teks pengacara sukan 2011

10
TEKS PENGACARA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE 50 Bismillahirrahmanirrahim…. Assalamualaikum wrt wbkth, salam 1 malaysia dan salam perak aman jaya. SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN SK PEKAN RABU TAHUN 2012 Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi, kerana atas limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang gemilang ini untuk menjayakan kejohanan sukan tahunan Sk Pekan Rabu kali ke 50. Kita berasa amat bertuah pada tahun ini kerana ini adalah merupakan sambutan jubli emas. Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para hadirin yang hadir bagi memeriahkan lagi kejohanan sukan pada hari ini. Asal Juragan Mengail Ikan, Sambil Bersuka Di Tepi Kuala, Masa Jangan Kita Tangguhkan, Tirai Dibuka Majlis Bermula. UPACARA PERARAKAN BADAN BERUNIFORM DAN RUMAH SUKAN Hadirin yang dihormati, Kejohanan Sukan Tahunan pada petang ini akan dimulakan dengan perbarisan lintas hormat oleh kontigen pengawas sekolah, kontigen pergerakan puteri islam Malaysia, kontigen kadet remaja sekolah, dan kontigen rumah-rumah sukan. Majlis menjemput Encik Ahmad Nor Al-Zaidin b Ahmad Azzudin (Pegawai Khas Adun Sg Manik ) diiringi Encik Mohamed Bin Che

Upload: syukur-mn

Post on 14-Dec-2015

250 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sukan

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengacara Sukan 2011

TEKS PENGACARA

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE 50

Bismillahirrahmanirrahim….

Assalamualaikum wrt wbkth, salam 1 malaysia dan salam perak aman

jaya.

SELAMAT DATANG KE KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH

KEBANGSAAN SK PEKAN RABU TAHUN 2012

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran ke hadrat

Ilahi, kerana atas limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama sekali lagi,

pada hari yang gilang gemilang ini untuk menjayakan kejohanan sukan

tahunan Sk Pekan Rabu kali ke 50. Kita berasa amat bertuah pada tahun

ini kerana ini adalah merupakan sambutan jubli emas.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian para hadirin yang

hadir bagi memeriahkan lagi kejohanan sukan pada hari ini.

Asal Juragan Mengail Ikan,

Sambil Bersuka Di Tepi Kuala,

Masa Jangan Kita Tangguhkan,

Tirai Dibuka Majlis Bermula.

UPACARA PERARAKAN BADAN BERUNIFORM DAN RUMAH SUKAN

Hadirin yang dihormati,

Kejohanan Sukan Tahunan pada petang ini akan dimulakan dengan

perbarisan lintas hormat oleh kontigen pengawas sekolah, kontigen

pergerakan puteri islam Malaysia, kontigen kadet remaja sekolah, dan

kontigen rumah-rumah sukan.

Majlis menjemput Encik Ahmad Nor Al-Zaidin b Ahmad Azzudin (Pegawai

Khas Adun Sg Manik ) diiringi Encik Mohamed Bin Che Ree, Guru Besar

Page 2: Teks Pengacara Sukan 2011

Sekolah Kebangsaan Pekan Rabu untuk menerima lintas hormat daripada

kontingen-kontingen .

Pasang CD Marching

PERBARISAN LINTAS HORMAT.

Mendahului perbarisan lintas hormat kita pada petang ini adalah

Pengawas Sekolah yang membawa bendera kejohanan sukan tahunan.

Kontigen ini diketuai oleh Adik ____________________________

Seterusnya perbarisan lintas hormat dari kontigen pergerakan puteri islam

Malaysia. Kontigen seramai 20 orang ahli ini diketuai oleh

Adik ________________________________

Segak bergaya di belakang Kontigen pergerakan puteri islam malaysia

ialah kontingen kadet remaja sekolah yang diketuai oleh Adik

______________________________. Kontigen ini mempunyai 20 orang ahli.

Perbarisan lintas hormat seterusnya adalah dari kontigen rumah kuning.

Kuning melambangkan warna diraja. Kontigen ini diketuai oleh

Adik __________________________ Kontigen ini mempunyai seramai 61 orang

ahli.

