teks-pengacara-majlis.doc

Upload: norhisyam-mohd-spiee

Post on 13-Mar-2016

44 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

UCAPAN KETUA PENOLONG PENGARAH

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TEKS PENGACARA MAJLISUNTUK PROGRAM PUSAT AKSES SEKOLAHBERSAMA KOMUNITI PERINGKAT NEGERI

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TAHUN 201129 NOVEMBER 2011Teks Pengacaraan Majlis Pertandingan Catan Peringkat Daerah SimunjanTahun 2015

Selasa (28.7.2015)MasaCUEANN 1

8.00Ketibaan tetamuBiji selasih boleh dimakan

Menjadi perisa sedap terperi

Selamat datang kami ucapkan

Semoga majlis tambah berseriSaya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Program Pusat Akses Sekolah bersama Komuniti Peringkat Negeri Sembilan anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan bagi Tahun 2011.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis perasmian akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat.

MasaCUEANN 2

11.20 amKetibaan YB Dato Shamsulkahar bin Mohd DeliMengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato Shamsulkahar Bin Mohd Deli Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan Darul Khusus dengan diiringi :

Yang Berusaha En Mohd Shohimi bin Abdul Halim (Ketua Unit ICT Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan)Tn Abdullah bin Yussuf KPP BTPNNS, Tn Hj Hamzah bin Abu Pegawai Pelajaran Daerah Tampin dan seterusnya mengambil tempat di atas pentas.

MasaCUEANN 3

11.21 amLagu Negara ku dimainkan

YB, para tetamu jemputan dan hadirin dijemput dudukMajlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin diminta berdiri.Mohon Yang Berhormat Dato serta hadirin sekalian mengambil tempat.

MasaCUEANN 4

11.30 amSetelah semua hadirin berada di tempat dudukBismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.Yang Berhormat Dato Shamsulkahar Bin Mohd Deli Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan Darul Khusus.Yang Berusaha En Mohd Shohimi bin Abdul Halim

Ketua Unit ICT Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (mewakili Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan)Yang Berusaha Tuan Abdullah bin Yussuf

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri SembilanYang Berusaha Tn Hj Hamzah bin Abu

Pegawai Pelajaran Daerah TampinYang Berusaha Tuan Razali bin Bakar

Pegawai Daerah Tampin merangkap Yang Di Pertua Majlis Daerah Tampin

Yang Berusaha Tuan Supritendan Wooi Kooi Cheang

Ketua Polis Daerah TampinYang Berusaha Encik Rashid bin AhmadGuru Besar SK Tampin merangkap Pengerusi Pusat Kegiatan Guru Tampin

Ketua-ketua JabatanPara Pengetua dan Guru Besar

Sekolah-sekolah Daerah Tampin

Pengerusi JKKK Daerah Tampin

Dif-dif jemputan

Urusetia Program

Para guru, murid, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

MasaCUEANN 6

11.35 amBacaan doaSelepas bacaan doaBagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan Ustaz Zainalabidin bin Omar dari SK Dr Sulaiman untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

MasaCUEANN 5

11.33 amUcapan alu-aluan pengerusi majlis :

Setelah semua para tetamu jemputan dan hadirin dudukKuntum melati tumbuh melata

Burung merbah di pohon cemara

Assalamualaikum pembuka bicara

Selamat datang untuk semuaMajlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta mengalu-alukan kehadiran yang Yang Berhormat Dato Shamsulkahar Bin Mohd Deli Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan Darul Khusus., ke Program Program Pusat Akses Sekolah (PuAS) bersama Komuniti Peringkat Negeri Sembilan anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan bagi Tahun 2011. Majlis juga mengucapkan selamat datang kepada semua para tetamu jemputan, tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin ke program yang diadakan pada pagi ini.

MasaCUEANN 7

11.50 amUcapan alu-aluan

Pengarah BTPHadirin yang dihormati,

Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Tuan Abdullah bin Yussuf (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan). Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

MasaCUEANN 8

12.00 tghSetelah selesai ucapan Pengarah BTP KPM

Demikianlah tadi ucapan alu-aluan daripada Yang Berusaha Tuan Abdullah bin Yussuf (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan). Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Abdullah atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

MasaCUEANN 9

12.10 amUcapan YB

Setelah selesai ucapan YBPenyampaian hadiah pertandingan mewarna.

