teks pengacaraan hari kanak

5
Teks Pengacaraan Hari Kanak-kanak 2014 لام س ل م..ا ي ح ر ل ا ن م ح ر ل له ا ل م اس ب م ك ي ل ع مه ح و ر له ل ا ه ركات ب و.. Dan salam sejahtera diucapkan kepada Sir Chuah.. Yang berusaha, Puan Hajah Norhayati bt. Saad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Penaga, Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan, Puan Hajah Fuziah bt. Karim, Penolong Kanan Pentadbiran, Encik Zulkifli b. Mohamed, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, Puan Juriah bt. Ismail, Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Rakan-rakan guru seterusnya Yang dikasihi, anak-anak murid sekalian.. Hari ini menanam jagung, Dibawa ke Perlis bersama peria, Hari ini kita berkampung, Meraikan majlis Hari Kanak-kanak Sedunia penuh ceria Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah Al-‘Aliey, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya, kita dipertemukan lagi pada pagi ini. (JAMALIAH) (JASIKA) Zikir Munajat Pembersih jiwa, Doa dipohon menjana taqwa

Upload: erizal-ariffin

Post on 13-Sep-2015

804 views

Category:

Documents


57 download

DESCRIPTION

teks

TRANSCRIPT

Teks Pengacaraan Hari Kanak-kanak 2014

.. ..

Dan salam sejahtera diucapkan kepada Sir Chuah..Yang berusaha, Puan Hajah Norhayati bt. Saad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Penaga,Yang dihormati, Barisan Penolong Kanan,Puan Hajah Fuziah bt. Karim, Penolong Kanan Pentadbiran,Encik Zulkifli b. Mohamed, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,Puan Juriah bt. Ismail, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,Rakan-rakan guru seterusnyaYang dikasihi, anak-anak murid sekalian..

Hari ini menanam jagung,Dibawa ke Perlis bersama peria,Hari ini kita berkampung,Meraikan majlis Hari Kanak-kanak Sedunia penuh ceria

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah Al-Aliey, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya, kita dipertemukan lagi pada pagi ini.(JAMALIAH)(JASIKA)Zikir Munajat Pembersih jiwa, Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memulakan majlis kita pada pagi ini,marilah kita bersama-sama menadah tangan penuh kehambaan kepada-Nya,.. untuk itu, majlis menjemput Us Mohd Azrai b. Mohd Salleh untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.......Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan kepada Us Mohd Azrai b. Mohd Salleh atas bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya, majlis berbesar hati menjemput Adik Mohd Syazwan bin Roslan untuk menyampaikan ucapan wakil murid. Dipersilakan........

Terima kasih diucapkan kepada Adik Mohd Syazwan bin Roslan.(JASIKA)

(JAMALIAH) Seterusnya, majlis berbesar hati mempersilakan Yang berusaha, Puan Hajah Norhayati binti Saad, Guru Besar SK Penaga untuk menyampaikan ucapan perasmian. Dengan segala hormatnya, dipersilakan#.........

Buah Longan beli sekati,Buat makan di atas jambatan,Pesanmu Cikgu kami ingati,Jadi azimat dalam ingatan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha, Puan Hajah Norhayati binti Saad. Semoga kita dapat mengambil iktibar.

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun Enam untuk membuat persembahan kategori Bahasa Berirama. Tajuk persembahan mereka ialah Teknologi dan Maklumat. Dipersilakan........

Begitulah seronok dan hebatnya persembahan yang dipertontonkan sebentar tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid Prasekolah Cemerlang dan Bestari untuk membuat persembahan kategori Pakaian Beragam. Dipersilakan........(JAMALIAH)(JASIKA)Betapa cilik dan bergayanya adik-adik prasekolah membuat persembahan. Semoga sidang hadirin terhibur........

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun Lima untuk membuat persembahan nyanyian yang bertajuk Gemuruh. Dipersilakan........

Begitulah merdunya suara-suara kakak Tahun Lima memperdengarkan lagu sebentar tadi. Semoga kita semakin bertambah semangat setelah mendengar lagu tersebut. Terima kasih diucapkan.

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun Satu untuk menunjukkan bakat nyanyian mereka. Tajuk lagu mereka ialah Cinta Muka Buku. Dengan sukacitanya, majlis mempersilakan........ :D(JASIKA)(JAMALIAH)Terima kasih diucapkan kepada murid-murid Tahun Satu atas nyanyian yang begitu merdu sebentar tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun Empat untuk membuat persembahan. Tajuk persembahan mereka ialah ___________________________________. Dipersilakan........

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun Dua untuk membuat persembahan. Tajuk persembahan mereka ialah ___________________________________. Dipersilakan.....

Seterusnya, majlis mempersilakan murid-murid dari Tahun Tiga untuk membuat persembahan. Tajuk persembahan mereka ialah ___________________________________. Dipersilakan.....

(JAMALIAH)(JASIKA) Dengan berakhirnya persembahan daripada murid-murid Tahun Tigasebentar tadi maka, berakhirlah acara kita pada hari ini.

(( Burung kelicap makan padi,Padi datang dari Medan,Perut kini sudah berbunyiTibalah masa untuk santapan.

Untuk makluman semua murid, sebentar lagi kamu akan diraikan dengan jamuan di kelas masing-masing..SELAMAT HARI KANAK-KANAK SEDUNIA...Jumpa lagi pada tahun hadapan, InsyaAllah..

Ribuan kemaafan kami berdua pohon andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Sekian sahaja, salam hormat,wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.