teks pengacara majlis@firedrill

Upload: joana-pei-shan

Post on 02-Nov-2015

298 views

Category:

Documents


19 download

DESCRIPTION

Teks pengacara Firedrill

TRANSCRIPT

UCAPAN KETUA PENOLONG PENGARAH

Teks Ucapan Pengacara bagi Ceramah Fire-Drill

MasaCUE

8.30a.m.Ketibaan tetamuSaya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Ceramah Fire-Drill anjuran SJK(C) Cheng Hua dengan kerjasama pihak bomba Kanowit.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, ceramah ini akan bermula sebentar lagi.

Dengan itu, dipohon tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat.

8.40a.m.

Setelah semua hadirin berada di tempat dudukSelamat pagi, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia

Yang Berhormat Cik Labang Anak Bunsu selaku Ketua Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Kanowit

Yang Berusaha Puan Lim Lee SiangGuru Besar SJK(C) Cheng Hua

Pegawai-pegawai bomba serta pasukan penyelamat Daerah Kanowit

Ibu bapa, guru-guru, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta mengalu-alukan kehadiran Cik Labang Anak Bunsu serta pegawai-pegawai bomba dan pasukan penyelamat Daerah Kanowit kerana sudi hadir dan menyampaikan ceramah Fire-Drill yang dianjurkan pada pagi ini. Majlis juga mengucapkan selamat datang kepada semua para tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin ke program yang diadakan pada pagi ini.

Nyanyian Lagu Negaraku & Ibu PertiwikuAturcara kita pada pagi ini akan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku. Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta berdiri.

Para hadirin dipersilakan duduk.

Ucapan alu-aluanGuru Besar SJK(C) Cheng HuaHadirin yang dihormati,

Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Puan Lim Lee Siang selaku Guru Besar SJK(C) Cheng Hua. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

9.00a.m.

Setelah selesai ucapan Guru Besar SJK(C) Cheng HuaDemikianlah tadi ucapan alu-aluan daripada Yang Berusaha Puan Lim Lee Siang. Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada beliau atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Penceramah memberi ceramah

Hadirin yang dihormati,

Aturcara pada pagi ini diteruskan lagi dengan ceramah daripada Cik Labang Anak Bunsu selaku Ketua Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Kanowit. Dengan segala hormatnya mempersilakan.

11.00a.m.Setelah selesai ucapan penceramah

Penyampaian Sijil Penghargaan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Cik Labang selaku Ketua Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Kanowit atas ceramah yang disampaikan serta demostrasi yang ditunjukkan oleh Pegawai-pegawai Bomba & Penyelamat Daerah Kanowit sebentar tadi. Semoga hadirin-hadirat dapat memanfaatkan segala yang diperhatikan tadi.

Hadirin sekalian,

Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan Lim Lee Siang selaku Guru Besar SJK(C) Cheng Hua untuk menyampaikan sijil penghargaan. Dijemput Cik Labang selaku Ketua Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Kanowit untuk menerima cenderamata. Dengan segala hormatnya mempersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Lim Lee Siang atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

11.10a.m.PenutupHadirin dan hadirat yang dihormati,

Berakhirlah sudah ceramah pada pagi ini. Saya bagi pihak SJK(C) Cheng Hua untuk melafazkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan hadir ke program ini.

Sebelum kita berpisah, dengan segala hormatnya mempersilakan Pegawai-pegawai Bomba dan Penyelamat serta guru-guru untuk menjamu selera di tempat makan.

Kepada ibu bapa sekalian, sila mengambil makanan dari sebelah kiri manakala murid-murid sila mengambil makanan di sebelah kanan.

Sekian, terima kasih.