teks pengacara majlis khatam al-quran

7
TEKS MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2010 Mengumumkan...Perarakan masuk YB Dato’ Hj Mohamad b Awang Tera, Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Chukai. Diiringi oleh dif-dif kehormat, YDP PIBG, guru besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, ibu bapa beserta murid-murid Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah 2010. Untuk itu Hadirin hadirat diminta berdiri... Terima kasih... ”Dari Dewan Darus Salam SK Kampung Tengah Kemaman, dipancarkan secara langsung Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2010.” Bismillah................................. ..... Alhamdulilahhirabbilalamin..Wasssala tuwassalamu ala asyarafil ambia iwal mursalin. Waala alihi wasahbihi ajmain... 1. Yang Berhormat Dato’ Hj Mohamad b Awang Tera Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan & Koperasi Negeri merangkap ADUN Chukai. 2. Yang berusaha Tuan Haji Mat Saat @ Puteh b Abdullah, YDP PIBG Sk Kg Tengah, Kemaman. 3. Yang Berusaha, Pn Zaini bt Mat Noor Guru Besar SK Kampung Tengah, Kemaman 4. Yang dihormati- En Mohd Nasir b Hamzah GPK 1 SKKT

Upload: mohdanuaribrahim

Post on 25-Jun-2015

11.196 views

Category:

Documents


116 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengacara Majlis Khatam Al-quran

TEKS MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2010

Mengumumkan...Perarakan masuk YB Dato’ Hj Mohamad b Awang Tera, Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Chukai.Diiringi oleh dif-dif kehormat, YDP PIBG, guru besar, guru-guru penolong kanan, guru-guru, ibu bapa beserta murid-murid Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah 2010.Untuk itu Hadirin hadirat diminta berdiri...Terima kasih...

”Dari Dewan Darus Salam SK Kampung Tengah Kemaman, dipancarkan secara langsung Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2010.”

Bismillah......................................Alhamdulilahhirabbilalamin..Wasssala tuwassalamu ala asyarafil ambia iwal mursalin. Waala alihi wasahbihi ajmain...

1. Yang Berhormat Dato’ Hj Mohamad b Awang Tera Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan & Koperasi Negeri merangkap ADUN Chukai.

2. Yang berusaha Tuan Haji Mat Saat @ Puteh b Abdullah, YDP PIBG Sk Kg Tengah, Kemaman.

3. Yang Berusaha, Pn Zaini bt Mat NoorGuru Besar SK Kampung Tengah, Kemaman

4. Yang dihormati- En Mohd Nasir b Hamzah GPK 1 SKKT - En Zainal Abidin b Abdullah GPK HEM

- Pn Siti Hanim bt Abd Jalil GPK KK

5. Yang dihormati – Dif-dif jemputan Guru-guru AJK PIBG Ibu Bapa

6. Seterusnya yang diraikan, murid-murid Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah 2010 dan semua warga dewan yang dikasihi sekalian...Assalamualaikum........

Page 2: Teks Pengacara Majlis Khatam Al-quran

Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah hidayahnya jua, dapat kita sama-sama berhimpun di Dewan Darus Salam SKKT, Kemaman pada pagi yang barakah ini bagi menjayakan ”Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2010”.

Majlis dengan penuh takzim dan rasa bangga mengalu-alukan kehadiran YB Dato’ dan hadirin hadirat sekalian ke majlis ini.Ribuan terima kasih diucapkan..

Hadirin hadirat yang dimuliakan..Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah satu agenda tahunan pihak sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid di dalam bidang Tilawah Al-Quran seterusnya melahirkan sahsiah murid-murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi.

Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan bagi mengeratkan ukhwah silaturrahim di antara ibu bapa dan guru-guru di sekolah ini khususnya.

Kesungguhan guru-guru dan kecaknaan ibu bapa pastinya melahirkan anak-anak yang cemerlang sepertimana yang diimpikan oleh setiap dari kita..Mudah-mudahan segala yang kita laksanakan dengan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil dan diberkati Allah jua. InsyaAllah...

1..Bacaan Doa Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.. Pembuka tirai majlis pada pagi ini, dipersilakan Al-Fadhl Utz Hj Ahmad Saiful b Ibrahim bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan...

- DOA –

Amin amin yarabbal alamin..Terima kasih diucapkan kepada AlFadhl Utz Ahmad Saiful atas bacaan doa itu tadi...

2. Ucapan Perasmian oleh YB Dato’ Meneruskan aturcara pada pagi ini, dengan segala sukacitanya dipersilakan Yang Berhormat Dato’ Hj Mohamed b Awang Tera bagi menyampaikan ucapan, seterusnya merasmikan majlis pada pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan YB Dato’.

- Ucapan Perasmian –

Jutaan terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ atas ucapan perasmian itu tadi. Dengan ini maka rasmilah sudah Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Kebangsaan Kg Tengah pada pagi ini.

Page 3: Teks Pengacara Majlis Khatam Al-quran

4. Penyampaian cenderamata kepada Perasmi Majlis.Sebagai tanda penghargaan ikhlas dari kami, dipersilakan Yang berusaha Pn Zaini bt Mat Nor, GB SK Kg Tengah untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Yang Berhormat Dato’. Dipersilakan..

-Penyampaian cenderamata-

Sekali lagi terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ atas kesudian menyempurnakan majlis.

5. Majlis Khatam Hadirin hadirat yang dimuliakan.Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah pada tahun ini dimulakan. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Utz Hj Ahmad Saiful b Ibrahim bagi memimpin Majlis Khatam Al-Quran. Dengan segala hormatnya dipersilakan...

