teks pengacaraan majlis pertandingan nyanyian solo peringkat sekolah limbang 2015

6
TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO PERINGKAT SEKOLAH LIMBANG 2015 1 2 3 Barisan juri mengambil KATA-KATA ALUAN PEMBUKA MAJLIS Dari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan Majlis. Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara. Salutation Yang berusaha barisan hakim yang adil lagi bijaksana, Yang dihormati.guru-guru pengiring,guru-guru,para peserta serta hadirin yang dikasihi sekalian.... Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah,syukur kita ke hadrat Ilahi,kerana dengan limpah izinnya ,dapat kita bersama-sama berkumpul di Auditorium ini bagi menyaksikan pertandingan nyanyian solo lagu tradisional sekolah-sekolah bahagian Limbang,2015. Taklimat Ketua Juri Bukan rumput sebarang rumput Rumput penghias cantik pandangan Bukan jemput sebarang jemput Jemput juri berikan penerangan. Bagi memulakan majlis,dengan sukacitanya,menjemput ..................................... .....................selaku ketua juri,untuk memberikan taklimat pemarkahan pertandingan nyanyian solo lagu tradisional pada kali ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada...................................................at

Upload: nur-qiara

Post on 11-Nov-2015

2.088 views

Category:

Documents


274 download

DESCRIPTION

SEKOLAH RENDAH

TRANSCRIPT

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO PERINGKAT SEKOLAH LIMBANG 20151

2

3

Barisan juri mengambil tempat

Penjaga masa

Sekolah yang terlibat

Peserta

Persembahan Terakhir

Pengiraan markah

Pemarkahan oleh para juri

Penutup

KATA-KATA ALUAN PEMBUKA MAJLIS

Dari Raub pergi ke PontianTerus pula ke Kuala PerlisHarap semua berikan perhatianMohon saya mulakan Majlis.

Melayang serindit di atas permatangMerbah berkicau di hujung muaraPemanis kata selamat datangAwal BismilLah pembuka bicara.

SalutationYang berusaha barisan hakim yang adil lagi bijaksana,Yang dihormati.guru-guru pengiring,guru-guru,para peserta serta hadirin yang dikasihi sekalian....

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah,syukur kita ke hadrat Ilahi,kerana dengan limpah izinnya ,dapat kita bersama-sama berkumpul di Auditorium ini bagi menyaksikan pertandingan nyanyian solo lagu tradisional sekolah-sekolah bahagian Limbang,2015.

Taklimat Ketua Juri

Bukan rumput sebarang rumputRumput penghias cantik pandanganBukan jemput sebarang jemputJemput juri berikan penerangan.

Bagi memulakan majlis,dengan sukacitanya,menjemput ..........................................................selaku ketua juri,untuk memberikan taklimat pemarkahan pertandingan nyanyian solo lagu tradisional pada kali ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada...................................................atas penerangan itu tadi.

Majlis dengan ini menjemput para hakim pertandingan, dan penjaga masa mengambil tempat. Dijemput.

Sebelum kita menyaksikan pertandingan ,izinkan saya memperkenalkan barisan hakim yang akan mengendalikan pertandingan nasyid kita pada hari ini.Memperkenalkan...1.............................................................Selaku ketua juri,dari.................................seterusnya2...............................................................3................................................................4...................................................................5................................................................6..................................................................7...................................................................8...................................................................

penjaga masa pertandingan ialah _________________________________. Setelah cukup tempoh masa yang diperuntukkan, penjaga masa akan menekan loceng sebanyak dua kali.

Untuk makluman hadirin sekalian,pertandingan nasyid pada kali ini disertai oleh .sekolah rendah .Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian ialah:

.......

Pertandingan bermula

Siti Wan Kembang perintah kelantanNama termasyur zaman dahulu kalaSaat yang dinanti telahpun datangPertandingan nyanyian akan bermula.

