teks pengacara majlis-maulud

10
TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H ATUR CARA 8.30 pagi - Berarak dari Dewan - Bacaan Doa oleh Imam Masjid Kg Permatang Duku - Bacaan Al-Quran - Bacaan Rawi - Ucapan Pengerusi Sambutan - Ucapan YB - Persembahan nasyid - Ceramah Maulidur rasul - Penyampaian Cenderamata - Jamuan dan Bersurai 1

Upload: lily-amore

Post on 16-Nov-2015

208 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

sambutan maulidurrasul SKSS + SAKPM 2015

TRANSCRIPT

TEKS PENGACARA MAJLISSAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436H

ATUR CARA

8.30 pagi-Berarak dari Dewan-Bacaan Doa oleh Imam Masjid Kg Permatang Duku-Bacaan Al-Quran-Bacaan Rawi-Ucapan Pengerusi Sambutan-Ucapan YB-Persembahan nasyid-Ceramah Maulidur rasul -Penyampaian Cenderamata-Jamuan dan Bersurai

Teks Pengacara Majlis: Sambutan maulidur Rasul 2015

Tarikh :18 Januari 2015Hari :AhadMasa :8.30 pagiTempat:Dewan Sekolah Agama Kg Permatang Dukua

BilNoteAnnounce

1Kata Alu-aluan

. .

Assalamualaikum..WBT

Majlis mengucapkan Selamat Datang ke Sambutan Maulidur Rasul peringkat.. tahun 1436 H, 2015 Masihi.

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahidimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATIDiiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..

Yang BerhormatDatuk Ir Hasni Bin Muhammad - ADUn Benut,Yang Berusaha, - Penghulu Mukim BenutTn Hj Jabal Bin Kiman - Pengerusi BKSAPD

-GB Sek Agama Prmtg Duku Encik Mohd Sihholhafiz Bin Mohd Rukiban - Guru Besar SK Seri SetiaTn Hj Mohd Namsa B. Hj Bafi Imam Masjid Kg Permatang Duku,Yang berbahagia, Al-Fadhil Ustaz Hj Mohd fairuz Bin Ali Akhbar (Pendakwah, Pengurus Al-Bushro Consultat & Training) selaku penceramah pada hari ini,

Yang Dihormati,JKK Kampung, AJK Masjid,UMNO dan NGO Permatang Duku,Komuniti Bestari Permatang Duku,Barisan Guru Sek Agama Permatang Duku dan Sek Keb Seri Setia, murid-murid dan penduduk-penduduk Kg Permatang Duku.Dan seterusnya hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda serta deria rasa, untuk kita sama-sama berkumpul di dewan nan permai ini, Dewan .. bagi satu lagi majlis ilmu, meraikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah dan Kampung Pematang Duku tahun 2014 bersamaan dengan 1436 Hijrah.

Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekelian, Sambutan Maulidur Rasul ini bertujuan menyuburkan rasa cinta dan kasih kita kepada Junjungan Rasulullah S.a.w dan menzahirkan syiar Islam, di samping menguatkan semangat perpaduan dan silaturrahim sesama warga sekolah, selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun 1436 Hijrah; PERPADUAN NADI TRANSFORMASI NEGARA

2.Bacaan doaMenadah tangan tanda kerendahan,Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,Doa dipohon penuh pengharapan,Agar majlis mendapat keberkatan.

Hadirin yang dihormati sekalian,Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kita bersama-sama menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Jesteru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tn Hj Mohd namsa Bin Hj Badi untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

(Bacaan Doa)amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

3.PendahuluanHadirin warga dewan yang di rahmati Allah sekelian,

Sambutan maulidur rasul saban tahun diadakan bagi memperingati tarikh kelahiran junjungan kita junjungan besar Rasulullah SAWSeperti yang kita sedia maklum bahawa Rasullullah SAW merupakan pemimpin yang agung yang menjadi contoh umatbaginda sehingga akhir zaman. Di samping itu juga, majlis seumpama ini dapat menzahirkan rasa cinta dan kasih kita yang mendalam terhadap junjungan besar Rasulullah SAW.

Dari Anas r.a katanya Nabi s.a.w pernah bersabda.. Tidak (sempurna) iman seseorang kamu, sebelum ia lebihmencintai aku daripada mencintai ibubapanya, anaknya danmanusia umumnya.

Ya Allah, restui dan berkatilah junjungan kami nabi Muhammad SAW. Berkatilah keluarga dan sahabat baginda. Sejahterakanlah baginda selama-lamanya. Kami pohonkan sebanyak bilangan apa sahaja yang diketahui oleh Mu atau sebanyak perkara yang ditulis oleh kalam mu dan sebanyak yang dirangkum oleh kitab suci mu..Amin Ya Rabbal alamin

4.Bacaan Al-QuranHadirin dan hadirat yang di Rahmati Allah sekalian,

Marilah kita bersama-sama untuk menghayati BACAAN AYAT SUCI ALQURAN yang akan disampaikan oleh Saudara _____________________________________________________________________________.Ayat suci al-Quran yang akan diperdengarkan daripada surah_________________________bermula ayat_______hingga ayat_______

(Bacaan Al-Quran)

Sodakollahul azim...

