teks pengacara egm puncak arabella

3
MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA PERUMAHAN PUNCAK ARABELLA TARIKH : 20 FEBRUARI 2013 MASA : 830PM HARI : RABU TEMPAT : DEWAN MDCH PUNCAK ARABELLA PENGACARA MAJLIS : PN NORAZLIAH ANI i) PENGUMUMAN (Bacakan selepas hadirin selesai makan) 1. Hadirin dipersilakan duduk agar kita dapat memulakan majlis malam ini. 2. Pastikan telefon bimbit dalam mode senyap dan vibrasi untuk kelancaran majlis. 3. Sebarang soalan boleh diajukan selepas mendengar penerangan. ii) PEMBUKA BICARA بسم ا منٰ الرح م الرحي سلم ال عليكم ورحمة ا وبركاته ه ل الحمدل رب لعالمين، اصلواة وال سلم وال على أشرافلنبياء ا ن مرسلي وال وعلى آله وصحبه ن أجمعيDari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan Majlis. iii) SALUTASI Yang berusaha En Nana Khurizan bin Abdullah, Pengerusi JMB Puncak Arabella,

Upload: norazliah-ani

Post on 06-Jul-2015

494 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks pengacara egm puncak arabella

MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA PERUMAHAN PUNCAK ARABELLA

TARIKH : 20 FEBRUARI 2013

MASA : 830PM

HARI : RABU

TEMPAT : DEWAN MDCH PUNCAK ARABELLA

PENGACARA MAJLIS : PN NORAZLIAH ANI

i) PENGUMUMAN (Bacakan selepas hadirin selesai makan)

1. Hadirin dipersilakan duduk agar kita dapat memulakan majlis malam ini.

2. Pastikan telefon bimbit dalam mode senyap dan vibrasi untuk kelancaran majlis.

3. Sebarang soalan boleh diajukan selepas mendengar penerangan.

ii) PEMBUKA BICARA

من ا بسم الرحيم الرح

وبركاته ا ورحمة عليكم السلموالمرسلين النبياء أشراف على والسلم والصلواة العالمين، رب الحمدلله

أجمعين وصحبه آله وعلى

Dari Raub pergi ke PontianTerus pula ke Kuala PerlisHarap semua berikan perhatianMohon saya mulakan Majlis.

iii) SALUTASI

Yang berusaha En Nana Khurizan bin Abdullah, Pengerusi JMB Puncak Arabella,

Page 2: Teks pengacara egm puncak arabella

Barisan Jawatankuasa JMB Puncak Arabella,

wakil COB, (jika ada), pemaju MDCH (jika ada) ;

dan seluruh penduduk Puncak Arabella yang dihormati..

Saya bagi pihak seluruh warga kerja JMB Puncak Arabella mengucapkan terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan hadir sebagai tanda tanggungjawab bersama-sama terhadap kediaman kita ini. Syukur seribu rahmat.

iv) BACAAN DOA

Sidang penduduk yang dirahmati,

Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari yang berbahagia ini, majlis dengan tunduk ta’zimnya mempersilakan Tn Hj Razelan bin Razali untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas bacaan doa itu tadi.

v) UCAPAN WAKIL COB

Sidang hadirin

Dipersilakan pula En Mohd Rizal bin Hashim, wakil COB untuk menyampaikan sepatah dua pesanan.

Terima kasih diucapkan.

vi) TUJUAN MAJLIS

Ahlil bait Puncak Arabella,

Page 3: Teks pengacara egm puncak arabella

Saya jelaskan tujuan Mesyuarat Agung Luar Biasa ini diadakan adalah untuk mendapatkan persetujuan (konsen) daripada penduduk berkaitan perkara-perkara berikut:

a) Tatacara pandah milik strata dan penyelesaian cukai tanah tahun 2009 yang telah didahulukan oleh Pemaju MDCH berjumlah RM284, 625.00 sedangkan kadar cukai tanah semasa ialah RM4733.00 setahun sahaja. Seterusnya penduduk wajib tahu apakah kesan jika tidak menjelaskan bayaran tersebut kepada Pemaju.

b) Pembinaan pintu pagar automatik (Bariel Auto Gate Sytem) di pintu masuk perumahan dan ini bermakna ada penggunaan system kad touch n go sebagai kawalan keselamatan dan ketertiban parkir. Berikutan itu kita akan bincangkan kadar caj pembaharuan kad. Dapatan perbincangan system ini akan dimasukkan dalam in house rule Puncak Arabella.

c) Membaharui insuran kebakaran dan peril tambahan sedia ada bagi tempoh setahun mulai 4 April 2013 hingga 3 April 2014. Untuk makluman pembayaran premium insuran ditanggung oleh pemilik petak mengikut jenis rumah.

vii) PENYERAHAN MAJLIS KEPADA PENGERUSI JMB

Saya dapat rasakan sudah ada pelbagai soalan, penegasan, kekeliruan dan kemusykilan. Namun begitu usah risau, tuan-tuan dan puan-puan akan mendengar huraiannya nanti dan kemukakan soalan selepas penerangan. Tanpa melengahkan masa, saya serahkan majlis ini kepada En Nana Khurizan bin Abdullah untuk membuat perincian seterusnya mempengerusikan mesyuarat ini. Dipersilakan

Sekian. Assalamualaikum.