teks pengacaraan kalam jamaie

4
م... ي ح ر ل ا ن م ح ر ل له ا ل م ا س ب ر ش ى ا عل لام س ل وا# لاة ص ل وا ن مي ل ا ع ل ا ه رب ل ل مد ح ل ا ن لي س ر م لء وا ا ي8 ب: ن لا ا: ف ى عل و..... ن ي ع م م ح ه ا حاب ص له واYang Berbahagia Tuan Hj. Zaini bin Hasbollah, Ketua Unit Operasi Dakwah dan Kepimpinan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Yang Berbahagia Tuan Hj. Jaafar bin Belal, Penolong Pengarah j-QaF, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak, Yang Berusaha Ustaz Drahman bin Pani, Penolong Penyelia Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman, Yang dihormati barisan para hakim, Tetamu-tetamu khas, tetamu-tetamu jemputan, guru-guru pengiring, para peserta kalam jamai e , tuan-tuan, puan-puan, serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Assalaamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, selamat pagi, dan salam perpaduan. Selamat datang ke Pertandingan Kalam Jama ie Murid Sekolah Rendah Kementerian Pelajaran Malaysia, Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2012 Masihi bersamaan 1433 Hijri. Setinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan inayahNya, dapatlah kita semua berkumpul di pada pagi yang sungguh indah di Dewan Suarah Sri Aman yang aman damai ini. Untuk makluman hadirin sekalian, Pertandingan Kalam Jama ie Murid Sekolah Rendah ini yang julung kali diadakan di negeri Sarawak di mana pada tahun ini Bahagian Sri Aman dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan Pertandingan Kalam Jama ie Peringkat Negeri kali ini. Kumpulan yang dinobatkan sebagai johan nanti akan mewakili negeri Sarawak ke peringkat kebangsaaan yang

Upload: sktgbijat

Post on 12-Aug-2015

1.208 views

Category:

Documents


23 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengacaraan Kalam Jamaie

بسم الله الرحمن الرحيم...

فالحمدلل��ه رب الع��المين والص��الة والس��الم على أش��ر

له وأصحابه أجممعين .....آاألنبياء والمرسلين وعلى Yang Berbahagia Tuan Hj. Zaini bin Hasbollah, Ketua Unit Operasi Dakwah dan

Kepimpinan, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak,

Yang Berbahagia Tuan Hj. Jaafar bin Belal, Penolong Pengarah j-QaF, Sektor

Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak,

Yang Berusaha Ustaz Drahman bin Pani, Penolong Penyelia Unit Pendidikan Islam,

Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman,

Yang dihormati barisan para hakim,

Tetamu-tetamu khas, tetamu-tetamu jemputan, guru-guru pengiring, para peserta kalam

jamai’e, tuan-tuan, puan-puan, serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Assalaamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, selamat pagi, dan

salam perpaduan.

Selamat datang ke Pertandingan Kalam Jama’ie Murid Sekolah Rendah Kementerian

Pelajaran Malaysia, Peringkat Negeri Sarawak Tahun 2012 Masihi bersamaan 1433

Hijri.

Setinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan inayahNya,

dapatlah kita semua berkumpul di pada pagi yang sungguh indah di Dewan Suarah Sri

Aman yang aman damai ini. Untuk makluman hadirin sekalian, Pertandingan Kalam

Jama’ie Murid Sekolah Rendah ini yang julung kali diadakan di negeri Sarawak di mana

pada tahun ini Bahagian Sri Aman dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan

Pertandingan Kalam Jama’ie Peringkat Negeri kali ini. Kumpulan yang dinobatkan

sebagai johan nanti akan mewakili negeri Sarawak ke peringkat kebangsaaan yang

akan diadakan di Negeri Johor Darul Takzim pada 21 hingga 23 Oktober ini nanti.

Adalah diharapkan setiap kumpulan yang bertanding dapat memberikan persembahan

yang terbaik demi menjulang nama Sarawak di peringkat kebangsaan. InsyaAllah.

Para peserta dan hadirin yang dimuliakan…..

Page 2: Teks Pengacaraan Kalam Jamaie

Syarat-syarat pertandingan telahpun dimaklumi oleh setiap peserta dan guru

pembimbing. Walau bagaimanapun saya ingin menekankan tentang masa

persembahan. Masa yang diberikan ialah sepuluh minit dikira apabila kumpulan

mengeluarkan kalam / kata-kata. Lampu hijau akan dinyalakan. Lampu kuning akan

dinyalakan apabila masa bagi membuat persembahan cuma tinggal dua minit,

manakala lampu merah akan dinyalakan bagi menandakan masa sepuluh minit telah

tamat.