Indahnya ayat al-Quran yang telah diperdengarkan tadi. Setinggi penghargaan kepada saudara ______________________________ atas komitmen bacaan al-Quran itu tadi.

Majlis kemudiannya menjemput para pelajar Sek keb Seri Setia untuk memperdengarkan bacaan Rawi.

(Bacaan Rawi)

Demikianlah tadi Bacaan Rawi daripada murid-murid Sek Keb Seri Setia di bawah pimpinan ..

5.Ucapan Pengerusi SambutanHadirin sekalian,

Bagi memulakan bingkisan ucapan, majlis dengan segala hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Tn. Hj Ab Jabal Bin Kiman, Pengerusi BKSAPD untuk menyampaikan bingkisan kata. Majlis mempersilakan.

(Ucapan)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi.

6.Ucapan YBMajlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Yang Berhormat, Datuk Ir Hasni Bin Muhammad selaku ADUN Benut. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan datuk.

(ucapan perasmian)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Yang Berhormat Datuk Ir Hasni Bin Muhammad untuk hadir sama dan menyampaikan ucapan sebentar tadi.

7.Persembahan NasyidRasulullah dalam mengenangmu,kami susuri lembaran sirahmu,pahit getir perjuangmu membawa cahaya kebenaran,

engkau taburkan pengorbananmu, untuk umatmu yang tercinta,biar terpaksa tempuh derita cekalnya hatimu menempuh ranjaunya,

tak terjangkau tinggi pekertimu,tak tergambar indahnya akhlakmu,tak terbalas segala jasamu, sesungguhnya engkau Rasul mulia.

Hadirin sekalian,Majlis kita pada pagi ini diteruskan lagi dengan persembahan nasyid daripada kumpulan .Dengan nyanyian lagu . Marilah sama-sama kita mendengar halwa telinga ini.(Nasyid)Sungguh lunak dan menyentuh rohani , emosi persembahan nasyid dari kumpulan . Itu tadi. Untuk pengetahuan hadirin, ahli kumpulan ini terdiri daripada remaja-remaja dari Kampung Permatang Duku di bawah pimpinan .

8.Ceramah Siddiq, amanah ,tabliq, fatonah,Sifat terpuji ..Menjaga pekerti mengamalkan sunnah,Perpaduan nadi transformasi negara

Warga dewan yang dirahmati sekelian,

(Biodata Penceramah)

Majlis maulidur rasul 1436 H ini diteruskan lagi dengan mendengan ceramah daripada penceramah jemputan kita. Oleh itu, marilah kita sama-sama meminjamkan sebentar mata, telinga dan hati kita agar ilmu yang bakal di sampaikan dapat kita hayati dan manfaat bersama. Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Ustaz Hj Mohd Fairuz Bin Ali Akhbaruntuk menyampaikan ceramahnya . Dipersilakan,

(Ceramah)

Demikian tadi pengucapan yang telus lagi kudus, penuh dengan pengajaran jua teladan. Semoga apa yang telah di sampaikan sebentar tadi dapat menambahkan ilmu dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian kita sebagai umat Islam. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Al-fadzil Ustaz Hj Mohd Fairuz Bin Ali Akhbar.

9.Cenderamata

Hadirin hadirat yang dikasihi sekelian,

Di kesempatan ini, pihak majlis berbesar hati untuk memberikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penceramah yang telah sudi menjayakan majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah dan KG Permatang duku tahun 1436 H ini.

Sehubungan dengan itu, majlis mempersilakan Yang Berhormat Datuk Ir Hasni Bin Muhammad diiringi Tn Hj Ab Jabal Bin Kiman, untuk menyempunakan penyampaian cenderamata kepada Ustaz Hj Mohd Fairuz bin Ali Akhbar.Majlis mempersilakan,(penyampaian cenderamata)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk yang telah sudi menyampaikan cenderamata itu tadi.

10Penutup Limau purut berbuah saratDipetik datuk di simpan di paraMakanan terhidang tanda isyaratIsyarat untuk menjamu selera

Hadirin warga dewan yang dirahmati sekelian.

Majlis kita telah sampai ke penghujungnya. Saya mewakili majlis, ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul/ samada secara langsung mahupun tidak.Ucapan terima kasih yang tulus ikhlas juga buat semua, atas kesudian hadir memeriahkan majlis ini.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.

Dijemput kepada semua tetamu VIP untuk menikmati jamuan hidangan di kantin sekolah, dipersilakan.

Marilah sama-sama kita akhiri Majlis pada hari ini dengan membaca tasbih kaffarahdan surah al Asr.

Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum wbt

8