teks pengacara majlis

19
1 SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL ANUGERAH PENGARAH PEPERIKSAAN MEI 2014 15.10.2014 (RABU) DEWAN BENDAHARA 8.15PAGI – 12.00PM [Type the company name] | [Type the company address]

Upload: najehyusri

Post on 07-Apr-2016

547 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

MAJLIS ANUGERAH PENGARAH IPGKSM

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS PENGACARA MAJLIS

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL ANUGERAH

PENGARAH

PEPERIKSAAN MEI 2014

15.10.2014

(RABU)

DEWAN BENDAHARA

8.15PAGI – 12.00PM

[Type the company name] | [Type the company address]

Page 2: TEKS PENGACARA MAJLIS

Bil. Perkara/Teks

[Type the company name] | [Type the company address]

Page 3: TEKS PENGACARA MAJLIS

1.

Mengumumkan ketibaan:

Yang Berbahagia Puan Hajah Latifah binti Mahamud,Pengarah

Sektor Hal Ehwal pelajar dan Hubungan Luar Institut Pendidikan

Guru Malaysia mewakili Rektor IPGM diiringi oleh

Yang Berusaha Dr Mohd Aziz bin Mohd Din ,Pengarah Institut

Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

Yang Berusaha Tuan Haji Che Aminuldin bin Abdul

Hamid,Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan

Mizan

Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit, dan Ahli Majlis Tertinggi

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar masuk ke Dewan Bendahara,

**nyanyian lagu Negaraku**

PARA HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK

** semua mengambil tempat**

Kita mulakan majlis kita pada petang ini dengan ummul kitab Al-Fatihah.

2. Ucapan aluan pengerusi majlis

[Type the company name] | [Type the company address]

Page 4: TEKS PENGACARA MAJLIS

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

1. Yang Berbahagia Puan Hajah Latifah binti Mahamud,Pengarah Sektor

Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar Institut Pendidikan Guru

Malaysia mewakili Rektor IPGM

2. Yang Berusaha Dr. Hj. Mohd Aziz bin Mohd Din ,Pengarah Institut

Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

3. Yang Berusaha Tuan Haji Che Aminuldin bin Abdul Hamid,Timbalan

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

4. Yang Berusaha En. Hidir bin Zulkeple, Setiausaha Akademik IPGKSM

5. Yang Berusaha,Encik Mohamad bin Ghazali,Ketua Unit Penilaian dan

Peperiksaan IPGKSM

6. Yang Berusaha,Puan Hajah Zakiah binti Salleh,Penyelaras Program

Majlis Kecemerlangan Pelajar 2014 dan pelancaran Komitmen Kami.

7. Ketua-ketua Jabatan,

8. Ketua-ketua Unit,

9. Para pensyarah,

10.Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan

11.Guru-guru pelatih yang dihormati sekalian

1.

Alhamdulillah, syukur kita panjatkan kehadrat Allah SWT kerana kita diberi

[Type the company name] | [Type the company address]

Page 5: TEKS PENGACARA MAJLIS

kesempatan untuk berkumpul di Dewan Bendahara Institut Pendidikan Guru,

Kampus Sultan Mizan pada pagi yang berbahagia ini, untuk menyempurnakan

suatu majlis yang gemilang iaitu Majlis Kecemerlangan Pelajar dan

pelancaran Program Komitmen Kami. Sebelum itu,majlis mengucapkan

selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran Puan Hajah Latifah binti

Mahamud,Pengarah Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar Institut

Pendidikan Guru Malaysia yang mewakili Rektor IPGM. Terima kasih juga

diatas kesudian puan meluangkan masa bersama kami semua.

2. Bacaan doa

Tetak buluh kajang sepuluh,

Laksana dititing kias ibarat,

Angkat tangan jari nan sepuluh,

Kepada Tuhan memohon berkat.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis menjemput dan mempersilakan

saudara Muhammad Syahrul Azlan bin Sobri untuk mengetuai bacaan doa.

Dipersilakan.

**bacaan doa**

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara Azlan atas bacaan

doa sebentar tadi.

[Type the company name] | [Type the company address]

Page 6: TEKS PENGACARA MAJLIS

3.