Hadirin yang dihormati, Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Yang Berhormat Dato Shamsulkahar Bin Mohd Deli Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelajaran dan Pengajian Tinggi Negeri Sembilan Darul Khusus seterusnya merasmikan Program Pusat Akses Sekolah Bersama Komuniti Peringkat Negeri Sembilan bagi Tahun 2011. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Shamsulkahar bin Mohd Deli atas ucapan dan kesudian merasmikan Program Pusat Akses Sekolah Bersama Komuniti Peringkat Negeri Sembilan bagi Tahun 2011 sebentar tadi.Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan Penyampaian Hadiah dan sijil Pertandingan Pusat Akses Sekolah-sekolah Daerah Tampin.Untuk memulakan penyampaian hadiah dan sijil kepada para pemenang, dipersilakan Yang Berhormat Dato Shamsulkahar bin Mohd Deli (dengan diiringi Yang Berusaha Tuan Abdullah bin Yussuf (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan). Dengan ini majlis menjemput sekolah-sekolah ahli PKG Tampin:6. SMK Tunku Besar Tampin 5. SMK Taman Indah4. SK Tunku Besar3. SK Tampin2. SK Dr Sulaiman1. SK TebongSekolah-sekolah ahli PKG Gemencheh:4. SMK Datuk Mohd Taha3. SMK bukit Rokan2. SK Datuk Abdullah1. SK bukit Jalur

Sekolah-sekolah ahli PKG Gemas:6. SMK Jelai Felda5. SK Gemas

4. SK Jelai 1 (F)

3. SK Jelai 2 (Felda)

2. SK Tuanku Abdul Rahman

1. SJKT Gemas

MasaCUEANN 10

12.20 tghSetelah selesai penyampaian hadiah dan sijilPenyampaian cenderamata kepada wakil pengarah JPNS dan Seterusnya penyampaian hadiah bagi anugerah Pusat Akses Sekolah Terbaik Daerah Tampin.Kategori Sekolah Menengah :

1. SMK Jelai Felda

Kategori Sekolah Rendah :

1. SK Tebong

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato Shamsulkahar bin Mohd Deli atas kesudian menyampaikan hadiah-hadiah sebentar tadi.Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Abdullah bin Yussuf (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan) untuk menyampaikan cenderamata. Dijemput Yang Berhormat Dato untuk menerima cenderamata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.Seterusnya majlis menjemput Yang Berusaha Encik Shohimi bin Abdul Halim (Ketua Unit ICT Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan) mewakili Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan untuk menerima cenderamata.*Seterusnya dijemput Yang Berusaha En Rashid bin Ahmad (Guru Besar SK Tampin) untuk menerima cenderamata daripada Yang Berusaha Tuan KPP.

MasaCUEANN 11

12.30 amSetelah selesai penyampaian cenderahati kepada YB dan wakil pengarah JPNS Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Abdullah bin Yussuf (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan) atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

MasaCUEANN 12

12.35 amLawatan ke Tapak Pameran dan jamuan VIP.Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Sempurnalah sudah Majlis Perasmian Program Pusat Akses Bersama Komuniti Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2011 pada pagi ini. Semoga program dan pameran yang dijalankan dapat meningkatkan minat para pendidik, pelajar dan komuniti setempat untuk menggunakan Pusat Akses Sekolah disamping meningkatkan pembudayaan penggunaan ICT. Di samping itu, program ini juga diharapkan akan turut memberi manafaat kepada semua pihak dan masyarakat setempat amnya dalam perkembangan teknologi ICT yang terkini.

Seterusnya, majlis menjemput Yg Berhormat Dato Shamsulkahar, diiringi, Tuan Abdullah dan dif-dif jemputan ke Pusat Akses Sekolah Kebangsaan Tampin dan Tapak Pameran yang diadakan di Dewan SK Tampin. Seterusnya menikmati jamuan yang telah disediakan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

MasaCUEANN 14

12.10 amPenutupHadirin dan hadirat yang dihormati,

Berakhirlah sudah majlis perasmian pada pagi ini. Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan para hadirin untuk melawat ke Pusat Akses Sekolah SK Tampin dan tapak pameran di dewan sekolah SK Tampin.

Tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin boleh merujuk buku program yang disediakan untuk mengetahui aturcara yang telah disediakan.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan dan hadir ke program ini.

Bunga seroja di atas cemara

Jatuh sekuntum di atas para

Andai kata tersilap bicara

Kemaafan jua yang kami pinta

Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah w.b.t

TEKS PENGACARAAN MAJLIS

MasaCUEANN 1

7.45 amKetibaan tetamuBiji selasih boleh dimakanMenjadi perisa sedap terperiSelamat datang kami ucapkanSemoga majlis tambah berseriSaya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke Pertandingan Catan .Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis perasmian akan bermula sebentar lagi.Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat.

MasaCUEANN 2

8.00 amKetibaan Yang Berbahagia Prof. Madya Dr. Haji Rahman B. Abdul Razak ShaikMengumumkan ketibaanYang Berbahagia Prof. Madya Dr. Haji Rahman B. Abdul Razak Shaik AJK Angkasa Negeri Perakdengan diiringi :Yang Berusaha En. Ahmad Teredi B. Shahuddin Pengetua Cemerlang Smk Seri Perkasa, merangkap pengerusi koperasi Smk Seri Perkasa.dan seterusnya mengambil tempat di atas pentas.