Ingin sekali ditegaskan di sini, konduktor kedua untuk setiap persembahan adalah tidak

dibenarkan. Sekiranya didapati terdapat kondutor kedua yang tidak diiktiraf membantu

peserta yang sedang membuat persembahan, pihak jemaah hakim berhak untuk

membatalkan penyertaan kumpulan tersebut.

Sebelum kita memulakan pertandingan Kalam Jama’ie pada pagi ini, moleklah kiranya

kita berkenalan dahulu dengan hakim-hakim yang akan mengadili pertandingan ini.

Bagi bahagian isi, hakim-hakimnya adalah Ustaz Rusli bin Che Mood dan Ustaz Abdul

Karim bin Obeng,

Bagi bahagian persembahan, hakim-hakimnya adalah Ustazah Zulailawati bt Saufi dan

Ustazah Nadyah bt Mahmud,

Bagi bahagian Bahasa dan Suara pula, hakim-hakimnya terdiri daripada Ustaz Hj.

Akram Zaki Rashid dan Ustaz Nasrullah bin Hj. Munir,

Manakala Ketua Hakim pertandingan ini ialah Ustaz Syed Ishak bin Syed Manan

Segala keputusan hakim adalah muktamad.

Hadirin sekalian..

Pertandingan Kalam Jama’ie Murid Sekolah Rendah Kementerian Pelajaran Malaysia,

Peringkat Negeri Sarawak kita mulakan.

Untuk itu majlis mempersilakan kumpulan yang memegang undi giliran yang pertama.

Kumpulan ini akan mempersembahkan kalam jamaie mereka bertajuk

_______________________

Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan kalam jamaie dari bahagian

_______________________.

Page 3: Teks Pengacaraan Kalam Jamaie

Seterusnya majlis mempersilakan peserta yang memegang undi giliran kedua. Tajuk

kalam jamaie yang akan dipersembahkan oleh mereka ialah

________________________

Majlis mempersilakan……

Majis merakamkan terima kasih kepada kumpulan kalam jamaie dari bahagian

_______________________ itu tadi.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Kita teruskan lagi majlis kita pada pagi ini dengan mempersilakan peserta yang

memegang undi giliran ke___. Tajuk kalam jamaie yang akan dipersembahkan oleh

mereka ialah ________________________

Majlis mempersilakan……

Majis merakamkan terima kasih kepada kumpulan kalam jamaie dari bahagian

_______________________ itu tadi.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hadirin yang dimuliakan,

Sekarang majlis mempersilakan peserta yang memegang giliran kesebelas merangkap

peserta terakhir untuk Pertandingan Kalam Jama’ie Murid Sekolah Rendah peringkat

Negeri Sarawak bagi tahun ini. Mereka akan menyampaikan kalam jamaie yang

bertajuk _________________________

Majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Kumpulan Kalam Jamaie dari

bahagian ____________________ itu tadi .

Dengan ini berakhirlah sudah Pertandingan Kalam Jama’ie Murid Sekolah Rendah

Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Sarawak bagi tahun 2012 Masihi

bersamaan 1433 Hijri ini.

Page 4: Teks Pengacaraan Kalam Jamaie

Hadirin yang dihormati…

Pengumuman keputusan bagi Pertandingan Kalam Jama’ie Murid Sekolah Rendah ini

akan diumumkan oleh Pengerusi Jemaah Hakim selepas selesai acara Khatam Al

Quran esok.

Tahniah kepada semua peserta kalam jamaie yang telah menyertai pertandingan pada

kali ini.….. InsyaAllah pada tahun hadapan kita akan bersua lagi …Bicara akhir

kalam……Terima kasih tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam melaksana

dan menjayakan pertandingan kalam jamaie yang julung kali diadakan di negeri

Sarawak amnya dan khususnya di bahagian Sri Aman. Jutaan kemaafan kami pohon

kiranya ada kesilapan dan kekurangan yang berlaku sepanjang majlis ini diadakan…

Sesungguhnya segala yang baik itu dari Allah SWT dan apa sahaja yang kurang

datangnya dari kita sebagai makhlukNya yang lemah.

Sekian. Assalaamualakum warahmatullahi wabarakatuh….