- MAJLIS KHATAM BERMULA –

Alhamdulilah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai oleh 50 orang murid SKKT sesi 2010. Tahniah diucapkan.

5..Ucapan Guru Besar SKKTHadirin hadirat yang dihormati sekalian,Majlis Khatam Al-Quran pada pagi ini diteruskan lagi dengan mempersilakan, Yg Berusaha Pn. Zaini bt Mat Noor, Guru

besar SKKT bagi menyampaikan ucapan ..Dengan segala hormatnya dipersilakan...

- UCAPAN GB – Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yg Berusaha Tn GB atas ucapan itu tadi..

6.Ucapan YDP PIBGMeneruskan aturcara pada pagi ini, dipersilakan Yg Berusaha Tn Hj Mat Saat b Abdullah, Yg Dipertua PIBG SKKT bagi menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan..

- UCAPAN YDP PIBGMajlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Berusaha Tn Hj Mat Saat atas ucapan itu tadi.

7. Persembahan Murid Tahun 3 Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian..Majlis Kahatam Al-Quran pada kali ini diserikan lagi dengan acara persembahan. Untuk itu dipersilakan Murid-murid Tahun 3 yang akan menyampaikan persembahan Nasyid Bahasa Arab berjudul Al-Fawakih dan Ahwa Biladi.Dengan sukacitanya dipersilakan...

- Persembahan –Terima kasih diucapkan kepada murid-murid Tahun 3 atas persembahan itu tadi.

Page 4: Teks Pengacara Majlis Khatam Al-quran

8. Penyampaian Cenderahati dan Sijil Khatam Al-Quran Kepada 50 org murid Khatam Al-Quran dan semua murid Tahun 6. Hadirin hadirat yang dimuliakan.Seterusnya, sampai kita pada acara penyampaian cenderahati dan sijil kepada murid-murid khatam Al-Quran pada tahun ini seramai 50 orang dan semua murid Tahun 6 yang juga berjaya khatam Al-Quran mengikut kriteria yang ditetapkan.

Majlis dengan ini mempersilakan dengan segala hormatnya Yg Berusaha Pn Zaini bt Mat Nor, GB Sk Kg Tengah diiringi oleh Yg Berusaha GPK 1, En Mohd Nasir b Hamzah bagi menyempurnakan majlis. Dengan segala hormatnya dipersilakan...

- Penyampaian cenderamata-(Rujuk lampiran senarai penerima c/hati dan sijil)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Berusaha Pn Zaini bt Mat Nor kerana sudi menyempurnakan majlis.

6. Persembahan Murid Tahun DuaSeterusnya kita saksikan pula sebuah persembahan Nasyid oleh murid-murid Tahun 2 dgn judul nasyid

1. Assalamualaikum........................2. Kisah Arnab dengan kura-kura3. Kebesaran Allah..........Dari murid-murid Tahun 2. Dipersilakan.

-Persembahan –Terima kasih diucapkan kepada murid-murid Tahun 2 atas persembahan itu tadi.

7. Penyampaian cenderahati kepada guru-guru Al-Quran Hadirin hadirat warga dewan yang dikasihi sekalianDengan komitment dan usaha murni kalangan guru-guru kita, murid-murid bertuah ini mampu khatam Al-Quran dengan baik. Justeru bagi menghargai jasa-jasa mereka, cenderahati dihulur mengenang bakti. Moga Allah SWT juga yang akan membalasnya.

Majlis dengan ini mempersilakan Tn Hj Mat Saat b Abdullah , YDP PIBG SKKT diiringi oleh En Zainal Abidin b Abdullah (GPK HEM) bagi menyampaikan cenderahati kepada guru-guru Al-Quran yang terlibat dalam usaha memastikan anak didik mereka khatam Al-Quran dengan jayanya.. Dengan segala hormatnya dipersilakan..

-Penyampaian cenderamata-

Mendahului senarai penerima cenderamata, dipersilakan...1. Utz Hj Ahmad Saiful b Ibrahim2. Pn Yusniza bt Yusof3. Pn Anida bt Sulong4. Pn Zainun bt Embong5. Pn Laili Suziani bt Ismail6. Pn Anisah bt Abdullah7. Pn Rozana bt Abd Majid8. Pn Zulfariza bt Wan Zaulkfli

Page 5: Teks Pengacara Majlis Khatam Al-quran

8. Penyampaian Cenderahati kepada setiap Panitia.Seterusnya, penyampaian cenderahati kepada wakil guru panitia.

i. Panitia Bahasa Melayu – Pn Zaliha bt Latifii. Panitia Bahasa Inggeris – Pn Norhidawati bt

Ghazaliiii. Panitia Sains - Pn Rohani bt Talibiv. Panitia Matematik - Pn Rosida bt Abdullah

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yg Berusaha Tn Hj Mat Saat atas kesudian menyempurnakan majlis.

9. PenutupHadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.Dengan berakhirnya majlis penyampaian cenderahati berkenaan maka Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2010 menutup tirai.

Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih juga atas sokongan semua ibu bapa yang hadir ke majlis ini pada kali ini. Tidak lupa, tahniah juga kepada semua murid yang berjaya Khatam Al-Quran dengan jayanya.

Akhir adalah datangnya dari Allah jua dan segala kekurangan adalah dari kelemahan kami jua. Diizinkan Allah bertemu lagi di tahun hadapan.

Saya sudahi majlis dengan lafaz yang mulia...Wabillah....

Majlis bersurai.

Jamuan

’Yan 2010