teks pengacara program 3 penjuru kolej vokasional juasseh 2013

Upload: azlinna-yasir

Post on 05-Oct-2015

38 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

TEKS PENGACARA PROGRAM 3 PENJURU KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH 2013

TEKS PENGACARA PROGRAM 3 PENJURU KOLEJ VOKASIONAL JUASSEH 2013Pembuka Bicara . .Assalamualaikum dan salam 1 malaysiaProtokol1.Yang berbahagia Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli2.Yang berusaha Timbalan Pengarah Akademik kolej , En Sarimen Bin Sapiei3.Yang berusaha Timbalan Pengarah Sokongan Akademik kolej ,Pn Zaidah Binti Danial,4.Ahli ahli Jawatankuasa Pelaksana majlis program 3 penjuru 5.Para Pensyarah kolej Vokasional Juasseh6.Pelajar pelajar Kolej berserta penjaga dan keluarga serta7.Tuan-tuan dan puan-puan yang di rahmati sekelianKata alu-aluanBukan lebah sebarang lebahLebah bersarang di pohon kayuBukan sembah sebarang sembahSembah adat pusaka MelayuAlhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam menjayakan program pertemuan 3 penjuru fasa 1tahun 2013 di dewan gemilang yang serba indah iniTerlebih dahulu bagi pihak majlis kami mengalu-alukan kehadiran kehadiran yang dikasihi En Alwi Bin sabtu, Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan guru yang telah sudi meluangkan sedikit masa majlis yang penuh bermakna ini.Pergi berhuma di Tanjung RokanSebelum pulang mengail ikanKehadiran tuan-puan kami alukanKecil telapak tangan nyiru kami tadahkanBacaan DoaSidang hadirin warga gemilang yang dimuliakan,Kalau pergi ketanjung keramatAnak manis jangan di angkatBersama kita memohon rahmatMoga majlis mendapat berkatSehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ustadz Hasbullah Bin Ali untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.....Tamat Bacaan doaAmin Ya rabbal alamin...Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustaz ustadz Hasbullah Bin Ali atas pimpinan bacaan doa itu tadi.Ucapan alu-aluan MCHadirin- hadirat yang dihormati ,Program tiga penjuru ini bermatlamat bagi memberi Peluang kepada penjaga/ibu bapa/pensyarah dan pelajar berinteraksi supaya dalam membincangkan sahsiah anak mereka terutama di sudut akademik sepanjang proses pengajian mereka diKolej Vokasional Juasseh. Hal ini juga dapat membuka peluang murid, pensyarah dan ibu bapa sendiri memperbaiki sebarang kelemahan yang dihadapi semasa diskusi nanti.Di antara objektif pertemuan ini diadakan adalah:1. Ibu bapa / penaga berpeluang berkenalan dengan para pensyarah yang mengajar anak mereka2. Ibu bapa / penjaga dapat berbincang tentang prestasi akademik anak-anak mereka3. Ibu bapa / penjaga dapat mengetahui sahsiah anak-anak mereka semasa di kolej4. Para Pensyarah dapat memohon kerjasama ibu bapa / penjaga bagi meningkatkan prestasi pelajar dari segi akademik dan sahsiah5. Mengeratkan lagi silaturahim antara ibu bapa dan pensyarah kolejTaklimat YDP PIBGPara hadirin yang dihormati sekalian,Majlis dimulai dengan taklimat Yang dihormati YDP PIBG En Alwi Bin Sabtu. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan..Tamat UcapanMajlis mengucapkan terima kasih kepadayang dihormati En Alwi Bin Sabtu YDP PIBGatas taklimat sebentartadiPenerangan carta aliran pergerakan ibu bapaProgram diteruskan dengan pertemuan ibu bapa penjaga sehubungan dengan itu. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama ibu bapa untuk merujuk seketika buku program yang telah diedarkan semasa pendaftaran tadi.Jika ibu bapa merujuk carta alir pergerakan ibu bapa, sebaik sahaja selesai sesi taklimat YDP PIBG, bagi ibu bapa tingkatan 5 dan 4 SKM diminta untuk berada dilokasi yang ditetapkan. Ibu bapa tingkatan 5 dikehendaki bertemu pensyarah pembimbing di kelas masing-masing iaitu bangunan di belakang dewan. Manakala ibubapa dan pelajar tingkatan 4 skm diminta mengadakan pertemuan di bilik mesyuaratManakala ibu bapa pelajar kolej tahun 1 diploma kolej di kehendaki berada di dewan bagi sesi tak limat dan diikuti pertemuan bersama pensyarah matapelajaran.Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan ibubapa pelajar tingkatan 4 SKM dan ibu bapa pelajar tingkatan 5 untuk meninggalkan dewan untuk bergerak ke lokasi yang ditetapkandipersilakanUcapan TPAPara hadirin yang dihormati sekalian,Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;Berilah kata simpulan kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa.Warga dewan gemilang yang dikasihi, acara diteruskan lagi dengan mempersilakan yang berusaha timbalan pengarah akademik Kolej En Sarimen Bin Sapie untuk menyampaikan ucapan, dengan segala hormatnya dipersilakan..Majlis mengucapkan terima kasih kepadayang berusaha timbalan pengarah akademik Kolej En Sarimen Bin Sapieatas taklimat sebentartadiPengumumanHadirin- hadirat yang dihormati dan dikasihi sekelian,Buat makluman para penjaga, selepas sahaja selesai majlis sesi taklimat ini, ibubapa dan para pelajar boleh lah mengadakan pertemuan bersama pensyarah matapelajaran d .....PenutupSebelum kita bersurai, pihak majlis ingin merakamkam jutaan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan. Segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku semasa majlis ini berlangsung, kami sebagai J/K pengelola majlis memohon maaf.Bersinar mentari memberi cahayaCahaya bersinar panas terasaAdat majlis ada pincangnyaMaafkan kami insan biasaputeri bersiram tepi perigimencedok air berhati-hatiizinkan kami berlalu pergijangan ada dendam di hatiKami akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.