MasaCUEANN 3

8.10 amLagu Negara ku dimainkanYB, para tetamu jemputan dan hadirin dijemput dudukMajlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku,Lagu sekolah dan Lagu Angkasa. Para hadirin diminta berdiri.Mohon Yang Berbahagiaserta hadirin sekalian mengambil tempat.

MasaCUEANN 4

8.15 amSetelah semua hadirin berada di tempat dudukBismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.Yang Berbahgia Prof. Madya Dr. Haji Rahman B. Abdul Razak ShaikAJK Angkasa Negeri Perak.Yang Berusaha En Ahmad Teridi B. ShahuddinPengetua cemerlang Smk Seri Perkasa. Merangkap Pengerusi Koperasi SMK Seri Perkasa.Yang Berusaha Tuan Hj Abdul Rahim B. AhmadPenolong Kanan Pentadbiran,Yang Berusaha En. Hidir B. AliPenolong Kanan Hal Ehwal Murid,Yang Berusaha En. Hamli B. Hasan.Penolong Kanan Kokurikulum,Guru-guru Kanan Bidang,Para guru serta pelajar yang dikasihi sekalian

MasaCUEANN 6

8.20 amBacaan doaSelepas bacaan doaBagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan ................................................................................................ untuk memimpin bacaan doa.Majlis dengan hormatnya mempersilakan.Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

MasaCUEANN 5

8.25 amUcapan alu-aluan pengerusi majlis :Setelah semua para tetamu jemputan dan hadirin dudukKuntum melati tumbuh melataBurung merbah di pohon cemaraAssalamualaikum pembuka bicaraSelamat datang untuk semuaHari ini memugal jagungHari esok memetik periaHari ini kita berkampungMeraikan majlis penuh ceriaMajlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta mengalu-alukan kehadiran yangYang Berbahagia Prof. Madya Dr. Haji Rahman B. Abdul Razak ShaikAJK Angkasasa Perakke Program Sambutan Hari Koperasi peringkat SMK Seri Perkasa bagi tahun 2012 kami juga mengucapkan selamat datang kepada semua guru serta para pelajar ke program yang diadakan pada pagi ini.

MasaCUEANN 7

8.30 amUcapan alu-aluanTuan Pengetua dan ucapan perutusan sempena Hari Koperasi bagi tahun 2012.Hadirin yang dihormati,Bagi meneruskan majlis pada pagi ini,Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Yang BerusahaEn. Ahmad Teridi B. ShahuddinPengetua Cemerlang Smk Seri Perkasa dan seterusnya menyampaikan ucapan perutusan Hari Koperasi bagi Tahun 2012.Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

MasaCUEANN 8

8.30 tghSetelah selesai ucapan Pengetua

Demikianlah tadi ucapan dan bacaan perutusan Hari Koperasi .Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang BerusahaTuan Pengetuaatas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

MasaCUEANN 9

8.35 amUcapan Yang Berbahagia.Setelah selesai ucapan YBPenyampaian hadiah pertandingan mewarna.

Hadirin yang dihormati,Majlis diteruskan lagi dengan ucapanYang Berbahagia Prof. Madya Dr. Haji Rahman B. AbdulRazak ShaikAJK Angkasa Negeri Perak dan seterusnya merasmikan Program Sambutan Hari Koperasi Smk Seri Perkasa bagi Tahun 2012. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.pihak majlis menjemput yang berbahagiaProf. Madya.Dr.Haji Rahmandiiringi Tuan Pengetua ke................................ untuk menyempurnakan acara penanaman pokok sebagai tanda merasmikan Hari Koperasi SMK Seri Perkasa bagi tahun 2012.Dipersilakan.Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepadaYang Berbahagia Prof. Madya Dr. Haji Rahmanatas ucapan dan kesudian merasmikan Program Sambutan Hari Koperasi peringkat SMK Seri Perkasa bagi tahun 2012 sebentar tadi.Hadirin sekalian,Majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Unggul dan Anugerah Khas Koperasi SMK Seri Perkasa .Justeru, Majlis mempersilakanYang Berbahagia Prof. Madya Dr. Haji Rahmandengan diiringiYang BerusahaTuan Pengetua En. Ahmad Teridi B. Shahuddin.Dipersilakan....Dengan ini majlis menjemput..........................................................untuk menerima Anugerah Koperator Unggul.Seterusnya,.......................................................... untuk menerima Anugerah Khas Koperasi.Pihak majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia untuk membuat .....cabutan bertuah sekaligus menyampaikan hadiah kepada para pemenang yang bertuah.Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang BerusahaTuan Pengetuauntuk menyampaikan cenderamata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepadaYang Berbahagia Prof. Madya. Dr. Haji Rahmankerana sudi menyampaikan anugerah dan hadiah.

