu, perkhidmatan awam kita

juga seharusnya memiliki institusi

Page 12: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

12

rujukan dalam bidang keilmuan.

I wish to see INTAN to be elevated

into an eminent institution in

government studies and leadership

focusing on research and actions.

Sebagai permulaan, mengambil kira

kredibiliti, kepakaran dan

kemampuan tenaga pengajar INTAN

pada ketika ini, INTAN telah

mengorak langkah dan mengatur

arah untuk mendapatkan akreditasi

bagi Program DPA INTAN daripada

Agensi Kelayakan Malaysia.

Seterusnya harapan saya selepas ini

adalah untuk melihat INTAN

dinobatkan sebagai sebuah institusi

Page 13: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

13

latihan yang hebat di dalam liganya

yang tersendiri.

7. Mengimbau kembali kisah

Presiden F. Kennedy, Presiden

Amerika Syarikat Ke-25 yang sangat

terkenal dengan misi mendaratkan

manusia di bulan, ramai melihat misi

Kennedy ini hanya dari aspek

kepimpinan di mana beliau mampu

mencetuskan idea besar di luar

jangkauan pemikiran manusia pada

ketika itu. Namun perkara yang

kurang diberikan perhatian ialah

kejayaan semua perkara tersebut

sebenarnya digerak dan didasarkan

Page 14: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

14

dengan ilmu pengetahuan.

BAKAT DITEMPA, PRESTASI

ORGANISASI DIJULANG

Saudara dan Saudari yang saya

kasihi sekalian,

8. Kajian oleh Gallup ke atas 142

negara pada tahun 2014 mendapati

hanya 11% daripada tenaga kerja di

Malaysia komited dengan pekerjaan

mereka manakala 81% lagi tidak

komited kerana mempunyai tahap

motivasi yang rendah. Apa yang

Page 15: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

15

lebih membimbangkan ialah 8%

tenaga kerja di Malaysia

dikategorikan sebagai golongan yang

actively disengaged, tidak produktif

serta menyebarkan sikap negatif

kepada rakan sekerja mereka. Ini

merupakan antara cabaran utama

pengurus sumber manusia pada hari

ini.

9. Menyedari hakikat ini,

Perkhidmatan Awam sedang

meneroka jalan penyelesaian terbaik

untuk menangani isu tahap

keterlibatan penjawat awam di

Malaysia melalui inisiatif Blue Ocean

Page 16: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

16

Leadership atau BOL. BOL yang

diperkenalkan di bawah lembayung

Strategi Lautan Biru Kebangsaan

membawa satu pendekatan yang

sistematik bagi memantapkan

amalan kepimpinan ke arah

memaksimumkan bakat dan modal

insan sedia ada dalam usaha

meningkatkan prestasi organisasi.

Melalui pelaksanaan BOL ini, Key

Leadership Activities akan dikaji dan

dimuktamadkan bagi membentuk

kanvas kepimpinan terbaik dalam

Perkhidmatan Awam.

Page 17: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

17

10. Transformasi pembangunan

modal insan dirasakan tidak lengkap

tanpa melibatkan komponen yang

lebih besar iaitu pengurusan bakat

dan perancangan penggantian.

Memperkatakan mengenai perkara

ini, Profesor Willam J. Rothwell,

seorang professor pembangunan

sumber manusia daripada

Pennsylvania State University telah

dibawakan khas dalam program

INTAN HR Premier Talk pada 12 Mac

2015 yang lalu. Dalam siri tersebut,

Profesor William J. Rothwell telah

mencadangkan satu model yang

komprehensif merangkumi peringkat

Page 18: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

18

strategi dan taktikal dalam aspek

perancangan penggantian dan

pengurusan bakat. Model ini

memerlukan satu program yang

sistematik diwujudkan untuk

membangunkan potensi individu

melalui program pembangunan

kepimpinan, pusingan kerja,

pembelajaran serta strategi-strategi

lain untuk membina dan

memantapkan kompetensi pegawai.

Turut dicadangkan adalah langkah-

langkah untuk mendapatkan sumber

berpotensi daripada bakal pesara di

samping mencipta semula cara dan

proses kerja sedia ada.

Page 19: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

19

11. Dalam hubungan ini, saya

menyarankan agar INTAN merangka

program yang melibatkan kepimpinan

tertinggi negara yang menghampiri

tempoh akhir perkhidmatan untuk

berkongsi pengalaman dan

pengetahuan bagi memastikan

kelestarian kecemerlangan

Perkhidmatan Awam. Saya percaya

melalui pemanfaatan perkongsian

tacit knowledge kepada pegawai

muda, hasrat kita untuk

mengekalkan institutional memory

dapat direalisasikan.