Kontijen seterusnya ialah Rumah Biru. Biru melambangkan perpaduan.Ini

menunjukkan mereka bersatu padu untuk membentuk sesebuah pasukan

yang mantap. Kontigen ini diketuai oleh Adik

_______________________________ dan diwakili seramai 61 orang ahli.

Page 3: Teks Pengacara Sukan 2011

Seterusnya perbarisan lintas hormat dari kontigen rumah merah. Merah

melambangkan keberanian dan kegagahan sesebuah pasukan. Kontigen

ini diketuai oleh Adik _________________________ dan mempunyai seramai 62

orang ahli.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,

Kejohanan sukan tahunan Sekolah Kebangsaan pekan rabu kali ke 50

diteruskan dengan nyanyian lagu “Negaraku”.

Hadirin di minta berdiri.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

Agar majlis kita pada petang ini diberkati oleh Allah S.W.T. majlis dengan

segala hormatnya mempersilakan Adik Zulkefli bin Ismail untuk mengetuai

bacaan doa. Dipersilakan.

BACAAN DOA

Amin…amin….amin… ya rabbal a’lamin. Terima kasih diucapkan Adik

Zulkefli bin Ismail kepada atas bacaan doa sebentar tadi.

Majlis kita pada petang ini diteruskan lagi dengan bacaan ikrar kejohanan.

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Adik Farah Aliya Aisyah bt

Zaruddin untuk mengetuai pembacaan ikrar kejohanan sekolah

kebangsaan pekan rabu kali ke -50.

BACAAN IKRAR KEJOHANAN

Begitulah tadi sempurnanya majlis pembacaan ikrar kejohanan sebagai

tanda komitmen para atlet dalam kejohanan ini.

ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS.

Page 4: Teks Pengacara Sukan 2011

Yang Dihormati Encik Ahmad Nor Al-Zaidin b Ahmad Azzudin (Pegawai

Khas Adun Sg Manik ), Yang Dihormati Encik Mohamed bin Che Ree, Guru

Besar Sekolah Kebangsaan Pekan Rabu,

Encik Mohd Hamdan bin Sakio Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru

Sekolah Kebangsaan Pekan Rabu,

Tuan Haji Mohd Fauzi bin Darus Penolong Kanan Pentadbiran, Encik

Ibrahim bin Khalid Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Norlida binti

Nordin Penolong Kanan Ko-kurikulum Sekolah Kebangsaan Pekan Rabu

Guru-guru besar sekolah-sekolah kelompok 2

AJK-AJK PIBG Sekolah Kebangsaan Pekan Rabu

Guru-guru dan kakitangan sekolah

Ibu bapa dan penjaga murid

Seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Hadirin hadirat,

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Mohamad bin Che

Ree Guru Besar Sek. Keb. Pekan Rabu untuk menyampaikan sepatah dua

kata. Dipersilakan

UCAPAN GURU BESAR

Majlis merakamkan ucapan Terima kasih kepada Encik Mohamad bin Che

Ree atas ucapan beliau sebentar tadi.

Kalau tuan pikat kenari,

Jangan patahkan batang jerami;

Kepada tuan sembah diberi,

Mohon rasmikan majlis kami.

Page 5: Teks Pengacara Sukan 2011

Hadirin sekalian,

Kini, majlis menjemput Encik Ahmad Nor Al-Zaidin b Ahmad Azzudin

(Pegawai Khas Adun Sg Manik ) untuk menyampaikan ucapan dan

seterusnya merasmikan kejohanan sukan tahunan SK Pekan Rabu kali ke

50. Dengan segala hormatnya di persilakan.

UCAPAN PERASMIAN

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Ahmad Nor Al-

Zaidin b Ahmad Azzudin (Pegawai Khas Adun Sg Manik ) atas kesudian

beliau merasmikan kejohanan sukan tahunan Sekolah Kebangsaan Pekan

Rabu kali ke 50 sebentar tadi.

