kisah isra' dan mikraj

51

Upload: aminatul-rasyidah-ghazali

Post on 08-Jul-2016

62 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

mengenai isra' dan mikraj

TRANSCRIPT

Page 1: Kisah Isra' Dan Mikraj
Page 2: Kisah Isra' Dan Mikraj

Masjidil Haram

Masjidil Aqsho

INI FOTO BUMI

1233 km

Page 3: Kisah Isra' Dan Mikraj
Page 4: Kisah Isra' Dan Mikraj

Maha suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha mendengar lagi Maha mengetahui. (QS. Al-Isra, 17: 111)

Page 5: Kisah Isra' Dan Mikraj

……..

… supaya orang-orang yang diberi Al-Kitab menjadi yakin dan supaya orang yang beriman bertambah imannya ... (QS. Al-Mudatsir, 74: 31)

Page 6: Kisah Isra' Dan Mikraj

Peristiwa Isra

Page 7: Kisah Isra' Dan Mikraj

•RASULULLAH saw mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh Jibril, Mika`il dan satu malaikat yang lain. Hati Baginda saw. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) yaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah saw.

Rasolullah SAW mengalami pembedahan dada, dilakukan oleh Jibril, Mika`il dan satu malaikat yang lain. Hati Baginda saw. dicuci

dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) yaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat,

ilmu dan iman ke dalam dada Rasulullah saw.

Page 8: Kisah Isra' Dan Mikraj

Selesai pembedahan, didatangkan binatang Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Isra’ ” Isra’ (Perjalanan

dari Masjidil-Haram ke Masdil-Aqsa): Sepanjang perjalanan (Isra’) itu Rasulullah saw. diiringi

(ditemani) oleh Jibril a.s dan Israfil a.s. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat- tempat yang

mulia dan bersejarah), Rasulullah diarah oleh Jibril supaya berhenti dan bersembahyang dua rakaat. Antara tempat- tempat berkenaan ialah: Madyan dan Tursina, yaitu tempat nabi Musa as berbicara (munajat) dengan Allah dan Baitul-Laham (tempat

nabi ‘Isa a.s dilahirkan).

Page 9: Kisah Isra' Dan Mikraj

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah saw. menghadapi gangguan jin ‘Ifrit dengan api

jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang

amat ajaib. Antaranya:

Page 10: Kisah Isra' Dan Mikraj

Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah -

olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasolullah saw diberitahu

oleh Jibril: Itulah kaum yang berjihad fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan

sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

Page 11: Kisah Isra' Dan Mikraj

Tempat yang berbau harum. Rasulullah saw. diberitahu oleh Jibril a.s: Itulah bau kubur

Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anaknya

(termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun karena tetap teguh beriman kepada

Allah (tak mau mengakui Fir’aun sebagai tuhan).

Page 12: Kisah Isra' Dan Mikraj

Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala

mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibril

memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud

(sembahyang).

Page 13: Kisah Isra' Dan Mikraj

Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan

secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api

dan batu neraka jahannam. Kata Jibril: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat

harta mereka.

Page 14: Kisah Isra' Dan Mikraj

Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk

sedangkan daging masak dan elok ada di sisi mereka. Kata Jibril: Itulah lelaki dan

perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing

mempunyai isteri / suami.

Page 15: Kisah Isra' Dan Mikraj

Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibril : Itulah orang

yang makan riba`.

Page 16: Kisah Isra' Dan Mikraj

Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibril: Itulah orang

tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

Page 17: Kisah Isra' Dan Mikraj

Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan

bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibril: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak

melakukannya.

Page 18: Kisah Isra' Dan Mikraj

Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibril:

Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah

(mencela, menghinakan) orang.

Page 19: Kisah Isra' Dan Mikraj

Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibril : Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian

menyesal, tapi sudah terlambat.

Page 20: Kisah Isra' Dan Mikraj

Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibril : Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian

kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat

Page 21: Kisah Isra' Dan Mikraj

Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah saw tidak menghiraukannya. Kata Jibril: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke

tua.

