teks pengacara majlis graduasi 2015

14
TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS GRADUASI KALI KE-15 DI KELAB DARUL EHSAN SMK TASEK PERMAI 2015 BIL ATURCARA SKRIP PENGACARA CATATAN 1 Pengumuman Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia Perhatian kepada semua hadirin dan hadirat. Majlis Graduasi, SMK Tasek Permai 2015 akan bermula sebentar lagi. Tuan-tuan dan puan-puan diminta bersedia untuk menyambut ketibaan para jemputan dan perarakan masuk para graduan ke dalam dewan. Diminta juga tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian agar dapat mematikan telefon masing-masing atau meletakkannya dalam mod senyap supaya tidak mengganggu kelancaran majlis kita pada hari ini. Terima kasih. 2 Ketibaan VIP dan perarakan masuk para pelajar Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha En Sharifuddin bin Dayan dengan diiringi oleh tetamu kehormat, barisan pentadbir, guru-guru kelas tingkatan 5 dan seterusnya para graduan masuk ke dewan dan mengambil tempat 3 Ucapan aluan pengerusi majlis Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara. Buah langsat di tepi rimbun, Mari dimuat di dalam peti, Hari ini kita berhimpun, Meraikan para graduan tahun ini. Dari Ampang pergi ke pekan, Singgah berehat di Sri Maran, Kehadiran tuan puan, anak didik dialu-alukan, 1

Upload: tasya-izazi

Post on 31-Jan-2016

360 views

Category:

Documents


26 download

DESCRIPTION

teks

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

TEKS PENGACARA MAJLISMAJLIS GRADUASI KALI KE-15 DI KELAB DARUL EHSAN

SMK TASEK PERMAI 2015

BIL ATURCARA SKRIP PENGACARA CATATAN1 Pengumuman Assalamualaikum wbt. Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Perhatian kepada semua hadirin dan hadirat. Majlis Graduasi, SMK Tasek Permai 2015 akan bermula sebentar lagi.

Tuan-tuan dan puan-puan diminta bersedia untuk menyambut ketibaan para jemputan dan perarakan masuk para graduan ke dalam dewan.

Diminta juga tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian agar dapat mematikan telefon masing-masing atau meletakkannya dalam mod senyap supaya tidak mengganggu kelancaran majlis kita pada hari ini. Terima kasih.

2 Ketibaan VIP dan perarakan masuk para pelajar

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha En Sharifuddin bin Dayan dengan diiringi oleh tetamu kehormat, barisan pentadbir, guru-guru kelas tingkatan 5 dan seterusnya para graduan masuk ke dewan dan mengambil tempat

3 Ucapan aluan pengerusi majlis

Sirih berlipat sirih pinang,Sirih dari Pulau Mutiara,Pemanis kata selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara.

Buah langsat di tepi rimbun,Mari dimuat di dalam peti,Hari ini kita berhimpun,Meraikan para graduan tahun ini.

1

Page 2: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

Dari Ampang pergi ke pekan, Singgah berehat di Sri Maran, Kehadiran tuan puan, anak didik dialu-alukan,Ke Majlis Graduasi gemilang yang diadakan.

BismillahirrahmanirrahimYang berusaha, En Sharifuddin bin Dayan, Naib Yang Dipertua PIBG SMK Tasek PermaiYang Berusaha, Pn Rabiya binti Mohamad Sultan, Pengetua SMK Tasek PermaiYang Dihormati, Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Graduasi, guru-guru SMK Tasek Permai, para graduan yang diraikan, para jemputan dan hadirin hadirat sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahteraBersyukur kehadrat Allah swt kerana dengan limpah perkenan dan izin-Nya, kita dapat berkumpul di Kelab Darul Ehsan yang indah dan ceria bagi menjayakan Majlis Graduasi SMK Tasek Permai kali ke-15 pada tahun ini. Tahniah dan syabas kami ucapkan. Bagi pihak sekolah, saya mengalu-alukan kehadiran para tetamu ke majlis ini yang diadakan khusus untuk menghargai dan meraikan para graduan sebagai satu perangsang demi kejayaan murid-murid sekolah ini terutamanya dalam bidang akademik.