Teks Juruacara Karnival Bahasa 2014

Teks Juruacara Karnival Bahasa 2014MajlisBercerita Tahap 2KluTeksCatatan

Kata AluanMelayang serindit di atas permatangMerbah berkicau dihujung muaraPemanis kata selamat datangAwal Bismillah pembuka bicaraBismillahi rahmanir rahim.Assalamualaikum w.b.tYang Berusaha,Pengerusi Induk Karnival Bahasa Melayu Daerah Marang,Yang dihormati tuan guru besar sekolah sekolah daerah Marang, Guru-guru Penolong Kanan, barisan penal hakim,guru-guru pengiring ,peserta-peserta dan murid-murid yang di hormati sekalian.Selamat datang ke Pertandingan Bercerita Tahap 2,peringkat Daerah Marang.Terlebiha dahulu kami panjatkan rasasyukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnianyakita dapat sama-sama berhimpun di dewan nan indah ini bagi memeriah karnival ini. Semoga dengan adanyaaktiviti seperti ini akan meningkatkan dan memertabatkan lagi bahasa Melayu, bahasa ibunda kita.

Perkenalkan HakimSebelum kita teruskan kelangsungan majlis , eloklah saya memperkenalkan barisan pena hakim yang menarajui teras keadilan pada hari ini.

Baca ikut buku aturcara

Pertandingan Bercerita

Pertandingan ke 2

AkhirBerakhirlah pertandinganBerceritaKALAU BERKAYUH DAH SAMPAI KE MUARAKALAU BERENANG DAH SAMPAI KE TEPIANKALAU BERLARI DAH SAMPAI KE GARISANKALAU BERJALAN DAH SAMPAI KE PENGHUJUNG

Teks Juruacara Karnival Bahasa 2014MajlisPenutupKluTeksCatatan

Kata AluanBertongkat si buta di atas pematang,Berenang si kelah di hujung muara;Pemanis kata selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara.Daun layu di tengah gurun,Nampak jalur pohon cemara;Tradisi Melayu turun temurun,Pantun ditutur pembuka bicara.Bismillahi rahmanir rahim.Assalamualaikum w.b.tYang Berbahagia .Yang BerusahaEn. Ismail b OmarPengerusi Induk Karnival Bahasa Melayu Daerah Marang,Yang dihormati tuan guru besar sekolah sekolah daerah Marang, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru pengiring ,peserta-peserta dan murid-murid yang di hormati sekalian.Selamat datang ke Karnival Bahasa MelayuSekolah Rendah, peringkat Daerah Marang.Terlebiha dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah kurnianyakita dapat sama-sama berhimpun di sini bagi memeriah karnival ini. Semoga dengan adanyaaktiviti seperti ini akan meningkatkan dan memertabatkan lagi bahasa Melayu, bahasa ibunda kita.

Penyampaian

Sijil PenghargaanKita teruskan kelangsungan majlis kita dengan penyampaiansijil penghargaan kepada peserta dan barisan penal hakim.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Encik Zakaria b. Omar untuk mengiringi YangBerbahagia.pegawai PPD Marang untuk menyampaikan sijil penghargaan kepada barisan penal hakim.Penyampaian sijil penghargaanpertandingan bercerita Tahap 1.Dipersilakan .dari SK.Penyampaian sijil penghargaanpertandingan bercerita Tahap 2.Dipersilakan .dari SK.Penyampaian sijil penghargaanpertandingan Pidato Diraja..Dipersilakan .dari SK.Seterusnya penyampaian sijil penghargaan barisan penal hakim.Dipersilakan .dari SK.

(tunggu jap)Ikut Senarai nama yang diberikan

Penyampaian hadiah Cerita Tahap 1Warga dewan yang dimuliakan,Sejajar meranti di tanah rendah,Mencelah berangan tegak merendangKeputusan dinanti di tangan sudah,Adat pertandingan ada pemenang .Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk kita mengetahui pesertamanakah yang menjuarai pertandingan berceritadan pertandingan pidato peringkat daerah Marang ini.Bagi pertandingan bercerita tahap 2#Tempat ketiga dijemput.dari sekolah#Naib johan dipersilakan ........dari sekolah#Dan johan pertandingan berceritaTahap 1 dijuaraioleh..darisekolah..

Penyampaian hadiah Cerita Tahap 2Bagi pertandingan bercerita tahap 2#Tempat ketiga dijemput.dari sekolah#Naib johan dipersilakan ........dari sekolah#Dan johan pertandingan berceritaTahap 2 disandangoleh..darisekolah..