Hadirin hadirat yang dihormati sekalian

Pada pagi ini kita berkumpul untuk satu majlis yang amat bermakna kepada

kita semua, khususnya kepada barisan guru pelatih yang cemerlang dalam

Peperiksaan Mei 2014, kerana pada hari ini mereka akan dianugerahkan

dengan Sijil Anugerah Ketua Jabatan, Sijil Anugerah Pengarah dan untuk

pelajar cemerlang semester 8 juga akan dianugerahkan Anugerah Emas,

Anugerah Perak dan Anugerah Gangsa di dalam majlis yang gilang gemilang

ini.

4.

Hadirin sekalian,tanpa melengahkan masa lagi, kita teruskan acara kita pada

hari ini dengan ucapan dari Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan

Mizan , Yang Berusaha Dr Hj. Mohd Aziz bin Mohd Din. Dengan segala

hormatnya,dipersilakan.

**UCAPAN PENGARAH**

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Dr Hj. Mohd

Aziz bin Mohd Din diatas ucapan yang penuh bermakna itu tadi.

5.

Kini, masa yang dinanti telahpun sampai, saat yang ditunggu telahpun tiba

untuk kita sama-sama mendengar ucapan dan amanat daripada Puan Hajah

Latifah binti Mahamud, Pengarah Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan

[Type the company name] | [Type the company address]

Page 7: TEKS PENGACARA MAJLIS

Luar Institut Pendidikan Guru Malaysia dan seterusnya merasmikan Majlis

Kecemerlangan Pelajar dan Pelancaran Program Komitemn Kami.

Majlis dengan penuh takzimnya menjemput dan mempersilakan.

**UCAPAN WAKIL REKTOR**

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Hajah Latifah binti

Mahamud di atas motivasi, amanat dan ucapan yang penuh bermakna sebentar

itu tadi.Semoga apa yang disampaikan akan menjadi pedoman dan pembakar

semangat buat kita semua.

6.

Penyampaian Sijil Anugerah Ketua Jabatan

Bagi menyempurnakan majlis penyampaian Sijil Anugerah Ketua Jabatan

untuk Peperiksaan Mei 2014, majlis mempersilakan Ketua Jabatan yang

dijemput untuk ke pentas bagi menyempurnakan penyampaian sijil

**REFER PADA SENARAI NAMA YANG DIBERI**

**KJ PRASEKOLAH DIWAKILI OLEH ENCIK WAN MOHD KHAIRI

BIN WAN AWANG**

7.

Terima kasih diucapkan kepada Ketua-ketua Jabatan dan wakil diatas

penyampaian sijil sebentar itu tadi.

8.

Hadirin sekalian,

[Type the company name] | [Type the company address]

Page 8: TEKS PENGACARA MAJLIS

Bagi meneruskan acara kita pada hari ini, saya dengan ini menjemput dan

mempersilakan Yang Berusaha Dr. Hj Rosli bin Hj. Ab. Rahman, Pensyarah

Kanan DG 52 dari Jabatan Pengajian Melayu untuk menyampaikan ucapan

beliau yang bertajuk “Motivasi Kecemerlangan”. Majlis mempersilakan.

**SLOT DR ROSLI**

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Dr Haji Rosli bin Hj. Ab.

Rahman diatas slot ucapan beliau yang bertajuk ‘’Motivasi Kecemerlangan’’

sebentar itu tadi.

9.

Hadirin sekalian,kita teruskan lagi Majlis Kecemerlangan kita pada hari ini

dengan penyampaian Sijil Anugerah Pengarah.Untuk itu,majlis menjemput

dan mempersilakan Puan Hajah Latifah binti Mahamud untuk menyampaikan

Anugerah Pengarah diiringi oleh Yang Berusaha Dr Hj. Mohamad Aziz bin

Mohamad Din Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan.

**RUJUK SENARAI NAMA ANUGERAH PENGARAH**

Terima kasih diucapkan kepada Puan Latifah diatas penyampaian anugerah

sebentar itu tadi.

Kita diteruskan dengan penyampaian Anugerah Pengarah yang seterusnya

yang akan disampaikan oleh Yang Berusaha Dr Haji Mohd Aziz bin Mohd

Din diiringi oleh Yang Berusaha Tuan Haji Che Aminuldin bin Abdul

Hamid,Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan

dan Encik Hidhir bin Zulkifli, Setiausaha Akademik IPG Kampus Sultan

Mizan untuk menyampaikan anugerah

[Type the company name] | [Type the company address]

Page 9: TEKS PENGACARA MAJLIS

**RUJUK NAMA PENERIMA ANUGERAH PADA LIST YANG

DISEDIAKAN**

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr Haji Mohamad Aziz ,Tuan

Haji Che Aminuldindan Encik Hidhir Zulkifli diatas penyampaian Anugerah

Pengarah sebentar itu tadi.