Page 22: Kisah Isra' Dan Mikraj

Tiba di masjid al-Aqsa, Rasulullah saw. turun dari buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi ma`mum. Rasulullah saw terasa dahaga, lalu dibawa Jibril dua bejana yang berisi arak dan

susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibril: Baginda membuat

pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Page 23: Kisah Isra' Dan Mikraj

Mi’raj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah): Didatangkan mi’raj

(tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah saw. dan Jibril a.s. naik ke atas tangga pertama lalu terangkat

ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Page 24: Kisah Isra' Dan Mikraj

Di Tangga Langit ke-1 Rasulullah dan Malaikat Jibril berjumpa dengan

nabi Adam AS

Page 25: Kisah Isra' Dan Mikraj

Di Tangga Langit Ke-2 Rasulullah dan Malaikat Jibril berjumpa dengan

nabi Isa As dan nabi Yahya As

Page 26: Kisah Isra' Dan Mikraj

Di Tangga Langit Ke-3 Rasulullah dan Malaikat Jibril berjumpa dengan

nabi Yusuf As

Page 27: Kisah Isra' Dan Mikraj

Di Tangga Langit Ke-4 Rasulullah dan Malaikat Jibril berjumpa dengan

nabi Idris As

Page 28: Kisah Isra' Dan Mikraj

Di Tangga Langit Ke-5 Rasulullah dan Malaikat Jibril berjumpa dengan

nabi Harun As dan dikelilingi Kaumnya Bani

Israil.

Page 29: Kisah Isra' Dan Mikraj

Di langit ke-6 Bertemu dengan nabi-nabi. Seterusnya dengan nabi Musa a.s. Rasulullah mengangkat kepala

(disuruh oleh Jibril) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang

masuk syurga tanpa hisab.

Page 30: Kisah Isra' Dan Mikraj

Naik tangga langit ke-7 dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan

nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul- Ma’mur dihadapi

oleh beberapa kaumnya.

Page 31: Kisah Isra' Dan Mikraj

Kepada Rasulullah saw, nabi Ibrahim a.s. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu

adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga yaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, nabi Irahim a.s bersabda, “Sampaikan salamku kepada

umahmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, yaitu:

SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA

BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”.

Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibril masuk ke dalam Baitul-Makmur dan sholat. (Baitul- Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di

Mekah).

Page 32: Kisah Isra' Dan Mikraj

Tangga Ke-8: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha.

Rasulullah s.a.w menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu,

sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata- permata yang indah.

Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah s.a.w dapat menyaksikan pula sungai al-Kautsar yang terus

masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik

penunggunya.

Page 33: Kisah Isra' Dan Mikraj

Tangga Ke-9: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu

dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, yaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan

tidak memaki ibu bapanya.

Page 34: Kisah Isra' Dan Mikraj

Tangga Ke-10: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan

Hadhrat Rabbul - Arbab lalu dapat bertemu Allah Subhanahu wa Taala, lantas sujud. Kemudian berlakulah

dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul- Nya: Allah S.W.T:

Page 35: Kisah Isra' Dan Mikraj

Allah S.W.T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T :Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Page 36: Kisah Isra' Dan Mikraj

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau

berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan

kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa

Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan

menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Page 37: Kisah Isra' Dan Mikraj

Allah S.W.T: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan

amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri

keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah al-Fatihah) yang tidak aku

kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan

di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku

kurniakanmu panji- panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku

fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

•Tangga Kedelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah s.a.w menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata- permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah s.a.w dapat menyaksikan pula sungai al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

Page 38: Kisah Isra' Dan Mikraj

Selesai munajat, Rasulullah s.a.w di bawa menemui nabi Ibrahim a.s kemudian nabi Musa a.s. Nabi Musa a.s.

menyuruh Rasulullah s.a.w merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang

itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan

sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga. Selepas

Mi’raj:Rasulullah saw. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam

perjalanan ini Baginda saw. bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peistiwa

Isra’-Mi’raj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rajab, kira-kira 18

bulan sebelum hijrah).Wallahu a’lam.

