ucapan yang berbahagia tan sri mohamad zabidi zainal ... · kes pencerobohan tanah di cameron...

23
UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL SEMPENA PERTEMUAN KPPA BERSAMA AHLI MAJLIS TERTINGGI CUEPACS 20 MAC 2015, 10.30 PAGI INSTITUT PENILAIAN NEGARA

Upload: others

Post on 15-Jan-2020

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · Kes pencerobohan tanah di Cameron Highlands yang mengakibatkan kemusnahan ekologi, kelemahan penguatkuasaan penguatkuasa

UCAPAN

YANG BERBAHAGIA TAN SRI

MOHAMAD ZABIDI ZAINAL

SEMPENA

PERTEMUAN KPPA BERSAMA AHLI

MAJLIS TERTINGGI CUEPACS

20 MAC 2015, 10.30 PAGI

INSTITUT PENILAIAN NEGARA

Page 2: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · Kes pencerobohan tanah di Cameron Highlands yang mengakibatkan kemusnahan ekologi, kelemahan penguatkuasaan penguatkuasa

2

Assalamualaikum Warrahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Transformasi dan

Salam “1Malaysia: Rakyat

Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan”.

Yang Berbahagia Dato’ Jalil Marzuki

Timbalan Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam (Pembangunan)

Yang Berusaha Dr. Ahmad Jailani

Muhamed Yunus

Timbalan Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam (Operasi)

Page 3: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · Kes pencerobohan tanah di Cameron Highlands yang mengakibatkan kemusnahan ekologi, kelemahan penguatkuasaan penguatkuasa

3

Yang Berbahagia Datuk Azih Muda

Presiden CUEPACS

Ahli-Ahli Majlis Tertinggi CUEPACS

Pengerusi dan Setiausaha

Majlis Bersama Kebangsaan

Pengarah-Pengarah Bahagian dan

Pegawai-Pegawai Kanan JPA

Yang Bahagia Dato’ - Dato’/ Datin -

Datin/ Tuan - Tuan dan Puan - Puan

yang saya kasihi sekalian.

Page 4: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · Kes pencerobohan tanah di Cameron Highlands yang mengakibatkan kemusnahan ekologi, kelemahan penguatkuasaan penguatkuasa

4

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah

S.W.T atas limpah dan kurnia-Nya

kerana pada pagi yang mulia ini kita

dapat bersama-sama dalam sesi

pertemuan bersama Presiden dan Ahli-

Ahli Majlis Tertinggi CUEPACS. JPA

juga berbesar hati kerana Pengerusi

dan Setiausaha Majlis Bersama

Kebangsaan juga dapat bersama

dalam sesi pertemuan ini.

2. Seperti ahli mesyuarat sedia

maklum, sesi pertemuan ini bertujuan

untuk memperkukuh dan memperluas

jaringan kerja dan kolaborasi

strategik antara JPA dan CUEPACS

Page 5: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · Kes pencerobohan tanah di Cameron Highlands yang mengakibatkan kemusnahan ekologi, kelemahan penguatkuasaan penguatkuasa

5

sejajar dengan matlamat transformasi

Perkhidmatan Awam ke arah

berprestasi tinggi, berintegriti,

dinamik dan berjiwa rakyat.

Pertemuan ini juga adalah yang

pertama pada tahun ini dalam siri

program yang telah dirancang oleh

pihak Urus Setia. Tema perjumpaan

ini adalah “Komunikasi Harmoni

Pencetus Transformasi.” Oleh itu

besar harapan saya agar pertemuan

ini akan menghasilkan manfaat

kepada Kerajaan, penjawat awam dan

Perkhidmatan Awam khususnya.

Page 6: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · Kes pencerobohan tanah di Cameron Highlands yang mengakibatkan kemusnahan ekologi, kelemahan penguatkuasaan penguatkuasa

6

3. Tahun 2014 adalah tahun yang

amat mencabar bagi negara kita.

Pelbagai peristiwa sedih telah berlaku

seperti tragedi kehilangan kapal

terbang dan banjir besar. Saya ingin

mengambil kesempatan ini untuk

mengucapkan terima kasih dan

penghargaan kepada penjawat-

penjawat awam yang memberi

bantuan dengan tidak mengenal penat

dan kepayahan baik dalam bentuk

wang ringgit, tenaga atau kekuatan

emosi kepada mangsa-mangsa dan

keluarga yang terbabit dalam musibah

tersebut.

