teks pengacara majlis

Upload: faridah-perang

Post on 09-Jan-2016

95 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

teks penuh majlis kemerdekaan

TRANSCRIPT

1. 1. Ucapan pengerusi majlis:

Bismillahirrahmanirrahim.....Yg Berusaha, Pn Rohana bt Abd Rahim, Guru Besar SK pusat jerteh.Yang dihormati, En. Wan Mazlan b Wan Ismail, Guru Penolong kanan 1, Sk PJPn Hjh Norkarbiwati bt Che yusof, Guru Penolong Kanan HEM, SKPJEn Rosli b Abd Ghani, Guru Penolong kanan Ko kurikulum, SKPJRakan-rakan guru dan para murid yang di kasihi sekalian.

Assalammualaikum wbt.....dan salam sejahtera.

Alhamdullillah.....bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dipagi yg berbahagia dan ceria ini, kita dapat bersama-sama berkumpul bagi memeriahkan program Sambutan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2014.

Begitu pantas detik masa berlalu, kini kita telah menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke 57 dengan penuh kedamaian. Ini jelas membuktikan betapa beruntungnya kita sebagai rakyat Malaysia hidup di bumi bertuah ini.

2. Nyanyian lagu negaraku, selamat sultan dan lagu sekolah/ doa

Hadirin yang dihormati,Majlis menjemput para guru dan murid berdiri tegak dan sama-sama menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku, lagu selamat sultan dan lagu sekolah.

Terima kasih kepada semua atas nyanyian itu tadi.

Bagi memberkati majlis pada pagi ini, dipersilakan Ustaz Abu Suhaimi b Yaacob untuk mengetuai bacaan doa.dipersilakan.

Amin amin Ya Rabbal AlaminMajlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz abu Suhaimi atas bacaan doa itu tadi.

3. Ucapan Guru Besar

Para guru dan murid sekelian.

Bagi meneruskan majlis sambutan Hari Kemerdekaan pada pagi ini, dengan sukacitanya dijemput Yang Berusaha, Pn Rohana bt abd Rahim, guru Besar SKPJ ke pentas untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya mersamikan Majlis Sambutan kemerdekaan Peringkat Sekolah 2014. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas ucapan perasmian itu tadi.

4. Gimik ( penyerahan bendera )

5. Persembahan koir guru

Para hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan nyanyian koir dari guru-guru SKPJ. Justeru itu, bagi menzahirkan rasa bangga manjadi warganegara Malaysia, dijemput semua guru berdiri dan mengambil tempat bagi sama-sama menyanyikan rangkaian lagu-lagu patriotik dengan penuh semangat. Nyanyian lagu patriotik akan dimulakan dengan lagu tema hari Kemerdekaan iaitu Di sini lahirnya sebuah cinta, diikuti dengan lagu Warisan, Lagu Tanggal 31 dan Lagu Jalur Gemilang.

Dipersilakan Guru-guru mengambil tempat

Terima kasih kepada semua guru atas nyanyian lagu-lagu patriotik itu tadi. Kita sebenarnya terhutang budi kepada tokoh-tokoh kemerdekaan yang telah menempuh pahit getir untuk membebaskan negara daripada belenggu penjajah. Kemerdekaan yang dikecapi ini mesti dipelihara dan dipertahankan.MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

6. Pertandingan merwarna pra sekolah/tahap 1 dan melukis poster tahap 2

Sidang hadirin yang dikasihi,Majlis kita akan diteruskan dengan beberapa acara khas untuk murid-murid. Antaranya pertandingan mewarna pra sekolah dan tahun 1 yang akan diadakan di bawah makmal komputer. Pertandingan mewarna tahun 2 dan 3 yang akan belangsung di Dewan B dan pertandingan melukis poster untuk tahun 4 dan 5 di Dewan A.

Majlis penyampaian hadiah akan diadakan tepat pada pukul 10.30 pagi di Dewan A.

Diminta semua guru dan murid berkumpul semula di Dewan Jubli ini pada waktu yang telah ditetapkan.