teks perasmian hari kokurikulum smkss 2012

Upload: cik-niz

Post on 05-Apr-2018

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Teks Perasmian Hari Kokurikulum Smkss 2012

    1/6

    TEKS PERASMIAN HARI KOKURIKULUM SMKSS 2012

    Mengumumkan ketibaan Yg Berusaha _____________________________________________

    ____________________________________________________________________________

    Diminta para hadirin bersedia untuk bersama-sama menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu

    negeri

    Seterusnya, dijemput __________________________________________________________

    untuk melakukan Pemeriksaan Kawalan Kehormat.

    Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan, Perbarisan Kawalan Kehormat ini adalah terdiri

    daripada Pasukan Unit Beruniform Kadet Remaja Sekolah.

    ------------------

    Terima kasih di atas Pemeriksaan Kawalan Kehormat sebentar tadi.

    *************************************************************************************************************

    Sirih berlipat , Sirih Pinang ,

    Sirih dari, Pulau Mutiara ,

    Pemanis kata, Selamat Datang ,

    Awal Bismillah, Pembuka Bicara .

    Yang Berusaha,

    _______________________________________________________________

    Pn Zaini Bin Mat, Pengetua SMK Sg Selinsing ,

    Yang Dihormati,

    En Yaacob , Yg Dipertua PIBG .

    Pegawai-pegawai daripada Pejabat Pelajaran Daerah

    Pengetua-pengetua

    Guru Besar guru besar

    Wakil Pengetua

  • 7/31/2019 Teks Perasmian Hari Kokurikulum Smkss 2012

    2/6

    En Ahmad , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

    En Mohd Kamal , Penolong Kanan Kokurikulum

    Guru-Guru Kanan

    Guru-Guru

    Para Pelajar dan seterusnya

    Hadirin yang dihormati sekalian

    Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

    Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan izinNya dapat kita berkumpul pada

    pagi yang indah ini untuk bersama-sama dalam Acara Perasmian Hari Kokurikulum SMK Sg

    Selising bagi tahun 2012.

    ***************************************************************************************************

    Tetak Buluh, Panjang Suluh ,

    Jangan Dijolok, Sarang Penyengat ,

    Angkat Doa, Jari Sepuluh ,

    Doa Minta, Biar Selamat .

    Bagi memberkati lagi majlis kita pada pagi ini, dijemput Ustaz Mohd Zahid bagi memimpin

    Bacaan Doa. Dipersilakan.

    --------------------------------------------------

    Amin amin Ya rabbal alamin . Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohd Zahid atas bacaan

    doa sebentar tadi.

    *****************************************************************************************************

    Seterusnya, majlis menjemput Pn Zaiton bt Md Noor, Pengetua SMK Sg Selising

    ____________________________________________________________________________

    untuk menyampaikan Ucapan Aluan. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

    ----------------

  • 7/31/2019 Teks Perasmian Hari Kokurikulum Smkss 2012

    3/6

    Majlis mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Tn Pengetua diatas ucapan aluan

    sebentar tadi.

    ***************************************************************************************

    Majlis diteruskan lagi dengan menjemput ___________________________________________

    untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Hari Kokurikulum SMK Sg

    Selising bagi tahun 2012. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

    ----------------------------------

    Demikian tadi, ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh ______________________

    ____________________________________________________________________________

    Bagi menyempurnakan lagi Majlis Perasmian Hari Kokurikulum SMK Sg Selising pada kali ini,

    dijemput Tn Pengetua SMK Sg Selising untuk menjemput dan mengiringi

    _________________

    ____________________________________________________________________________

    untuk Paluan Gong sebagai tanda perasmian. Dipersilakan.

    -----------------------------

    Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kesudian __

    ___________________________________________________________________________

    merasmikan majlis kita pada pagi ini.

    *************************************************************************************

    Tuan-tuan dan Puan-puan,

    Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata.

    Untuk itu, dijemput Pn Zaiton bt Md Noor untuk mempersilakan dan mengiringi ______________________________________________________________________________________

    bagi menyampaikan cenderamata kepada Agensi yang terlibat dengan Pameran.