Penyampaian hadiah PidatoSeterusnya di jemput pemenang pertandingan pidato2014-Tempat ketiga dijemput.Dari sekolah-Naib johan dipersilakan ........dari sekolah-Dan johan pertandingan pidato tahun ini telah dirangkuloleh,,,,darisekolah..Majlis merakamkan jutaan terima kasih YangBerbahagiakerana sudimenyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang.

PenutupTahniah kepada sekolah yang berjaya,dan syabas kepada peserta. Manakala kepada yang tidak bernasib baik, kecewa bukan penawar segala. Jadikanlah kegagalan sebagai pembakar semangat untuk mencuba pada masa akan datang..

Sebelum majlis berlabuh tirai, sebelum titik bertemu nokhtah, terimalah dua rangkap pantun dari saya;Gugur menguning buah kuiniMenghijau pohon subur berbaja;Majlis kita berakhir di sini,Salah dan silap lupakan saja.Mudik ke Serada berperahu payang,Sambil menantang bunga setanggi;Kalau ada usia nan panjang,Karnival mendatang bertemu lagi.Sebarang kelemahan harap dimaafiSegala kerjasama sangat dihargaiTerima kasih daun keladiKenangan nan indah simpanlah di hatiAmpun maaf andainya terkasar bahasa, terkhalif bicara dan kurang manis bermadah pujangga sepanjang karnival ini berlangsung.Sekian wbt ssalamualaikum.

Teks Pengacara Majlis Pertandingan Pidato

Bertongkat si buta di atas pematang,

Berenang si kelah di hujung muara;

Pemanis kata selamat datang,

Awal bismillah pembuka bicara.Bismillahhirrahmanirrahim,Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarkaatuh, Selamat Pagi,Salam Perpaduan dan Salam Satu Malaysia.Yang Berusaha, Encik/Pn....................................................,

Wakil Pejabat Pelajaran Daerah Simunjan,

Merangkap Penyelaras Jawatankuasa Induk Pertandingan Catan

Peringkat Daerah Simunjan.Yang Berusaha, Cikgu Anthony Bin Jabang,Guru Besar,SK Gawang Empili,Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Pertandingan Catan ,

Peringkat Daerah Simunjan.Yang Berusaha, Cikgu Patong binti Mohamad,

Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Berusaha, Cikgu Merta Gasah,

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang Berusaha, Cikgu Constance,

Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum,

Merangkap Penyelaras Jawatankuasa Kerja Pertandingan Catan Peringkat Daerah Simunjan bagi tahun 2015.Yang Dihormati ,Guru-Guru Pengiring, Peserta-Peserta , Tuan-Tuan, Puan-Puan Serta Murid-Murid Yang Di Kasihi Sekalian.Alhamdulillah.Bersyukur Kita Ke Hadrat Allah Swt Kerana Dengan Keizinannya Dapat Kita Bersama-Sama Memeriahkan Majlis Kita Pada Pagi Ini IaituPertandingan Catan Peringkat Daerah Simunjan.Dengan Kesempatan Ini,Majlis Mengucapkan Selamat Datang Dan Majlis Amat Mengalu-Alukan Kehadiran Sekalian Di Dewan Serbaguna SK Gawang Empili pada pagi ini.Untuk Makluman Hadirin,Pertandingan Catan Peringkat Daerah Simunjan Telah Menerima Sebanyak ____ Penyertaan Dari Sekolah-Sekolah Dalam Daerah Simunjan yang Terdiri Dari Zon Simunjan, Ulu Simunjan, Sebuyau, Sebangan dan Telagus.Hadirin Yang Dihormati Sekalian.Dengan Harapan Semoga Majlis Kita Pada Pagi Ini Akan Berjalan Dengan Lancar Dan Akan Lebih Diberkati Allah Swt,Majlis Menjemput Ustaz Arman,

Untuk Mengetuai Bacaan Doa. Dengan Segala Hormatnya Dipersilakan.bacaan doaMajlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada Ustaz Arman

Untuk BacaanDoa Sebentar Tadi.Guru-Guru Pengiring, Peserta-Peserta Dan Murid-Murid Sekalian,Majlis Seterusnya Menjemput Yang Berusaha, Cikgu Jekian Selaku

Ketua Panitia Pendidikan Seni Visual

Sekolah Kebangsaan Gawang Empili,

Untuk Membacakan Serta Menerangkan Syarat-Syarat Pertandingan Dan Seterusnya Memperkenalkan Barisan Panel Juri Hakim Yang Akan Menghakimi Pertandingan Catan Yang Akan Berlangsung sebentar sahaja lagi.

Majlis Merakamkan Ucapan Terima Kasih Kepada Cikgu Jekian

Untuk Bacaan dan penerangan tentangSyarat-syarat Pertandingan Catan itu tadi.