Sebagai tanda kenang-kenangan di persilakan En Mohamed bin Che Ree

Guru Besar SK Pekan Rabu untuk menyampaikan cenderahati kepada

Encik Ahmad Nor Al-Zaidin b Ahmad Azzudin (Pegawai Khas Adun Sg

Manik )

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Murid-murid diminta berdiri

Seterusnya perbarisan lintas keluar dari kontingen-kontingen Pengawas

Sekolah, Pergerakan Puteri Islam Malaysia Kadet Remaja Sekolah, dan

rumah-rumah sukan.

PERBARISAN LINTAS KELUAR

Begitulah tadi. Berakhirnya majlis perasmian pembukaan Kejohanan sukan

tahunan kali ke-50. Maka marilah kita sama-sama menyaksikan acara

sukan yang seterusnya.

Acara-acara Kejohanan sukan Sekolah Kebangsaan Pekan Rabu kali ke-50

akan dimulakan sebentar lagi. Diminta kepada semua pegawai sukan

Page 6: Teks Pengacara Sukan 2011

untuk mengambil tempat masing-masing. Dan diminta kepada semua

murid yang mengambil bahagian untuk bersedia.

PEGAWAI=PEGAWAI SUKAN DAN MURID MENGAMBIL TEMPAT.

Pegawai-pegawai sukan yang terlibat pada petang ini

ialah……………………………………….

(Rujuk buku program)

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN DIMULAKAN

Acara yang akan berlangsung sebentar lagi

adalah……………………………….

(Rujuk buku program)

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah bagi acara

…………………………………….

Dijemput ………………………………………………………………….. diiringi

…………………………………………… untuk menyampaikan hadiah kepada

para pemenang.

Bagi acara ______________________________

Tempat pertama __________________________ dari rumah ____________

Tempat kedua ___________________________ dari rumah _____________

Tempat ketiga __________________________ dari rumah ______________

Acara sukan tahunan dihentikan untuk seketika

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan daripada murid – murid tahun

3,4, dan 5. Majlis mempersilakan,

PERSEMBAHAN MURID.

Page 7: Teks Pengacara Sukan 2011

Persembahan ini adalah di bawah bimbingan Puan Yusmariyani, Puan Nor

Zilha dan Puan Nor Haida.

Kepaada belia, beliawanis, ibu dan bapa yang berminat untuk mengambil

bahagian dalam acara __________________________________(rujuk buku

program)

Boleh mendaftarkan nama di meja urusetia.

ACARA SUKAN BERSAMBUNG

Acara sukan yang akan berlangsung sebentar lagi

ialah……………………………………………..

Murid-murid diminta bersedia.

Selepas ini adalah acara penutupan kejohanan sukan tahunan pada hari

ini.Diminta kepada semua murid berada di rumah sukan masing-masing

dan berkumpul di padang. Diharap semua murid bersedia.

Bagi mengikhtiraf kejayaan para atlet yang telah Berjaya pada hari ini

Majlis dengan segala hormatnya menjemput_________________________

Untuk menyampaikan hadiah dan piala pusingan

PEMBERIAN HADIAH

Kini diumumkan olahragawan sekolah. Dipersilakan Adik

……………………………………………

Untuk makluman semua beliau telah memenangi

acara…………………………………………………

Sekarang diumumkan olahragawati sekolah. Dipersilakan Adik

………………………………..

Page 8: Teks Pengacara Sukan 2011

Beliau telah meraih

pingat…………………………………………………………………………….................

....

Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan, kita akan umumkan secara rasmi

johan keseluruhan rumah sukan.Johan keseluruhan rumah sukan bagi

kejohanan sukan tahunan kali ke 50 jatuh kepada rumah

……………………………………. Dipersilakan ketua rumah sukan untuk

menerima piala pusingan.

Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar kerana sudi untuk

menyampaikan hadiah dan piala pusingan.

Berakhir sudah Kejohanan sukan tahunan Sekolah Kebangsaan Pekan

Rabu kali ke 50 pada petang ini. Kami mewakili warga SK Pekan Rabu

menyusun sepuluh jari memohom ampun dan maaf sekiranya terdapat

salah dan silap sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Di atas dahan burung tempua,

Melihat rusa tepi perigi;

Salam perpisahan untuk semua,

Dilain masa bersua lagi.

Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita;

Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta.

Majlis bersurai.