teks pengacara majlis ncd arabella

9
TEKS PENGACARA PROGRAM _____________________________________________________________________ _ 800AM PENDAFTARAN PESERTA SENAMROBIK ACARA WALKATHON JUNIOR REMAJA SENIOR VETERAN PENGERUSI JMB PUNCAK ARABELLA Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 M’sia Buat ketupat bersama rendang Jadi hidangan dalam keramaian Kami mengucapkan selamat datang Ke program NCD demi kesihatan Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi. Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat Yang Berbahagia Tan Sri, dif-dif kehormat serta hadirin sekalian dijemput duduk. 1

Upload: norazliah-ani

Post on 06-Jul-2015

1.618 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks pengacara majlis ncd arabella

TEKS PENGACARA PROGRAM ______________________________________________________________________

800AM PENDAFTARAN PESERTA

SENAMROBIK ACARA WALKATHON JUNIOR REMAJA SENIOR VETERANPENGERUSI JMB PUNCAK ARABELLA

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 M’sia

Buat ketupat bersama rendangJadi hidangan dalam keramaian

Kami mengucapkan selamat datangKe program NCD demi kesihatan

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat Yang Berbahagia Tan Sri, dif-dif kehormat serta hadirin sekalian dijemput duduk.

1

Page 2: Teks pengacara majlis ncd arabella

SENARAI VIP DAN JEMPUTAN

1. Yang Berhormat Dato’ Ho Yip Kap, ADUN Tanah Rata

2. Yang Berusaha En Nana Khurizan, Pengerusi JMB Puncak Arabella

3. Yang Berbahagia Dr

4. Barisan panel penasihat NCD

5. Barisan AJK pengelola majlis, sukarelawan NCD, para jemputan dan seluruh penduduk Puncak Arabella yang saya kasihi

UCAPAN ALU-ALUAN

Sayang melukut ditepi gantangHimpunan tikar padian huma

Tuan dijemput sudahlah datangBerbesar hati kami menerima

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama dalam majlis Pelancaran Program Intervensi NCD anjuran Pejabat Kesihatan dengan kerjasama Majlis Daerah, RELA dan JMB Puncak Arabella sendiri .

2

Page 3: Teks pengacara majlis ncd arabella

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat Dato’ Ho Yip Kap, dif-dif kehormat, serta para jemputan ke majlis ini.

Untuk makluman hadirin sekalian, program Non Communicable Disease atau pendekknya NCD bertujuan menangani risiko penyakit tidak berjangkit seperti hipertensi, diabetes dan obesiti yang semakin meningkat.

UCAPAN ALU-ALUAN OLEH – YG BERUSAHA EN NANA KHURIZAN Hadirin yang dihormati,

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Nana Khurizan selaku pengerusi JMB Puncak Arabella. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengerusi atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi....

UCAPAN PERASMIAN – Yang Berhormat Dato’ Ho Yip Kap

Bagi meneruskan acara, majlis dengan hormatnya menjemput Yang Berhormat Dato’ Ho Yip Kap untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menutup secara merasmikan Pelancaran Program Intervensi NCD. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

3

Page 4: Teks pengacara majlis ncd arabella

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas ucapan Yang Berhormat Dato’ sebentar tadi.

PENYAMPAIAN HADIAH

Untuk menyempurnakan acara, dipersilakan ____________________________ untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Penyampaian hadiah dimulakan dengan :

Tidak goyah pancang seribu,Tika masih badai menderu;Engkau ayah engkaulah ibu,Menumpang kasih mengubat rindu.

Pertandingan Walkathon kategori veteran (lelaki).

Tempat KelimaTempat KeempatTempat Ketiga Tempat Kedua Tempat Pertama

Pertandingan Walkathon kategori veteran (wanita).

Tempat KelimaTempat KeempatTempat Ketiga Tempat Kedua Tempat Pertama

Terima kasih kepada _________________________________

4

Page 5: Teks pengacara majlis ncd arabella

Berikutnya kategori senior, dipersilakan ____________________________ untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Curah serbat di atas lantai,Basah tikar lupa disidai;Dikau ibarat karang di pantai,Tak pernah gentar dipukul badai.

Pertandingan Walkathon kategori senior (lelaki).

Tempat KelimaTempat KeempatTempat Ketiga Tempat Kedua Tempat Pertama

Pertandingan Walkathon kategori senior (wanita).

Tempat KelimaTempat KeempatTempat Ketiga Tempat Kedua Tempat Pertama

Ucapan terima kasih kepada ______________________________________Diikuti kategori remaja, dipersilakan ____________________________ untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

5

Page 6: Teks pengacara majlis ncd arabella

Pergi ke Nilai membeli jamu,Jamu rasa dari tenggara;Semarakkan hidup dengan baktimu,Kepada bangsa juga negara.

Pertandingan Walkathon kategori remaja (lelaki).

Tempat KelimaTempat KeempatTempat Ketiga Tempat Kedua Tempat Pertama

Pertandingan Walkathon kategori remaja (perempuan).

Tempat KelimaTempat KeempatTempat Ketiga Tempat Kedua Tempat Pertama

Ucapan terima kasih kepada ______________________________________Diakhiri kategori junior, dipersilakan ____________________________ untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Anak dara ke Tanjung Batu,Janji bertemu di Teluk Bayu;Usia belum dimamah waktu,Cekalkan hati menambah ilmu.

6

Page 7: Teks pengacara majlis ncd arabella

Pertandingan Walkathon kategori junior (lelaki).

Tempat KelimaTempat KeempatTempat Ketiga Tempat Kedua Tempat Pertama

Pertandingan Walkathon kategori junior (perempuan).

Tempat KelimaTempat KeempatTempat Ketiga Tempat Kedua Tempat Pertama

PENYERAHAN ALATAN PROGRAM NCD

Majlis mengucapkan terima kasih kepada _________________________ atas kesudian itu tadi.

Pohon senduduk baru di tanam,Sayang mati di pijak pak tani;Dari duduk baik bersenam,Senang hati sihat jasmani

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia_____________________________________ untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang ______________________________sebagai simbolik pelancaran program intervensi NCD PKDCH. Majlis mempersilakan.

7

Page 8: Teks pengacara majlis ncd arabella

PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA _______________________

Majlis mengucapkan terima kasih kepada _________________________ atas kesudian itu tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Ber_______________________________________ untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berbahagia_______________________ _________ ,_______________________. Majlis mempersilakan.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA _________________________________

Majlis mengucapkan terima kasih kepada _________________________ atas kesudian itu tadi.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berbahagia_____________________________________,_________________________________________ untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Ber________________________________,______________________. Majlis mempersilakan.

8

Page 9: Teks pengacara majlis ncd arabella

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Ber______________________________________________.

JAMUAN RINGAN

Hadirin dan hadirat sekalian,

Kalau ada jarum yang patahJangan disimpan didalam peti

Majlis penyerahan selesailah sudahJumpa lagi di lain kali

Sempurnalah sudah majlis penyerahan program NCD PKDCH kepada JMB puncak Arabella pada hari ini. Semoga program ini akan menjana kesihatan total masyarakat. Saya mewakili seluruh AJK pengelola dan piha yang terlibat secara langsung atau tidak langsung memohon maaf atas segala kekurangan sama ada disengajakan atau tidak disengajakan.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Ber_____________________________ dan para jemputan dipersilakan ke Majlis Jamuan Ringan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

9