teks pengacara majlis untuk program satellite sains center

7
8/8/2019 Teks Pengacara Majlis Untuk Program Satellite Sains Center http://slidepdf.com/reader/full/teks-pengacara-majlis-untuk-program-satellite-sains-center 1/7 BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS TEKS PENGACARA MAJLIS  UNTUK  PROGRAM ”SATELITTE SCIENCE CENTER” TAHUN 2010 6 NOVEMBER – 7 NOVEMBER 2010 PKG GEMENCHEH

Upload: azie

Post on 10-Apr-2018

279 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengacara Majlis Untuk Program Satellite Sains Center

8/8/2019 Teks Pengacara Majlis Untuk Program Satellite Sains Center

http://slidepdf.com/reader/full/teks-pengacara-majlis-untuk-program-satellite-sains-center 1/7

BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKANNEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

TEKS PENGACARA MAJLIS

 

UNTUK

 PROGRAM ”SATELITTE SCIENCE

CENTER”

TAHUN 2010

6 NOVEMBER – 7 NOVEMBER 2010

PKG GEMENCHEH

Page 2: Teks Pengacara Majlis Untuk Program Satellite Sains Center

8/8/2019 Teks Pengacara Majlis Untuk Program Satellite Sains Center

http://slidepdf.com/reader/full/teks-pengacara-majlis-untuk-program-satellite-sains-center 2/7

Masa CUE ANN 1

8.45 Ketibaan tetamu Biji selasih boleh dimakanMenjadi perisa sedap terperi

Selamat datang kami ucapkanSemoga majlis tambah berseri

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuandan puan-puan ke Program ” Satellite Science Centre” diPKG Gemencheh Tahun 2010.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirinsekalian, majlis perasmian akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian

diminta mengambil tempat.

Masa CUE ANN 2

8.55 am Ketibaan wakilPengarah JPNS

Mengumumkan ketibaan En Tajudin bin Abd RahmanPenolong Pegawai Pelajaran Daerah Tampin, ke Program ”Satellite Science Centre”

Masa CUE ANN 3

9.00 am Lagu Negara kudimainkan

Para tetamu jemputan danhadirin dijemput

duduk

Lagu Negara ku dimainkan.....

Yang Berbahagia En Tajudin serta hadirin sekalian dijemputduduk.

Page 3: Teks Pengacara Majlis Untuk Program Satellite Sains Center

8/8/2019 Teks Pengacara Majlis Untuk Program Satellite Sains Center

http://slidepdf.com/reader/full/teks-pengacara-majlis-untuk-program-satellite-sains-center 3/7

Masa CUE ANN 4

9.00 am Setelah semua

hadirin berada ditempat duduk

Daun Layu di tengah gurun

Nampak jalur pohon cemaraTradisi Melayu turun temurun

Pantun ditutur pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salamsejahtera, salam 1 Malaysia.

 Yang Berbahagia En Tajudin bin Abd RahmanPenolong Pegawai Pelajaran Daerah Tampin(Mewakili Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran NegeriSembilan)

Yang Berbahagia Cik Phyllis Lam Li WanKetua Penolong Pengarah Pusat Sains Negara

Yang Berusaha En. Abdullah bin Yussuf Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi PendidikanNegeri Sembilan

Yang Berusaha En Zainal bin Yusof Guru Besar SK Datuk Abdullah(Merangkap Pengerusi PKG Gemencheh)

Para Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Tampin

Ketua-ketua Jabatan dari Agensi:MRSM, Polis, Pejabat Kesihatan, Pejabat Haiwan

Semua Urusetia Program yang terdiri daripada :Pegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Negeri SembilanPegawai-pegawai Teknologi Pendidikan Pusat Kegiatan GuruSeluruh Negeri SembilanGuru-guru SK Datuk AbdullahAgensi Pameran (MIMOS, Nuklear Malaysia, CETREEPUSTAKA, Bomba, Planetarium Negara, Jab. Meteorologi,Remote Sensing, AELB, MRM, Jab. Falak USM & UKM