Page 39: Kisah Isra' Dan Mikraj

Butiran-Butiran Hikmah Perjalanan Isra dan Mi’raj Nabi Muhammad Saw.:

1. Konteks situasi terjadinya2. Pensucian Hati3. Memilih susu – menolak khamar4. Imam Shalat Berjamaah5. Kembali ke bumi dengan Shalat

Page 40: Kisah Isra' Dan Mikraj

Konteks Situasi Terjadinya :Kita kenal, Isra' wal Mi'raj terjadi sekitar setahun sebelum Hijrahnya

Rasulullah SAW ke Madinah (Yatsrib ketika itu). Ketika itu, Rasulullah SAW dalam situasi yang sangat "sumpek", seolah tiada celah harapan masa depan bagi agama ini. Selang beberapa masa sebelumnya, isteri tercinta Khadijah

r.a. dan paman yang menjadi dinding kasat dari penjuangan meninggal dunia. Sementara tekanan fisik maunpun psikologis kafir Qurays terhadap

perjuangan semakin berat. Rasulullah seolah kehilangan pegangan, kehilangan arah, dan kini pandangan itu berkunang-kunang tiada jelas.

Dalam sitausi seperti inilah, rupanya "rahmah" Allah meliputi segalanya, mengalahkan dan menundukkan segala sesuatunya. "warahamatii wasi'at kulla syaei", demikian Allah deklarasikan dalam KitabNya. Beliau di suatu

malam yang merintih kepedihan, mengenang kegetiran dan kepahitan langkah perjuangan, tiba-tiba diajak oleh Pemilik kesenangan dan kegetiran

untuk "berjalan-jalan" (saraa) menelusuri napak tilas "perjuangan" para pejuang sebelumnya (para nabi). Bahkan dibawah serta melihat langsung

kebesaran singgasana Ilahiyah di "Sidartul Muntaha". Sungguh sebuah "penyejuk" yang menyiram keganasan kobaran api permusuhan kaum kafir.

Dan kinilah masanya bagi Rasulullah SAW untuk kembali "menenangkan" jiwa, mempermantap tekad menyingsingkan lengan baju untuk melangkah

menuju ke depan.

Page 41: Kisah Isra' Dan Mikraj

Artinya, bahwa kita adalah "rasul-rasul" Rasulullah SAW dalam melanjutkan perjuangan ini. Betapa terkadang, di tengah

perjalanan kita temukan tantangan dan penentangan yang menyesakkan dada, bahkan mengaburkan pandangan objektif dalam melangkahkan kaki ke arah tujuan. Jikalau hal ini terjadi, maka tetaplah yakin, Allah akan meraih tangan kita, mengajak kita kepada sebuah "perjalanan" yang menyejukkan. "Allahu Waliyyulladziina aamanu" (Sungguh Allah itu adalah Wali-nya

mereka yang betul-betul beriman". Wali yang bertanggung jawab memenuhi segala keperluan dan kebutuhan.

Kesumpekan dan kesempitan sebagai akibat dari penentangan dan rintangan mereka yang tidak senang dengan kebenaran, akan diselesaikan dengan cara da metode yang Hanya Allah

yang tahu. Yang terpenting bagi seorang pejuang adalah, maju tak gentar, sekali mendayung pantang mundur, konsistensi

memang harus menjadi karakter dasar bagi seorang pejuang di jalanNya. "Wa laa taeasuu min rahmatillah" (jangan sekali-kali

berputus asa dari rahmat Allah).

Page 42: Kisah Isra' Dan Mikraj

Pensucian HatiDisebutkan bahwa sebelum di bawa oleh Jibril, beliau dibaringkan lalu dibelah dadanya, kemudian hatinya

dibersihkan dengan air zamzam. Apakah hati Rasulullah kotor? Pernahkan Rasulullah SAW berbuat dosa? Apakah

Rasulullah punya penyakit "dendam", dengki, iri hati, atau berbagai penyakit hati lainnya? Tidak…sungguh

mati…tidak. Beliau hamba yang "ma'shuum" (terjaga dari berbuat dosa). Lalu apa signifikasi dari pensucian

hatinya?Rasulullah adalah sosok "uswah", pribadi yang hadir di

tengah-tengah umat sebagai, tidak saja "muballigh" (penyampai), melainkan sosok pribadi unggulan yang

harus menjadi "percontohan" bagi semua yang mengaku pengikutnya. "Laqad kaana lakum fi Rasulillahi uswah

hasanah".

Page 43: Kisah Isra' Dan Mikraj

Memang betul, sebelum melakukan perjalanannya, haruslah dibersihkan hatinya. Sungguh, kita semua sedang dalam

perjalanan. Perjalanan "suci" yang seharusnya dibangun dalam suasa "kefitrahan". Berjalan dariNya dan juga menuju

kepadaNya. Dalam perjalanan ini, diperlukan lentera, cahaya, atau petunjuk agar selamat menempuhnya. Dan hati yang intinya sebagai "nurani", itulah lentera perjalanan hidup.