Di sini ada putera-puteri yang mendaulatkan bangsaDi sini ada ibubapa yang prihatin penuh di jiwaDi sini ada pendidik yang tidak pernah kenal erti putus asaDi sini ada pengetua yang berjasaDi sini ada pemimpin yang berjiwa mulia

2

Page 3: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

4 Bacaan doa Majlis seterusnya memohon para hadirin untuk sama-sama memanjatkan kesyukuran dan bermohon kehadrat ilahi agar majlis graduasi ini akan diterima sebagai satu usaha yang murni dan diberkati. Untuk itu, majlis menjemput Saudara Muhammad Danial bin Nor Hakim untuk memimpin bacaan doa. Pada yang bukan beragama Islam, sama-samalah bertafakur mengikut kepercayaan masing-masing. Dipersilakan.

(Danial baca doa) (Danial turun pentas)

Amin, amin Ya Rabbal AlaminMajlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Muhammad Danial atas bacaan doa itu tadi. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan diberkati oleh Allah swt.

5 Ucapan Pengetua Bagi meneruskan acara pada pagi ini, majlis mempersilakan yang berusaha Pn Rabiya bt Mohamad Sultan, Pengetua SMK Tasek Permai untuk menyampaikan ucapan buat titipan semangat serta dorongan kepada para pelajar yang diraikan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Pengetua berucap) (Pengetua turun pentas)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada tuan pengetua atas ucapan beliau sebentar tadi.

6 Ucapan Perasmian Hadirin hadirat yang dimuliakan

Tak meriah majlis jika tiada paluan kompangTak berseri majlis jika tiada tetamu yang datangTak lengkap acara jika tetamu kehormat tidak berbicara

Dengan itu, majlis mempersilakan yang berusaha En Sharifuddin bin Dayan

3

Page 4: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Graduasi kali ke-15 SMK Tasek Permai 2015. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Perasmi berucap) (Perasmi turun pentas)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada yang berusaha En Mat Yaacob atas kesudian beliau merasmikan majlis sebentar tadi.

7 Persembahan Multimedia

Hadirin yang dikasihi

Bersarang merbah dipohon rambutanManis madunya bila dimakanMajlis kini sudah dirasmikanPersembahan multimedia gimik perasmian

Sebagai halwa telinga dan mata, kita meriahkan majlis kita pada hari ini dengan tayangan slide yang bertemakan ‘Di sini memori tercipta’ daripada pelajar tingkatan 5. Dengan sukacitanya majlis mempersembahkan.

(Tayangan slide)

Begitulah persembahan multimedia daripada pelajar tingkatan 5.

8 Penyampaian Sijil Hadirin hadirat yang dihormati

Majlis seterusnya adalah penyampaian sijil kepada para graduan SMK Tasek Permai. Sesungguhnya majlis ini dapat memberikan satu pengiktirafan yang sangat besar lagi bermakna. Seramai 106 para graduan yang akan tampil ke pentas untuk menerima sijil masing-masing.

Untuk itu, majlis dengan takzimnya menjemput dan mempersilakan Pn

4

Page 5: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

Norlia binti Mohamad Ali, Penolong Kanan Akademik SMK Tasek Permai mengiringi Yang Berusaha Pn Rabiya binti Mohamad Sultan, Pengetua SMK Tasek Permai, untuk menyampaikan sijil kepada para graduan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Pn Rabiya n Pn Norlia naik atas pentas)

Majlis dimulakan dengan penyampaian sijil kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 Sains. Dijemput Pn Rosni binti Sauid, guru tingkatan 5 Sains untuk bersama-sama berada di atas pentas. Dipersilakan.

(Pn Rosni naik Pentas)

Berikut adalah penerima sijil dari tingkatan 5 Sains.

SILA RUJUK LAMPIRAN SENARAI NAMA 5 SAINS

(selesai sampaikan sijil pada pelajar 5 Sains)

Dipersilakan Pn Rosni binti Sauid untuk menerima cenderamata.

Seterusnya dijemput Cik Noor Hazwani binti Che Alim, guru tingkatan 5 Akaun untuk berada di atas pentas. Dipersilakan.

(Cik Hazwani naik Pentas)

Berikut adalah penerima sijil dari tingkatan 5 Akaun.

SILA RUJUK LAMPIRAN SENARAI NAMA 5 AKAUN

(selesai sampaikan sijil pada pelajar 5 Akaun)Dipersilakan Cik Noor Hazwani binti Che Alim untuk menerima cenderamata.

5

Page 6: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

Majlis diteruskan dengan menjemput En Ahmad Amzan bin Ishak, guru tingkatan 5 Perdagangan untuk berada di atas pentas. Dipersilakan.