Page 7: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · Kes pencerobohan tanah di Cameron Highlands yang mengakibatkan kemusnahan ekologi, kelemahan penguatkuasaan penguatkuasa

7

4. Kejatuhan harga minyak mentah

pada penghujung tahun 2014 sehingga

kini, juga memberi kesan kepada

ekonomi Malaysia dan perancangan

yang telah dibuat oleh Kerajaan untuk

tahun 2015. Bagi memastikan kita

berada di landasan yang betul untuk

menjadi negara yang berpendapatan

tinggi pada tahun 2020, maka

beberapa tindakan pengubahsuaian

telah dan akan dilaksanakan seperti

yang diumumkan oleh Yang Amat

Berhormat Perdana Menteri pada 20

Januari 2015.

Page 8: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · Kes pencerobohan tanah di Cameron Highlands yang mengakibatkan kemusnahan ekologi, kelemahan penguatkuasaan penguatkuasa

8

TRANSFORMASI PERKHIDMATAN

AWAM

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

5. Demi meneruskan kelangsungan

Perkhidmatan Awam di negara ini,

JPA telah membangunkan Kerangka

Kerja Transformasi Jabatan

Perkhidmatan Awam atau KTJPA.

KTJPA ini menjadi asas kepada

pelaksanaan transformasi di semua

kementerian dan kemudiannya

dikenali sebagai Kerangka

Transformasi Perkhidmatan Awam

Page 9: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · Kes pencerobohan tanah di Cameron Highlands yang mengakibatkan kemusnahan ekologi, kelemahan penguatkuasaan penguatkuasa

9

iaitu KTPA. Matlamat KTPA adalah

untuk menghasilkan perkhidmatan

awam yang berprestasi tinggi,

berintegriti, dinamik dan berjiwa

rakyat.

6. Program Semarakkan

Transformasi telah dilaksanakan ke

kementerian-kementerian dan agensi-

agensi bagi penyampaian maklumat

Transformasi secara terus kepada

penjawat awam yang terlibat di

kementerian dan agensi berkenaan.

7. Dalam saya gembira dengan hasil

positif yang mula diperoleh hasil

Page 10: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · Kes pencerobohan tanah di Cameron Highlands yang mengakibatkan kemusnahan ekologi, kelemahan penguatkuasaan penguatkuasa

10

pelaksanaan KTPA, saya juga sedar

masih terdapat kelemahan yang perlu

ditangani dan diberi perhatian serius.

Kes pencerobohan tanah di Cameron

Highlands yang mengakibatkan

kemusnahan ekologi, kelemahan

penguatkuasaan penguatkuasa dan

kes-kes rasuah dalam kalangan

penjawat awam seperti yang

dilaporkan dalam akhbar perlu diatasi

dengan bijaksana dan segera.

8. Dalam hal ini, saya berharap

CUEPACS akan turut sama berganding

bahu mencari jalan penyelesaian

Page 11: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · Kes pencerobohan tanah di Cameron Highlands yang mengakibatkan kemusnahan ekologi, kelemahan penguatkuasaan penguatkuasa

11

kepada kelemahan-kelemahan

tersebut.

GOODS AND SERVICES TAX (GST)

9. Antara perkara yang sedang

hangat diperkatakan sekarang ialah

mengenai pelaksanaan Goods and

Services Tax atau GST yang akan

dilaksanakan mulai 1 April 2015. Bagi

memastikan kelancaran pelaksanaan

GST, Kerajaan melalui Jabatan

Kastam Diraja Malaysia dan

Kementerian Kewangan telah

memberi penerangan tentang GST

kepada orang awam dan peniaga

Page 12: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · Kes pencerobohan tanah di Cameron Highlands yang mengakibatkan kemusnahan ekologi, kelemahan penguatkuasaan penguatkuasa

12

melalui saluran media massa. JPA

juga telah mengambil inisiatif sendiri

melalui aktiviti Jelajah #myGST4U

yang merupakan salah satu inisiatif di

bawah Blue Ocean Communication on

GST yang diterajui oleh JPA dan

Kementerian Kewangan Malaysia.