Cahaya ini berpusat pada hati seseorang yang ternyata juga dilengkapi oleh gesekan-gesekan "karat" kehidupan (fa

alhamaha fujuuraha). Semakin kuat gesekan karat, semakin jauh pula dari warna yang sesungguhnya (taqawaaha). Dan oleh

karenanya, di setiap saat dan kesempatan, diperlukan pembersihan, diperlukan air zamzam untuk membasuh kotoran-

kotoran hati yang melengket. Hanya dengan itu, hati akan bersinar tajam menerangi kegelapan hidup. Dan sungguh hati inilah yang kemudian "penentu" baik atau tidaknya seseorang

pemilik hati.

Page 44: Kisah Isra' Dan Mikraj

عمله، سير صلحت صلحت إذا مضغة، الجسد في إن أال. عمله سير فسدت فسدت وإذا

Disebutkan bahwa hati manusia awalnya putih bersih. Ia ibarat kertas putih dengan tiada noda sedikitpun. Namun karena manusia, setiap kali melakukan dosa-dosa setiap kali pula

terjatuh noda hitam pada hati, yang pada akhirnya menjadikannya hitam pekat. Kalaulah saja, manusia yang

hatinya hitam pekat tersebut tidak sadar dan bahkan menambah dosa dan noda, maka akhirnya Allah akan akan

membalik hati tersebut. Hati yang terbalik inilah yang kemudian hanya bisa disadarkan oleh api neraka. "Khatamallahu 'alaa

quluubihim".Di Al Qur'an sendiri, Allah berfirman“

Artinya: Sungguh beruntung siapa yang mensucikannya, dan sungguh buntunglah siapa yang mengotorinya". Maka sungguh

perjalanan ini hanya akan bisa menuju "ilahi" dengan senantiasa membersihkan jiwa dan hati kita, sebagaimana yang telah

dilakukan oleh Rasulullah sebelum perjalanan sucinya tersebut.

Page 45: Kisah Isra' Dan Mikraj

Memilih Susu –Menolak KhamarKetika ditawari dua pilihan minuman, dengan sigap Rasulullah

mengambil gelas yang berisikan susu. Minuman halal dan penuh menfaat bagi kesehatan. Minuman yang berkalsium tinggi,

menguatkan tulang belulang. Rasulullah menolak khamar, minuman yang menginjak-nginjak akal, menurunkan tingkat inteletualitas ke

dasar yang paling rendah. Sungguh memang pilihan yang tepat, karena pilihan ini adalah pilihan fitri "suci".

Dengan bekal jiwa yang telah dibersihkan tadi, Rasulullah memang melanjutkan perjalanannya. Di tengah perjalanan, hanya memang

ada dua alternatif di hadapan kita. Kebaikan dan keburukan. Kebaikan akan selalu identik dengan manfaat, sementara keburukan

akan selalu identik dengan kerugian. Seseorang yang hatinya suci, bersih dari kuman dosa dan noda kezaliman, akan sensitif untuk menerima selalu menerima yang benar dan menolak yang salah. Bahkan hati yang bersih tadi akan merasakan "ketidak senangan" terhadap setiap kemungkaran. Lebih jauh lagi, pemiliknya akan

memerangi setiap kemungkaran dengan segala daya yang dimilikinya.

Page 46: Kisah Isra' Dan Mikraj

Dalam hidup ini seringkali kita diperhadapkan kepada pilihan-pilihan yang samar. Fitra menjadi acuan,

lentera, pedoman dalam mengayuh bahtera kehidupan menuju tujuan akhir kita (akhirat). Dan oleh karenanya, jika kita dalam melakukan pilihan-

pilihan dalam hidup ini, ternyata kita seringkali terperangkap kepada pilihan-pilihan yang salah, buruk

lagi merugikan, maka yakinlah itu disebabkan oleh tumpulnya firtah insaniyah kita. Agaknya dalam

situasi seperti ini, diperlukan asahan untuk mempertajam kembali fitrah Ilahiyah yang

bersemayam dalam diri setiap insan.

