teks pengacara mjlis kem jati diri pengawas 2014

7
TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN & PENUTUPAN KEM JATI DIRI PENGAWAS Alu-aluan Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah; Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah. Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Yang Berbahagia, Encik Mohd Nor bin Abdullah, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tatau selaku wakil Encik Poniman bin Bejok, Pegawai Pendidikan Daerah Tatau, Yang dihormati, Encik Sigal Anak Merikan, Penyelia Hal Ehwal Murid Pejabat Pendidikan Daerah Tatau, Encik Lingoh Anak Masam, Penolong Penyelia Hal Ehwal Murid , Pejabat Pendidikan Daerah Tatau. Yang Berusaha, Encik Tony Anak Madup, Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Tatau, Encik Paul Anak Jarum, Guru Besar SK Sangan Iban, Guru besar-guru besar Sekolah-sekolah Daerah Tatau, Penolong kanan-penolong kanan, Jawatankuasa Tertinggi PIBG, Tuai-tuai rumah, Cik Christine Laing Anak Agam, selaku Kem Komandan Program, Fasilitator-Fasilitator, rakan-rakan guru, kakitangan-kakitangan sekolah serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan izin dan limpah rahmatNya, dapat kita berkumpul di sini pada pagi yang ceria ini bagi meraikan Majlis Perasmian dan Penutupan Kem jati Diri Pengawas bagi tahun 2014. Nyanyian lagu Negaraku & lagu Ibu Pertiwiku Bagi memulakan majlis, satu penghayatan bersama... Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku.

Upload: zatil-nabilah

Post on 02-Jul-2015

1.072 views

Category:

Education


13 download

DESCRIPTION

teks pengacara majlis

TRANSCRIPT

Page 1: Teks pengacara mjlis kem jati diri pengawas 2014

TEKS PENGACARA

MAJLIS PERASMIAN & PENUTUPAN KEM JATI DIRI PENGAWAS

Alu-aluan Ke Pekan Kuala membeli bingka,

Sayang pesanan terlupa sudah;

Majlis bermula tirai dibuka,

Dengan alunan madah yang indah.

Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon cemara;

Assalammualaikum mulanya kata,

Saya sembah pembuka bicara.

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh, salam sejahtera dan

salam satu Malaysia.

Yang Berbahagia,

Encik Mohd Nor bin Abdullah, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah

Tatau selaku wakil Encik Poniman bin Bejok, Pegawai Pendidikan Daerah

Tatau,

Yang dihormati,

Encik Sigal Anak Merikan, Penyelia Hal Ehwal Murid Pejabat Pendidikan

Daerah Tatau, Encik Lingoh Anak Masam, Penolong Penyelia Hal Ehwal

Murid , Pejabat Pendidikan Daerah Tatau.

Yang Berusaha,

Encik Tony Anak Madup, Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Tatau,

Encik Paul Anak Jarum, Guru Besar SK Sangan Iban, Guru besar-guru

besar Sekolah-sekolah Daerah Tatau, Penolong kanan-penolong kanan,

Jawatankuasa Tertinggi PIBG, Tuai-tuai rumah, Cik Christine Laing Anak

Agam, selaku Kem Komandan Program, Fasilitator-Fasilitator,

rakan-rakan guru, kakitangan-kakitangan sekolah serta murid-murid

yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita kepada Tuhan kerana dengan izin dan limpah rahmatNya,

dapat kita berkumpul di sini pada pagi yang ceria ini bagi meraikan

Majlis Perasmian dan Penutupan Kem jati Diri Pengawas bagi tahun

2014.

Nyanyian lagu

Negaraku & lagu

Ibu Pertiwiku

Bagi memulakan majlis, satu penghayatan bersama...

Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku

dan lagu Ibu Pertiwiku.

Page 2: Teks pengacara mjlis kem jati diri pengawas 2014

*********

Hadirin dipersilakan duduk.

Bacaan doa Dari Perlis puspa ku mohon,

Puspa dipilis buat azimat,

Tangan ditadah doa dipohon,

Semoga majlis mendapat berkat.

Kalau pergi Tanjung Keramat,

Anak manis jangan diangkat;

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita memanjatkan

doa ke hadrat Ilahi. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya

mempersilakan Encik Khairul Hafiz bin Husin, Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid SK sungai Bagiau, untuk memimpin bacaan doa. Majlis

mempersilakan.