.Dengan selesainya bacaan dan penerangan tentang syarat-syarat pertandingan catan oleh Cikgu Jekian itu tadi, maka rasmilah dan bermulalah sudah pertandingan catan peringkat Daerah Simunjan Bagi Tahun 2015 ini.

Kepada semua peserta bagi setiap zon yang mengambil bahagian pada pertandingan catan kali ini,

Bolehlah bersedia dengan media dan bahan masing-masing,

bergerak dan mengambil tempat duduk sepertimana yang telah disediakan dan ditetapkan oleh pihak penganjur.

Selamat Bertanding dan Semoga Berjaya.

Melayang serindit di atas permatang

Merbah berkicau dihujung muara

Pemanis kata selamat datang

Awal Bismillah pembuka bicara

Bismillahi rahmanir rahim.

Assalamualaikum w.b.tSejajar meranti di tanah rendah,

Mencelah berangan tegak merendang

Keputusan dinanti di tangan sudah,

Adat pertandingan ada pemenang .

Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu untuk kita mengetahui peserta manakah yang menjuarai pertandingan bercerita dan pertandingan pidato peringkat daerah Marang ini.UNTYK MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN. DENGAN SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA.

ucapan perasmianTERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERBAHAGIA...........................DI ATAS UCAPAN PERASMIAN SEBENTAR TADI.

SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT YANG BERUSAHA,......................UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA YANG BERBAHAGIA..................................

DIPERSILAKAN.

penyampaian cenderahatiTERIMA KASIH DIUCAPKAN.

MAKA DENGAN INI,RASMILAH SUDAH PERTANDINGAN PIDATO ........................,PERINGKAT ZON B NEGERI SARAWAK.

UNTUK TIDAK MELENGAHKAN MASA MAJLIS AKAN DISERAHKAN KEPADA.............................................SELAKU PENGERUSI PERTANDINGAN PIDATO KITA PADA PAGI INI. DIPERSILAKAN TUAN PENGERUSI.

majlis diserahkan kepada pengerusi pertandingan.selepas majlis diserahkan semula kepada pengacara majlisTERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PENGERUSI MAJLIS,........................................

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,SEBENTAR LAGI KITA AKAN DIPERSEMBAHKAN DENGAN NYAYIAN LAGIU-LAGU PATRIOTIK YANG AKAN DIPERSEMBAHKAN OLEH KUMPULAN KOIR ..................................................DUA BUAH LAGU YANG AKAN DISAMPAIKAN IAITU..............................................DAN.......................DIPERSILAKAN.

persembahan koirTERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA KUMPULAN KOIR...............................DI BAWAH BIMBINGAN.........................................

SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ,MAJLIS BERBESAR HATI MENJEMPUT YANG BERUSAHA.........................................UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI DARI PIHAK PENGANJUR.DIPERSILAKAN.

DIJEMPUT PENYELARAS PERTANDINGAN PIDATO............................................PERINGKAT ZON A ,DARI JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK, ENCIK...................................................

SETERUSNYA CENDERAHATI KEPADA PANEL HAKIM.

DIJEMPUT EN.......................................

EN........................................

EN.........................................

DAN EN.........................................

SETERUSNYA PENYAMPAIAN SIJIL SIJIL PENGHARGAAN KEPADA GURU-GURU PENGIRING .

DIJEMPUT(RUJUK SENARAI )

DAN PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN KEPADA PARA PESERTA.

MENDAHULUI SENARAI DIJEMPUT (RUJUK LAMPIRAN)

SETERUSNYA DI JEMPUT PEMENANG PERTANDINGAN PIDATO................................

PEMENANG TEMPAT KETIGA DIPERSILAKAN.................................................DARI SEKOLAH..........................................................MEMBAWA PULANG WANG TUNAI RM 500 BERSAMA TROFI ,SIJIL PENYERTAAN DAN SEBUAH KOMPUTER RIBA.

NAIB JOHAN DIPERSILAKAN ADIK..............................................DARI SEKOLAH.......................................................MEMBAWA PULANG WANG TUNAI SEBANYAK RM 750 BERSAMA TROFI,SIJIL PENYERTAAN.SEBUAH KOMPUTER RIBA PERIBADI DAN SEBUAH KOMPUTER UNTUK PIHAK SEKOLAH.

DAN JOHAN PERTANDINGAN PIDATO................................................TAHUN......................

TELAH DISANDANG OLEH ADIK............................................................DARI SEKOLAH..............................................................MEMBAWA PULANG WANG TUNAI RM1000 BERSAMA TROFI,SIJIL PENYERTAAN,SEBUAH KOMPUTER RIBA.SIMPANAN ASB RM 300.SEBUAH KOMPUTER UNTUK PIHAK SEKOLAH.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PEMENANG DAN TAHNIAH JUGA KEPADA PESERTA-PESERTA YANG TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN.TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA..................................................................ATAS PENYAMPAIAN HADIAH ITU TADI.