Page 47: Kisah Isra' Dan Mikraj

Imam Shalat BerjamaahShalat adalah bentuk peribadatan tertinggi seorang Muslim, sekaligus merupakan simpol ketaatan totalitas kepadaYang

Maha Pencipta. Pada shalatlah terkumpul berbagai hikmah dan makna. Shalat menjadi simbol ketaatan total dan kebaikan universal yang seorang Muslim senantiasa menjadi tujuan

hidupnya.Maka ketika Rasulullah memimpin shalat berjama'ah, dan tidak

tanggung-tanggung ma'mumnya adalah para anbiyaa (nabi-nabi), maka sungguh itu adalah suatu pengakuan

kepemimpinan dari seluruh kaum yang ada. Memang jauh sebelumnya, Musa yang menjadi pemimpin sebuah umat besar

pada masanya. Bahkan Ibrahim, Eyangnya banyak nabi dan Rasul, menerima menjadi Ma'mum Rasulullah SAW. Beliau menerima dengan rela hati, karena sadar bahwa Rasulullah memang memiliki kelebihan-kelebihan "leadership", walau

secara senioritas beliaulah seharusnya menjadi Imam.

Page 48: Kisah Isra' Dan Mikraj

Kempimpinan dalam shalat berjama'ah sesungguhnya juga simbol kepemimpinan dalam segala skala kehidupan manusia. Allah

menggambarkan sekaligus mengaitkan antara kepemimpinan shalat dan kebajikan secara menyeluruh: "Wahai orang-orang yang

beriman, ruku'lah, sujudlah dan sembahlah Tuhanmu serta berbuat baiklah secara bersama-sama. Nisacaya dengan itu, kamu akan meraih keberuntungan". Dalam situasi seperti inilah, seorang

Muhammad telah membuktikan bahwa dirinya adalah pemimpin bagi seluruh pemimpin umat lainnya.

Baghaimana dengan kita sebagai pengikut nabi muhammad dalam masalah ini? Masalahnya, umat Islam saat ini tidak memiliki kriteria tersebut. Kriteria "imaamah" atau kepemimpinan yang disebutkan dalam Al Qur'an masih menjadi "tanda tanya" besar pada kalangan umat ini. "Dan demikian kami jadikan di antara mereka pemimpin

yang mengetahui urusan Kami, memiliki kesabaran dan ketangguhan jiwa, dan adalah mereka yakin terhadap ayat-ayat Kami".

Kita umat Islam, yang seharusnya menjadi pemimpin umat lainnya, ternyata memang menjadi salah satu pemimpin. Sayang

kepemimpinan dunia Islam saat ini terbalik, bukan dalam shalat berjama'ah, bukan dalam kebaikan dan kemajuan dalam kehidupan

manusia. Namun lebih banyak yang bersifat negatif.

Page 49: Kisah Isra' Dan Mikraj

Kembali Ke Bumi dengan ShalatPerjalanan singkat yang penuh hikmah tersebut segera berakhir, dan dengan segera pula beliau kembali menuju alam kekiniannya. Rasulullah sungguh sadar bahwa betapapun ni'matnya

berhadapan langsung dengan Yang Maha Kuasa di suatu tempat yang agung nan suci, betapa ni'mat

menyaksikan dan mengelilingi syurga, tapi kenyataannya beliau memiliki tanggung jawab

duniawi. Untuk itu, semua kesenangan dan keni'matan yang dirasakan malam itu, harus ditinggalkan untuk kembali ke dunia beliau

melanjutkan amanah perjuangan yang masih harus diembannya.

Page 50: Kisah Isra' Dan Mikraj

Inilah sikap seorang Muslim. Kita dituntut untuk turun ke bumi ini dengan membawa bekal shalat yang kokoh. Shalat berintikan "dzikir", dan karenanya

dengan bekal dzikir inilah kita melanjutkan ayunan langkah kaki menelusuri lorong-lorong kehidupan

menuju kepada ridhaNya. "Wadzkurullaha katsiira" (dan ingatlah kepada Allah banyak-banyak), pesan Allah kepada kita di saat kita bertebaran mencari "fadhalNya" dipermukaan bumi ini. Persis seperti Rasulullah SAW membawa bekal shalat 5 waktu

berjalan kembali menuju bumi setelah melakukan serangkaian perjalanan suci ke atas (Mi'raj).

Page 51: Kisah Isra' Dan Mikraj