Para guru, pelajar, hadirin dan hadirat yang dihormatisekalian

Page 4: Teks Pengacara Majlis Untuk Program Satellite Sains Center

8/8/2019 Teks Pengacara Majlis Untuk Program Satellite Sains Center

http://slidepdf.com/reader/full/teks-pengacara-majlis-untuk-program-satellite-sains-center 4/7

Masa CUE ANN 5

9.05 am Setelah semua para

tetamu jemputandan hadirin duduk

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta

mengalu-alukan kehadiran yang berbahagia En TajudinPenolong Pegawai Pelajaran Daerah Tampin (MewakiliPengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan), keProgram ”Satellite Science Centre” tahun 2010. Majlis jugamengucapkan selamat datang kepada semua para tetamu

  jemputan, tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin yangdimuliakan.

Masa CUE ANN 6

9.05 am Bacaan doa

Selepas bacaan doa

Kalau pergi ke Tanjung KeramatSinggah sebentar rumah Cik Samad

Bersama kita memohon rahmatMoga majlis mendapat berkat

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan En. MohdAris bin Yusof Pegawai Teknologi Pendidikan BahagianTeknologi Pendidikan Negeri Sembilan untuk memimpinbacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih atas bacaan doa itu tadi.

Masa CUE ANN 7

9.10 am Ucapan alu-aluanKPP PSN

Ke Pekan Kuala membeli bingkaSayang pesanan terlupa sudah

Majlis bermula tirai dibukaDengan alunan madah nan indah

Kuntum melati tumbuh melataBurung merbah di pohon cemara

Assalamualaikum pembuka bicaraSelamat datang untuk semua

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana

dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-samasekali lagi dalam Majlis Perasmian Program ” SatelliteScience Centre” Anjuran Pusat Sains Negara dengankerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilandan Pusat Kegiatan Guru Gemencheh.

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tetamu jemputan,para tetamu, tuan-tuan, puan-puan serta hadirin sekalian keprogram ini.

Page 5: Teks Pengacara Majlis Untuk Program Satellite Sains Center

8/8/2019 Teks Pengacara Majlis Untuk Program Satellite Sains Center

http://slidepdf.com/reader/full/teks-pengacara-majlis-untuk-program-satellite-sains-center 5/7

Masa CUE ANN 8 

9.12 am Ucapan Alu-aluan

KPP PSN

Hadirin yang dihormati,

Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dimulakan denganucapan alu-aluan oleh Yang Berbahagia Cik Phyllis Lam LiWan (Ketua Penolong Pengarah Pusat Sains Negara). Majlisdengan hormatnya mempersilakan.

Masa CUE ANN 99.20 am Setelah selesai

ucapan KPP PSNDemikianlah tadi ucapan alu-aluan daripada Yg Bhg CikPhyllis Lam Li Wan (Ketua Penolong Pengarah PSN). Pihakmajlis mengucapkan terima kasih kepada Yg Berbahagia CikPhyllis atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian, seterusnya majlis denganhormatnya menjemput dan mempersilakan Y Bhg En Tajudinbin Abd Rahman (Penolong Pegawai Pelajaran DaerahTampin) mewakili Pengarah Pelajaran Jabatan PelajaranNegeri Sembilan untuk menyampaikan ucapan danseterusnya merasmikan Program ”Satllite Science Centre”Anjuran Pusat Sains Negara dengan kerjasama BahagianTeknologi Negeri Sembilan dan PKG Gemencheh.

Masa CUE ANN 10

9.30 am Setelah selesaiucapan Pengarah

JPNS

Penyampaianhadiah pertandinganmewarna.

Begitulah berakhirnya ucapan Yg Bhg En Tajudin bin AbdRahman (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Tampin).

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas ucapandan kesudian merasmikan Program ”Satellite Science Centre”sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Majlis diteruskan dengan Penyampaian Hadiah PertandinganMewarna bagi kanak-kanak Pra-Sekolah.