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI.

KINI TIBALAH MASANYA KITA KE KEMUNCAK ACARA BAGI MENYAKSIKAN YANG TERBAIK ANTARA YANG BAIK,YANG TERHEBAT DIANTARA YANG HEBAT.JUSTERU ITU,SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN PIDATO DARIPADA JUARA KITA.

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ADIK.................................................JUARA PERTANDINGAN PIDATO................................................................

TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI.

KITA TELAHPUN BERADA DIPENGHUJUNG MAJLIS.DIKESEMPATAN INI ,MEWAKILI JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN PIDATO,MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEANDAINYA TERDAPAT KEKURANGAN SEPANJANG MAJLIS INI BERLANGSUNG.

SEKIAN TERIMA KASIH

EKS PENGACARAPERTANDINGAN PUISI DAN LAGUDAERAH KINTA UTARA ZON 2dewan smk st Michael, ipoh 2 april 2010Cuesetelah mendapat isyarat guru kanan bahasa, pengacara mengumumkan

AAcara pertandingan akan dimulakan sebentar lagi. Para peserta dan tetamu dipersilakan mengambil tempat. Terima kasih.

CueSetelah keadaan tenteram, dan sekali lagi mendapat isyarat guru kanan bahasa

BAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera. Salam puisi dan lagu!Bagi pihak jawatankuasa pertandingan puisi dan lagu zon 2 daerah Kinta Utara, saya dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran tuan puan, dan saudara saudari ke dewan SMK St Michael, Ipoh ini. Moga kehadiran anda semua bakal mengakrabkan hubungan sesama kita warga sekolah zon 2 Daerah Kinta Utara. Di samping bersaing secara sihat, aktiviti seumpama ini juga berupa proses pembelajaran sebagai persediaan pelajar menempuh kehidupan sosial dan rasmi pada masa hadapan dengan lebih yakin, insya-Allah. Saya, dan rakan pengacara . memohon untuk memulakan acara pertandingan.

AYang Berusaha Encik Poon Chong Chee, Pengetua SMK St Michael, Ipoh, Encik Mohamad Sidik bin Zakaria, Guru Kanan Bahasa SMI merangkap penyelaras pertandingan, hakim pertandingan, guru, peserta, dan seterusnya hadirin yang dimuliakan. Sebagai pembuka kata majlis pertandingan, saya dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Poon Chong Chee, Pengetua SMK St Michael, Ipoh selaku tuan rumah menyampaikan sepatah dua kata aluan.

Cuesetelah selesai ucapan pengetua, tunggu hingga pengetua mengambil tempat

BTerima kasih Encik Poon Chong Chee. Sebelum pertandingan bermula izinkan saya membacakan peraturan pertandingan. Setiap pasukan tidak melebihi enam orang, dan puisi yang dilagukan hendaklah karya asli pelajar berkenaan.Tema yang ditetapkan ialah "", "", dan "..", dan peserta dibenarkan memilih salah satu daripada tiga tema yang disebutkan. Seyogia diingatkan bahawa perkara sensitif seumpama agama, budaya dan kaum perlu dielakkan.

APuisi dideklamasikan oleh seorang pelajar sahaja dengan iringan muzik secara langsung (live). Melodi juga merupakan karya asli pasukan. Seterusnya puisi yang sama akan dinyanyikan secara solo (individu) atau berkumpulan, dengan iringan muzik oleh ahli kumpulan yang sama, tanpa menambah, atau mengurangkan perkataan daripada puisi asal. Sebagai makluman, alat muzik iringan yang digunakan mestilah alat muzik akustik, yakni tanpa elektrik (unplug)

BPenggunaan masa bagi kedua-dua aktiviti ialah 6 minit.Setiap satu minit yang lebih akan dipotong 2 markah.Persembahan bagi kedua-dua aktiviti ialah 8 minit. Masa dikira setelah peserta mengambil tempat di atas pentas dan memulakan persembahan. Giliran peserta adalah berdasarkan undian yang telah dibuat.

ASaya dengan ini menjemput para hakim pertandingan, dan penjaga masa mengambil tempat. Dijemput.

CueSetelah hakim dan penjaga masa mengambil tempat

AIzinkan saya memperkenalkan tiga orang panel hakim pertandingan. Yang pertama, ...selaku ketua hakim. Kedua,.. ... Ketiga, ... Keputusan hakim adalah muktamad, dan sebarang bantahan tidak dibenarkan.

BPenjaga masa pertandingan ialah _________________________________. Setelah cukup tempoh masa yang diperuntukkan, penjaga masa akan menekan loceng sebanyak dua kali.