  • 7/31/2019 Teks Perasmian Hari Kokurikulum Smkss 2012

    4/6

    Oleh itu, dipersilakan

    1. Unit Jabatan Bomba dan Penyelamat

    2. Pejabat Kesihatan

    3. Perpustakaan Negeri

    4. Kelab Senamrobik Kolej Komuniti

    Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian ______________________________

    ____________________________________________________________________________

    menyampaikan cenderamata kepada agensi yang terlibat.

    Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih, Majlis mempersilakan Tn Pengetua

    SMK Sg Selising untuk menyampaikan cenderamata tanda kenang-kenangan kepada

    ______

    ___________________________________________________________________________

    --------

    Majlis merakamkan ucapan terima kasih sekali lagi kepada _____________________________

    ____________________________________________________________________________

    dan Tn Pengetua.

    **************************************************************************************

    Tuan-tuan dan Puan-puan,

    Majlis kita pada pagi ini, diteruskan lagi dengan demonstrasi dan persembahan daripada para

    pelajar.

    Oleh itu, dipersilakan persembahan

    1. Seni Mempertahankan Diri

    untuk mendemonstrasikan seni pertahanan diri.

    ------------------

  • 7/31/2019 Teks Perasmian Hari Kokurikulum Smkss 2012

    5/6

    Begitulah menariknya persembahan seni mempertahankan diri yang telah ditunjukkan sebentar

    tadi. Antara aksi yang dapat dilihat sebentar tadi adalah aksi mempertahankan diri untuk kes :

    mabuk

    ragut

    melepaskan ikatan anak jari

    arm bam

    ugut

    buli lelaki

    buli perempuan

    Demonstrasi seni mempertahankan diri itu tadi adalah merupakan pimpinan En Mohd Ramli

    -------------

    Majlis diteruskan lagi dengan persembahan berikutnya. Oleh itu dijemput pelajar-pelajar yang

    akan mempersembahkan

    2. Tarian Payung

    Dipersilakan

    ----------------

    Demikianlah persembahan yang begitu menarik dan unik sebentar tadi. Persembahan pelajar

    bagi tarian payung sebentar tadi adalah dibawah pimpinan Miss Yong

    --------------

    Seterusnya, persembahan berikutnya, dijemput para pelajar yang akan mempersembahkan

    3. Seni Silat Gayung

    Dipersilakan

    -------------------

    Begitulah persembahan seni silat gayung yang begitu mengujakan sebentar tadi. Antara buah

    silat yang ditunjukkan sebentar tadi adalah

    bunga tanjung

    rajawali

    Persembahan seni silat gayung itu tadi adalah di bawah pimpinan En KAmal

    ----------------

  • 7/31/2019 Teks Perasmian Hari Kokurikulum Smkss 2012

    6/6

    Majlis diteruskan lagi dengan persembahan terakhir pada pagi ini. Untuk itu, dipersilakan

    pelajar-pelajar yang akan mempersembahkan tarian

    4. Senamrobik

    Dipersilakan

    --------------

    Begitulah menarik dan bertenaganya pelajar-pelajar dengan persembahan senamrobik

    sebentar tadi. persembahan senamrobik itu tadi adalah di bawah pimpinan Cik Azrina

    demikianlah demonstrasi dan persembahan yang begitu menarik dapat kita saksikan pada pagi

    ini.

    ************************************************************************

    Tuan-tuan dan Puan-puan,

    Perbarisan kawalan Kehormat mohon izin bersurai.

    Oleh itu, Sekali lagi majlis menjemput __________________________________________

    untuk menerima tabik hormat.

    --------------------------

    Dengan perbarisan keluar kawalan kehormat sebentar tadi, maka berakhirlah sudah Majlis

    Perasmian Hari Kokurikulum SMK Sg Selising bagi tahun 2012.

    Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan

    majlis pada pagi ini.

    Akhir kata, majlis mempersilakan Tn Pengetua untuk menjemput dan mengiringi ___________

    ____________________________________________________________________________

    serta tetamu jemputan untuk melawat bilik pameran dan gerai-gerai jualan.

    Dipersilakan.