teks pengacara majlis isra mikraj

Upload: muhamad-ridzuan

Post on 03-Apr-2018

1.581 views

Category:

Documents


43 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Teks Pengacara Majlis Isra Mikraj

    1/2

    TEKS PENGACARA MAJLIS ISRA MIKRAJ 2013

    Assalamualaikum pembuka bicara

    Ahlan wasahlan kami ucapkan

    Selamat datang kepada semua

    Majlis Sambutan Isra Mikraj kita mulakan

    UCAPAN ALU-ALUAN PENGACARA MAJLISBismilLahirRahmanirRahim.

    Assalamu alaikum Wa RahmatulLahi wa Barakatuh.

    Alhamdulillahi robbil alamin...........

    Yang Berusaha, Pn Aziziah bt Basri, GPK Pentadbiran,

    Yang dihormati, Pn Hjh Hayati bt Omar, GPK HEM,

    Pn Raja Zainab bt Raja Mamat, GPK Ko-kurikulum,

    Yang Berbahagia, ____________________________________, Penceramah Jemputan kita pada pagi ini,

    barisan guru, staff sokongan, anak-anak didik dan para hadirin yang dirahmati Allah sekalian..

    Hadirin dan Hadirat sekalian,

    Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin serta limpah rahmat-Nya maka pada pagi yang

    penuh barakah ini, kita dapat berkumpul di sini, tidak lain dan tidak bukan untuk menjayakan sambutan

    Isra dan Mikraj peringkat sekolah, pada tahun ini.

    Sarung ketupat berisi inti

    Dibawa budak sambil berdiri

    Kehadiran semua sangat dihargai

    Moga Majlis bertambah seri

    UCAPAN

    Hadirin hadirat yang dihormati sekalianBagi meneruskan acara, majlis mempersilakan Yang Berusaha, Pn Azizah bt Basri, GPK Pentadbiran SKTPS,

    untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

    Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan Pn Azizah sebentar tadi.

    CERAMAH

    Sidang hadirin dan hadirat sekalian,

    Tanpa melengahkan masa,marilah kita sama-sama mendengar danmenghayati Ceramah Isra Dan Mikraj

    yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz __________________________________________.

    Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

    PERGI KE HUTAN MENCARI HARTA

    HARTA BANYAK PENUH ACUAN

    KATA INDAH TIDAK TERKATA

    BICARA BERNAS JADI PANDUAN

    Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Ustaz _______________________________________.

    semoga kita semua dapat mengambil iktibar dan panduan berguna daripada ceramah tersebut.

    PENYAMPAIAN HADIAH & CENDERAMATA

    Hadirin sekalian

    Sebagai tanda penghargaan yang tidak terhingga,majlis dengan ini mempersilakan Yang Berusaha, PnAzizah bt Basri, GPK Pentadbiran diiringi __________________________ Ketua Panitia Pendidikan Islam

    untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia Ustaz ________________.

    Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Azizah atas penyampaian cenderahati itu tadi.

  • 7/28/2019 Teks Pengacara Majlis Isra Mikraj

    2/2

    PENUTUP

    Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung majlis.

    Pada kesempatan ini, saya mewakili PANITIA PENDIDIKAN ISLAM memohon ampun dan maaf seandainya

    terdapat sebarang kekurangan sepanjang majlis ini berlangsung.

    Sekali lagi,terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berbahagia Ustaz ________________ kerana

    sudi melapangkan masa memeriahkan majlis.

    Terima kasih sekalung budi kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam

    majlis yang penuh bermakna ini. Ditamatkan Majlis yang indah berseri menjunjung kasih menjunjung budi

    dengan mempersilakan Yang Berusaha ____________________________________________ untuk

    mengiringi Yang Berbahagia Ustaz untuk ke kantin bagi menikmati sedikit hidangan.

    Saya akhiri majlis dengan lafaz yang mulia wassalam mualaikum warohmatullahhi wabarokatuh.........