(bacaan doa)

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang

Berbagagia Ustaz Khairul atas bacaan doa tadi.

Sebelum meneruskan acara, untuk makluman hadirin sekalian, Kem Jati

Diri Pengawas ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam bermula 14

Februari, iaitu Jumaat yang lepas sehingga hari ini dengan penglibatan

seramai 60 orang murid daripada 12 buah sekolah rendah di sekitar

daerah Tatau.

Kem Jati Diri yang mengumpulkan wakil pengawas dari setiap sekolah

rendah sekitar Tatau ini dijalankan dengan tujuan untuk mencungkil

serta memupuk keperibadian pemimpin dalam setiap peserta.

Ucapan Guru

Besar SK Sangan

Iban

Para hadirin sekalian,

Sudilah tuan jalan berlapan,

Jalan berlapan di malam kelam;

Sudilah tuan beri ucapan,

Kata aluan pemanis kalam.

Untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala

hormatnya menjemput Yang Berusaha Encik Paul Anak Jarum, Guru

Besar SK Sangan Iban untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan

segala hormatnya dipersilakan.

*****

Page 3: Teks pengacara mjlis kem jati diri pengawas 2014

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar di atas

ucapan beliau itu tadi.

Ucapan Penolong

Penyelia HEM,

Pejabat

Pendidikan

Daerah Tatau

Pelikat bersulam bertekat tujuh

cindai berbunga dipakai dayang

Gelap malam tiada bersuluh

Tuan datang membawa dian.

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang

Berbahagia, Encik Lingoh Anak Masam, Penolong Penyelia Hal Ehwal

Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Tatau untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

*****

Terima kasih diucapkan kepada Encik Lingoh atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan

perasmian &

penutupan oleh

Pegawai

Pendidikan

Daerah Tatau

Buah langsat di tepi busut,

Mari dimuat di atas peti,

Besar hajat kami menjemput,

Besar niat di dalam hati.

Majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan pula Encik

Mohd Nor Bin Abdullah, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tatau

untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis

Perasmian & Penutupan Kem Jati Diri Pengawas Peringkat Daerah Tatau

bagi sesi 2014.

Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan tuan.

*****

Pihak majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih di atas kesudian tuan merasmikan majlis pada pagi ini.

Persembahan

kumpulan

Majlis diteruskan dengan persembahan kumpulan oleh peserta Kem.

Untuk itu, bagi persembahan pertama, dipersilakan kumpulan ..................

*****

Begitulah tadi persembahan bertenaga daripada kumpulan.................. .

Seterusnya, dijemput pula kumpulan _______________________

*****

Bersemangat sungguh peserta-peserta kumpulan ______________ itu tadi,.

Seterusnya, kita lihat persembahan daripada kumpulan

__________________________ .

*******

Terima kasih kumpulan ______________ atas persembahan sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan daripada kumpulan

______________________.

Page 4: Teks pengacara mjlis kem jati diri pengawas 2014

*******

Tahniah kumpulan _______________ atas persembahan yang penuh

bertenaga.

Seterusnya, dipersilakan pula, kumpulan _______________________ .

***********

Seterusnya, kumpulan ______________ .

***********

Tanpa membuang masa, dijemput kumpulan ____________ untuk

mempersembahkan persembahan kumpulan mereka..

Seterusnya, mari kita saksikan bersama persembahan daripada

kumpulan ____________________

**********

Akhir sekali, dipersilakan kumpulan __________________ .

*********

Terima kasih kumpulan _______________ .

Dengan berakhirnya persembahan daripada kumpulan __________ tadi,

maka selesailah sudah persembahan daripada kelapan-lapan kumpulan

peserta kem ini.

Bacaan ikrar

pengawas

Hadirin sekalian,

Majlis pada pagi ini diteruskan lagi dengan bacaan ikrar Pengawas oleh

peserta-peserta Kem.

Untuk itu, dipersilakan adik Berry Guy Baran,penghulu Kem Jati Diri

Pengawas bagi mengetuai bacaan ikrar pengawas.

******

Terima kasih adik Berry Guy.

Penyampaian

hadiah/ sijil

kepada peserta

Majlis dengan ini diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah bagi

acara sukaneka yang telah dijalankan pada petang semalam.

Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput dan

mempersilakan Encik Bala Anak Laja, Pengarah Program Kem Jati Diri

Pengawas untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Bagi upacara ini, dijemput ketua kumpulan untuk mengambil hadiah.

Tempat ketiga, dimenangi oleh kumpulan Itik.

Tempat Kedua, dimenangi oleh kumpulan Kucing.

Page 5: Teks pengacara mjlis kem jati diri pengawas 2014

Dan juara acara sukaneka dimenangi oleh Kumpulan Harimau.

Terima kasih Encik Bala atas penyempurnaan upacara sebentar tadi.

Bila memandang kemuka laut,

Nampak sampan mudik ke hulu,

Bila terkenang mulut menyebut,

Budi yang baik ingat selalu.

Terbang di awan burung jentayu,

Kerana penat gugur kebumi;

Tampillah tuan kami merayu,

Bersama amanat bekalan kami.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil kepada peserta-peserta

kem Jati Diri Pengawas ini.

Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan segala hormatnya

menjemput Encik Lingoh Anak Masam,Penolong Penyelia HEM Pejabat

Pendidikan Daerah Tatau , dengan diiringi Encik Tony Anak Madup,

Pengerusi MGB Daerah Tatau untuk menyampaikannya.

Majlis mempersilakan.

Dimulakan dengan.

.........................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Lingoh, atas kesudian

beliau menyempurnakan upacara penyampaian sijil sebentar tadi.

Penyampaian

Anugerah Khas

Pengawas Lelaki

& Perempuan

Kini, tiba masanya yang dinantikan oleh semua peserta kem yang telah

berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang sepanjang kem Jati Diri

Pengawas ini berlangsung.

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan

____________________________________ diiringi

______________________________________ bagi menyempurnakan acara

penyampaian anugerah Khas Pengawas Lelaki dan Perempuan.

Dipersilakan.

Bagi Anugerah Khas Pengawas Lelaki, dijemput _______________________

dari SK ____________________

Page 6: Teks pengacara mjlis kem jati diri pengawas 2014

Bagi Anugerah Khas Pengawas Perempuan, dipersilakan adik

______________________________ dari SK ________________________.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan __________________________________

atas kesudian menyampaikan anugerah tersebut.

Tahniah diucapkan kepada 2 orang peserta tadi kerana berjaya

menonjolkan ciri-ciri kepimpinan yang cemerlang sepanjang kem ini

berjalan.

Penyampaian

Cenderamata

kepada pegawai

Pendidikan

Daerah Tatau

Seterusnya,

Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis mempersilakan Encik Paul Anak

Jarum, Guru Besar SK Sangan Iban untuk menyampaikan cenderahati

dan sijil kepada Encik Mohd Nor bin Abdullah, Penolong Pegawai

pendidikan Daerah Tatau.

*****

Terima Kasih di atas penyampaian cenderamata tersebut.

Majlis bersurai Dengan penyampaian sijil dan cenderamata sebentar tadi, maka dengan

itu berakhirlah sudah Program Kem Jati Diri Pengawas Daerah Tatau

pada kali ini.

Bunga dedap di atas para,

Anak dusun pasang pelita;

Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari di susun maaf dipinta.

Bunga seroja di atas para,

Jatuh ditimpa buah berangan;

Andai kata tersilap bicara,

Kemaafan jua kami pohonkan.

Sebelum itu, semua tetamu jemputan dan peserta-peserta kem Jati Diri

Pengawas dipersilakan naik ke atas pentas untuk sesi bergambar.

Kalau tuan pikat cemara,

Buatlah bara bakar selasih;

Sudilah tuan jamu selera,

Hidangan mesra pengikat kasih

Pihak majlis mempersilakanTuan Guru Besar, En. Paul Anak Jarum untuk

mengiringi Yang Berbahagia, Encik Mohd Nor bin Abdullah, Penolong

Pegawai Pendidikan Daerah Tatau serta semua tetamu-tetamu jemputan

,ke dewan makan untuk menikmati sedikit jamuan ringan. Dipersilakan.

Untuk itu,

Page 7: Teks pengacara mjlis kem jati diri pengawas 2014

Sekian sahaja daripada saya

Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamual aikum Warah matullahi

Wabarakatuh