(En Amzan naik Pentas)

Berikut adalah penerima sijil dari tingkatan 5 Perdangangan.

SILA RUJUK LAMPIRAN SENARAI NAMA 5 PERDAGANGAN

(selesai sampaikan sijil pada pelajar 5 Perdagangan)

Dipersilakan En Ahmad Amzan bin Ishak untuk menerima cenderamata.

Majlis diteruskan dengan menjemput En Shahrin bin Tukiman, guru tingkatan 5 ERT untuk berada di atas pentas. Dipersilakan.

(En Shahrin naik Pentas)

Berikut adalah penerima sijil dari tingkatan 5 ERT.

SILA RUJUK LAMPIRAN SENARAI NAMA 5 ERT

(selesai sampaikan sijil pada pelajar 5 ERT)

Dipersilakan En Shahrin bin Tukiman untuk menerima cenderamata.

Seterusnya dijemput Pn Lee Yoon Kuan, mentor tingkatan 5 Seni untuk berada di atas pentas menggantikan En Zamri bin Zahadi yang kini berada di Sabah membawa 2 orang pelajar dari SMK Tasek Permai mewakili Selangor untuk pertandingan ‘Solar Car’ peringkat kebangsaan.

6

Page 7: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

Dipersilakan.

(Pn Lee naik Pentas)

Berikut adalah penerima sijil dari tingkatan 5 Seni.

SILA RUJUK LAMPIRAN SENARAI NAMA 5 SENI

(selesai sampaikan sijil pada pelajar 5 Seni)

Dipersilakan Pn Lee Yoon Kuan untuk menerima cenderamata.

Akhir sekali, majlis menjemput Pn Nora binti Misgon, guru tingkatan 5 Vokasional untuk berada di atas pentas. Dipersilakan.

(Pn Nora naik Pentas)

Berikut adalah penerima sijil dari tingkatan 5 Vokasional.SILA RUJUK LAMPIRAN SENARAI NAMA 5 VOKASIONAL

(selesai sampaikan sijil pada pelajar 5 Vokasional)

Dipersilakan Pn Nora binti Misgon untuk menerima cenderamata.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang berusaha Pn Rabiya dan Pn Norlia atas penyampaian sijil sebentar tadi.

(Pn Rabiya dan Pn Norlia turun pentas)

9 Penyampaian anugerah khas

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Khas kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 2015Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha En Sharifuddin bin Dayan, Naib Yang Dipertua PIBG SMK Tasek Permai

7

Page 8: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

dengan diiringi oleh En Mohamad bin Osman, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Tasek Permai naik ke pentas bagi menyempurnakan majlis. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(En Sharifuddin dan En Mohamad naik pentas)

Majlis dimulakan dengan Anugerah Tokoh Sahsiah Terpuji. Anugerah ini dipilih berdasarkan sifat peribadinya yang boleh dijadikan teladan kepada semua pelajar.

BACA TEKS BIODATA (RUJUK LAMPIRAN)

Dengan itu majlis menjemput saudara Muhammad Danial bin Nor Hakim dari tingkatan 5 Sains untuk menerima Anugerah Tokoh Sahsiah Terpuji. Dipersilakan.

(Tokoh terima anugerah)

Tahniah diucapkan kepada saudara Muhammad Danial bin Nor Hakim. Semoga beliau terus mendorong diri dan rakan kepada akhlak yang baik. InsyaAllah.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Budiman. Anugerah ini diberikan khas untuk pelajar yang telah banyak memberi sumbangan bakti dan jasa kepada sekolah dan guru-guru.

Mereka yang dipilih merupakan pelajar yang ringan tangan malahan sentiasa bermanis muka serta tidak pernah menolak memberi pertolongan sekiranya diminta oleh guru dan rakan. Apatah lagi, pelajar-pelajar ini sering menjadi pemimpin dan pendokong kuat bagi aktiviti kerohanian dan keagamaan diperingkat sekolah. Kehadiran mereka sentiasa dirasai dan diperlukan bagi program dakwah dan tarbiyah. Atas keistimewaan inilah mereka sangat wajar dianugerahkan Anugerah Budiman 2015.