Page 20: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

20

PRODUKTIVITI SEKTOR AWAM: SATU

BICARA BAHARU

Saudara dan Saudari yang saya

kasihi sekalian,

12. Tahun 2014 menyaksikan

pelbagai fenomena baharu yang

mewarnai landskap pentadbiran

Kerajaan di peringkat global.

Ketidakstabilan harga minyak dunia

dan beberapa komiditi lain telah

memberi banyak kesan kepada

ekonomi serantau. Senario ini

menuntut Kerajaan melihat semula

Page 21: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

21

Tadbir Urus Fiskal Negara khususnya

dalam menangani cabaran defisit

fiskal untuk memastikan ia berada

dalam keadaan terkawal. Antara

penyumbang utama kepada defisit ini

adalah perbelanjaan mengurus yang

tinggi dengan pembayaran emolumen

sektor awam merupakan antara

komponen terbesar. Pada tahun 2014

sahaja, bayaran emolumen yang

terlibat adalah berjumlah RM66.9

billion atau 30.5% daripada

keseluruhan perbelanjaan mengurus

negara.

Page 22: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

22

13. Fenomena ini telah

menyaksikan peralihan fokus

Kerajaan kepada aspek produktiviti

sebagai langkah mengimbangi

perbelanjaan besar dengan hasil

yang dikeluarkan. Bicara baharu

produktiviti ini tidak hanya dilihat

dari perspektif konvensional semata

– mata tetapi perlu dilihat secara

lebih inklusif dengan turut

mengambil kira aspek keberhasilan

atau outcome.

14. Menyahut seruan Kerajaan ini,

Jabatan Perkhidmatan Awam telah

mengambil inisiatif untuk bersama-

Page 23: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

23

sama pihak Malaysia Productivity

Corporation untuk melaksanakan

pengukuran tahap produktiviti

sektor awam. Dapatan kajian ini

kelak akan dijadikan input untuk

penggubalan dasar sektor awam

yang lebih strategik berfokuskan

kepada outcome.

PERTEMBUNGAN GENERASI:

CABARAN BERINOVASI UNTUK

MENINGKATKAN PRESTASI

Saudara dan Saudari yang saya

kasihi sekalian,

Page 24: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

24

15. Sesungguhnya, negara

mendambakan kemunculan dan

kelahiran pemimpin muda yang

mampu meneruskan legasi

kecemerlangan kepimpinan negara.

Usah dihitung hari berlalu dan

dikatakan sehingga cukupnya waktu

untuk saudara dan saudari

menjalankan peranan sebagai

seorang pemimpin kerana kita

pernah mendengar bahawa

“Leadership is action not position.”

16. Jelas kepada kita bahawa

pemimpin yang ada pada hari ini

Page 25: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

25

terdiri daripada tiga kumpulan

generasi berbeza iaitu Baby

Boomers, Generasi X dan Generasi Y

yang mempunyai kekuatan tersendiri.

Justeru itu adalah sangat penting

untuk generasi-generasi ini saling

melengkapi supaya ianya dapat

memberi impak yang signifikan

kepada pencapaian organisasi dalam

era di mana inovasi menjadi tajuk

utama bicara.

17. Membicarakan mengenai mauduk

kepimpinan dan inovasi dalam

organisasi, ingin saya ketengahkan

Page 26: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

26

buah fikiran Robert F. Brands,

pengasas InnovationCoach.com yang

dicurahkan beliau dalam artikel

bertajuk “Aligning Generation X, Y,

and Flux for Innovation

Implementation in 2015”. Dalam

artikel ini beliau telah

mencadangkan beberapa langkah

untuk membina ekosistem yang

berupaya mengembangkan bakat

yang ada iaitu:

(i) Yang Pertama: Cross-

Pollination di mana organisasi

digesa untuk membentuk

paradigma komunikasi

intra-organisasi bagi

Page 27: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

27

mengoptimakan inovasi.

Langkah ini dilaksana bagi

menggalakkan pertukaran

idea dan memperluas jaringan

kolaborasi.

(ii) Yang Kedua: Potential vs

Expertise iaitu sekumpulan

pegawai berpotensi tinggi

dihimpunkan bersama-sama

kumpulan pakar bagi

meningkatkan bilangan

pegawai berprestasi tinggi

yang boleh dibentuk menjadi

“tomorrow’s innovators and

organisation leaders”.