10. Kita sedia maklum bahawa GST

merupakan antara tindakan yang

dilaksanakan oleh Kerajaan untuk

menyusun semula sistem kewangan

negara sebagai sumber hasil dan

memperkemas kaedah kutipan cukai.

Justeru itu, sebagai penjawat awam

kita wajar menyokong keputusan

Page 13: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · Kes pencerobohan tanah di Cameron Highlands yang mengakibatkan kemusnahan ekologi, kelemahan penguatkuasaan penguatkuasa

13

Kerajaan dan memastikan kejayaan

pelaksanaannya kerana ia akan

memberi faedah kepada rakyat juga

akhirnya.

PEMBERIAN BANTUAN KHAS

KERAJAAN DAN BONUS

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

11. Kerajaan juga sentiasa prihatin

dengan permasalahan yang dihadapi

oleh penjawat awam. Keadaan ini

dibuktikan melalui pemberian Bantuan

Khas Kerajaan pada bulan Julai 2014

Page 14: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · Kes pencerobohan tanah di Cameron Highlands yang mengakibatkan kemusnahan ekologi, kelemahan penguatkuasaan penguatkuasa

14

dan pembayaran Imbuhan Tahunan

dan Bayaran Khas Prestasi 2014

sebanyak setengah bulan gaji atau

minimum RM500.

KAJIAN TERHADAP SKIM

PERKHIDMATAN, GAJI DAN ELAUN

DAN KAITAN DENGAN PRODUKTIVITI

12. Di samping itu juga, Kerajaan

sentiasa mengkaji peluang

peningkatan kemajuan kerjaya bagi

semua skim perkhidmatan awam.

Sebagaimana yang dimaklumi, kajian

penambahbaikan terhadap 252 skim

perkhidmatan telah dilaksanakan.

Page 15: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · Kes pencerobohan tanah di Cameron Highlands yang mengakibatkan kemusnahan ekologi, kelemahan penguatkuasaan penguatkuasa

15

Dalam pada yang sama, semakan

terhadap skim perkhidmatan juga

mengambil kira kadar gaji dan elaun

penjawat awam, sekaligus

membuktikan pihak Kerajaan prihatin

terhadap masalah yang dihadapi oleh

penjawat awam. Di sini saya ingin

meminta rakan-rakan CUEPACS agar

kita dapat duduk berbincang bersama-

sama untuk menyelesaikan sebarang

isu penjawat awam yang timbul agar

rakyat secara umumnya tidak

mempunyai persepsi yang negatif

terhadap penjawat awam yang

dikatakan tidak menunjukkan prestasi

Page 16: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · Kes pencerobohan tanah di Cameron Highlands yang mengakibatkan kemusnahan ekologi, kelemahan penguatkuasaan penguatkuasa

16

yang baik namun asyik meminta

kenaikan gaji dan elaun semata-mata.

13. Kerajaan sentiasa memberi ruang

dan peluang kepada CUEPACS yang

mewakili kesatuan-kesatuan lain

untuk mengemukakan cadangan bagi

meningkatkan kualiti perkhidmatan

awam serta menjaga kebajikan

penjawat awam itu sendiri. Seperti

mana yang kita sedia maklum, negara

kita sedang berusaha untuk mencapai

Wawasan 2020 yang semakin hampir

dengan tarikh sasaran. Oleh itu kita

sebagai penjawat awam yang menjadi

tulang belakang kepada Kerajaan

Page 17: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · Kes pencerobohan tanah di Cameron Highlands yang mengakibatkan kemusnahan ekologi, kelemahan penguatkuasaan penguatkuasa

17

perlu meningkatkan produktiviti kerja.

Peningkatan tersebut bukan sahaja

dari segi kuantiti, tetapi juga kualiti.

Memandangkan telah banyak insentif

dan kemudahan diberikan oleh

Kerajaan kepada penjawat awam,

maka adalah wajar untuk kita

membalas dengan menambah baik

cara kerja dan hasilnya.