Untuk memulakan penyampaian hadiah, dipersilakan Yg BhgCik Phyllis (KPP PSN) dengan diiringi Yang Berusaha EnAbdullah bin Yussuf (KPP BTPNNS) menjemput danmengiringi Yg Bhg En Tajudin bin Abd Rahman untuk

menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Senarai nama pemenang:10. (saguhati)9. (saguhati)8. (saguhati)7. (saguhati)6. (saguhati)5. (saguhati)4. (saguhati)

Page 6: Teks Pengacara Majlis Untuk Program Satellite Sains Center

8/8/2019 Teks Pengacara Majlis Untuk Program Satellite Sains Center

http://slidepdf.com/reader/full/teks-pengacara-majlis-untuk-program-satellite-sains-center 6/7

3. ( ketiga )2. ( kedua )1. (pertama )

Masa CUE ANN 119.45 am Setelah selesai

penyampaian

hadiah

Penyampaiancenderamatakepada wakilpengarah JPNS danBTPNNS

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih kepada Yg Bhg En Tajudin atas kesudian

menyampaikan hadiah-hadiah sebentar tadi.

Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan segalahormatnya mempersilakan Yg Bhg Cik Phyllis untukmenyampaikan cenderamata kepada Yg Bhg En Tajudin.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Seterusnya dijemput En. Abdullah bin Yussuf (KPP BTPNNS)untuk menerima cenderahati daripada PSN.

Masa CUE ANN 1210.00 am Setelah selesai

penyampaiancenderahati kepadawakil pengarahJPNS dan BTPNNS

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg BHG Cik

Phyllis atas kesudian menyampaikan cenderamata itu tadi.

Masa CUE ANN 1310.05 am Lawatan ke Tapak

Pameran dan jamuan VIP.

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Sempurnalah sudah Majlis Perasmian ” Satellite ScienceCentre ” pada pagi ini. Semoga program dan pameran yang

dijalankan dapat meningkatkan lagi minat para pelajar kepada mata pelajaran sains dan menjadikannya sebagaisatu pembelajaran yang menyeronokkan bagi mereka. Disamping itu, program ini juga diharapkan akan turut memberimanafaat kepada guru-guru khususnya dan masyarakatsetempat amnya dalam perkembangan teknologi sains yangterkini.

Seterusnya, majlis menjemput Yg Bhg En. Tajuddin, diiringiCik Phyllis, En Abdullah dan para tetamu jemputan ke TapakPameran yang diadakan di tapak perhimpunan SK DatukAbdullah dan juga PKG Gemencheh. Seterusnya menikmati

  jamuan yang telah disediakan. Majlis dengan segala

hormatnya mempersilakan.

Page 7: Teks Pengacara Majlis Untuk Program Satellite Sains Center

8/8/2019 Teks Pengacara Majlis Untuk Program Satellite Sains Center

http://slidepdf.com/reader/full/teks-pengacara-majlis-untuk-program-satellite-sains-center 7/7

Masa CUE ANN 14

10.10 am Penutup Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Berakhirlah sudah majlis perasmian pada pagi ini. Walaubagaimanapun program yang dijalankan akan diteruskanhingga ke petang nanti dan juga keesokkan hari iaitu hariAhad. Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan para hadirinuntuk melawat ke tapak pameran dan mengambil bahagiandalam bengkel, ceramah dan demonstrasi yang dijalankan.

Tuan-tuan dan puan-puan serta para pelajar boleh merujukbuku program yang disediakan untuk mengetahui aturcarayang telah disediakan sepanjang 2 hari program dijalankan.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah

menjayakan dan hadir ke program ini dan majlis di akhiridengan dua rangkap pantun :

Di atas dahan pohon tempuaMelihat rusa tepi perigi

Salam perpisahan untuk semuaDi lain masa bersua lagi

Bunga seroja di atas cemaraJatuh sekuntum di atas para

Andai kata tersilap bicaraKemaafan jua yang kami pinta

Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah w.b.t