8

Page 9: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

1. BACA TEKS BIODATA (RUJUK LAMPIRAN)-LELAKI

Dengan itu majlis menjemput saudara Muhammad Syafiq Afham bin Abdul Razak dari tingkatan 5 Sains untuk menerima anugerah. Dipersilakan. (tokoh terima anugerah)

Tahniah diucapkan

2. BACA TEKS BIODATA (RUJUK LAMPIRAN) – PEREMPUAN

Dengan itu, majlis menjemput saudari Nurshafiqah binti Shamsudin dari tingkatan 5 Sains untuk menerima anugerah.

(Tokoh terima anugerah)

Tahniah diucapkan.

Seterusnya, Anugerah Khas KokurikulumDimulakan dengan Anugerah Khas Unit Kelab dan Persatuan

1. BACA TEKS BIODATA (RUJUK LAMPIRAN) – LELAKI

Beliau yang dimaksudkan adalah saudara MUHAMMAD NORIAN BIN NASRUM dari tingkatan 5 Sains. Untuk makluman semua, saudara Muhammad Norian tidak dapat bersama kita pada hari ini kerana beliau kini berada di Sabah untuk pertandingan ‘Solar Car’ peringkat kebangsaan.

2. BACA TEKS BIODATA (RUJUK LAMPIRAN) – PEREMPUAN

Beliau yang dimaksudkan adalah saudari HALIYATUNNUFUS BINTI

9

Page 10: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

HUSMAN dari tingkatan 5 Sains. Untuk makluman semua, saudari Haliyatunnufus juga tidak dapat bersama kita pada hari ini kerana beliau juga kini berada di Sabah untuk pertandingan ‘Solar Car’ peringkat kebangsaan. Marilah sama-sama kita mendoakan kejayaan mereka di Sabah. Semoga slogan “SMK Tasek Permai Cemerlang” dapat direalisasikan.

Seterusnya, penerima Anugerah Khas bagi Unit-berunifom

1. BACA TEKS BIODATA (RUJUK LAMPIRAN) – LELAKI

Dengan itu, majlis menjemput saudara BADRUL AMIN SHAH BIN ZULKIFLI dari tingkatan 5 Perdagangan untuk menerima anugerah. Dipersilakan.

(Tokoh terima anugerah)

Tahniah diucapkan.

2. BACA TEKS BIODATA (RUJUK LAMPIRAN) – PEREMPUAN

Dengan itu, majlis menjemput saudari NORAZILA BINTI MUFID dari tingkatan 5 Sains untuk menerima anugerah. Dipersilakan.

(Tokoh terima anugerah)

Tahniah diucapkan.

Seterusnya, penerima Anugerah Khas Unit Sukan dan Permainan

1. BACA TEKS BIODATA (RUJUK LAMPIRAN) – LELAKIDengan itu, majlis menjemput saudara MUHAMMAT FADLI BIN HANIF ABDULLAH dari tingkatan 5 Vokasional untuk menerima anugerah. Dipersilakan.

10

Page 11: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

(tokoh terima anugerah)

Tahniah diucapkan

2. BACA TEKS BIODATA (RUJUK LAMPIRAN) – PEREMPUAN

Dengan itu, majlis menjemput saudari LAILAWATI BINTI ZULKIFLI dari tingkatan 5 Sains untuk menerima anugerah. Dipersilakan.

(Tokoh terima anugerah)

Tahniah diucapkan.

Yang terbaik di antara yang terbaik bakal menyandang gelaran Tokoh Kokurikulum. Bagi Tokoh kokurikulum, tokoh ini dipilih berdasarkan penglibatan aktif dalam kegiatan kokurikulum sepanjang tahun dan membantu mengharumkan nama sekolah di pelbagai peringkat.

Dengan ini diumumkan, Tokoh Kokurikulum SMK Tasek Permai tahun 2015 jatuh kepada saudari LAILAWATI BINTI ZULKIFLI dari tingkatan 5 Sains. Dipersilakan untuk naik ke pentas bagi menerima anugerah.

(Tokoh terima anugerah)

Tahniah diucapkan kepada saudari Lailawati. Semoga beliau akan terus maju dalam bidang kokurikulum dan akademik di masa akan datang.

Tibalah kita ke penyampaian sijil yang terakhir pada majlis ini iaitu Sijil Khas untuk pelajar dari 5 Sains dan 5 Akaun.

RUJUK LAMPIRAN

11

Page 12: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

Dengan itu, majlis menjemput, HUSNUL HATIMAH BINTI ABD GAFUR dari tingkatan 5 Sains sebagai wakil bagi projek ini untuk naik ke pentas bagi menerima sijil ini. Dipersilakan.