Page 28: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

28

(iii) Yang Ketiga: Failure is an

Option. Langkah ini dicadang

bagi mencetuskan kesedaran

bahawa kegalan juga satu

pilihan sebagai pengajaran

dan pembelajaran kerana

hasil kreativiti dan inovasi

yang dicipta didatangkan

bersama-sama risiko tertentu.

Kegagalan sebenarnya

membuka lembaran baharu ke

arah kejayaan.

Jangan pernah takut untuk gagal

tetapi takutlah jika saudara dan

saudari tidak bangkit daripada

Page 29: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

29

kegagalan itu. Peganglah kepada

kata-kata ini iaitu “Kejayaan bukan

warisan, kegagalan bukan tradisi”.

Saudara dan saudari yang dikasihi

sekalian,

18. Melihat kepada realiti semasa,

tidak dinafikan bahawa pemimpin

dalam era ini juga terdiri daripada

golongan muda yang berkebolehan

tinggi. Insya Allah bakat yang ada ini

tidak akan disia-sia. Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri semasa

Program Wacana Kepimpinan

Perdana PPTD: “Mencipta Legasi

Page 30: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

30

Menelusuri Transformasi” pada 17

Disember 2014 yang lalu menyatakan

bahawa pemimpin muda memiliki

peluang untuk memegang jawatan

tinggi jika mereka dapat

membuktikan kebolehan dan

keupayaan memimpin.

19. Sukacita saya memaklumkan

bahawa salah satu daripada

program transformasi yang sedang

giat dilaksanakan oleh Jabatan

Perkhidmatan Awam yang

menyokong hasrat YAB Perdana

Menteri ini ialah Program “Fast-

Track”. JPA sedang merancang

Page 31: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

31

pelaksanaan program ini secara

lebih menyeluruh. Ini bermakna,

terdapat di kalangan tuan-tuan dan

puan-puan yang boleh

dipertimbangkan ke jawatan yang

lebih tinggi di masa hadapan dalam

tempoh yang lebih singkat

sekiranya saudara dan saudari

berjaya mempamerkan prestasi

kerja yang cemerlang secara

konsisten. Diharapkan dengan

adanya platform sebegini, akan

wujud persaingan yang lebih sihat

di kalangan saudara dan saudari

untuk menonjolkan bakat dan

kemampuan yang ada.

Page 32: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

32

INTEGRITI: SEMANGAT CINTAKAN

NEGARA

20. Saya percaya saudara dan

saudari sekalian menyertai barisan

Pegawai Tadbir dan Diplomatik

bukan untuk mengejar nama dan

glamour tetapi lebih kepada a sense

of pride to serve the country dan atas

dasar cintakan Negara dan semangat

patriotisme yang telah diterapkan

dalam diri saudara dan saudari

semenjak kecil lagi. Rasa cintakan

negara ini perlu sentiasa dipupuk dan

disertai azam untuk sentiasa

Page 33: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

33

memelihara jati diri dan tidak

berkompromi dengan isu integriti.

21. Laporan Indeks Persepsi Rasuah

pada tahun 2014 menunjukkan

Malaysia berada di tangga ke-50

berbanding di tangga ke-53 pada

tahun sebelumnya. Perubahan positif

ini perlu dipertingkatkan. Janganlah

menjadi penyumbang kepada

peningkatan angka kes-kes rasuah

dan integriti dalam perkhidmatan

awam. Sentiasalah berwaspada dan

menjaga maruah diri.

Page 34: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

34

PENUTUP

Hadirin dan hadirat yang saya kasihi

sekalian,

22. Mengambil kesempatan pada

malam yang gilang-gemilang ini, saya

ingin mengucapkan tahniah dan

setinggi-tinggi penghargaan kepada

pihak INTAN dan pegawai-

pegawainya yang saban tahun tanpa

jemu dan penuh semangat telah

melatih, mendidik dan membentuk

barisan pelapis skim perkhidmatan

PTD melalui Kursus Kadet PTD ini.

Page 35: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · tacit knowledge kepada pegawai muda, hasrat kita untuk mengekalkan institutional memory dapat direalisasikan. 20 ... Menelusuri

35

23. Saya juga ingin mengucapkan

tahniah kepada saudara dan saudari

yang telah berjaya menamatkan

Kursus Kadet PTD. Semoga usaha

dan niat murni saudara dan saudari

sentiasa diberkati dan terus

diberikan kekuatan untuk menabur

jasa bakti kepada nusa bangsa dan

pertiwi.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatulahi

Wabarakatuh.

Terima kasih.