teks pengacara majlis raya

5
Masa CATATAN 08.45 Mohon kerjasama kepada semua pensyarah dan pelajar, agar dapat memenuhi ruangan kosong yang terdapat di dalam dewan kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi, terima kasih. 09.00 (Ketibaan) Ketibaan Yang berbahagia , Tn.Hj. Ahmad Shobri Bin Saad, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, diiringi para pensyarah masuk ke dewan. SALUTASI Para Hadirin dipersilakan duduk. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Yang Berbahagia, Tn. Hj Ahmad Shobri Bin Saad, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim Yang Berusaha Tn. Dr. Hj. Baharuddin B. Yaacob, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim Yang Dihormati Tn. Hj Ibrahim B. Bakar, Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Ahli Majlis Mesyuarat Profesional, Pentadbiran dan Pengurusan, Pensyarah- pensyarah kanan, Para Pensyarah dan Siswa Pendidik yang dikasihi sekalian. Bersongkok sampin segak bergaya Berbaju kurung anggun jelita Ucapan keramat Selamat Hari Raya

Upload: zurina-hanim-mohd-musleh

Post on 14-Dec-2015

2.696 views

Category:

Documents


71 download

DESCRIPTION

majlis raya jabatan

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengacara Majlis Raya

Masa CATATAN

08.45

Mohon kerjasama kepada semua pensyarah dan pelajar, agar dapat memenuhi ruangan kosong yang terdapat di dalam dewan kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi, terima kasih.

09.00(Ketibaan)

Ketibaan Yang berbahagia , Tn.Hj. Ahmad Shobri Bin Saad, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, diiringi para pensyarah masuk ke dewan.

SALUTASI Para Hadirin dipersilakan duduk.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia, Tn. Hj Ahmad Shobri Bin Saad, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

Yang Berusaha Tn. Dr. Hj. Baharuddin B. Yaacob, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

Yang Dihormati Tn. Hj Ibrahim B. Bakar, Ketua Jabatan Jabatan Pengajian Melayu IPG Kampus Sultan Abdul Halim.

Ahli Majlis Mesyuarat Profesional, Pentadbiran dan Pengurusan, Pensyarah-pensyarah kanan, Para Pensyarah dan Siswa Pendidik yang dikasihi sekalian.

Bersongkok sampin segak bergayaBerbaju kurung anggun jelitaUcapan keramat Selamat Hari RayaTangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kitaKetupat rendang pembuka seleraTangan dihulur maaf dipintaAgar ukhwah terjalin mesra

Teks Pengacara Malam

Semarak Kasih & Jamuan Aidilfitri

Anjuran Majlis Mesyuarat

Profesional, Pentadbiran

dan Pengurusan

Jabatan Pengajian Melayu

IPG Kampus Sultan Abdul

Halim

Page 2: Teks Pengacara Majlis Raya

Masa

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa.

Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di Dewan ini bagi meraikan Malam Semarak Kasih dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Majlis Mesyuarat Profesional, Pentadbiran dan Pengurusan dan Jabatan Pengajian Melayu bagi tahun 2015.

DOA Hadirin Yang Dihormati,

Jamuan Hari Raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Saudara Muhd Nurfikri B. Maseri bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan ]

…Amin amin Ya Rabbal A-laminterima kasih Saudara Muhd Nurfikri B. Maseri atas pimpinan pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis yang berlangsung diberkati olehNya.

PERSEMBAHAN Hadirin sekalian,

Seterusnya, saya menyerahkan majlis kepada Saudari Pereira Sabin dan Saudara Muhd Saiful B. Othman.

Dipersilakan,

PEREIRA & SAIFUL

UCAPAN TIMBALANMajlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Tn. Dr. Hj. Baharuddin B. Yaacob untuk menyampaikan sepatah dua kata.…….Terima kasih diucapkan kepada Tuan Timbalan Pengarah atas ucapan sebentar tadi.

UCAPAN PENGARAH

Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian,

Lemang dihidang enak rasanya,Nasi arab pilihan kita,

Bingkisan kata bingkisan raya,Tuan Pengarah bermadah bicara.

Seterusnya, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia, Tn. Hj Ahmad Shobri B. Saad, Pengarah IPG Kampus Sultan Abdul Halim untuk menyampaikan sepatah dua kata.Dipersilakan.…

Page 3: Teks Pengacara Majlis Raya