10.

Tuan tuan dan puan-puan,

Majlis Kecemerlangan pada hari ini diteruskan lagi dengan penyampaian

Anugerah Emas, Anugerah Perak dan Anugerah Gangsa kepada pelajar

Cemerlang semester 8.

Untuk itu,majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Puan Hajah

Latifah binti Mahamud diiiringi oleh Pengarah Institut Pendidikan Guru

Kampus Sultan Mizan, Dr Hj. Mohd Aziz bin Mohd Din.dan Timbalan

Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus,Tuan Haji Che Aminulddin bin

Abdul Hamid untuk menyampaikan anugerah.

[Type the company name] | [Type the company address]

Page 10: TEKS PENGACARA MAJLIS

11.

ANUGERAH GANGSA

Dipersilakan SAUDARI NORHASANAH BINTI ZAKI dari unit

Pengajian Agama Islam Semester 8

12.

ANUGERAH PERAK

Dipersilakan SAUDARI FARAHANA BINTI AMIN dari Unit pengajian

Agama Islam semester 8.

13.

[Type the company name] | [Type the company address]

Page 11: TEKS PENGACARA MAJLIS

ANUGERAH EMAS

Hadirin sekalian,bagi Anugerah Emas pada hari ini,saya bacakan disini

biodata insan cemerlang ini .Untuk pengetahuan hadirin,anak kepada pasangan

Encik Othman bin Mamat dan Puan Norma binti Ibrahim ini dilahirkan pada

16 Oktober 1991 dan berasal dari Kota Bharu,Kelantan. merupakan anak

sulung dari 4 orang adik beradik,beliau dibesarkan dengan penuh disiplin

berikutan bapanya yang berkhidmat sebagai pegawai polis manakala ibunya

ada seorang peniaga. Dengan motto hidup ‘’usaha dahulu ,tawakkal dan

inshaaAllah dapat dan nasihat beliau adalah Jgn mengharapkan orang lain

utk mengatasi masalah kita’’.Insan bertuah yang dimaksudkan ini adalah

Aisyah Nabihah binti Othman. Merupakan pelajar semester 8 unit Reka

Bentuk dan Teknologi 2.

Untuk itu majlis menjemput dan mempersilakan saudari Aisyah binti Othman

untuk naik ke pentas dan menerima Anugerah Emas ini.

[Type the company name] | [Type the company address]

Page 12: TEKS PENGACARA MAJLIS

14.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia

Puan Hajah Latifah binti Mahamud , Yang Berusaha Dr Hj. Mohd Aziz bin

Mohd Din dan Yang Berusaha Tuan Haji Che Aminuldin bin Abdul Hamid

diatas penyampaian Anugerah Emas,Perak dan Gangsa sebentar itu tadi. Juga

syabas dan tahniah diucapkan kepada penerima-penerima anugerah.Semoga

kecemerlangan ini menjadi pembakar semangat untuk anda terus maju didalam

bidang pendidikan.

15.

Hadirin sekalian,penyampaian anugerah kita pada hari ini tidak berakhir

disini.Kita teruskan acara kita pada hari ini dengan Anugerah Kecemerlangan

Inovasi sempena Ekspo Reka Cipta dan Inovasi.Oleh itu,saya dengan ini

menjemput dan mempersilakan wakil Ketua Jabatan PIPK IPGKSM,Puan

Haslina binti Awang Lah untuk mengiringi Yang Berbahagia Puan Hajah

Latifah dan Yang Berusaha Dr. Haji Mohd Aziz untuk menyampaikan

hadiah kepada para pemenang Ekspo Rekacipta dan Inovasi.Dipersilakan.

[Type the company name] | [Type the company address]

Page 13: TEKS PENGACARA MAJLIS

**RUJUK SENARAI NAMA PEMENANG INOVASI**

16.