14. Pekerja yang dinamik akan

mempunyai perasaan atau keinginan

untuk memajukan diri ke arah yang

lebih baik. Kita perlu membandingkan

hasil kerja kita dengan hasil kerja

penjawat awam di negara maju. Jadi

Page 18: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · Kes pencerobohan tanah di Cameron Highlands yang mengakibatkan kemusnahan ekologi, kelemahan penguatkuasaan penguatkuasa

18

kita perlu tanya diri kita, sama ada

hasil kerja kita ini setanding atau

tidak dengan mereka?

15. Sehubungan itu, produktiviti

penjawat awam perlu ditingkatkan

bagi membuktikan kepada pekerja di

sektor swasta dan rakyat secara

umumnya bahawa, apa yang diberi

oleh Kerajaan kepada penjawat awam

adalah berbaloi dengan hasil yang

diperoleh rakyat. Dari segi ini, saya

berharap agar pihak CUEPACS dapat

berkongsi pandangan dengan JPA

tentang kaedah pengukuran

produktiviti yang wajar diguna pakai

Page 19: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · Kes pencerobohan tanah di Cameron Highlands yang mengakibatkan kemusnahan ekologi, kelemahan penguatkuasaan penguatkuasa

19

untuk mengukur produktiviti

Perkhidmatan Awam, dan

mengemukakan laporan yang lengkap

dan padat bagi membantu pihak JPA

untuk melaksanakan kajian yang

sempurna untuk pertimbangan

pemimpin tertinggi negara. Kita mahu

rakyat setuju dan yakin dengan

keputusan yang diambil oleh Kerajaan

untuk membantu penjawat awam, dan

bukannya memberikan komen negatif

dan mencemuh penjawat awam.

Page 20: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · Kes pencerobohan tanah di Cameron Highlands yang mengakibatkan kemusnahan ekologi, kelemahan penguatkuasaan penguatkuasa

20

PEMBUDAYAAN NILAI INTEGRITI DAN

PATRIOTISME

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya

kasihi sekalian,

16. Setiap tahun Ketua Audit Negara

akan membentangkan Laporan Audit

Negara di Parlimen. Laporan ini akan

memaklumkan kelemahan yang perlu

diberi perhatian oleh semua pihak.

Kelemahan yang paling ketara adalah

dari segi pengurusan kewangan dan

pengurusan projek di mana terdapat

perbelanjaan melebihi peruntukan

atau projek yang lewat disiapkan.

Page 21: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · Kes pencerobohan tanah di Cameron Highlands yang mengakibatkan kemusnahan ekologi, kelemahan penguatkuasaan penguatkuasa

21

Keadaan ini perlu diberi perhatian

serius oleh pihak CUEPACS kerana

laporan ini memberi persepsi negatif

kepada penjawat awam. CUEPACS

wajar memainkan peranan untuk

bersama-sama mencari jalan untuk

mengubah imej negatif ini dengan

meningkatkan integriti dan

produktiviti kerja penjawat awam.

17. Saya berharap agar kita bersama-

sama menjadi sebuah keluarga besar

yang harmoni. Dalam erti kata lain,

perkhidmatan yang diberi hendaklah

mencerminkan kesungguhan seperti

mana kita ingin memberikan yang

Page 22: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · Kes pencerobohan tanah di Cameron Highlands yang mengakibatkan kemusnahan ekologi, kelemahan penguatkuasaan penguatkuasa

22

terbaik kepada keluarga kita sendiri.

Antara sebab keharmonian sesebuah

keluarga itu adalah kerana adanya

komunikasi dua hala yang positif. Apa-

apa kelemahan atau kepincangan

dalam sistem Perkhidmatan Awam

perlu dibawa berbincang bersama

pihak JPA terlebih dahulu agar

keputusan yang terbaik dan

memuaskan kedua-dua belah pihak

dapat dihasilkan.

18. Saya juga mengharapkan agar

nilai-nilai kerja yang bermutu tinggi,

kehebatan bertindak, kesungguhan

melaksanakan tgas, proaktif dan

Page 23: Ucapan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal ... · Kes pencerobohan tanah di Cameron Highlands yang mengakibatkan kemusnahan ekologi, kelemahan penguatkuasaan penguatkuasa

23

komitmen jitu sebagai satu pasukan

terus disemai, tumbuh, kembang dan

mewangi dalam Perkhidmatan Awam

demi kesejahteraan Negara.

Sekian, Wabillahitaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warahmatulahi

Wabarakatuh.

Terima kasih.