CueSetelah penjaga masa menekan loceng dua kali sebagai contoh

APertandingan Puisi dan Lagu Peringkat Zon 2 Sekolah Menengah Daerah Kinta Utara tahun 2010 dimulakan dengan menjemput peserta pertama dari SMK ___________________________________

CueSelesai persembahan peserta pertama, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu isyarat ketua hakim sebelum menyambung pertandingan

ADemikian persembahan penuh kreativiti peserta pertama. Seterusnya majlis mempersilakan peserta kedua dari SMK _____________________________________

CueSelesai persembahan peserta kedua, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu isyarat ketua hakim sebelum menyambung pertandingan

BTerima kasih. Satu persembahan yang mengkagumkan. Kini tiba giliran peserta ketiga.

Peserta dari SMK _______________________________________ dijemput

CueSelesai persembahan peserta ketiga, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu isyarat ketua hakim sebelum menyambung pertandingan

BSelain terhibur, persembahan peserta ketiga sebentar tadi menampilkan mesej untuk direnungkan. Nampaknya saingan kian hangat. Hadirin hadirat. Mari kita tumpukan perhatian terhadap persembahan peserta keempat dari SMK ___________________________________________________

CueSelesai persembahan peserta keempat, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu isyarat ketua hakim sebelum menyambung pertandingan

ATerima kasih peserta keempat yang merupakan peserta terakhir

CueSelesai persembahan peserta terakhir, dan mereka selamat turun pentas.

ADengan berakhirnya persembahan peserta keempat. debaran kian memuncak. Peserta manakah yang akan menyandang gelaran johan pertandingan puisi dan lagu Zon 2 sekolah menengah daerah Kinta Utara tahun 2010? Pasukan manakah yang bakal membawa pengiktirafan berupa sijil daripada Pejabat Pelajaran Daerah? Penglibatan dan pencapaian yang tercatat ialah tanda penyertaan dalam aktiviti kokurikulum peringkat zon.

BKita beri masa kepada panel hakim untuk memuktamadkan keputusan. Sementara itu kesempatan masa yang ada boleh digunakan untuk berinteraksi dan bertanya khabar dengan para peserta yang hebat-hebat belaka.

CueMuzik instumental (cd) dimainkan

Setelah hakim menyerahkan keputusan pertandingan, muzik instrumental dihentikan

AKini tiba detik yang dinantikan, iaitu pengumuman keputusan yang sudah pun berada di tangan pengacara. Sebelum pemenang diisytiharkan, bagi pihak majlis saya dengan sukacitanya mempersilakan Encik Mohamad Sidik bin Zakaria mengiringi Pengerusi Jawatakankuasa Pengelola Pertandingan, Encik Poon Chong Chee naik ke pentas bagi menyempurnakan penyampaian cenderamata dan hadiah.

CueTunggu hingga pengetua, En Sidik, dan pembawa dulang sijil mengambil tempat

BTanpa para hakim yang bijaksana, sesuatu pertandingan tidak akan dapat dijalankan. Sebagai menghargai kesudian mereka meluangkan masa, pihak penganjur menyediakan oleh-oleh yang tidak sepertinya. Dipersilakan ... Terima kasih daun keladi. Jika diundang, harap datang lagi.

CueSelesai penyampaian sagu hati kepada hakim, dan mereka selamat turun pentas

ADebaran peserta bakal bertemu titik noktah. Diumumkan pemenang ketiga jatuh kepada peserta dari SMK _________________________________________________Dipersilakan naik ke pentas.

CueSelesai penyampaian hadiah kepada pemenang ketiga, dan mereka selamat turun pentas

BPemenang kedua jatuh kepada SMK ________________________________________Syabas. Dipersilakan.

CueSelesai penyampaian hadiah kepada pemenang kedua, dan mereka selamat turun pentas

A, BJohan pertandingan puisi dan lagu peringkat zon 2 sekolah menengah daerah Kinta tahun 2010.. SMK _______________________________________________

CueSelesai penyampaian hadiah kepada johan , dan mereka selamat turun pentas

ATerima kasih Encik Poon, dan Encik Sidik. Tahniah kepada semua pemenang, dan tahniah juga kepada peserta yang lain yang telah berusaha gigih dan memberi saingan. Jadikan pengalaman ini satu kenangan manis yang pernah kalian lalui.

CueSetelah En. Poon dan En Sidik mengambil tempat

BMajlis berakhir di sini. Bagi pihak majlis dan Jawatankuasa Pengelola pertandingan, saya memohon maaf andainya terdapat kesilapan dan kekurangan yang berlaku. Seterusnya saya dengan sukacitanya menjemput para tetamu, hakim, guru pengiring, dan peserta menikmati kudapan.Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hingga jumpa lagi.