Tuan tuan dan puan -puan,pada hari ini juga kita tidak akan ketinggalan untuk

menyampaikan anugerah kepada pasukan badminton IPG Kampus Sultan

Mizan yang telah berjaya mengharumkan nama kampus dengan merangkul

tempat kedua pada Kejohanan Piala Pengarah Kampus Perempuan Melayu

Melaka yang bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan

Melayu Melaka pada 10-12 Oktober yang lalu .

Dipersilakan peserta pertama :

Siti Fatihah binti Abdullah

Nurul Juseha binti Johari

Nur Aqilah binti Alin

Heryani binti Mohamad Mukhair

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan badminton IPG Kampus Sultan

Mizan diatas kejayaan tersebut

17.Hadirin sekalian,seterusnya ada penyampaian hadiah kepada pasukan ragbi

IPG Kampus Sultan Mizan.Untuk pengetahuan hadirin,pasukan ragbi IPG

Kampus Sultan Mizan telah menyertai perlawanan ragbi Piala Pengarah

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas pada ___________________

yang lalu bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas dan telah

berjaya merangkul tempat kedua.Oleh itu,saya dengan ini mempersilakan

kapten pasukan ragbu,Saudara Mohd Fakhrul bin Mokhtar selaku wakil

pasukan untuk menerima hadiah dan pingat.

[Type the company name] | [Type the company address]

Page 14: TEKS PENGACARA MAJLIS

**tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan ragbi IPGKSM diatas

kejayaan tersebut.

17 Hadirin sekalian,majlis diteruskan dengan pelancaran Komitmen Kami yang

akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Puan Hajah Latifah binti

Mahamud. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha

Dr Mohd Aziz bin Mohd Din dan Yang Berusaha Tuan Haji Che Aminuldin

bin Abdul Hamid untuk mengiringi Puan Hajah Latifah bagi melaksanakan

pelancaran tersebut.

*GIMIK 1

*GIMIK 2

*GIMIK 3

**Demikianlah tadi Lagu Komitmen Kami yang pertama kali diperdengarkan

oleh pasukan koir IPG Kampus Sultan Mizan kepada sidang hadirin.Lirik dan

lagu tersebut dicipta oleh Encik Mohd Ramiz bin Haji Omar dan Encik

Mahadi bin Husin iaitu pensyarah muzik Jabatan Kajian Sains Sosial IPG

Kampus Sultan Mizan.

18.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada Yang

Berbahagia Puan Hajah Latifah bin Mahamud. Majlis dengan segala

[Type the company name] | [Type the company address]

Page 15: TEKS PENGACARA MAJLIS

hormatnya menjemput pengarah IPGKSM, Yang Berusaha Dr Haji Mohd

Aziz bin Mohd Din diiringi oleh Yang Berusaha Timbalan Pengarah IPG

Kampus Sultan Mizan untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang

Berbahagia Puan Hajah Latifah.

**Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Dr Mohd Aziz bin Mohd

Din dan Yang Berusaha Tuan Haji Che Aminuldin bin Abdul Hamid diatas

penyampaian cenderahati sebentar itu tadi.

Hadirin sekalian,sebelum mengakhiri majlis kita pada hari ini,marilah sama-

sama kita menyanyikan tiga buah lagu iaitu Lagu Guru Malaysia,lagu Institut

Pendidikan Guru Malaysia dan lagu Selamat Sultan diiringi oleh pasukan koir

IPG Kampus Sultan Mizan.Untuk itu, para hadirin dijemput berdiri.

**LAGU**

Para hadirin dipersilakan duduk.

Dengan berakhirnya nyayian tiga buah lagu sebentar itu tadi,maka berakhirlah

sudah majlis kita pada hari ini. Namun sebelum itu,majlis dengan segala

[Type the company name] | [Type the company address]

Page 16: TEKS PENGACARA MAJLIS

hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Puan Hajah

Latifah diiringi oleh Yang Berusaha Pengarah IPGKSM,Dr Hj. Mohd Aziz

bin Mohd Din dan Yang Berusaha Timbalan Pengarah,Tuan Haji Che

Aminuldin bin Abdul Hamid,Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Unit

untuk mengunjungi pameran inovasi pedagogi dan pameran seni seterusnya ke

jamuan tengahari yang disediakan di Bilik Santapan Diraja

Kita akhiri majlis kita hari ini dengan bacaan Surah Al-Asr dan Tasbih

Qafarah.

[Type the company name] | [Type the company address]