Pertandingan Nyanyian Solo Lagu Tradisonal tahun 2015 dimulakan dengan menjemput peserta pertama dari Sk ___________________________________

Demikianlah tadi persembahan dari ............................................................dari ..................................................

majlis menjemput ...............................................yang akan menyampaikan lagu pertama berjudul..............................Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih atas persembahan yang cukup menarik sebentar tadi

Seterusnya dijemput..Untuk membuat persembahan

Terima kasih atas persembahan tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan dari.Majlis mempersilakan

Begitulah persembahan dari sekolah

Secupak timbang tak cukupTambah seguni belumlah lagiNyanyi tari belum penutupSambung dengan sederet menanti

Berikutnya persembahan dariMajlis mempersilakan.

Terima kasih atas persembahan yang mendayu-dayu tadi

Seterusnya kita akan dihiburkan dengan persembahan dari.Dipersilakan

Demikianlah persembahan dari..

Kini tibalah masanya majlis menjemput peserta terakhir iaitu .......................................Dengan lagu................................................. dan................................................Hadirin sekalian terimalah persembahan ini.

Demikian tadi persembahan terakhir Pertandingan Nyanyian Solo lagu tradisional Melayu peringkat sekolah rendah Limbang 2015. Debaran kian memuncak untuk mengetahui peserta manakah yang akan menyandang gelaran johan pertandingan nyanyian solo lagu tradisional peringkat sekolah rendah Limbang 2015.

Sidang hadirin sekalian,kita akan berehat seketika untuk memberi laluan kepada barisan juri bagi pengiraan markah.

Kini tiba detik yang dinantikan, iaitu pengumuman keputusan yang sudah pun berada di tangan pengacara. Sebelum pemenang diisytiharkan, bagi pihak majlis saya dengan sukacitanya mempersilakan .

mengiringi .. ke pentas bagi menyempurnakan penyampaian cenderamata dan hadiah.

Tanpa para hakim yang bijaksana, sesuatu pertandingan tidak akan dapat dijalankan. Sebagai menghargai kesudian mereka meluangkan masa, pihak penganjur menyediakan oleh-oleh yang tidak sepertinya. Dipersilakan ... Terima kasih daun keladi. Jika diundang, harap datang lagi.

CueSelesai penyampaian sagu hati kepada hakim, dan mereka selamat turun pentas

Debaran peserta bakal bertemu titik noktah. Diumumkan pemenang ketiga jatuh kepada peserta dari _________________________________________________Dipersilakan naik ke pentas.

Pemenang kedua jatuh kepada ________________________________________Syabas. Dipersilakan.

Johan pertandingan nyanyian solo lagu tradisonal peringkat sekolah rendah Limbang 2015 disandang oleh _______________________________________________Syabas dan tahniah diucapkan.

Terima kasih kepada .. Tahniah kepada semua pemenang, dan tahniah juga kepada peserta yang lain yang telah berusaha gigih dan memberi saingan. Jadikan pengalaman ini satu kenangan manis yang pernah kalian lalui.

Majlis berakhir di sini. Bagi pihak majlis dan Jawatankuasa Pengelola pertandingan, saya memohon maaf andainya terdapat kesilapan dan kekurangan yang berlaku. Seterusnya saya dengan sukacitanya menjemput para tetamu, hakim, guru pengiring, dan peserta menikmati kudapan.

Kalau tiada jarum yang patahharap simpan di dalam petikalau benar madah dan tingkahharap sematkan di dalam hati

segala kelemahan dan kekurangan mohon dimaafkan yang benar itu datangnya daripada Allah SWT, silap dan salah adalah kelemahan diri kami sendiri

Akhirul kalam ...semoga kita berjumpa lagi...wabillahi taufiq wal hidayah.....assalamualaikum WBT...

Pantun untuk pesertaIndah budaya bersusur galurGerak gemalai semi puisiBelum puas hati berhiburAda lagi persembahan menanti

Batik songket kebaya kebarungIndah dipakai tetamu budimanPesta ini belum penghujungIntiha pelengkap buat langsungan