(Wakil terima sijil)

Tahniah diucapkan kepada kelas 5 Sains dan 5 Akaun atas sumbangan yang telah mereka berikan kepada sekolah. Semoga apa yang mereka lakukan dapat memberi manfaat kepada semua pelajar di masa hadapan.

10 Cenderamata pada perasmi

Sebagai tanda penghargaan dari pihak sekolah, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Rabiya binti Mohamad Sultan untuk menyampaikan cenderamata kepada En Sharifuddin bin Dayan. Dipersilakan.

11 Cabutan bertuah Hadirin sekalianSeterusnya tibalah masa bagi acara cabutan nombor bertuah. Majlis dengan ini menjemput Pn Musalmah binti Juni, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Tasek Permai untuk membuat ____ cabutan nombor bertuah. Dipersilakan.

(Pn Musalmah naik pentas)

Hadirin sekalian diminta bersedia dengan nombor masing-masing

(Pn Musalmah cabut nombor)(Umum nombor bertuah)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Musalmah atas kesudian membuat cabutan nombor bertuah itu tadi. Tahniah diucapkan kepada hadirin yang bertuah pada hari ini.

12

Page 13: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

Seterusnya, majlis menjemput Pn Norhalizan binti Agam, Penolong Kanan Petang SMK Tasek Permai untuk membuat ___ cabutan nombor bertuah. Dipersilakan.

(Pn Halizan naik pentas)(Pn Halizan cabut nombor)(Umum nombor bertuah)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Pn Halizan atas kesudian membuat cabutan nombor bertuah itu tadi. Tahniah diucapkan kepada hadirin yang bertuah pada hari ini.

Seterusnya, majlis menjemput __________________________________________ untuk membuat ___ cabutan nombor bertuah. Dipersilakan.

(Pn __________ naik pentas)(Pn __________ cabut nombor)(Umum nombor bertuah)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada ___________________ atas kesudian membuat cabutan nombor bertuah itu tadi. Tahniah diucapkan kepada hadirin yang bertuah pada hari ini.

12 Sesi Fotografi Demikianlah tadi upacara penyampaian hadiah kepada para graduan. Kami para guru mendoakan yang terbaik untuk anda semua. Jadikan memori indah pada majlis graduasi ini sebagai pemangkin semangat untuk anda bergraduasi sekali lagi di pentas konvokesyen universiti.

Majlis diteruskan dengan sesi fotografi bersama tetamu kehormat, barisan pentadbir, para guru dan para graduan.

(sesi fotografi)

13

Page 14: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

Demikianlah sudah sesi fotografi sebagai tanda kenangan pada Majlis Graduasi kali ke-15, tahun 2015

13 Penutup Para hadirin yang dihormatiDengan sesi fotografi itu tadi, maka sampailah kita ke penghujung acara. Sebelum mengundur diri, majlis ingin sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah sudi hadir dan menjayakan majlis pada hari ini.

Mangkuk jurong, pinggan pon jurongJurong berisi buah jatiDua tiga kata terdorongJangan disimpan di dalam hati

Keterlibatan semua tidak tersukat Permuafakatan ukhwah sebagai makrifatSeia sekata kita berpakatKecemerlangan sekolah menjadi matlamat

Hinggap cemara di pagar besiMencari makan di awal pagiSelesai sudah majlis graduasiDi lain masa bersua lagi

Akhir kata dari kami, bagi pihak warga kerja dan semua yang terlibat bagi mengurus dan menjayakan majlis ini, kami memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan. Sesungguhnya, segala yang baik itu datang dari Allah swt dan segala kesilapan itu datangnya dari kelemahan kami sendiri. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara

14

Page 15: Teks Pengacara Majlis Graduasi 2015

langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Sekian, terima kasih.

12 Jamuan Majlis dengan segala takzimnya menjemput Yang Berusaha En Sharifuddin bin Dayan, Barisan Pentadbir, para jemputan, para guru dan para graduan untuk menikmati jamuan yang disediakan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

13 Sesi fotografi pelajar

14 Bersurai Dengan ini, berakhirlah aturcara Majlis Graduasi kali ke-15 tahun 2015 pada hari ini

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................................ ..........................................................NURUL NATASYA BINTI IZAZI

15